Pages

Subscribe:

22 October 2009

Mungkinkah Berlaku EGM PAS

A'kum di hari jumaat yang mulia ini.

Pada hari ini saya dikejutkan dengan kenyataan YAB Dato' Nik Aziz dalam blognya. Nampaknya pergeseran dalam PAS juga tiada kesudahannya. Bukan sahaja UMNO, MIC, MCA, PKR namun semua parti utama dalam negara berhadapan dengan masalah dalaman. Ini sudah menjadi lumrah apabila kita bernama manusia. Perbezaan pandangan sudah pasti akan berlaku.

Inilah cabaran besar memimpin manusia. Nik Aziz nampaknya tidak berpuas hati terhadap beberapa pemimpin PAS yang masih lagi menyebut tentang kerajaan perpaduan khususnya dgn UMNO. Beliau masih lagi menentang keras untuk bersatu sesama islam di negara ini. Beliau tidak mahu menyokong ke 2 parti ini bersatu membentuk kerajaan.

Oleh yang demikian beliau mencadangkan agar diadakan EGM PAS bagi menyingkirkan kepimpinan yang masih lagi menyebut tentang kerajaan perpaduan termasuklah Presiden Parti YB. Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya YB. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Dato' Mustafa ALi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan lain lain lagi.

EGM ini dicadang untuk menyingkirkan mereka dari kepimpinan PAS. Merekalah inilah yang disebut sebagai boneka kepada UMNO. Pada saya ,mereka ini menyokong kerajaan perpaduan adalah kerana nak menguatkan melayu islam. Dalam keadaan kita lemah, kalau kita berpecah belah pula, maka semakin lemahlah kita.

Isu di selangor yang melibatkan Dr. Hassan Ali, semua pemimpin PAS membisu seribu bahasa. Maka Dr. Hassan seorang saja yang menentang dasar kerajaan negeri yang diketuai oleh PKR.
Kalau ikut sistem, tidak sepatutnya sebagai seorang EXCO menghentam kerajaannya sendiri dari luar kerana keputusan yang dibuat adalah keputusan bersama.


PAS juga telah menjadi kuda tunggangan PKR. PKR mengambil kesempatan menggunakan PAS untuk kepentingan mereka. Tengoklah bagaimana kelicikan PKR memperbodohkan PAS. Parti yang baru setahun jagung, tapi jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh PKR lebih banyak dari PAS dalam pilihanraya ke 12. Mengapa berlaku demikian, Penyokong PAS jawablah.

Pandangan Nik Aziz ini sudah pasti akan membawa pergolakan yang besar dalam PAS. Apakah Dato' Seri Abdul Hadi dan konco konconya akan disingkirkan melalui EGM. Kita ikutilah perkembangan seterusnya.

Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

I write here to ask you why should you do bad things to other people in order to make you look good?? why don't you just show the good quality of yourself for other people or rakyat to respect you rather than sending THREAT to rakyat or the jkkks who still be friends with Dato'??? I thought that you were different from others ( I am talking about politically involve people), but guess what, you are no different from them... I do know several threats that you've sent to Dato' before.... Maybe all of these are not true.. Maybe other people who doesn't want you to look good had spread this fitnah... If these were fitnah, then you better do something about it... but if these were true, then you should feel ashamed of yourself!! First you and your friend wrote a letter to jabatan agama accusing Dato' for giving Friday's khutbah illegally. You both should really feel ashamed of this!!! Dato' already had the authority in giving khutbah for a long long time ago! next time, before accusing someone, do some homework!! Then, you sent threat to people or rakyat who wanted to help Dato' on his recently raya open house day.... Then, the latest you sent threat to rakyat (or JKKKs) who wants to go to Kelantan because Dato' sponsors them????!! If this is true then, what a shame laaaa!! this doesn't include that your friend (who also has the same name as you) sending threat to tadika kemas teacher just because the teacher came and helped during Dato's open house day recently.. how do I know all of these? because I am one of the mother of tadika kemas's student.. Please, just do your work. Don't send threat to other people. Trust me, you look bad because of that and remember what Islam teaches you: Be good to other people. Do feel ashamed of what you have done!

MaMiN said...

