Pages

Subscribe:

14 December 2009

1 Malaysia , ayuh bersama kita realisasikan.

Salam bloggers'

Saya tertarik dengan kenyataan Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Presiden DAP ( dia ni melayu rupanya) yang menyatakan bahawa konsep 1 Malaysia adalah agenda politik dan helah BN untuk kekal berkuasa. Ini adalah tohmahan yang tidak berasas sama sekali. Lebih mendukacita kan ia dinyatakan oleh melayu islam DAP.

Ini lah masalah masyarakat kita. Kalau sifatnya pembangkang, semua dibangkangnya sama ada ianya baik atau tidak baik. Kalau kerajaan tidak melaksanakan gagasan ini, mungkin dituduhnya kerajaan tidak punyai agenda untuk mengeratkan perpaduan kaum di negara ini. Bila kerajaan bertindak melaksakan gagasan ini, dituduhnya pula sebagai agenda politik dan helah untuk mengekalkan kuasa. Inilah padahnya kalau kita mempunyai parti pembangkang bermentaliti kelas 4.

YAB. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita yg ke 6 telah memperkenalkan gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Objektifnya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dengan menerapkan 8 nilai nilai bagi tujuan tersebut. 8 nilai ini ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, intergriti, meritokrasi, rendah diri, kesetiaan dan budaya cemerlang.

Konsep perpaduan yang ingin dibawa adalah berbeza dengan negara lain. Konsep asimilasi yang dibawa oleh negara lain terus melenyapkan identiti kaum dan digantikan dengan identiti nasional. Namun, dalam konsep 1 Malaysia, identiti kaum masih lagi dikekalkan dan setiap kaum perlu hornat menghormati antara 1 kaum dengan kaum yang lain. Melayu dengan identitinya, begitu juga cina, india dan bangsa bangsa lain.

Ia amat berlainan sekali dengan konsep ' Malaysian Malaysia" yang diwar warkan oleh DAP terutamanya. Konsep pembangkang ini memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi semua kaum dengan menghapuskan pemerintahan Beraja, kedudukan Agama Islam dan Bahasa Melayu serta hak keistimewaan oarang melayu.

Konsep ini juga tidak sekali kali bercanggah dengan perlembagaan negara terutama perkara 3 berkaitan dengan Islam, Perkara 4 ( Undang undang utama persekutuan), Perkara 152 ( Berkaitan Bahasa Melayu) dan perkara 153. Konsep ini masih lagi mengamalkan sikap keterbukaan kerajaan selagi ia tidak mengancam keselamatan, perpaduan, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik.

Dalam konsep ini, keadilan akan memainkan peranan utama sesuai dengan tema rakyat didahulukan.. Kerajaan akan memastikan tidak ada kaum yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Semua kaum tidak akan dipinggirkan. Oleh sebab itu kita memperkenalkan Biasisiwa Nasional. Sesiapa yang menunjukkan kecemerlangan akan menerima biasiswa ini tanpa mengira kaum.

Wassalam

06 December 2009

Penyamarataan Pegawai Awam

Salam bloggers

Pegawai awam adalah tonggak kemajuan negara. Merekalah yang akan melaksanakan dasar yang ditentukan oleh Ahli pentadbiran yang terdiri dari ahli ahli politik. Kebijaksanaan ahli ahli politik dan ketekunan pegawai awam melaksanakan dasar kerajaan akan memberi faedah yang cukup besar kepada kesejahteraan rakyat.

Di negara kita terdapat lebih kurang 1 juta pegawai awam. Saya tertarik dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sedikit masa dahulu yang mana jawatan penting dalam kerajaan akan diisi oleh pegawai yang berkaliber dan menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Dalam perkhidmatan pegawai kerajaan terdiri daripada pelbagai perkhidmatan. Diantaranya ialah terdiri dari Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) , Perkhidmatan pendidikan (DG,DS), Perkhidmatan Sosial (S), Sains (C), Pengangkutan, Ekonomi (E), Kesihatan (U) dan lain lain lagi.

Saya nak berkongsi pandangan dengan sahabat sahabat semua kerana kita dapati dalam perkhidmatan awam ini wujud sedikit ketidakseimbangan dalam skim perkhidmatan. Kita dapati skim perkhidmatan PTD amat menarik kerana peluang kenaikan pangkat mereka sangat luas berbanding dengan perkhidmatan lain.

Skim perkhidmatan mereka merentasi pelbagai jabatan dan kementerian. Mereka boleh pergi ke mana mana kementerian dan jabatan dengan mendapat jawatan penting seperti Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah jabatan tertentu. Cuba kita bayangkan, jawatan Ketua Setiausaha Kementerian tidak akan terlepas ke tangan skim lain selain dari PTD.

Kepada pegawai yang memasuki skim perkhidmatan selain dari PTD, adalah mustahil bagi mereka untuk mengecapi jawatan Ketua Setiausaha ini. Contohnya jawatan Ketua Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negara. Jawatan paling tinggi untuk skim perkhidmatan Pegawai Belia & sukan ialah Ketua Pengarah. Itu pun hanya JUSA B sahaja. Ketua Pengarah ini tidak boleh mengisi jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan Malaysia.

Kita boleh membuat kajian jumlah pegawai awam pada gred JUSA C,B dan A. Begitu juga pada gred Turus III, II dan I. Berapa orang dari pegawai PTD dan berapa orang dari skim perkhimatan lain.

Namun bukan semua jawatan Ketua pengarah diisi oleh skim perkhidmatan berkenaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). jawatan Ketua Pengarah bukan lah didisi oleh skim perkhidmatan pengangkutan tetapi ia di isi oleh PTD selaku Ketua Pengarah.

Saya berpandangan sudah sampai masanya kerajaan membuka ruang kepada semua skim perkhidmatan memegang jawatan kanan dalam perkhidmatan awam. Setiap pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang haruslah diberi ruang untuk memegang jawatan penting seperti Ketua Setiausaha Negara ,Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah.

Ini adalah merupakan transformasi penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Kita faham bahawa ini adalah sesuatu yang sukar diperingkat permulaan namun saya percaya hasrat YAB Perdana Menteri adalah murni kerana negara memerlukan pegawai awam yang betul betul cemerlang bagi mengisi jawatan jawatan penting.

Lontaran fikr

05 December 2009

Kenapa Takut Kepada BTN

Salam 1 Malaysia.

Dalam beberapa minggu ni , isu boikot kursus BTN masih lagi hebat. Biro Tatanegara Negara (BTN) adalah salah 1 agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia adalah 1 badan yang menggerakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia dan bukan menggerakkan perasaan curiga diantara kaum di Malaysia.

Jika BTN merupakan badan yang menanamkan semangat perkauman seperti menanamkan persaan benci benci, musuh memusuhi diantara satu sama lain, saya percaya sudah lama wujud ketegangan kaum dinegara kita.

Dengan ini negara kita menjadi tidak aman dan kacau bilau. Mungkin kuil sudah lama dirobohkan, berlaku pembunuhan kaum, sami sami disembelih dan lain lain lagi. Namun ini tidak berlaku bahkan hubungan sesama kaum dapat berjalan lancar dalam keadaan harmoni sekali.

Sudah 52 tahun kita hidup dalam suasana ini. Apabila kerajaan Selangor mengharamkan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar IPT kerajaan negeri dari menghadiri kursus BTN atas tuduhan BTN membawa ajaran semangat perkauman. Ini merupakan fahaman yang salah dan dibuat demi kepentingan politik mereka. Penasihat utamanya ialah DAP.

Saya sudah beberapa kali mengikkuti kursus BTN dari alam persekolahan hinggalah ke alam pekerjaan. saya melihat ia amat baik untuk menanmkan semangat patriotisme dalam diri kita.

Siapa sebenarnya yang menanamkan semangat perkauman dalam negara kita. Siapa yang mencanangkan supaya ketuanan melayu dihapuskan. Bergegar dalam parlimen mereka ucapkan namun MP pembangkang melayu duduk diam sahaja. Saya pernah terdengar Lim Kit Siang berkata dalam parlimen semasa Barrack Obama dipilih menjadi Presiden AS. Lim memuji rakyat Amarika kerana memilih seorang berkulit hitam sebagai presiden dan mendakwa rakyat Malaysia ketinggalan dan jumud kerana tidak dapat menerima org cina sebagai Perdana Menteri.

Kalau kita melihat fenomena diseluruh dunia, mana ada negara yang dikuasai oleh orang bukan islam yang meletakkan orang islam sebagai rakan kongsi mereka dalam pentadbiran negara. Di Amerika, ada org islam yang diletakkan sebagai jemaah kabinet Obama, adakah org cina juga dalam kabinet Obama. Jawapannya sudah tentu tiada. Di negara China sendiri, ada org islam yang diberi tempat dalam pentadbiran negara China walaupun org cina islam di China lebih ramai dari org melayu islam di Malaysia.

Saksikan bagaimana suasana di Malaysia, Kita rela memberikan kerakyatan dan rela berkongsi kuasa sejak 52 tahun yang lalu. Berapa ramai anggota kabinet dari kaum cina, berapa ramai org India dalam kabinet walaupun MIC mengalami pretasi buruk dalam pilihanraya baru baru ini. Lihat bagaimana ekonomi negara. Siapakah org org yang terkaya di Malaysia. Adakah org melayu?. Adakah org melayu menyekat kekayaan yg dibolot oleh mereka.

Apakah motif kerajaan selangor dan mungkin kerajaan negari lain yang diperintah oleh pembangkang yg akan mengikut jejak mereka. adakah atas dasar politk sempit mereka kerana bimbang sokongan terhadap mereka akan merosot. Kiat nak tanam perasaan cinta kepada bangsa dan negara melalui BTN. Ini adalah negara kita, kita sayang akan kemakmuran dan keamanan negara ini.

Fikr

03 December 2009

UPSR, Terengganu Juara Lagi

Salam bloggers

Salam pagi jumaat. Seperti mana yang diketahui keputusan UPSR telah lama diumumkan. Masa saya sekolah dulu ia dikenali sebagai Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Kini ia dikenali sebagai Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR).

Alhamdulillah, sekali lagi Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila sekali lagi dinobatkan sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan ini. Dengan ini, Terengganu menjuarai bagi kali yang ke 9 berturut turut mendapat keputusan terbaik dalam UPSR. Sukar untuk kita mempercayainya tetapi itulah hakikat yang mesti diterima.

Menjuarai adalah perkara lumrah bagi kita tetapi menjuarai 9 tahun berturut turut adalah luar biasa. Ini membuktikan bahawa tidak ada perkara mustahil jika kita berusaha dengan bersungguh sungguh dan diiringi dengan doa kepada yang maha kuasa.

Pada tahun ini seramai 3,664 pelajar memperolehi semua A dalam matapelajaran yang dimbil daripada 23,944 calon yang menduduki peperiksaan ini di Terengganu. Ini bermakna 15.3% calon memperolehi A dalam semua matapelajaran. Target Jabatan Pelajaran Negeri ialah 20% memperolehi A tidak tercapai.

Bagi sekolah terbaik pula ialah SK Tengku Mahmud apabila 47.02 % daripada 168 calonnnya memperolehi A dalam semua matapelajaran. Ia didikuti dengan SK Tengku Mahmud II apabila sebanyak 39.6% daripada 101 calonnya memperolehi semua A. SK Sultan Sulaiman pula merupakan sekolah terbaik di Kuala Terengganu apabila 51 calonnya memperolehi A dalam semua matapelajaran.

Kecemerlangan ini adalah hasil kerja kuat warga JPN terutamanya guru guru yang bekerja keras bagi memastikan kecemerlangan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan anak anak pelajar yang senantiasa berusaha gigih.

1 lagi ialah peranan besar kerajaan negeri yang memberikan segala kemudahan bagi membantu kecemerlangan ini menjadi realiti. Salah satu darinya ialah pemberian e book kepada setiap pelajar darjah 5 mulai tahun ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 30 Juta setahun.

Sebagaimana yang sering disebutkan, hendak mengekalkan kejuaran adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Kita tetap yakin , dengan usaha gigih semua pihak ia tidak mustahil dapat dikekalkan, Insyallah.

wassalam.

