10 months ago
01 January 2011
Anak Terengganu Nelang Lagi.
Tahniah buat pasukan Malaysia yang menjuarai kejohanan Piala Suzuki baru baru ini menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Kejayaan ini sungguh manis buat pemain dan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama menunggu kebangkitan skuad bola sepak negara.
Pelbagai habuan akan menanti di atas kecemerlangan anak anak muda negara ini. Pada 2 Disember 2011, YAB Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan hadiah daripada kerajaan negeri kepada anak anak Terengganu yang telah mewakili negara dalam kejohanan tersebut.
Terdapat seramai 6 orang anak Terengganu yang berada dalam pasukan Harimau Malaya ini. Inilah lah yang disebut sebagai ' Anak Terengganu Nelang lagi'. Negeri yang pada satu ketika dahulu dianggap komang dalam sukan negara, kini bangkit menjadi salah satu kuasa baru sukan negara.
Ke enan enam anak Terengganu ini akan menerima hadiah wang tunai RM 5000.00 seorang dan sebidang tanah perumahan dari kerajaan negeri. Ini lah kecaknaan kerajaan kepada anak negeri yang berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama negeri dan negara.
Tahniah buat mereka semua, apa yang penting janganlah jadi habuan ini sebagai matlamat utama. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk terus mengharumkan nama negara. Tidak mustahil jika uasaha gigih dilakukan, Malaysia akan berjaya ke pusingan akhir Piala Dunia dan juga ke Sukan Olimpik.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment