Pages

Subscribe:

27 September 2009

Nyawa manusia terus melayang di jalan raya.

Salam bloggers.

Salam Syawal kepada semua. Jalan raya kita terus dirundung malang. Kita berdukacita kerana di bulan Syawal yang mulia ini, nyawa manusia begitu murah diatas jalan raya. Jika di Afghanistan, sambutan Hari raya dihujani dengan puluru dan tembakan berlainan pula dengan Malaysia yang dihujani dengan kemalangan jalan raya.

Ops Sikap telah pun berakhir semalam ( 27 September 2009). Harapan kita untuk melihat angka kematian dan jumlah kemalangan berkurangan tidak kesampaian. Angka kematian dan kemalangan terus meningkat. Siapa yang patut dipersalahkan. Bagi saya kesalahan utama mesti disandarkan kepada diri sendiri kerana kitalah yang memegang stereng kereta.

Yang lebih mendukacitakan ialah , pada tahun ini jumlah kemalangan maut adalah yang yang tertinggi sejak ia dilancarkan pada tahun 2001. Jika semua pemandu ikut peraturan, saya berpandangan kemalangan ini dapat dikurangkan. Kerajaan telah beusaha menggunakan segala pendekatan seperti penguatkuasaan undang undang, teknologi moden, jalan diperelokkan dan lain lain lain lagi

Menurut Jabatan Keselamatan Jalan Raya, antara faktor utama kemalangan berlaku ialah kerana sikap pemandu yang memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan. Negara kita sekarang berada dalam senarai paling top dari segi kemalangan jalan raya dikalangan negara ASEAN.

Bagi nisbah 100.000 ribu penduduk, Malaysia mencatatkan 23.6 kematian berbanding dengan Thailand 19.6, Singapura 4.8 dan Filifina 1.3. Menurut perangkaan sejumlah 7,000 hingga 7,500 rakyat Malaysia mati diatas Jalan Raya.

Kepada pemandu, kita harus fikirkan bersama. jangan kita mengangggap bahawa orang lain yang ditimpa kemalangan, bukan kita dan bukan ahli keluarga kita. Jika semua antara kita sentiasa berhemah atas jalan raya, insyallah jumlah kemalangan ini akan dapat dikurangkan.

wassalam

26 September 2009

Tahniah Muammar Gaddafi

Salam bloggers.

Tindakan pemimpin Libya Muammar Gaddafi mengoyak kulit depan Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin dunia kemudian membaling kearah pemimpin kuasa besar dunia amat mengejutka semua pihak. Tindakan berani itu juga memberi impak yang cukup besar kepada kuasa dunia dan PBB sendiri.

Bagi makluman semua PBB mempunyai 5 negara kuasa besar dunia yang mempunyai kuasa veto atau kuasa pembatal. 5 nebgara berkenaan ialah AS, UK, China, Peranchis dan Russia. Sistem yang dimulakan selepas perang dunia ke 2 ini adalah struktur yang tidak releven. Ia telah banyak disalahgunakan oleh kuasa besar untuk menekan, menyerang negara negara yang tidak berdaya dan kecil.

Contohnya serangan AS keatas Iraq. PBB telah digunakan untuk menghalalkan serangan keatas Iraq dengan alasan Iraq mempunyai senjata nuklear. Namun demikian mereka tidak mengambil tindakan yang sama keatas Israel dan Korea Utara yang sudah jelas membangunkan Senjata Nuklear. Jika Malaysia juga membangunkan senjata nuklear , saya berpandangan sudah lama mereka menyerang Malaysia.

Gaddafi bertindak secara radikal bagi menyatakan rasa kekecewaan dan marah terhadap PBB dengan amalan kuasa veto berkenaan. PBB telah menjadi pentas sandiwara kuasa kuasa besar dunia bagi mendapatkan lesen untuk membunuh dan menyerang negara yang tidak bermaya.

Inilah sejarah hitam buat PBB. Namun seperti diduga media barat melaporkan tindakan itu sebagai kurang ajar. Tindakan yang dilakukan ini sudah pastilah akan mendapat pujian negara kecil yang selama ini tertindas dengan dasar PBB ini, tetapi mereka tidak berani untuk bersuara.

Pada satu ketika dahulu Tun Dr. Mahathir juga mengkritik hebat dasar kuasa veto ini. Dalam setiap ucapan Tun Dr. Mahathir, beliau dengan begitu lantang melemparkan kritikan, pandangan dan mengutuk PBB kerana banyak menyeleweng dari landasan yang sebenarnya.

Perkara yang lebih menarik lagi lagi Gaddafi menggelarkan PBB sebagai Majlis Keganasan kerana menghalalkan peperangan dan keganasan berlaku. Mereka menghalalkan serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Tidak ada sebarang tindakan oleh PBB terhadap Israel yang melakukan kekejaman. Kuasa kuasa besar juga tidak mahu menerima resolusi 425 PBB yang mengiktiraf kedaulatan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Memang tepatlah Gaddafi menggelarkan PBB sebagai Majlis Keganasan Dunia. Tindakan mereka yang dilakukan berat sebelah dan hanya menguntungkan kuasa kuasa besar dunia. Mereka hanya banyak menambil tindakan kepada negara islam. Negara ini akan diserang habis habisan sehingga menemui kehancuran. Sedangkan sekutu mereka seperti Israel terus terselamat dan semakin bermaharajalela.

Tahniah Muammar Gaddafi.