01 December 2009

Drama kelas 3 DAP

Salam bloggers

3 hari yang lepas kita dikejutkan dengan pemijakan gambar 3 ADUN Bebas di Perak oleh pimpinan DAP di konvensyen parti berkenaan di Ipoh. 3 ADUN terlibat ialah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Cangkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong.

Bayangkan org melayu tak pernah pijak gambar ADUN ini semasa mereka bersama pembangkang. Semua yang memijak gambar ini adalah pimpinan DAP. Dimanakah maruah kita, Pemimpin kita tak pernah memijak gambar org melayu walau pun mereka belot dan sering keluar masuk parti UMNO. Kita masih berfikiran waras menjulang Demokrasi yg sering dilaung laungkan oleh pimpinan pembangkang.

Bagi kita yang berfikiran waras, ini adalah satu tindakan yang biadap dan tidak bertamadun. Mereka memijak gambar yang dahulunya merupakan sahabat sejati mereka. Apabila mereka ini keluar parti dan meyertai Bebas, maka gambar mereka bertiga dipijak dihadapan pintu masuk ke Konvensyen parti berkenaan. Semua org yang masuk ke dewan sudah pasti k memijak gambar ke 3 ADUN berkenaan.

Ini menunjukkan mereka telah hilang pertimbangan dan menggambarkan tahap pemikiran yang amat jijik dan kotor. Saya juga tertanya tanya, kenapa DAP yang marah sangat, sedangkan PKR tidak pula ambil tindakan sedemikian kepada bekas ahli parti mereka kerana 2 dari ADUN berkenaan adalah bekas pimpinan PKR. Cuba kita fikirkan bersama.

Kita juga hairan kenapa mereka marah sangat kepada ADUN yang melompat parti ini. Cuba kita renung dalam keadaan waras, siapakah yang mula mula membawa ajaran lompat parti ini. Bukankah Anwar Ibrahim ?. Inilah orgnya yang kejar MP Barisan Nasional ke sana ke mari agar mereka ini lompat parti dan menyertai mereka untuk membentuk Kerajaan.

Namun, MP BN adalah orang yang berpegang kepada prinsip perjuangan yang tulin dan tidak mudah terpengaruh dengan pujuk rayu Anwar. Mereka ini tetap teguh bersama BN kerana inilah wadah perjuangan untuk terus membela nasib rakyat dan negara. Yg jelas Anwar berjuang dengan 1 matlamat, iaitu untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri. Itu sahaja cita cita Anwar brahim.

DAP sebenarnya amat kecewa apabila kehilangan kerusi di Perak. Mereka lebih kecewa daripada PAS sebanyak 500%. PAS tak lah nampak kecewa sangat kan. Mereka kecewa kerana bagi mereka kerajaan Perak sebelum ini adalah kerajaan DAP, bukan kerajaan PAS kerana mereka mendapat banyak keuntungan semasa mereka menguasai Perak selama 11 bulan.

PAS pula menjadi pak turut kerana nak status YAB Dato' Seri Menteri Besar yang tidak pernah dirasai oleh Nizar sebelum ini. Mungkin Nizar dah seronok dengan jawatan ini sehingga lupa bahawa kuasa sudah hilang, sedangkan segala kuasa hakiki terletak dalam tangan DAP. Inilah hakikat yang mesti kita terima.

Inilah drama kelas 3 DAP

wassalam

30 November 2009

Perjuangan Barisan Nasional

Salam bloggers

Sistem pendidikan negara berkembang pesat. Kerajaan mempunyai iltizam untuk menjadikan 100% rakyat Malaysia celik huruf. Oleh sebab itu kerajaan memberikan pelbagai insentif untuk tujuan tersebut.

Kita dapat melihat dengan jelas di segenap pelusuk negara sekolah didirikan. Terdapat hampir 10,000 buah sekolah rendah dan menengan didirikan. Lebih kurang 450,000 orang guru dan pensyarah digajikan bagi mendidik anak bangsa menjadi insan yang hebat. Pelbagai jenis kolej, Institut perguruan, Universiti Awam mahu pun swasta diwujudkan. Hasratnya hanya satu iaitu untuk melahirkan rakyat yang berilmu dan berkemahiran.

Pendidikan tinggi juga amat dititikberatkan. Penambahan pelajar untuk melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana dan PhD akan terus dibuat. Kini Malaysia mempunyai seramai 10,248 orang punyai kelayakan PhD

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata daripada jumlah itu 8,132 orang adalah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 2,116 orang lagi dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pada tahun 2008, keluaran graduan PhD di IPT tempatan ialah seramai 840 orang di mana IPTA mengeluarkan 785 orang dan IPTS 55 .Sehingga Mac 2009, terdapat 13,361 orang pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di IPTA.

Ini adalah hasil usaha dan perjuanga siapa sebenarnya. Ini lah perjuangan dan keringat Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO. Tidak ada orang boleh mempertikaikan.

Adakah ini perjuangan PKR atau DAP atau PAS. Mereka hanya pandai mengutuk, maki hamun, herdik apabila BN terlupa atau buat kesalahan. Kita mahu rakyat mendapat pendidikan tanpa mengira ideologi politik mereka. Ini lah hasrat murni BN yang diterjemahkan melalui Kementerian Pelajaran dan Kem. Pengajian Tinggi serta Kementerian Kementerian yang lain.

wassalam

Pelabelan terhadap UMNO

Salam bloggers

Sejak sekian lama kita mendapat mendengar UMNO mendapat macam macam jolokan oleh pembangkang. Ada yang mengatakan UMNO ialah parti yang sangat busuk, keji, hina, korup, zalim dan sampai satu tahap UMNO dikatakan kafir.

Yg terbaru Nik Aziz ingin mendoakan supaya UMNO dan Perdana Menteri hancur jika royalti tidak diberi kepada Kelantan. Inilah yang dikatakan kerana harta (pitih), wanita dan tahta, kita boleh ke lembah kehancuran.

Jolokan inilah yang dimainkan oleh pembangkang sejak dari merdeka lagi. Namun UMNO ialah sebuah parti 'Husnu zon". Walaupun dengan pelbagai kutukan dari kaum sebangsa dan seagama, UMNO terus mengorak langlah memimpin dan membangunkan rakyat serta negara ke arah kejayaan.

Apa yang dikesalkan, tidak pernah kedengaran , mulut mereka mengucapkan pujian dan terima kasih kepada kerajaan dan UMNO. Jawapan yang biasa kedengaran ialah " itu dah menjadi tugas kerajaan".

Bayangkan kalau kita memberi pendidikan kepada anak kita sehingga mereka menempa kejayaan dari mendapat pekerjaan yang baik. Namun apabila si anak ini sudah berjaya, ia lupa kepada jasa ibu bapa mereka atau pun derhaka kepada mereka. Jika si anak ini mengatakan ' itu memang tugas ibu bapa". Apa perasaan si ibu dan si bapa agaknya. Fikirkan.

Dalam tulisan ini, saya tak mahu membuat ulasan tentang kejayaan umat di Malaysia hari ini. Kita boleh fikirkan sendiri. Dari pelbagai kutukan ini, nampaknya Allah masih memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah Malaysia tercinta ini selama 52 tahun.

Sampai ke 1 tahap, mereka ingin mendoakan supaya UMNO dan PM hancur jika tidak memberikan royalti minyak kepada mereka. Banyak sudah mereka berdoa untuk hancurkan UMNO ini. Tp UMNO tetap berdiri teguh. Barangkali kalau NIk Aziz suruh doakah kehancuran ibu bapa mereka pun ,mereka akan ikut.

Jangan asyik kita pergi buat haji dengan wang sponsor org lain. Adalah lebih baik kita cari orang miskin yang belum pernah buat haji, kemudian hantar buat haji ke Mekah. Itu adalah lebih baik dari pada kita menerima sponsor pergi Mekah. Itu boleh dikategorikan rasuah jugak ke ..................................... fikir sendiri lah.

Oleh yang demikian, UMNO akan terus berjuang. Hidup UMNO

29 November 2009

Dipetik dari akhbar Sinar Harian 29 November 2009

Pendidikan jana modal insan berkualiti

PEKAN BUKIT PAYONG - Peluang pendidikan dan kemahiran yang disediakan kerajaan perlu digunakan sebaiknya bagi memastikan rakyat negeri ini dapat membina modal insan berkualiti, selain berjaya merapatkan jurang kemiskinan antara rakyat.

Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda berkata, hanya dengan ilmu dimanfaatkan berjaya merealisasikan hasrat itu. Menurutnya, usaha kerajaan yang dibuat sejak bertahun lamanya itu adalah antara langkah jangka panjang dilaksanakan supaya semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya.

“Kerajaan berusaha gigih membantu sedaya mungkin, sama ada dari segi bantuan kewangan dan pendidikan tetapi kami melihat pendidikan sahaja mampu menjadi pelaburan terbaik dalam usaha membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi dan segala aspek kehidupan. "Walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh bagi melaksanakannya, kami memerlukan sokongan rakyat supaya segala perancangan dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra & Motivasi bersama penerima bantuan kebaji-kan masyarakat DUN Bukit Payong di Masjid Bukit Payong. Seramai 290 penerima bantuan kebajikan masyarakat di DUN Bukit Payong hadir pada majlis itu.

Turut serta, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Noor Hayati Zaman. Sementara itu, Zaidi turut melahirkan rasa simpati kepada semua rakyat di negeri ini, khususnya di DUN Bukit Payong yang terbabit dengan banjir, minggu lalu. “Sudah 23 tahun pusat pemindahan banjir di DUN Bukit Payong tidak dibuka dan paling akhir dibuka pada 1986. “Saya faham, mungkin ada yang rasa tidak selesa sewaktu berada di pusat pemindahan.

Saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan ketika proses pemindahan dan sewaktu berada di pusat berkenaan,” katanya. Zaidi berkata, sebagai pemimpin kawasan dan turut terbabit secara langsung sewaktu bencana tempoh hari, dia percaya semua pihak dan agensi yang terbabit sudah memberikan perkhidmatan terbaik, terutama bagi memastikan semua mangsa selamat banjir mendapat bantuan, sumbangan serta pertolongan sewajarnya.

27 November 2009

Celaru Ke Parti Kaum Cina.

Salam bloggers


Dunia politik tempatan nampaknya masih bercelaru dan menghadapi krisis kepimpinan. nampaknya hampir semua parti utama dilanda krisis ini termasuk PAS, PKR, MCA, MIC dan Gerakan.


Krisis kepimpinan dalam MCA paling ketara. Mesyuarat agung tahunan akan diadakan pada 4-5 disember ini. Apa sudah jadi pada parti orang orang cina ini. Krisis ini nampaknya seakan akan tiada kesudahannya.


Krisis ini perlu diselesaikan segera bagi BN membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti. Prestasi buruk MCA dalam pilihanraya yang lepas memerlukan kepimpinan MCA perlu bekerja keras untuk meyakinkan kaum cina menyokong kembali parti nutama orang cina ini.


Gerakan juga nampaknya tidak bermaya. Mereka gagal menang 1 pun kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang ke 12. YB. Tan Sri Koo mendapat jawatan menteri pun adalah melalui ehsan PM dan bukan kemenangan melalui pilihanraya.


Saya perhatikan di kawasan majoritinya adalah orang orang cina, DAP pasti akan menang di kawasan tersebut. Cuba lah semak keputusan pilihanraya yang lepas. Mengapa majoriti kaum cina memilih DAP sebagai parti pilihan mereka?????????..........


Nampaknya DAP sahaja yang semakin bertapak kukuh. setelah 40 tahun Singapura keluar dari Malaysia, DAP berjaya meletakkan Setiausaha Agungnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Pada pandangan saya orang cina sangat suka kepada parti Ekstrimis ini. Buktinya dulu org cina sokong kepada Gerakan, namun kini oleh kerana Gerakan bersama dengan BN, sokongan kepada Gerakan semakin jauh.


