Salam bloggers
Saya kini berada di Bagan Pinang, Port Dickson bagi menyertai sama kempen PRK Bagan Pinang. Proses penamaan calon telah berlangsung pada hari sabtu 03 Oktober 2009. Telah sekian lama saya tak sampai ke Port dickson. Satu ketika dahulu saya sering ke sini bagi mengikuti pelbagai program dan kursus Pegawai Belia & sukan di Institut Kepimpinan Belia Negara Port Dickson. Namun sejak berhenti kerja ni , saya jarang berkesempatan untuk ke sini.
Pada pagi tadi saya sempat ke Rumah Terengganu. Kebetulan pada ketika tersebut berlangsungnya acara sukaneka muhibbah . Pada program tersebut ramai masyarakat setempat termasuk melayu, cina dan india menyertai aktiviti tersebut. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Exco Belia & Sukan Pulau Pinang.
Oleh kerana masyarakat islam dalam suasana Hari Raya, banyak acara dan program Hari Raya bersama pemimpin diadakan. Port Dickson kelihatan begitu meriah dengan orang ramai. Rezeki peniaga peniaga disini juga melimpah ruah nampaknya. Alhamdulillah
Saya sempat bertanya dengan seorang dikawasan tersebut. Bagaimana peluang parti yang bertanding? beliau menjawab BN akan menang. Orang tersebut kemudian berkata, saya kesian kat UMNO. Orang india bukan tidak suka kepada UMNO tetapi kebanyakan masyarakat india tidak suka kat Samy Vellu. Oleh sebab itu ada dikalangan masyarakat India tidak memberi sokongan kepada BN.
Namun, apa yang kurang enak didengar ialah setiap kali berlangsungnya PRK, pergaduhan, kekasaran dan ketegangan pasti akan berlaku. Peristiwa yang berlaku keatas Dato' Abdul Azeez bukan satu perkara baru. Pembagkang akan gunakan apa sahaja untuk menang dalam pilihanraya tersebut.
Saya amat kesal memerhatikan trend baru baru pakatan pembangkang bukan islam yang sewenang wenangnya menggunakan ayat quran bagi menarik sokongan org islam menyokong mereka. Trend ini sangat bahaya jika dibiarkan. Bagaimana pula orang islam boleh terpedaya dengan tipu helah mereka ini.
Kita bayangkan mereka baca ayat Suci Al quran, sedangkan mereka tidak beriman dan tidak percaya dengan ayat Allah ini kemudian disambut pula dengar deruan takbir oleh pendengar yang terdiri dari orang islam. Kalau mereka percaya dengan ayat Allah ini, sudah lama mereka peluk islam.
Malam semalam Gobalakrisnan membaca sepotong ayat suci ketika ceramahnya di Bagan Pinang. Ingatlah Firman Allah dalam Surah ali Imran, ayat 54 bermaksud:
" ORANG ORANG KAFIR ITU MEMBUAT TIPU DAYA DAN ALLAH MEMBALAS TIPU DAYA MEREKA ITU DAN ALLAH SEBAIK BAIK PEMBALAS TIPU DAYA"
Masih terlalu awal untuk membuat penilaian, namun saya yakin BN akan menang dalam PRK ini. PAS adalah parti yang hanya pandai bercakap. Kalau PAS menang pun , apa meraka nak buat. Mereka tidak akan dapat tolong rakyat. Wakil Rakyat adalah berperanan untuk membantu rakyat.
Kempen masih berjalan dan akan bertambah hebat dalam masa seminggu ini. Malam ini juga banyak aktiviti ceramah akan berlangsung. Saya perhatikan banyak bendera dan poster parti yang tidak bertanding dalam pilihanraya ini ditampal. Saya menggesa SPR supaya bertindak tegas memastikan parti politik mengikut peraturan.
Parti yang dibenarkan menggantung poster ialah BN dan PAS sahaja. Parti lain tidak bertanding termasuklah PKR dan DAP. Oleh itu jangan naikkan poster dan bendera masing masing.
wassalam
10 months ago
1 comment:
Saya setuju dengan pendapat tuan bahawa pilihan raya kini sudah menjadi gelanggang untuk mewujudkan suasana tegang dan kekecuhan. Mereka terlupa bahawa ia adalah satu pemilihan mengikut saluran dan amalan demokrasi. Jika ketegangan dan kekecuhan yang kita pilih, kita seakan sama seperti kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San yang berperang belasan tahun
Post a Comment