Pages

Subscribe:

26 September 2016

SELAMAT TAHUN BAHARU 1438 HIJRAH. Antara azam baru dan muhasabah diri. 1. Salam hijrah buat semua. Masuknya waktu maghrib sebentar tadi bermakna kita telah melangkah 25 Zulhijjah 1437 H. Dalam jangka masa 5 hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baharu 1438H. Rasanya sungguh cepat masa berlalu. Ia pergi meninggalkan umat manusia dan tidak akan kembali lagi. 2. Menjelang tahun baru Hijrah , setiap insan sudah pasti mempunyai azam baru . Begitulah biasanya setiap tahun baharu yang datang bertamu. Sama ada ianya betul betul terlaksana, hanya diri sendiri sahaja yang mampu menjawabnya. Kita tidak boleh menipu diri sendiri. 3. Sememangnya menjadi amalan setiap insan Muslim. Dalam sehari semalam, setiap kali selesai solat, seorang insan seharusnya bermuhasabah diri, apakah baik buruknya yang berlaku kepada dirinya dan bagaimanakah seharusnya kita menghadapi setiap perkembangan dalam hidupnya, memikirkan juga apakah perilaku baik dan buruknya yang berlaku di antara waktu sembahyang itu, supaya kita dapat menambahkan lagi kebaikan dan menghindarkan yang buruk, Kalau hal ini menjadi tabiatnya, maka dalam sehari semalam, bererti lima kali dia cuba menenguk kembali terhadap tingkah laku dirinya, dan menilai untuk di perbaiki dan di pertingkatkan yang baik, serta meninggalkan yang tidak baik. 4. Pada waktu malam pula, sebelum kita melelapkan mata ketika berada di tempat tidur, kita harus juga melakukan muhasabah diri, apakah yang berlaku dan yang telah di lakukannya sejak dia bangun tidur pagi tadi, sehingga dia hampir melelapkan matanya ini, dari segi dosa pahala, baik buruknya, amalannya atau kesilapan dan keterlanjurannya kepada Allah SWT terutamanya, malah terhadap diri sendiri dan keluarga, serta masyarakat umum. supaya apa2 yang dilakukannya dari segi manfaat dan mudaratnya, baik dan buruknya, dijadikan pelajaran untuk menjalani kehidupannya esok hari dengan lebih sempurna. 5. Tahun baru Hijrah merupakan titik permulaan yang bersejarah dalam kehidupan umat Islam, malah umat manusia umumnya, dari sudut kebangkitan tamadan dan peradaban, kesejahteraan dan kebahagiaan umat manusia umumnya dengan tertubuhnya pemerintahan agung pimpinan Nabi besar Muhammad SAW. 6. Tidak menjadi kesalahan kita merenungi sejarah perkembangan diri sendiri dalam setahun yang lalu untuk dijadikan iktibar dan tauladan, dan seterusnya memohon kepada Allah SWT supaya menunjukkan jalan yang lurus dan benar dalam melayari kehidupan masing - masing setahun lagi sehingga ke tahun yang akan datang. 7. Muhasabah diri bagi tahun yang lalu, setahun yang lepas dalam usia masing - masing, merupakan satu langkah dan perancangan yang baik dalam menjalani kehidupan bagi tahun - tahun yang akan datang. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan rakan rakan sekalian, marilah kita kaji perjalanan diri sendiri, perkataan, perbuatan, bisikan hati nurani, kesedaran minda dan emosi sendiri, malah segala yang kita lakukan, dan jadikanlah pengajaran, untuk di fikirkan sebab musabab, ganjaran dan akibatnya, kemudian perbaikilah dengan ikhlas dan jujur, agar kita menjadi insan yang baik dan sempurna mungkin, dalam kehidupan kita seterusnya. 8. Insya Allah kita pakat mulai dengan tahun baharu Hijrah 1438 ini, dan akan terus kekal dengan peningkatannya yang ideal untuk tahun tahun akan datang, selagi hayat di kandung badan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahun Baharu Hijrah buat semua khususnya buat rakan rakan belia kita. Moga kita semua mendapat rahmat Allah jua di tahun 1438 H nanti. Jangan lupa untuk kita sama sama doakan agar negara tercinta terus menikmati kemakmuran berterusan. SELAMAT TAHUN BARU 1438H. Zaidi Muda Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu

21 September 2016

1. Saya ingin mengambil kesempatn ini untuk mengucapkan tahniah  buat belia Malaysia  Dr. Mohd. Lutfi Fadil Lokman atas pemilihan sebagai Pemimpin Muda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) bersama 16 lagi warga global yang lain berupaya menyuntik motivasi dan semangat kepada anak-anak muda Malaysia.

2. Dr dari Gombak, Selangor itu dipilih dalam ka­langan 18,000 pencalonan dari 186 negara hasil inisiatif beliau menubuhkan Hospital Merentasi Sempadan (HBB). Mengenai HBB, Mohd. Lutfi berkata, ia diasaskan bersama sahabat beliau Dr. Wan Abdul Hannan pada tahun 2012 dengan memberi perkhidmatan perubatan dan khidmat nasihat kepada masyarakat luar bandar melalui klinik bergerak.