Apakah akan terjadi dalam pilihanraya ke 13 nanti. Adakah DAP akan mendominasi parti kaum cina dan berjaya menguasai Malaysia. Apakah Org Cina dan India akan terus mendominasi pilihanraya yang ke 13 kerana sudah ramai dikalangan mereka telah diberi tempat oleh pengundi. Sesungguhnya tidak ada cara lain untuk melayu dan islam menjadi kuat selain dari bersatu padu.

wallahukalam

Siapa Pengganti Nik Aziz ?

Salam bloggers

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyembut Hari Raya Korban kepada muslimin dan muslimat sekalian. Adalah diharapkan sambutan Hari Raya korban ini akan menambahkan ketakwaan dan keimanan kita kepada yang maha esa.

Mutakhir ini heboh diperkatakan tentang hasrat Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Nik Aziz yang akan melepaskan jawatan yang disandangnya sekian lama. Ada orang PAS berkata masa Tun Mahathir pegang jawatan PM dulu, Mahathir dah nyanyuk dan dah terlalu lama dan kene melepaskan jawatan PM. Kini apa pula kata mereka?.

Kini tiba giliran Nik Aziz pula mungkin dikatakan sudah terlalu lama memgang jawatan tersebut. Sesetengah pemimpin PAS mengatakan perlu Nik Aziz mencalonkan pengganti MB selepas beliau melepaskan jawatan.

Antara calon yang sentiasa dibibir pimpinan PAS ialah YB. Dato' Husam Musa. Namun selepas beliau kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS baru baru ini, beliau seakan akan sudah tidak ada umpphhh. Beliau juga telah mengumumkan tidak berminat dengan jawatan Menteri Besar.

1 ketika dulu Nik Aziz pernah menyebut Husam sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber. Husam pula menyatakan bahawa calon yang paling sesuai utk mengambil alih jawatan MB Kelantan ialah YB. Dato' Ahmad Yaacob Timbalan Pesurujaya 1 PAS Kelantan, kerana beliau lebih senior dalam hirarki kerajaan negeri. Pada pandangan saya nampaknya Dato' Ahmad seakan akan bersetuju dengan jawatan MB ni. Siapa yang tak mahu jadi MB kan.

Ada juga sesetengah pandangan pemimpin PAS , calon MB mestilah seorang ulamak yang berkelulusan agama. Nampaknya memang Husam tidak layaklah kerana Husam berkelulusan Ekonomi dari Univesiti Malaya.

Kalau ini lah dasar PAS seterusnya, maka golongan profesional dalam PAS boleh gulung tikar lah kerana semua jawatan MB, Menteri dan PM ini hanyalah untuk ulamak sahaja. Golongan profesional tidak layak memegang jawatan utama dalam kerajaan pimpinan PAS . Begitu lah nampaknya.

Kita sama sama tengok nanti sapa bakal pengganti Nik Aziz , sama ada Nik Aziz nak namakan penggantinya atau tidak. nampaknya kepimpinan PAS semakin bergelora dalam menghadapi krisis ini.

Wassalam.

24 November 2009

Pengorbanan yang tiada tolak bandingnya.

Salam bloggers

Terima kasih kepada yg masih setia dgn blog saya. Mohon maaf kerana lama dah tak update blog ini kerana kesuntukan waktu. Saya mendoakan sahabat blog dalam keadaan sihat walafiah.

Kita juga baru melepasi ujian banjir. Bagi penduduk di Bukit Payong. Lama dah kita tidak menghadapi masalah banjir. Tahun terakhir pusat pemindahan dibuka ialah pada tahun 1986. Masa tu saya baru darjah 6. Namun pada tahun ini kita mengalami banjir. Jika difikir secara positif, mungkin ini lah ujian Allah. Kita terima dengan redha kerana sudah lama kita tidak diuji dengan banjir.

Dalam musim begini ramai org yang berkorban untuk kesenangan org lain. Ramai juga sukarelawan yang turut membantu dan menghantar bekalan makanan ke pusat pemindahan. Inilah budaya yg patut dicontohi oleh rakyat kita. Kakitangan kerajaan yg terlibat juga bertungkus lumus membantu mangsa yang terlibat.

Saya ada menerima sms dari rakan rakan jemaah haji. Mereka akan mula bertolak ke Arafah bagi mengerjakan ibadat wukuf. Jutaan manusia akan berkumpul disini dalam sedikit masa lagi. Mereka memakai pakaian yang sama tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Mereka punyai niat yang sama. Ini melambangkan bahawa setiap manusia itu sama melainkan tahap keimanan dan ketakwaan sahaja membezakan kita. Pengorbanan diiringi dengan kesabaran mestilah bersama jemaah haji bagi mendapat haji yang mabrur.

Hari Raya haji sudah pasti akan mengingatkan kita akan peristiwa agung iaitu penyembelihan Nabi allah Ismail sebagimana firman Allah dalam surah ass shaffat ayat 102

" Maka taktala sampai pada usia sanggup berusaha bersama sama Ibrahim, Ibrahim pun berkata: " wahai anakku, sesunggunhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih mu. Maka fikirkanlah apakah pendapat mu?. Dia menjawab, Ayah, Laksanakanlah apa yang diperintah oleh Allah kepada kamu. Insyallah engkau akan mendapati aku termasuk kedalam org org yang sabar".

Inilah pengorbanan yang sangat besar yg tidak ada tolak bandingnya. Nabi ibrahim telah telah menunaikan perintah Allah dengan penuh ketaatan iaitu menyerahkan anaknya untuk disembelih sebagai korban.

Oleh kerana kehebatan ketaatan ini, maka semasa menyembelih Nabi Ismail, Maka Allah telah gantikan Ismail dengan seekor kibas berbulu putih, bermata hitam dan bertanduk besar ( Ini menurut jumhur ulamak). Nabi Ibrahim melihat kibas itu tiba tiba telah terikat di sebatang pokok yang tumbuh dikaki bukit. Menurut ibnu Abbas, kibas itu telah digembalakan disyurga lebih dari 40 tahun.

Kehidupan ini sebenarnya adalah ujian bagi umat manusia. Kita mestilah sanggup berkorban untuk mencapai sesuatu kejayaan hatta kejayaan dunia atau kejayaan akhirat.

" SELAMAT HARI RAYA KORBAN/IDUL ADHA"

Wassalam

07 November 2009

Rakyat terus mendapat pembelaan. (Subur)

Salam bloggers.

Saya mohon maaf kerana sudah lama tidak update blog ini lantaran keterbatasan masa & waktu dan kesibukan menghadapi tugas tugas seharian. Saya mendoakan agar semuanya berada dalam keadaan selamat. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan dan teguran yang dibuat oleh saudara saudari sekalian.

Nampaknya rakyat Malaysia terus mendapat pembelaan. Konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan telah membuktikan bahawa ia bukan omong omong kosong yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri kita. Ia telah benar benar dinyatakan dan dipraktikkan oleh YAB Perdana Menteri.

Semalam 06 November 2009, sekali lagi beliau telah membuat 2 pengumuman penting iaitu pelancaran program subsidi beras untuk rakyat (Subur) dan penarikan semula penguakuasaan pemeriksaan Puspakom bagi kenderaan yang melepasi usia 15 tahun yang sebelum ini dikuatkuasakan. 2 pengumuman ini telah menzahirkan berita gembira buat rakyat yang miskin.

Berkuatkuasa 1 Disember ini , hampir 200,000 keluarga miskin tegar, miskin, muda miskin dan orang asli diseluruh negara akan mendapat subsidi beras. Menerusi program subsidi ini, kira kira 43,500 keluarga miskin tegar yg berpendapatan RM 450 sebulan dibandar dan RM 420.00 di luar bandar akan menerima baucer bagi 30 Kilogram beras percuma setiap bulan.

Sementara itu , lebih 150,000 keluarga yang berpendapatn RM 1500.00 sebulan di bandar dan RM 1000.00 sebulan diluar bandar akan menerima subsidi RM 10.00. Ini bermakna jika harga beras dipasaran RM 24.00 maka keluarga ini hanya perlu menambah sebanyak RM 14.00 sahaja kerana RM 10.00 telah diberi secara percuma.

Ini kesungguhan kerajaan membantu rakyat. mudah mudahan dengan bantuan ini, ia akan meringankan beban rakyat yang ditimpa yang miskin , insyallah

Fikr

22 October 2009

Mungkinkah Berlaku EGM PAS

A'kum di hari jumaat yang mulia ini.

Pada hari ini saya dikejutkan dengan kenyataan YAB Dato' Nik Aziz dalam blognya. Nampaknya pergeseran dalam PAS juga tiada kesudahannya. Bukan sahaja UMNO, MIC, MCA, PKR namun semua parti utama dalam negara berhadapan dengan masalah dalaman. Ini sudah menjadi lumrah apabila kita bernama manusia. Perbezaan pandangan sudah pasti akan berlaku.

Inilah cabaran besar memimpin manusia. Nik Aziz nampaknya tidak berpuas hati terhadap beberapa pemimpin PAS yang masih lagi menyebut tentang kerajaan perpaduan khususnya dgn UMNO. Beliau masih lagi menentang keras untuk bersatu sesama islam di negara ini. Beliau tidak mahu menyokong ke 2 parti ini bersatu membentuk kerajaan.

Oleh yang demikian beliau mencadangkan agar diadakan EGM PAS bagi menyingkirkan kepimpinan yang masih lagi menyebut tentang kerajaan perpaduan termasuklah Presiden Parti YB. Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya YB. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Dato' Mustafa ALi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan lain lain lagi.

EGM ini dicadang untuk menyingkirkan mereka dari kepimpinan PAS. Merekalah inilah yang disebut sebagai boneka kepada UMNO. Pada saya ,mereka ini menyokong kerajaan perpaduan adalah kerana nak menguatkan melayu islam. Dalam keadaan kita lemah, kalau kita berpecah belah pula, maka semakin lemahlah kita.

Isu di selangor yang melibatkan Dr. Hassan Ali, semua pemimpin PAS membisu seribu bahasa. Maka Dr. Hassan seorang saja yang menentang dasar kerajaan negeri yang diketuai oleh PKR.
Kalau ikut sistem, tidak sepatutnya sebagai seorang EXCO menghentam kerajaannya sendiri dari luar kerana keputusan yang dibuat adalah keputusan bersama.


PAS juga telah menjadi kuda tunggangan PKR. PKR mengambil kesempatan menggunakan PAS untuk kepentingan mereka. Tengoklah bagaimana kelicikan PKR memperbodohkan PAS. Parti yang baru setahun jagung, tapi jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh PKR lebih banyak dari PAS dalam pilihanraya ke 12. Mengapa berlaku demikian, Penyokong PAS jawablah.

Pandangan Nik Aziz ini sudah pasti akan membawa pergolakan yang besar dalam PAS. Apakah Dato' Seri Abdul Hadi dan konco konconya akan disingkirkan melalui EGM. Kita ikutilah perkembangan seterusnya.

Wassalam.

21 October 2009

Pakat Tunggu Ucapan Bajet 2010

Salam bloggers

Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu nunggu ucapan bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Oktober ini ( jumaat ini jam 4 ptg). Bajet ini amat penting kerana ini lah ucapan bajet YAB Perdana Menteri selepas mengetuai kerajaan pada tahun lepas.

Kita percaya bajet pada kali ini akan memberi tumpuan kepada rakyat selaras dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Sebelum ini, kerajaan pernah menyuarakan bahawa Bajet 2010 yang akan dibentangkan ini merupakan bajet berhemat dengan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Sejajar dengan hasrat tersebut, tentunya kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet tersebut.

Pada masa sama, sumbangan melalui pakej rangsangan ekonomi yang disediakan kerajaan sebelum ini telah menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara selain dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi pelbagai pihak.