Assalamualaikum 'Y.B',

Saya terpanggil untuk menulis lagi di blog 'Y.B' ini disebabkan tingkahlaku dan tindakan yang telah dibuat oleh 'Y.B' semasa memegang jawatan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payung. 'Y.B' ni bercakap macam orang alim, bercakap Firman Allah, Hadis dan sebagainya. Tapi ikut ke apa yang 'Y.B' cakap? Sedarlah bahawa 'Y.B' dipilih sebagai calon pun disebabkan sabotaj kelompok-kelompok pemimpin rasuah dan korup UMNO Terengganu terhadap Dato' Dr ABDUL LATIFF AWANG. Beliau turun kempen bantu 'Y.B' walaupun 'Y.B' kalah. Maksudnya apa? - RAKYAT DUN BUKIT PAYUNG TOLAK 'Y.B' LA. Saya pun turun kempen, membantu bekas pegawai belia Gred S41 bertanding, tapi Allah itu maha besar. 'Y.B' kalah. Bekas MB pun tak dapat jadi MB dah. 'Y.B' tak ingat apa dia kata masa kempen di Atas Tol dulu? " Saya tak kenal pun siapa Zaidi Muda ni"...tapi yer la, taknak bagi DATO' DR ABDUL LATIFF AWANG jadi MB, terpaksa la sabotaj walaupun bekas cikgu dia. 'Y.B' perlu belajar macam mana cara nak buangkan perasaan hasad dengki, takut akan bayang-bayang sendiri. Setakat kene cucuk dengan Zaidi Ibrahim, pun dah bising, kalut, kelam kabut tak tentu pasal ugut budak2 bawah 'Y.B"? Nasihat saya sudah-sudah la tu. Kerja sebagai Pegawai Pembangunan DUN tu, kerajaan negeri bagi elaun 3,4 ribu, untuk jaga pembangunan dun Bukit Payung melalui peruntukan kerajaan negeri. Walaupun tindak tanduk 'Y.B' ni, memang nampak macam YANG BERHORMAT, tapi kena la akui hakikat bahawa saudara bukan YB. Oleh yang demikian, jagalah tingkalh laku, memanglah orang politik dikelilingi oleh bermacam-macam jenis orang yang bermacam-macam ragam, niat. Kalau ditakdirkan Allah s.w.t bukan saudara yang dipilih menjadi calon untuk DUN Bukit Payung, janganlah risau, frust menonggeng dan sebagainya. Belajarlah bagaimana menghormati orang yang lebih tua, yang lebih berpengalaman daripada kita walaupun orang itu tiada jawatan. Menunjukkan gambar saudara dengan YB-YB yang lain itu memang hebat, nampak saudara macam YB betul la. NAsihat saya belajar dulu, ada masa lagi, boleh belajar lagi, kalau tak mampu sampai PhD pun, janganlah buat Perasaan Hasad Dengki PHD kat orang lain. Konon bercakap baik benar, tapi belakang sangat jahat tindakannya. Malulah dengan tindakan2 saudara kepada DATO' DR ABDUL LATIFF AWANG sepanjang setahun yang baru berlalu ini. Jangan syok sendiri. Rakyat DUN Bukit Payung dah menolak saudara walaupun DATO' DR ABDUL LATIFF AWANG menolong sepenuhnya masa saudara bertanding tahun lepas. Beliau sabotaj ke? ADA BUKTI? Boleh bandingkan bagaimana Rahman Bakar sabotaj Dr Ramzi? Ataupun terpekik terlolong depan rumah derih macam penyokong man bakar, ku tera ataupun pak rosli? Adakah itu perangai ataupun sikap DATO' DR ABDUL LATIFF AWANG? Walaupun pahit, saudara terpaksa akui bahawa DATO DR ABDUL LATIFF AWANG bukan pemimpin sepertimana orang-orang lain yang ditulis di atas. Akuilah hakikat itu. Belajarlah menghargai orang lain. Tanyalah ZAIDI BERAHIM tu apa yang DATO" DR ABDUL LATIFF AWANG buat kepada dia sampai dia marah sangat kat beliau? Saudara, selalunya orang yang kepentingan peribadi tak dapat dipenuhi yang berperangai seperti itu. Jaga-jaga lah saudara yer.

Anonymous said...

Pemimpin bawahan sekat ahli baru masuk Umno: Dr Mahathir


PUTRAJAYA: Kepimpinan Umno perlu sedar bahawa keputusan yang dibuat oleh pemimpin cawangan atau peringkat bawahan mungkin menghalang orang baru iaitu golongan profesional muda menyertai parti itu.

Bekas Perdana Menteri yang juag bekas Presiden Umno. Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tidak akan berlaku pembaharuan tanpa orang baru dalam parti serta parti itu akan semakin kecil.

"Saya fikir perkara penting bagi kepimpinan Umno adalah kesedaran bahawa Umno semakin kecil kerana pemimpin peringkat bawahan sebenarnya menyekat kemasukan orang baru menyertai Umno.



"Jika tiada pembaharuan, mereka (pemimpin peringkat bawahan) akan menjadi tua dan bersara namum mereka sahaja yang ada untuk rakyat membuat pilihan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis siri wacana Perdana ke-10 bertajuk "Peranan Wanita dan Pemuda Dalam Pembangunan Negara" di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Semasa sesi soal-jawab mengenai ucaptamanya, Dr Mahathir juga mengulas bahawa is bukan kegagalan sistem tetapi salah guna pendekatan yang berlaku di peringkat bawahan.

Beliau menjelaskan bahawa untuk menjadi seorang ahli Umno, seseorang itu terlebih dahulu perlu menyertai cawangan berbanding berdaftar secara langsung dengan parti.

Bagaimanapun, pemimpin peringkat bawahan mungkin melihat orang baru ini sebagai ancaman kepada kedudukan mereka dan berkomplot untuk menyingkirkan orang baru ini.

"Sistem ini bukan teruk tetapi pemimpin peringkat cawangan perlu memahami bahawa untuk Umno berjaya, Umno memerlukan lebih ramai pemimpin handal," katanya.

fikir2 kan lah bersama so pasal komen itu sedih nya aku terbaca tapi itu lah rencah politik wlpun riuh sekampung cakap kerajaan perpaduan tapi dalm satu dun sakit...so bila lagi umno akan perkasa..wahai pemimpin2 semua..udah la tue..aku ni bukan org parti...tapi cukuplah nikmat yg dilalui

Contributors