3. Mohd. Lutfi teruja berkongsi usahanya untuk membuka hospital bersalin HBB di Kemboja, yang dijangka beroperasi menjelang Januari depan selepas siap Ogos tahun ini.
Kami  menggunakan keuntungan yang dijana dari klinik untuk memberi subsidi bagi rawatan kepada pesakit kurang berkemampuan dan membina lebih banyak kemudahan perubatan. 

4. Sebagai contoh kemudahan perubatan yang kami bina ialah hospital bersalin yang dijangka beroperasi pada Januari 2017. Sekali lagi, matlamat kami ialah untuk merealisasikannya di negara itu melalui pemindahan ilmu antara Malaysia dan Kemboja. 

5. Buat adik adik saya sekalian, kita juga boleh lakukan jika kita sentiasa berusaha untuk mencipta kecemerlangan. Marilah kita bersama guna tenaga di zaman kemudaan ini utk berbakti buat agama, bangsa dan negara tercinta.

Tahniah Belia Malaysia. 

20 September 2016

Kajian Persempadanan kawasan Pilihanraya.

1. Saban tahun jumlah pengundi akan bertambah di setiap kawasan pilihanraya Parlimen atau pun Peringkat DUN. Dengan pertambahan pengundi, sudah tentulah ia akan menyukarkan Wakil Rakyat menjalankan tugas dengan baik bagi memenuhi kehendak rakyat.

2. Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah akan memberi keseimbangan masyarakat kepada wakil rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.

3. Majlis Belia Terengganu berpandangan kajian yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya dipandang positif dan tidak ditolak tanpa fakta yang kukuh. Bagi kami , adalah lebih baik jika boleh dilaksanakan setiap DUN mempunyai jumlah pengundi 10 ribu pengundi. Ia akan membolehkan setiap Wakil Rakyat yang dipilih  dapat menyempurnakan tugasnya dengan baik.

4. Cuba kita bayangkan jika pengundi di sesuatu DUN terdapat 20 ribu atau lebih, manakala di kawasan Parlimen mempunyai 100 ribu pengundi, cuba bayangkan bagaimana seseorang Wakil Rakyat dapat memberi tumpuan kepada rakyatnya.

5. Ini adalah masa yang paling sesuai kajian persempadanan ini dibuat bagi memantapkan lagi perkhidmatan kerajaan kepada rakyat jelata. Kita berharap setiap Ahli Parlimen yang ada akan menyokong kajian ini dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan DUN masing masing.
Kajian ini tidak akan dilaksanakan tanpa mendapat undi dua pertiga di Parlimen.
SPR memerlukan persetujuan Parlimen.

Zaidi Muda
Majlis Belia Terengganu.

10 September 2016

Selamat Hari Raya Korban.

‎اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
‎           لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ،
‎       اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
‎             وللَّهِ الحمد
Insya Allah esok, kita akn menyambut Hari Raya Idul Adha. Idul Adha sangat istimewa selain Idul Fitri, disambut pada 10,11,12 dan 13 Zulhijah. Namun bagi sesetengah masyarakat kita, Idul Adha disambut secara dingin berbanding dengan Idul Fitri yang kita sambut sepanjang Syawal. Sepatutnya persepsi ini kena berubah , marilah kita menyambut Idul Adha secara lebih bermakna , disertai dengan penghayatan yang bersungguh sungguh.

     Sambutan Idul Adha dalam kalangan masyarakat Arab di Timur Tengah lebih meriah berbanding sambutan Idul Fitri. Idul Adha adalah  hari istimewa memperingati perjuangan Nabi Ibrahim a.s., isterinya Siti Hajar dan putera mereka, Nabi Ismail a.s. menghadapi ujian besar dalam mematuhi perintah Allah SWT. Ia turut merujuk kepada kemuncak ibadah haji iaitu wukuf di Padang Arafah. Wukuf di padang Arafah ini dilakukan kerana diyakini tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dan isterinya, Hawa setelah diturunkan dari syurga. Setelah memohon keampunan dan bertaubat, akhirnya Allah SWT menerima taubat dan dosa mereka diampunkan di Padang Arafah.

   Idul Adha sangat sinonim dengan ibadah korban . Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad bagi individu yang berkemampuan sebagai mensyukuri nikmat dan mengharapkan keampunan Allah SWT. Ia membolehkan mereka yang berkemampuan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang berkemampuan.

   Bagi jemaah haji di Tanah Suci pula, Hari ini ialah hari kemuncak haji, mereka akan berkumpul di Arafah sebagai tanda pengadbian kepada Allah yang maha kuasa. Mereka berada disana dengan niat yang sama dan pakaian yang sama melambangkan setiap manusia sama di sisi Allah melainkan iman dan takwa.

   Marilah kita sambut Idul Adha dengan penuh keimanan dan ketakwaan, memperbanyakkan ibadah terutamanya di 9,10,11,12, dan 13 Zulhijjjah ini seperti solat sunat, Takbir & tahmid , ibadah korban yg yang berkemampuan dan sebagainya lagi.

Salam Idul Adha dari ZM dan keluarga.

Contributors