Sebelum ini, beliau telah memberikan bayangan bahawa teras bajet itu adalah untuk akan memastikan negara keluar daripada krisis ekonomi dengan tumpuan kepada usaha mencari sumber pertumbuhan baru, selain merancakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Kerajaan juga maklumkan bahawa perbelanjaan mengurus akan dikurangkan dalam bajet kali ini. Jika dalam bajet yang lepas memang perbelanjaan mengurus lebih besar dari pembangunan. Dengan ini seluruh jentera kerajaan kena lah berjimat cermat bagi memastikan pembaziran tidak berlaku.

Bagi kakitangan awam pula, mereka juga sedang menunggu sama ada kerajaan akan membayar bonus atau tidak kepada dalam bajet ini. Semuanya terletak kepada kemampuan kewangan kerajaan. Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bonus kepada kakitangan sokongan gred 38 ke bawah sebanyak RM 500 seorang.

Perlu diingat bonus ini bukanlah hak mutlak kakitangan awam. Walau pun begitu saya yakin Dato' Sri Najib faham kehendak seluruh kakitangan awam terutamanya kepada mereka yang bertugas di bandar besar dan berpendapan rendah. Tapi kita jangan lah mengamuk jika apa yang ditunggu tunggu itu tidak kesampaian.

Kita sama sama tunggu pada 23 Oktober 2009 ini.

18 October 2009

Untungnya bersatu dalam senyap ( Dipetik dari tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah)

PERGOLAKAN yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.

Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

Jika kita membuat sedikit analisa pilihan raya, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu. Jika MCA dan Gerakan bertanding di kawasan majoriti Cina menentang parti ultra kiasu itu, saya yakin, kedua-dua parti ini akan kalah teruk. Contoh, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan majoriti kawasan bandar. Itulah trend pengundian yang saya harap pembaca dapat faham makna tersurat dan tersirat.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa selama ini parti Gerakan dapat bertahan di Pulau Pinang? Jawapannya, lihat sejarah Gerakan dan punca-punca berlaku peristiwa 13 Mei 1969, yakni sebelum menyertai Barisan Nasional. Gerakan menjadi pilihan kerana Gerakan ketika itu begitu lantang dan vokal memperjuangkan nasib bangsa. Tetapi apabila Gerakan dilihat semakin bertolak ansur dengan BN, akhirnya ia ditolak, maka menanglah parti ultra kiasu itu dalam PRU 12. Ringkasnya, semakin ultra kiasu sesebuah parti politik itu, semakin ia mendapat sokongan dan perhatian. Bermakna, parti yang ultra kiasu akan mendapat sokongan padu daripada mereka yang ultra kiasu. Saya tidak menuduh semua orang Cina ultra kiasu. Yang pasti, ultra kiasu ini tetap menang besar di kawasan majoriti yang diwakilinya.

Saya yakin, selepas ini mungkin parti ultra kiasu tersebut akan meletakkan satu dua orang calon Melayu di kawasan majoriti Cina, bagi membuktikan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum. Saya turut yakin calon-calon itu akan menang besar. Namun, itu bukanlah suatu yang menghairankan atau memeranjatkan. Hanya yang kiasu sahaja yang dapat membaca politik kiasu. Jika calon Melayu itu menangpun, calon Melayu tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa, sebab ia tetap dikuasai oleh mereka yang ultra kiasu. Kewujudan orang Melayu dalam parti tersebut adalah satu permainan wayang kulit yang cuba dipertontonkan untuk mengaburi mata kita.

Kita jangan tertipu dengan permainan silap mata mereka. Kemunculan beberapa tokoh Melayu dan juga India yang dilantik dalam kepepimpinan parti mereka hanyalah sandiwara untuk membuktikan bahawa mereka tidak chauvinis. Dengan sebab itu, bila ada orang Melayu yang agak berpengaruh menyertai mereka, maka cepat-cepat dilantik sebagai Naib Pengerusi. Mungkin selepas ini, sebagai timbalan pengerusi. Saya masih menunggu apakah orang Melayu akan dilantik sebagai pengerusi parti ultra kiasu suatu hari nanti? Tunggu dan lihat! Apapun, inilah strategi licik mereka yang kita masih terlepas pandang. Justeru, janganlah risau sangat pasal masalah dalaman MCA dan Gerakan. Apa yang penting yang perlu kita lakukan ialah mendedahkan tembelang parti ultra kiasu supaya orang Melayu dan orang Cina lain yang cintakan tanahair ini agar tidak tertipu.

Jika para pembaca tidak percaya apa yang saya katakan, cuba bangkitkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk digilirkan di kalangan pelbagai kaum dalam pakatan mereka atau dalam Barisan Nasional? Saya yakin, bukan sahaja parti ultra kiasu ini akan terkinja-kinja, malahan mereka yang tidak berkaitan dengan parti ultra kiasu ini juga akan bersatu bersama parti ultra kiasu ini menentang keputusan tersebut.

Ketua Menteri
Pokoknya, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh terlepas kepada kaum lain. Pada hemat saya, siapapun yang memerintah Pulau Pinang antara ketiga parti ini adalah tidak penting. Yang penting orang Melayu tidak boleh menjadi Ketua Menteri di sana. Sebarang percubaan dan usaha akan ditentang habis-habisan.

Justeru, saya tidak hairan dengan apa jua krisis yang melanda dalam parti-parti politik bangsa saya. Benar, mereka nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti ultra kiasu ini akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang bekerjasama secara senyap?

Dua parti komponen ini akan senyap-senyap menyampaikan kepada BN bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam PRU 12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah.

Begitulah juga beruntungnya MCA dan Gerakan yang dilihat lunak dengan kerajaan. Orang Melayu pula akan memberi sokongan kepada mereka tanpa berbelah bahagi kerana itulah sikap Melayu di bumi Melayu. Akur kepada arahan pimpinan. Sanggup ketepikan calon sebangsa seagama kerana mereka diajar supaya taat kepada pemimpin. Perkara ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi, pantang Melayu menderhaka. Konotasi ini ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilai.

Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik, mendesak dan menuntut, pada masa sama di dalam ada yang bekerja dan memujuk. Tidak kira di mana negeripun mereka berada, sama di dalam pakatan atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.
Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak.

Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Bangkit dengan semangat baru, Menakhoda Zaman.


Salam bloggers.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana sudah lama tak update blog ini. Kesuntukan masa dan hambatan tugas lain menyebabkan saya kekurangan masa untuk menulis.

Saya baru pulang dari menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang ke 60 di PWTC bermula dari 13 hingga 16 Oktober 2009. Perhimpunan ini memberi semangat baru baru kepada semua ahli dan perwakilan UMNO diseluruh pelosuk tanah air.

Melihat kepada ucapan yang penuh bersemangat dari seorang pemimpin no. 1 UMNO, maka seluruh warga UMNO akan bersama sama dengan Presiden UMNO melakukan islah ke arah yang lebih baik. YAB Dato' Najib mengambil alih kepimpinan UMNO dan negara dalam suasana yang penuh dengan cabaran.

Tanpa kekuatan dan kepimpinan yang cemerlang, ia akan mengundang padah kepada rakyat dan negara. Dato' Najib memimpin negara disaat BN tidan memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, ekonomi dunia berada dalam tidak menentu, kekalahan demi kekalahan BN dalam pilihanraya kecil sehingga PRK Bagan Pinang BN memperolehi majoriti besar mengalahkan PAS.

Dalam usia 56 tahun dan baru mengemudi negara selama 200 hari, Dato Najib telah melakukan tidakan berani dan drastik bagi meyakinkan rakyat bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia. BN bukan main main tetapi bersungguh sungguh untuk bersama rakyat memajukan negara dan membela nasib mereka.

Konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan adalah menifestasi segera yang dilaksanakan. Dalam 1 negara pelbagai kaum, rakyat akan diberikan keutamaan. Pemimpin harus mendekati rakyat, turun padang dan membantu rakyat yang susah dan miskin. Dengan ini sudah pasti rakyat akan mengenang jasa pemimpin dan mereka akan undi BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Saya berpandangan Dato' Najib telah mengambil tindakan yang sangat berani apabila mencadangkan pindaan perlembagaan UMNO. Kini jawatan presiden UMNO terbuka untuk ditandingi oleh sesiapa. Tidak ada lagi kuota pencalanan dari bahagian untuk bertanding jawatan no. 1 dalam UMNO.

Ini menunjukkan bahawa, beliau tidak mahu jawatan itu menjadi hak mutlak dirinya. Beliau yakin jika beliau bekerja untuk rakyat dan mengutamakan rakyat, rakyat akan memilih beliau sebagai pemimpin no 1 UMNO. Kedudukannya diserahkan kepada rakyat.

Oleh yang demikian setiap pemimpin UMNO termasuk diri saya sendiri harus berubah ke arah yang lebih baik. Kita jangan menjadi pemimpin yang sombong, angkuh, bongkak, mewah tanpa menghiraukan kehendak rakyat sekeliling.

Jika ini yang ditunjukkan, saya percaya dalam pilihanraya ke 13 nanti rakyat akan sokong kita dan BN akan kembali mennag besar.

Fikr

12 October 2009

Bagan Pinang, Teruskan Khidmat Bakti Kepada Rakyat.




Pilihanraya kecil Bagan Pinang telah berlalu. BN membuktikan bahawa kekalahan dalam beberapa siri PRK yang lalu tidak menjejaaskan keyakinan rakyat terhadap BN. Rakyat sudah belajar bahawa PR ini hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk berkhidmat kepada mereka apabila bergelar Wakil Rakyat.

Malam tadi sekitar jam 8 malam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.


Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Sebagai pejuang, kita bukan lah nak berbangga kepada kemenangan ini. Apa yang lebih penting seluruh jentera Bn dan kerajaan di seluruh negara mestilah menanamkan azam untuk menunaikan amanah dengan bersungguh sungguh.

Rakyat mestilah didekati dan diutamakan. masalah mereka mestilah diaselesaikan. Ini formula yang paling penting untuk rakyat menyokong kita.

Pada ptg semalam mungkin seluruh jentera parti berdebar debar menunggu keputusan. Ramai mengjangkakan bahawa kemenangan kedua dua pihak mungkin tipis

Apa yang mendukacitakan ialah masih wujud lagi pergaduhan sesama kita. Yang sedihnya yang bergaduh tu pakai kopiah lagi. Ini lah imej yang ditonjolkan oleh PAS. Ganas, kasar dan sebagainya adalah imej parti mereka.

Kepada yang menang, kita lipat gandakan usaha memikul amanah ini. Insyallah rakyat akan terus sokong Barisan Nasional.

Jangan kita ikut PAS. dah banyak kali menang, cuba tanya rakyat apa yang dibuatnya. Mereka hanya pandai bersyarah tetapi habuk pun tadak.


waasasalam.

08 October 2009

UM ( 09/10/2009)

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.

Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Add to Google

1 Rantau 1 Dunia

Salam bloggers.

Malam ini malam jumaat. Hari jumaat pula adalah penghulu segala hari. Moga kehidupan kita bertambah baik dari semalam.

Semasa YAB Dato' Najib baru mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi diutamakan. Konsep ini menampakkan kejayaan walaupun ia baru diperkenalkan. Konsep ini membolehkan rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan bertoleransi sebagaimana realiti yang berlaku hingga ke saat ini.

Bagi kerajaan pula, rakyat adalah segala galanya. Jika tiada rakyat maka tidak akan wujud kerajaan. Saya amat tertarik dengan ucapan YAB Perdana Menteri semasa berucap di Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) ke 35 di Paris Peranchis.

Dalam ucapannya Najib telah melontarkan idea 1 Rantau 1 Dunia. Konsep ini adalah berlandaskan sikap saling menghormati, mempercayai serta saling bekerjasama bagi melahirkan dunia yang lebih aman dan harmoni. Perbezaan warna kulit, kuturunan dan agama diketepikan demi mewujudkan masyarakat dunia sebagaimana disebutkan tadi.

YAB Perdana Menteri telah memberikan contoh Malaysia. Sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum tapi mampu hidup dalam suasana tenteram selama 52 tahun. Tidak ada masalah besar berlaku sehingga boleh menyebabkan ketegangan kaum yang boleh menghancurkan negara.

Tidak semua negara mampu berdiri seperti Malaysia. Ada negara yang berlaku perang sesama sendiri walaupun mereka 1 agama dan 1 bangsa. Pembunuhan sesama sendiri berlaku. Mereka mati ditangan orang yang 1 agama dan 1 bangsa dengan mereka. Masalah ini masih lagi menjadi masalah besar disesetengah negara.

Sikap berat sebelah kuasa kuasa besar juga gagal mewujudkan keamanan dan keadilan di dunia. Amat sukar untuk kita menyatupadukan semua kaum dan agama di dunia ini. Bagi mewujudkan dunia yang aman dan stabil YAB Perdana Menteri telah bersedia menawarkan Malaysia sebagai jambatan dialog antara budaya dan negara demi sebuah keamanan yang diimpikan oleh seluruh manusia di bumi ini.

wassalam

05 October 2009

BN & UMNO "Rakyat tetap dihatiku"

Salam bloggers

Salam perjuangan buat semua. Hari ini ada sebahagian dikalangan kita yang pandai bercakap, cerdik, mempunyai idea yang bernas, lantang, banyak ilmu, hidup kaya raya, kereta besar, rumah besar, ada juga yang bini pun besar. Ini adalah hasil dari kerja keras para pemimpin UMNO/ BN, pegawai kerajaan serta rakyat semua selama 52 memerintah negara ini.

Semua ini tidak datang bergolek kepada kita tanpa adanya usaha. Ibarat kita nak dapat wang. Wang ini tidak datang tanpa kita bekerja sungguh sungguh. Semua perkara akan berjaya dengan usaha dari kita , sesudah berusaha baru lah kita menadah tangan memohon doa dari Allah yang maha esa.

Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang melemparkan tuduhan bahawa pemimpin kerajaan/BN/UMNO ni semuanya salah, semuanya korup dalam setiap kali ceramah yang disampaikan. Cerita baik mengenai kerajaan satu pun tidak diceritanya kepada rakyat.

Malam tadi saya sempat mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh pemimpin pembangkang di Bagan Pinang. Itulah cerita yang dibawa. Saya pun tak tahu apa jasa PAS kepada rakyat. Saya punyai pengalaman selama 4 tahun PAS memerintah Terengganu.

Sebelum dapat kuasa, katanya apabila kita berkuasa kita akan laksanakan hudud sebelum ayam berkokok. Ini cakap orang bodoh dan yang tak tahu peraturan. Apabila berkuasa , nah tuan tuan tengoklah sendiri. Nak pinda perlembagaan negeri pun ambil masa 2 tahun.

Kunci balairaya dirampas dari pengerusi JKKK setelah dapat memerintah, ingat ke nak jadikan balairaya sebagai satu institusi yang lebih cemerlang. Akhirnya balairaya tadi menjadi tempat lembu dan kambing berak (buang air besar dan kecil) , lantainya pula reput dimakan anai anai kerana tidak digunakan. Syarahannya bukan main hebat, tapi habuk pun tak dak.

Dikatanya pula ada 2 lori fail penyelewengan di pejabat YAB MB oleh pemimpin UMNO semasa memerintah. Mana ada. Itu adalah cerita rekaan mereka yang kehabisan modal.

Apa yang dikesalkan lagi semasa mereka menguasai kerajaan negeri, ramai pengikutnya kembali menunaikan solat dimasjid kerajaan yang dulunya mereka kata haram. Sebelum berkuasa mereka tidak jijak pun masjid di kampung. Apabila berkuasa mereka pergilah ke masjid berkenaan. Lebih dari itu nak pula rebut jadi AJK Masjid. Ingat ke keadaan akan kekal lah seperti itu, namun apabila hilang kuasa mereka tidak lagi menunaikan solat di masjid kampunganya. Lalu mereka mencari masjid yang bewarna hijau. ( Dinding hijau, kubah hijau, tiang hijau, batang paip hijau, karpet hijau, kalau boleh tanah tapak masjid pun nak warna hijau jugak)

Kita tak boleh nafikan bahawa perjuangan BN/UMNO telah membawa rakyat Malaysia ke tahap ini. Kerajaan BN menjaga rakyat dengan penuh hikmah bermula dari umur kita 3 bulan lagi. Ibu ibu akan dibuat pemeriksaan di Klinik Klinik Desa diseluruh negara. Bermacam macam suntikan diberikan kepada ibu mengandung agar ibu dan anak sihat sejahtera.

Kemudian adanya sistem pendidikan yang sistematik bagi melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlak. Bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej, Institut, Universiti dan sebagainya. Kini terdapat hampir 10,000 buah sekolah, terdapat hampir 400,000 orang guru, 19 buah Universiti, 24 buah Politeknik, berpuluh buah pusat kemahiran, hampir 500 buah kolej swasta. Ini semua adalah bagi memberi ilmu kepada rakyat.

Kepada yang miskin pula diberikan makan pagi secara percuma, Bantuan pelajar miskin (Kuam), Bantuan pakaian seragam, buku teks secara percuma, pelbagai jenis biasiswa, bantuan kelas tuisyen dan lain lain lagi.

Tidak ada sekatan kepada rakyat untuk menuntut ilmu sehingga ke peringkat PHD, Siapa saja yang bersungguh akan menikmati apa yang dijanjikan oleh kerajaan. Anak orang miskin, anak orang kaya, anak nelayan, anak petani, anak majistret, anak menteri, hatta anak Perdana Menteri sekali pun. Semua akan diberi hak yang sama dalam pendidikan.

Oleh sebab itulah kita perhatikan ramai anak anak kampung yang berjaya dalam pendidikan mendapat peluang belajar di luar negara melalui biasiswa kerajaan. Semua ini dinikmati semasa kerajaan BN memerintah negara.

Selepas tamat belajar, Kerajaan sediakan peluang pekerjaan kepada mereka. sebahagian besar anak anak melayu bekerja dengan kerajaan. Oleh sebab itu 90% kakitanagn kerajaan adalah terdiri dari anak anak melayu. Mereka bukan lagi setakat budak pejabat, Pembantu am rendah, buruh, kerani sebagaimana semasa era penjajahan.

Bahkan lebih dari itu, sebahagian besar jawatan jawatan penting dalam perkhidmatan awam seperti KSU Kementerian, Ketua Pengarah, Pengarah, Peguam Negara, Ketua Polis , Hakim, Panglima Tentera adalah semuanya terdiri dari orang melayu.

Gaji pun lumayan jugak. Mungkin yang paling rendah pun dapat lah RM 1,000 sebulan, Ada yang RM 20,000 sebulan. Itu bergantung kepada jawatan lah. Kebanyakan mereka ini pada satu ketika dahulu adalah anak kampung seperti saya.

Kita juga telah berjaya melahirkan ramai doktor, jurutera, peguam, ulamak, arkitek, akauntan dan sebagainya hasil perjuangan kita dalam pendidikan negara.

Pegawai kerajaan yang sambung pelajaran pula diberi elaun dan bergaji penuh lagi. Mana nak cari kerajaan sebegini. Kalau orang macam saya ni nak sambung pengajian kena bayar yuran sendirilah. Untungnya pegawai kerajaan ini.

Bagi mereka yang sudah tua dan tidak mampu untuk membuat pekerjaan akan diberi bantuan bulanan. Ada dapat RM 200.00, ada RM 300.00 dan ada RM 400.00. bagi anak yang cacat juga diberi bantuan, bantuan bulanan juga diberi kepada pesakit kronik, ibu tunggal dan sebagainya. Dalam Terengganu sahaja terdapat sejumlah lebih kurang 23,000 orang penerima bantuan ini.

Dari segi kemudahan awam jangan sebutlah. Memang bertaraf dunia. Tidak ada lagi jalan tanah merah yang berdebu sebagaiman tahun 80 an dulu. Di merata ceruk kampung jalan dipremix. kemudahan telekomunikasi, kemudahan kesihatan, kemudahan keagamaan, kemudahan perhubungan dan kenderaan dan segala kemudahan lain adalah berkualiti tinggi.

Adakah semua yang dilakukan ini zalim, jahat, tidak berperikemanusiaan, mengaut harta rakyat, jahat, bodoh, bebal, mahafiraun dan semua yang jahat itu ada pada UMNO dan BN. Ada seorang YB PAS yang mengakhiri ucapan dalam ceramahnya dengan berkata. " sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan segala yang jahat itu datangnya dari BN & UMNO"

Tuan Tuan/ Puan Puan fikirkalah dengan lapang dada

Petikan Dari Akhbar Sinar Harian ( 05 Oktober 2009)

Terap konsep 1Malaysia dalam jamuan Aidilfitri

KAMPUNG ATAS TOL - Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berlangsung meriah dan berjaya menghimpunkan hampir 5,000 penduduk serta pemimpin.

Majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Sivik Atas Tol adalah anjuran Penyelaras DUN Bukit Payong dan Pejabat Pembangunan DUN Bukit Payong serta penduduk kampung.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda berkata, sambutan itu dilihat cukup memberangsangkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di DUN Bukit Payong.

“Sebelum ini, biasanya ia diadakan di rumah wakil rakyat ataupun pekarangan pejabat tetapi kali ini kami mengubahnya dan mengadakannya di kampung dengan kerjasama komuniti setempat.

“Semangat kekeluargaan inilah yang ingin kita terapkan agar semua pemimpin di peringkat DUN khususnya, lebih mengenali dan dekat dengan rakyat, seiring konsep gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), ADUN dan pemimpin tempatan serta wakil jabatan.:

Zaidi berkata, pihaknya amat bersyukur kerana majlis itu mendapat sambutan cukup meriah.

“Program ini adalah acara tahunan yang kita buat sebagai menghargai rakyat, jabatan dan pemimpin yang selama ini banyak bekerjasama serta membantu dalam membangunkan DUN Bukit Payong dalam pelbagai aspek.

“Saya harap dengan adanya program sebegini, rakyat akan terus bersama-sama dengan BN dan kekal memberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada kita untuk terus memimpin negara pada masa depan,” katanya.

04 October 2009

Kempen PRK Bagan Pinang Bermula

Salam bloggers

Saya kini berada di Bagan Pinang, Port Dickson bagi menyertai sama kempen PRK Bagan Pinang. Proses penamaan calon telah berlangsung pada hari sabtu 03 Oktober 2009. Telah sekian lama saya tak sampai ke Port dickson. Satu ketika dahulu saya sering ke sini bagi mengikuti pelbagai program dan kursus Pegawai Belia & sukan di Institut Kepimpinan Belia Negara Port Dickson. Namun sejak berhenti kerja ni , saya jarang berkesempatan untuk ke sini.

Pada pagi tadi saya sempat ke Rumah Terengganu. Kebetulan pada ketika tersebut berlangsungnya acara sukaneka muhibbah . Pada program tersebut ramai masyarakat setempat termasuk melayu, cina dan india menyertai aktiviti tersebut. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Exco Belia & Sukan Pulau Pinang.

Oleh kerana masyarakat islam dalam suasana Hari Raya, banyak acara dan program Hari Raya bersama pemimpin diadakan. Port Dickson kelihatan begitu meriah dengan orang ramai. Rezeki peniaga peniaga disini juga melimpah ruah nampaknya. Alhamdulillah

Saya sempat bertanya dengan seorang dikawasan tersebut. Bagaimana peluang parti yang bertanding? beliau menjawab BN akan menang. Orang tersebut kemudian berkata, saya kesian kat UMNO. Orang india bukan tidak suka kepada UMNO tetapi kebanyakan masyarakat india tidak suka kat Samy Vellu. Oleh sebab itu ada dikalangan masyarakat India tidak memberi sokongan kepada BN.

Namun, apa yang kurang enak didengar ialah setiap kali berlangsungnya PRK, pergaduhan, kekasaran dan ketegangan pasti akan berlaku. Peristiwa yang berlaku keatas Dato' Abdul Azeez bukan satu perkara baru. Pembagkang akan gunakan apa sahaja untuk menang dalam pilihanraya tersebut.

Saya amat kesal memerhatikan trend baru baru pakatan pembangkang bukan islam yang sewenang wenangnya menggunakan ayat quran bagi menarik sokongan org islam menyokong mereka. Trend ini sangat bahaya jika dibiarkan. Bagaimana pula orang islam boleh terpedaya dengan tipu helah mereka ini.

Kita bayangkan mereka baca ayat Suci Al quran, sedangkan mereka tidak beriman dan tidak percaya dengan ayat Allah ini kemudian disambut pula dengar deruan takbir oleh pendengar yang terdiri dari orang islam. Kalau mereka percaya dengan ayat Allah ini, sudah lama mereka peluk islam.

Malam semalam Gobalakrisnan membaca sepotong ayat suci ketika ceramahnya di Bagan Pinang. Ingatlah Firman Allah dalam Surah ali Imran, ayat 54 bermaksud:

" ORANG ORANG KAFIR ITU MEMBUAT TIPU DAYA DAN ALLAH MEMBALAS TIPU DAYA MEREKA ITU DAN ALLAH SEBAIK BAIK PEMBALAS TIPU DAYA"

Masih terlalu awal untuk membuat penilaian, namun saya yakin BN akan menang dalam PRK ini. PAS adalah parti yang hanya pandai bercakap. Kalau PAS menang pun , apa meraka nak buat. Mereka tidak akan dapat tolong rakyat. Wakil Rakyat adalah berperanan untuk membantu rakyat.

Kempen masih berjalan dan akan bertambah hebat dalam masa seminggu ini. Malam ini juga banyak aktiviti ceramah akan berlangsung. Saya perhatikan banyak bendera dan poster parti yang tidak bertanding dalam pilihanraya ini ditampal. Saya menggesa SPR supaya bertindak tegas memastikan parti politik mengikut peraturan.

Parti yang dibenarkan menggantung poster ialah BN dan PAS sahaja. Parti lain tidak bertanding termasuklah PKR dan DAP. Oleh itu jangan naikkan poster dan bendera masing masing.

wassalam

02 October 2009

Sekitar Rumah Terbuka Hari Raya DUN Bukit Payong


YB. En. Razif wakil YAB MB bersama isteri. turut bersama ialah Pengurus Utusan Melayu Kawasan Timur.

Y.Bhg Dato' Alim Pegawai Daerah Kuala Terengganu sedang menikmati jamuan.



Isteri saya berasa isteri YB Razif


Org ramai sedang menikmati jamuan. 5000 orang hadir ke Rumah Terbuka ini.




01 October 2009

Bencana alam di sana sini

Salam bloggers

Hari ini 02 Oktober 2009, Hari Jumaat. Kita masih lagi berada di bulan Syawal yang mulia. Di sana sini masyarakat Malaysia lagi menganjurkan rumah terbuka. Setiap kali saya mengunjungi Rumah terbuka, begitu banysk hidangan lauk pauk dan kuih muih yang dihidangkan untuk para tetamu. Hari ini DUN Bukit Payong akan mengadakan Rumah Terbuka Idul Fitri bagi memberi peluang rakyat jelata mengeratkah tali silaturrahim sambil menikamati jamuan.

Selesai solat Subuh pagi ini, saya terus melayari internet bagi melihat perkembangan semasa dalam negara dan luar negara. saya perhatikan banyak bencana yang menimpa beberapa negara di dunia yang tak pernah berlaku di negara kita Malaysia tercinta.

Kita sedih melihat bencana gempa bumi di Sumatera Indonesia yang mengorbankan 1100 orang setakat jam 2.08 pagi ini. Rakyat Indonesia ni, sering ditimpa musibah dan ujian yang sangat berat pada pandangan kita. Mungkin bagi mereka itu sudah menjadi satu perkara biasa. Ratusan bangunan runtuh dan ada satu kawasan hampir 90% rumah musnah.

Gempa ini berlaku pada 7.6 skala Richter. Dalam kekalutan ini , rakyat akan panik dan banyak perkara diluar jangkaan akan berlaku. Bekalan makanan dan bahan lain akan menjadi lebih sukar. Difahamkan juga harga minyak Petrol sudah mencecah RM 5 satu liter.

Di Vietnam pula, 400 orang sudah terkorban dalam Taufan Ketsana. Taufan ini membawa angin kencang 185 kilometer sejam yang menyebabkan berlakunya banjir. seramai 170,000 orang sudah dipindahkan. Bencana ini mturut menyerang negara Kemboja dan juga Loas.

Disamping itu Tsunami terus menyerang Somoa. Sekurang kurangnya 150 orang terkorban dan puluhan lagi masih hilang. Gegeran berukuran 8 skala Richter disusuli dengan ombak setinggi 7.5 meter. banyak rumah telah ranap dan pantai yang dulunya putih bersih kini dipenuhi runtuhan bangunan, kereta, beg perabot dan barangan pribadi.

Semua ini berlaku disaat kita umat islam bergembira dengan sambutan Idul Fitri. Mereka ditimpa musibah dan ujian yang sangat menyayat hati. Dinegara kita lain pula ceritanya. kalau rakyat dinegara mati dalam suasana sebegitu, tapi rakyat kita banyak yang mati di jalan raya, mati akibat makan yang tidak terkawal lalu disusuli dengan pelbagai jenis penyakit dan sebagainya.

Kita tak ada bencana alam yang dasysat. Kalau berlaku pun skadar angin kuat yang hanya tercabut atap sahaja. Ptg kemarin Terengganu dilanda ribut yang agak kuat bagi kita. Di tempat saya cuma ada 8 buah rumah yang terlibat. Kita mengambil tindakan drastik dengan terus menggantikan atap yang tercabut.

Sesuai dengan pagi jumaat di bulan Syawal ini, kita perhatikan alam sekeliling kita. Kira banyakkan berfikir, kita muhasabah diri dan kita panjatkan doa supaya negara tercinta ini terus dilindungi dari sebarang bentuk musibah dan bala bencana.

Fikr

Demam Peperiksaan PMR Bermula

Salam bloggers.

Hari Khamis, malam Jumaat. Pada malam ini saya menghadiri solat hajat di SMK Sultan Mansur bagi memohon kejayaan cemerlang anak anak kita yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Sepanjang pengetahuan saya banyak sekolah yang melaksanakan solat hajat tersebut pada malam ini kerana peperiksaan PMR akan bermula hari Rabu ini.

Bila hadir solat hajat bersama sama dengan pelajar tadi, teringat jugak masa zaman persekolahan dahulu. Namun pada zaman tersebut tidak terdapat program solat hajat perdana sebagaimana sekarang. Mungkin masing masing solat hajat di rumah je.

Jumlah ibu bapa yang hadir tidaklah membanggakan sangat. Ramai juga dikalangan ibu bapa yang tidak hadir. Saya tak tahulah sama ada mereka tak ambil cakna atau pun mereka laksanakan di rumah masing masing. Di pihak PIBG, kita akan kecewa kalau mereka tak datang dan tidak juga laksakan solat hajat ini dirumah sendiri.

Saya cukup kagum apabila ibu bapa sendiri hadir ke program ini. Ini adalah usaha terakhir kita setelah anak anak kita bertungkus lumus ulangkaji pelajaran sebelum ini. akhir kita mohon kepada yang maha kuasa supaya diberikan kejayaan cemerlang kpd anak anak kita.

Ini juga memberikan sokongan moral kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan ini. Kepada adik sekalian, sesungguhnya tidak ada jalan pintas untuk menuju kejayaan. Tekun dan usaha adalah tangga kejayaan. Buktinya tahun lepas 2 dari SMK Sultan Mansor memperolehi keputusan cemerlang dengan mendapat 10 A 1.

Secara kebetulan saya adalah Pengerusi PIBG SMK Sultan Mansor, walaupun tak ada anak saya yang belajar disini. Kepada semua cikgu, terima kasih saya ucapkan bagi pihak ibu bapa. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu kami balas. Kami mendoakan agar cikgu semua akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari yang maha esa. Insyallah

Kepada adik adik Tingkatan 3 sekalian, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR.

Wassalam

27 September 2009

Nyawa manusia terus melayang di jalan raya.

Salam bloggers.

Salam Syawal kepada semua. Jalan raya kita terus dirundung malang. Kita berdukacita kerana di bulan Syawal yang mulia ini, nyawa manusia begitu murah diatas jalan raya. Jika di Afghanistan, sambutan Hari raya dihujani dengan puluru dan tembakan berlainan pula dengan Malaysia yang dihujani dengan kemalangan jalan raya.

Ops Sikap telah pun berakhir semalam ( 27 September 2009). Harapan kita untuk melihat angka kematian dan jumlah kemalangan berkurangan tidak kesampaian. Angka kematian dan kemalangan terus meningkat. Siapa yang patut dipersalahkan. Bagi saya kesalahan utama mesti disandarkan kepada diri sendiri kerana kitalah yang memegang stereng kereta.

Yang lebih mendukacitakan ialah , pada tahun ini jumlah kemalangan maut adalah yang yang tertinggi sejak ia dilancarkan pada tahun 2001. Jika semua pemandu ikut peraturan, saya berpandangan kemalangan ini dapat dikurangkan. Kerajaan telah beusaha menggunakan segala pendekatan seperti penguatkuasaan undang undang, teknologi moden, jalan diperelokkan dan lain lain lain lagi

Menurut Jabatan Keselamatan Jalan Raya, antara faktor utama kemalangan berlaku ialah kerana sikap pemandu yang memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan. Negara kita sekarang berada dalam senarai paling top dari segi kemalangan jalan raya dikalangan negara ASEAN.

Bagi nisbah 100.000 ribu penduduk, Malaysia mencatatkan 23.6 kematian berbanding dengan Thailand 19.6, Singapura 4.8 dan Filifina 1.3. Menurut perangkaan sejumlah 7,000 hingga 7,500 rakyat Malaysia mati diatas Jalan Raya.

Kepada pemandu, kita harus fikirkan bersama. jangan kita mengangggap bahawa orang lain yang ditimpa kemalangan, bukan kita dan bukan ahli keluarga kita. Jika semua antara kita sentiasa berhemah atas jalan raya, insyallah jumlah kemalangan ini akan dapat dikurangkan.

wassalam

26 September 2009

Tahniah Muammar Gaddafi

Salam bloggers.

Tindakan pemimpin Libya Muammar Gaddafi mengoyak kulit depan Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin dunia kemudian membaling kearah pemimpin kuasa besar dunia amat mengejutka semua pihak. Tindakan berani itu juga memberi impak yang cukup besar kepada kuasa dunia dan PBB sendiri.

Bagi makluman semua PBB mempunyai 5 negara kuasa besar dunia yang mempunyai kuasa veto atau kuasa pembatal. 5 nebgara berkenaan ialah AS, UK, China, Peranchis dan Russia. Sistem yang dimulakan selepas perang dunia ke 2 ini adalah struktur yang tidak releven. Ia telah banyak disalahgunakan oleh kuasa besar untuk menekan, menyerang negara negara yang tidak berdaya dan kecil.

Contohnya serangan AS keatas Iraq. PBB telah digunakan untuk menghalalkan serangan keatas Iraq dengan alasan Iraq mempunyai senjata nuklear. Namun demikian mereka tidak mengambil tindakan yang sama keatas Israel dan Korea Utara yang sudah jelas membangunkan Senjata Nuklear. Jika Malaysia juga membangunkan senjata nuklear , saya berpandangan sudah lama mereka menyerang Malaysia.

Gaddafi bertindak secara radikal bagi menyatakan rasa kekecewaan dan marah terhadap PBB dengan amalan kuasa veto berkenaan. PBB telah menjadi pentas sandiwara kuasa kuasa besar dunia bagi mendapatkan lesen untuk membunuh dan menyerang negara yang tidak bermaya.

Inilah sejarah hitam buat PBB. Namun seperti diduga media barat melaporkan tindakan itu sebagai kurang ajar. Tindakan yang dilakukan ini sudah pastilah akan mendapat pujian negara kecil yang selama ini tertindas dengan dasar PBB ini, tetapi mereka tidak berani untuk bersuara.

Pada satu ketika dahulu Tun Dr. Mahathir juga mengkritik hebat dasar kuasa veto ini. Dalam setiap ucapan Tun Dr. Mahathir, beliau dengan begitu lantang melemparkan kritikan, pandangan dan mengutuk PBB kerana banyak menyeleweng dari landasan yang sebenarnya.

Perkara yang lebih menarik lagi lagi Gaddafi menggelarkan PBB sebagai Majlis Keganasan kerana menghalalkan peperangan dan keganasan berlaku. Mereka menghalalkan serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Tidak ada sebarang tindakan oleh PBB terhadap Israel yang melakukan kekejaman. Kuasa kuasa besar juga tidak mahu menerima resolusi 425 PBB yang mengiktiraf kedaulatan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Memang tepatlah Gaddafi menggelarkan PBB sebagai Majlis Keganasan Dunia. Tindakan mereka yang dilakukan berat sebelah dan hanya menguntungkan kuasa kuasa besar dunia. Mereka hanya banyak menambil tindakan kepada negara islam. Negara ini akan diserang habis habisan sehingga menemui kehancuran. Sedangkan sekutu mereka seperti Israel terus terselamat dan semakin bermaharajalela.

Tahniah Muammar Gaddafi.

Fikir fikirkanlah

23 September 2009

Beri lah Peluang Kepada Yang Baru

Salam bloggers

Pemimpin amat penting dalam sesebuah negara. Pemimpin rakyat dan negara akan datang dan pergi. Pemimpin silih berganti antara generasi lama dan diganti dengan generasi baru. Ini lah lumrah kehidupan manusia atas mukabumi ini. Semua bersifat sementara dan tidak ada yang akan kekal kecuali Allah.

Sebagai pemimpin, kita harus sedar bahawa satu masa kita juga akan meninggalkan kerusi empuk, seterusnya memberi laluan kepada pemimpin baru. Jangan kita merasakan bahawa kitalah yang paling hebat atas muka bumi ini. Orang lain dok rok scetong blake.

Kalau kita terlalu lama memimpin masyarakat, banyak masalah akan berlaku. Saya amat tertarik dengan apa yang terjadi terhadap MIC. Saya tidak berniat untuk masuk campur dalam urusan MIC. Apa yang berlaku itu sebenarnya memberi pengajaran kepada pemimpin lain. Bayangkan dengan menjadi pemimpin parti semenjak tahun 1981 hingga 2009.

Kita bukan bermaksud nak melupakan jasa pemimpin. Jasa yang mereka buat akan dikenang oleh rakyat. Lihat bagaimana Tun Dr. Mahathir yang melepaskan jawatan secara terhormat dan memberi ruang kepada pemimpin lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Walau pun melepaskan jawatan tapi rakyat Malaysia sentiasa memberi sanjungan kepada beliau sebagai pemimpin agung.

Begitu juga soal pemilihan calon di Bagan Pinang. Saya berharap jawatankuasa pemilihan calon ini meneliti dengan sebaik yang mungkin calon BN yang akan mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut. Jadilah kita pilih calon lama yang sudah diketahui masalahnya.

Pemimpin lama pula harus memberi ruang kepada pemimpin baru. Kita telah berpuluh tahun dalam kerajaan sehingga menjadi orang no. 1 di negeri. Takkan lah kita masih nak jadi Wakil Rakyat biasa, jadi berilah peluang kepada orang lain pulak.

Dengan itu baru lah ada kesinambungan antara yang lama dengan yang baru. Janganlah apabila yang baru terpilih, yang lama akan buat apa saja untuk menjatuhkan yang baru. Yang baru buat program , yang lama pun buat program.

Akhirnya tidak ada kesudahan sokmo kita. kalau kita memberi sokongan atas dasar 1 parti, pemimpin baru juga boleh laksakan tugas sebagai pemimpin dengan cemerlang.

Fikr

22 September 2009

Hari Raya Dalam Kenangan

Salam bloggers

Hari ini dah masuk hari raya ke 4. Apabila tiba hari raya, orang yang paling genbira adalah kanak kanak. Mereka gembira kerana dapat baju baru, seluar baru, kasut baru, dapat duit raya dan sebagainya. Bagi kita orang dewasa , itu semua hanya sudah tinggal kenangan.

Bagi mereka yang tinggal dibandar bandar besar seperti KL, JB, Shah Alam dan lain lain, saat yang paling gembira apabila berada dalam kenderaan untuk pulang berhari raya di kampung bersama ayah, ibu, tokki, tok wan dan sanak saudara yang lain. Bagi kita yang sudah tinggal di kampung, kegembiraan sebegitu tidak dapat kita kecapi.

Pada tahun ini saya berhari raya di kampung saya. seperti biasa saya akan bersembahyang raya di di Masjid kg. Surau Hj. Yaacob. Nak pergi sembahyang kat masjid lain payahlah sikit pasal saya Bilal kat masjid tersebut. Bilal pulak cuma ada 2 orang saja.

Budaya yang sangat menarik di masjid ini ialah pemberian duit raya kepada kanak kanak. oleh sebab itu lah kanak kanak akan bertumpu di masjid ini. Selepas solat sunat Idul fitri ratusan kanak akank akan beratur untuk menerima duit raya. Biasa ada 5 - 6 orang yang akan memberi duit raya ini. Kalau sorang bagi RM 2.00 maka kanak kanak ini akan dapat RM 12.00 . kalau sorang bagi RM 1.00, bermakna kanak kanak ini kan dapat RM 6.00 seorang.

Apa yang mendukacitakan ialah apabila tiba saja malam raya, masjid telah kembali sepi dari jemaah. Yang ada cuma jemaah biasa sebelum Ramadhan. nampaknya Ramadhan ini tidak berjaya membawa manusia untuk mengimarahkan masjid.

Kenangan yang tak saya lupa semasa hari raya ialah apabila saya dapat duit raya dari seorang insan sebanyak RM 0.05 sen. Yang tambah dukacita lagi 5 sen yang diberi itu berkarat. apabila dapat duit tersebut kami semua ketawa diantara satu sama lain. Apabila saya berjumpa dengan orang berkenaan maka saya akan ingat duit 5 sen berkarat yang diberi semasa umur saya 11 tahun.

Hari ini saya berhari raya bersama perantau di Kg. Undang. Saya menerima duit raya RM 0.60 sen dari seseorang. Mulanya saya tak nak terima tapi dia tetap mahu saya ambil duit itu. Saya ambil. Apabila saya ambil duit RM 0.60 sen ini, nostalgia saya teringat duit RM0.05 sen yang saya terima 25 tahun yang lepas.

20 September 2009

Salam Idul Fitri

Salam bloggers.

Di kesempatan ini, saya bersama isteri tersayang Robiah Khamis serta anak anak mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Marilah kita saling bermaafan, kunjung mengunjung, eratkan silaturrahim dan ukhuwwah sesama kita. Lupakanlah pelbagai sengketa, perbezaan politik, kaum dan agama sesuai dengan konsep 1 Malaysia.

Kepada perantau, gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik yang mungkin kerana bukan senang kita nak pulang dan semua berkumpul dikampung halaman masing masing. disamping itu berhati hati dijalan raya, mudah mudahan kita selamat balik dan pulang. Insyallah.

Wassalam

16 September 2009

TETAMU AGUNG KIAN PERGI

Salam bloggers.

Masa sungguh cepat berlalu. Ramadan merupakan tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun. Hari ini kita sudah melangkah hari yang ke 26. Tetamu agung ini sudah beransur ansur meninggalkan kita dan ia sudah pasti akan meninggalkan kita dalam masa 3 atau 4 hari saja lagi.

Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.

Namun, saya pelik melihat masyarakat kita. Kita sedih dan hiba bila semasa berhari raya. Hari Raya adalah hari kemenangan dan kita patut bergembira pada hari ini. Apa yang perlu disedihkan ialah disaat Ramadhan hampir meninggalkan kita kerana kita tak tahu sama ada kita akan berjumpa Ramadhan pada tahun akan datang.

Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Rasa terdetik dan bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah dan bersih segala dosa dosa.

Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.

Ada juga dikalangan kita yang hebat awalnya tapi tersungkur disaat akhirnya. Mungkin sibuk dengan kuih raya, baju raya dan sebagainya. Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal ltetapi tida bermaya dan lesu ketika menuju garisan penamat dan tewas dalam larian tersebut.. Sesungguhnya kenangan berpuasa Ramadhan, berbuka puasa, solat sunat terawih, solat witir dan melaksanakan ibadah yang lain sangat menyeronokkan.

Akhirnya, marilah kita panjatkan doa semoga kita panjang umur dan dapat bersua dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Insyallah.

TETAMU AGUNG KIAN BERLABUH

Salam bloggers

Masa sungguh cepat berlalu. Ramadhan merupakan tetamu agung datang berkunjung setiap tahun. Hari ini kita sudah melangkah hari yang ke 27. Tetamu agung ini kian menyinsing fajarnya untuk meninggalkan umat manusia dalam masa 2 atau 3 hari lagi. Hati orang orang beriman sudah mula kesayuan dan mengalirkan air mata untuk berpisah dengan bulan yang sangat mulia ini.

Mereka ini adalah orang yang benar benar menghayati kedatangan Ramadhan dengan rasa kemanisan iman. Ketakwaan yang datang bersama sudah tentu akan menghadapi saat perpisahan dengan penuh kehibaan dan kesedihan. Ia becampur dengan rasa bimbang kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu buat mereka.

Rasa bimbang juga menghantui kerana mengenangkan amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah atau tidak. Namun kita penuh harapan agar dosa dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah dan bersih dari segala dosa.

Apa yang menjadi harapan kita ialah kita jangan tersungkur di saat akhir. Jangan kita sibuk dengan persiapan raya seperti nak siapkan kuih raya, nak cari baju raya dan sebagainya. Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai. Larian tidak akan bermakna jika kita laju atau hebat diperingkat awalnya tetapi lesu tidak bermaya di penghujungnya. Kita akan kalah dalam larian tersebut.

Sesungguhnya kenangan berpuasa Ramadhan sangat indah, terdapatnya berbuka puasa, terdapat terawih dan witir dan ibadah ibadah lain. Janganlah hendaknya masjid dan surau kembali lesu selepas Ramadhan ini. Jika itu berlaku maka kita gagal dalam menghayati Ramadhan ini.

Selamat tinggal tetamu agung, dengan iringan doa semoga panjang umur dan dapat bersua kembali ditahun depan.

wassalam

14 September 2009

Khatam Al Quran Rakan Muda






Salam bloggers
Salam Ramadhan. Kemarin 14 September 2009 Bukit Payong menjadi tuan rumah kepada Majlis Khatam quran Rakan Muda peringkat Negeri Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia.

Cuma, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya YB. Dato' Razali Ibrahim, Kerajaan Terengganu, Pengarah JBS, Pegawai Daerah Marang, Yang Di Pertua Majlis Daerah Marang, Ketua Polis Daerah, Pegawai Agama daerah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian & Negeri, Pengerusi JKKK, Pengerusi JK Masjid Bukit Payong, sahabat sahabat di Jabatan Belia & Sukan Terengganu dan semua pihak yang tidak mampu saya sebutkan satu persatu.

Kita panjatkan doa semoga dengan terlaksananya program sebegini, akan lahirlah generasi muda belia yang cemerlang. Dengan mukjizat Al Quran kita akan bahagia dunia dan akhirat.

08 September 2009

Fasa 10 Terakhir Ramadhan


Salam blogger

Kita telah memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan. Sepanjang 20 hari yang lepas kita telah mengharungi bulan Ramadhan ini dengan rasa gembira. Pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini. Setiap hari begitu banyak majlis berbuka puasa dianjurkan. Kadang kadang saya menerima 10 jemputan majlis berbuka puasa dalam 1 hari. Beginilah mewahnya suasana kehidupan di negara kita.

Alhamdulillah, nampaknya masyarakat kita berlumba lumba membuat kebajikan dalam bulan ini. kepada yang miskin juga tidak dilupakan. Begitu juga dengan anak anak yatim. dalam DUN saya terdapat 1 rumah anak anak yatim iaitu Rumah anak Yatim Darul Falah. Setiap hari mereka dijamu dengan majlis berbuka puasa di merata tempat.

Disamping itu anak anak yatim ini juga mendapat duit raya dan baju raya sumbangan dari orang ramai dan syarikat tertentu. Kadang kadang saya lihat mereka lebih senang dari anak orang kampung yang masih punyai ibu bapa.

Apa yang lebih penting bagi kita ialah untuk menggunakan masa 10 terakhir Ramadhan ini dengan semaksima mungkin. Solat Sunat terawih jangan ditingglkan dan pelbagai amalan sunat lain. Janganlah hendaknya di akhir akhir Ramadhan ini, kita banyak menghabiskan masa dengan membuat persiapan Hari Raya sehingga lupa Ramadhan sudah berada di hari hari terakhir.

Insyallah, kita akan bertemu dengan satu malam yang dijanjikan Allah lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Inilah malam yang dicari cari oleh setiap manusia. moga moga kita kita akan bertemu dengan malam ini, jika kita konsisten menghidupkan malam terakhir Ramadhan. Insyallah.

Mohon maaf lah kerana saya tidak banyak ulas isu isu politik dalam bulan puasa ni. Sebenarnya perkara yang saya nak bagi ulasan tapi tunggu lepas raya lah. Bulan yang mulia ini, kita pakat banyak muhasabah diri dan tumpukan kepada amal soleh.

Wassalam.

06 September 2009

Bertuahnya Cina dan India Di Malaysia

salam bloggers

Malaysia adalah 1 negara yang dilimpahi dengan pelbagai nikmat. Ada yang kaya dan ada yang miskin. Yang miskin akan terus dibela oleh kerajaan Barisan Nasional. Bagi kaum lain seperti cina dan India, mereka juga menikmati kehidupan yang sempurna di bumi bertuah ini. Orang melayu juga telah berkorban demi untuk kesejahteraan mereka semua.

Saya sungguh hairan apabila DAP sering membangkitkan isu mengenai kaum itu. Kaum mana yang beliau sebenarnya perjuangkan dalam partinya? Jika orang Melayu ketinggalan dalam serba-serbi adakah beliau akan membelanya? Jika kebanyakan orang Melayu dan kaum bumiputara lain masih terkial-kial di luar bandar - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - membanting tulang di sawah-sawah padi, sedangkan tauke-tauke hidup senang-lenang, adakah DAP akan turut menjadi juara membela mereka?

Mengapa isu biasiswa kerajaan (yang terlalu sedikit jumlah itu) digembar-gemburkan sehingga menjadi sebagai isu yang membara dan terlalu besar? Apakah Kit Siang mahu meraih simpati politik dan mahu mencetuskan suasana panas di kalangan kaum?

Tahukah Kit Siang kaum mana yang paling ramai belajar di luar negara sekarang? Berapa banyak yayasan-yayasan persendirian yang dikuasai oleh tauke-tauke besar, jutawan dan bilionair Cina yang menaja pelajar-pelajar bangsa mereka.

Jika kerajaan tidak memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cerdik pandai ini siapa lagi yang mahu memberinya?

Tahukah Kit Siang siapakah anak- anak bumiputera yang pandai-pandai itu. Kebanyakannya mereka datang dari luar bandar. Siapa yang mahu mempedulikan mereka jika bukan kerajaan? Apakah yayasan-yayasan yang disebut tadi mahu menaja anak-anak kampung itu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik?

Kita tidak menafikan soal meritokrasi amat penting dalam penganugerahan biasiswa itu. Siapa yang layak dia akan dapat, tapi janganlah terlalu mempersoalkan isu ini sehingga menyebabkan kaum- kaum lain marah kepada kerajaan dan orang Melayu - kononnya kaum lain (terutamanya kaum yang banyak menyokong DAP) dinafikan hak dan diketepikan. DAP cuba menonjolkan bahawa yang jahat ialah orang Melayu dan kerajaan.

Lihatlah hakikat di depan mata kita sekarang. Berapa ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang mendapat tajaan - malah oleh negara jiran untuk belajar di negara itu dan akhirnya terus menetap di sana, di Hong Kong malah di Taiwan.

Kita hairan, salahkah jika kerajaan mahu menolong anak-anak bumiputera yang mewakili kaum majoriti di negara ini? Di negara jiran Singapura juga, masih wujud jurang dan ketidaksamaan meklibatkan kaum. Tapi Melayu di sana tidak pernah berkobar-kobar pun seperti Kit Siang? Apakah orang Melayu di Singapura tidak boleh berkata apa-apa? Itu kita tidak tahulah. Tapi negara itu juga mengamalkan pendekatan yang sama seperti yang diamalkan oleh DAP di negara ini, bukan?

Oleh itu Kit Siang dan pihak-pihak lain, lihatlah kenyataan di depan anda. Siapa dia barisan bilionair-bilionair dan laksawan (terlalu kaya) yang hidup mewah di negara ini? Siapa dia yang menguasai ekonomi di negara ini? Siapa ahli-ahli profesional yang bersepah di negara ini? Siapa pemilik kedai-kedai perniagaan kecil atau besar di merata pelosok tempat di tanah air ini? Siapa yang tinggal di banglo-banglo besar yang merata di bandar-bandar besar di negara ini?

Saudara Kit Siang, tolonglah janganlah membangkitkan soal-soal yang boleh membakar perasaan antara kaum lagi. Kita sudah letih, kita sudah bosan. Kita mahu hidup dengan aman, tenteram dan harmoni. Kita mahu supaya kekayaan di negara ini dikongsi bersama - bukan oleh satu pihak sahaja. Kita mahu orang Cina juga mengajar orang Melayu berniaga.

Hakikatnya jika kita perincikan dasar-dasar kerajaan sebenarnya ia sebenarnya telah 'mengkayakan' bangsa lain yang mendapat tempiasan lebih lumayan daripada orang Melayu dan kaum bumiputera itu sendiri.

Jika dulu selepas peristiwa 13 Mei 1969 rakyat Malaysia kembali bertaut untuk hidup aman damai dan hormat menghormati - bagi membantu antara kaum memperbaiki diri masing-masing - mengapa falsafah itu semakin longgar?

Apakah kita semua sudah lupa? Apakah kita semua ini semakin selesa? Apakah kita ini sudah terlalu sombong dan bongkak?

Inilah tuahnya berada di Malaysia bagi orang Cina dan India. Jagalah keharmonian ini agar kita terus hidup aman dan selesa,

Hayatilah puisi Usman Awang yang menggambarkan murahnya hati orang Melayu:

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran"
Lihatlah realiti itu wahai Kit Siang. Janganlah emosional, anda mewakili kaum yang paling bernasib baik di muka bumi ini.

04 September 2009

Mari kita pakat fikir weh

Salam bloggers

Masa semakin suntuk , tempuh dua tahun yang mahu di kejar sebelum pilihanraya umum ke 13 bukan lah satu masa yang lama. UMNO pula semakin tidak menentu. Kita juga melihat PR juga tidak menentu macam UMNO bahkan lebih parah dari UMNO. Namun UMNO dan Bn mendapat lebih perhatian kerana BN adalah parti yang memerintah negara.

Selepas 52 tahun merdeka dan memerintah negara ini, kini UMNO menghadapi dilema yang agak besar. Jangan mendoakan sejarah parti LDP di Jepun tidak akan menimpa UMNO. LDP telah dihumban oleh rakyat Jepun selepas 54 tahun berada ditampuk kuasa. Segala jasa yang dibuat oleh LDP kepada negara Jepun dilupai oleh orang Jepun sendiri. LDP telah membangunkan negara Jepun sehingga Jepun menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia.

Suasana di Jepun dan Malaysia amat jauh berbeza. Untuk menukar kerajaan, rakyat harus berfikir 1000 kali kerana kita tidak banyak pilihan. Pilihan terbaik hanya lah UMNO dan BN sahaja. Dalam kepelbagaian bangsa dan agama dalam Malaysia, rakyat tidak boleh memperjudikan nasib mereka.

DAP adalah parti ekstrim yang menentang keras islam. Mana mungkin sebuah parti yang menentang islam boleh memerintah dalam sebuah negara islam dan dihuni oleh majoriti orang islam. PKR adalah parti pelbagai kaum, kalau tidak ada Anwar nanti mereka akan berbalah mencari pemimpin dikalangan mereka. Mereka hanya menggunakan kesempatan dengan populariti Anwar untuk memancing undi.PAS pula adalah parti serpihan dikalangan parti PR. Sudah pasti PAS akan diberi kerusi yang sedikit untuk bentanding dalam pilihanraya nanti.

Masa dua tahun bukan lah panjang sangat jika kita ukur dengan keadaan yang berlaku di Terengganu sekarang ini , tidak perlu kita menyebelahi mana mana pihak, yang penting apa yang kita mahu adalah sesuatu yang ajaib boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan di Terengganu itu. Apakah kita sudah lupa, Rakyat Terengganu ini lain sikit. Mereka boleh humban mana mana kerajaan yang mereka mahu.

Tahun 1999 mereka malukan BN sehingga BN dapat 4 kerusi sahaja. Akibat perit dengan pemerintahan PAS di Terengganu, mereka humban PAS dan PAS hanya mendapat 4 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum tahun 2004. Rakyat Terengganu juga masih ingat apa yang Pas dah buat selama 4 tahun memerintah Terengganu. Jadi kita jangan kembali menyokong PAS dalam pilihanraya kali ini.

Kita tahu bahawa kepimpinan Terengganu kini menghadapi sedikit masalah. Masalah ini kita tak boleh lari. Dimana mana pun ada masalah. Pimpinan PR juga ada masalah. Kedah juga menghadapi masalah Exco letak jawatan, ADUN PKR masuk Bebas dan sebagainya. Di Pulau Pinang juga ada masalah Timbalan Ketua Menteri ( Tuan Fairus) letak jawatan & masalah Kg. Buah Pala.

Di Selangor juga ada masalah penjualan arak, masalah kuil, masalah ADUN yang hilang & tidak menjalankan tugas. Sebagai parti pemerintah mesti ada masalah dikalangan mereka. Rakyat harus tengok dalam dunia ini, saya perhatikan semua negara yang diperintah oleh orang islam, rakyat bukan ilsam akan dapat hidup selesa, aman damai tanpa kekecohan. Tapi apabila orang islam menjadi rakyat dalam negara yang diperintah oleh orang bukan islam, orang islam sering menjadi mangsa kekejaman mereka seperti Palestin, Thailand, Burma, Filipina dan sebagainya.

Luka di Terengganu ini bukan nya luka baru, namun jika ia dibiarkan berlarutan maka luka ini akan menjadi barah dan bernanah. Apa yang kita lihat sekarang, dua tahun lagi, masalah negeri Terengganu ini akan kekal ditahap ini dan mungkin UMNO Terengganu telah bersedia untuk menjadi jenazah untuk dikuburkan.

Peristiwa 2 peperangan dalam islam harus di ambil sebagai iktibar oleh pimpinan UMNO khususnya di Terengganu. dalam perang Badar yang berlaku pada 10 Ramadhan iaitu dalam bulan puasa. Tentera islam dengan kekuatan 313 orang, 2 ekor kuda dan 70 ekor unta telah dapat mengalahkan tentera kafir walaupun jumlah mereka 1000 - 1300 orang, 100 ekor kuda, 600 baju besi dan jumlah unta yang banyak. . Kenapa mereka menang. Jawapannya kerana mereka bersatu hati, sanggup berkorban untuk mempertahankan tentera islam, disiplin yang tinggi dan patuh kepada arahan ketua.

Namun dalam peperangan Uhud Tentera islam telah kalah kerana mereka tidak mengikut arahan ketua iaitu Rasulullah dan mereka tamak untuk ambil harta rampasan perang.

Kita telah menabur jasa kepada rakyat selama 52 tahun. Jika kita bersatu , insyallah kita akan terus diberi tempat oleh rakyat Terengganu. Jika tidak UMNO akan menjadi sebahagian dari sejarah Malaysia.

Fikir fikirkanlah

Contributors