Fikir fikirkanlah

23 September 2009

Beri lah Peluang Kepada Yang Baru

Salam bloggers

Pemimpin amat penting dalam sesebuah negara. Pemimpin rakyat dan negara akan datang dan pergi. Pemimpin silih berganti antara generasi lama dan diganti dengan generasi baru. Ini lah lumrah kehidupan manusia atas mukabumi ini. Semua bersifat sementara dan tidak ada yang akan kekal kecuali Allah.

Sebagai pemimpin, kita harus sedar bahawa satu masa kita juga akan meninggalkan kerusi empuk, seterusnya memberi laluan kepada pemimpin baru. Jangan kita merasakan bahawa kitalah yang paling hebat atas muka bumi ini. Orang lain dok rok scetong blake.

Kalau kita terlalu lama memimpin masyarakat, banyak masalah akan berlaku. Saya amat tertarik dengan apa yang terjadi terhadap MIC. Saya tidak berniat untuk masuk campur dalam urusan MIC. Apa yang berlaku itu sebenarnya memberi pengajaran kepada pemimpin lain. Bayangkan dengan menjadi pemimpin parti semenjak tahun 1981 hingga 2009.

Kita bukan bermaksud nak melupakan jasa pemimpin. Jasa yang mereka buat akan dikenang oleh rakyat. Lihat bagaimana Tun Dr. Mahathir yang melepaskan jawatan secara terhormat dan memberi ruang kepada pemimpin lain untuk mengambil alih jawatan tersebut. Walau pun melepaskan jawatan tapi rakyat Malaysia sentiasa memberi sanjungan kepada beliau sebagai pemimpin agung.

Begitu juga soal pemilihan calon di Bagan Pinang. Saya berharap jawatankuasa pemilihan calon ini meneliti dengan sebaik yang mungkin calon BN yang akan mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut. Jadilah kita pilih calon lama yang sudah diketahui masalahnya.

Pemimpin lama pula harus memberi ruang kepada pemimpin baru. Kita telah berpuluh tahun dalam kerajaan sehingga menjadi orang no. 1 di negeri. Takkan lah kita masih nak jadi Wakil Rakyat biasa, jadi berilah peluang kepada orang lain pulak.

Dengan itu baru lah ada kesinambungan antara yang lama dengan yang baru. Janganlah apabila yang baru terpilih, yang lama akan buat apa saja untuk menjatuhkan yang baru. Yang baru buat program , yang lama pun buat program.

Akhirnya tidak ada kesudahan sokmo kita. kalau kita memberi sokongan atas dasar 1 parti, pemimpin baru juga boleh laksakan tugas sebagai pemimpin dengan cemerlang.

Fikr

22 September 2009

Hari Raya Dalam Kenangan

Salam bloggers

Hari ini dah masuk hari raya ke 4. Apabila tiba hari raya, orang yang paling genbira adalah kanak kanak. Mereka gembira kerana dapat baju baru, seluar baru, kasut baru, dapat duit raya dan sebagainya. Bagi kita orang dewasa , itu semua hanya sudah tinggal kenangan.

Bagi mereka yang tinggal dibandar bandar besar seperti KL, JB, Shah Alam dan lain lain, saat yang paling gembira apabila berada dalam kenderaan untuk pulang berhari raya di kampung bersama ayah, ibu, tokki, tok wan dan sanak saudara yang lain. Bagi kita yang sudah tinggal di kampung, kegembiraan sebegitu tidak dapat kita kecapi.

Pada tahun ini saya berhari raya di kampung saya. seperti biasa saya akan bersembahyang raya di di Masjid kg. Surau Hj. Yaacob. Nak pergi sembahyang kat masjid lain payahlah sikit pasal saya Bilal kat masjid tersebut. Bilal pulak cuma ada 2 orang saja.

Budaya yang sangat menarik di masjid ini ialah pemberian duit raya kepada kanak kanak. oleh sebab itu lah kanak kanak akan bertumpu di masjid ini. Selepas solat sunat Idul fitri ratusan kanak akank akan beratur untuk menerima duit raya. Biasa ada 5 - 6 orang yang akan memberi duit raya ini. Kalau sorang bagi RM 2.00 maka kanak kanak ini akan dapat RM 12.00 . kalau sorang bagi RM 1.00, bermakna kanak kanak ini kan dapat RM 6.00 seorang.

Apa yang mendukacitakan ialah apabila tiba saja malam raya, masjid telah kembali sepi dari jemaah. Yang ada cuma jemaah biasa sebelum Ramadhan. nampaknya Ramadhan ini tidak berjaya membawa manusia untuk mengimarahkan masjid.

Kenangan yang tak saya lupa semasa hari raya ialah apabila saya dapat duit raya dari seorang insan sebanyak RM 0.05 sen. Yang tambah dukacita lagi 5 sen yang diberi itu berkarat. apabila dapat duit tersebut kami semua ketawa diantara satu sama lain. Apabila saya berjumpa dengan orang berkenaan maka saya akan ingat duit 5 sen berkarat yang diberi semasa umur saya 11 tahun.

Hari ini saya berhari raya bersama perantau di Kg. Undang. Saya menerima duit raya RM 0.60 sen dari seseorang. Mulanya saya tak nak terima tapi dia tetap mahu saya ambil duit itu. Saya ambil. Apabila saya ambil duit RM 0.60 sen ini, nostalgia saya teringat duit RM0.05 sen yang saya terima 25 tahun yang lepas.

20 September 2009

Salam Idul Fitri

Salam bloggers.

Di kesempatan ini, saya bersama isteri tersayang Robiah Khamis serta anak anak mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Marilah kita saling bermaafan, kunjung mengunjung, eratkan silaturrahim dan ukhuwwah sesama kita. Lupakanlah pelbagai sengketa, perbezaan politik, kaum dan agama sesuai dengan konsep 1 Malaysia.

Kepada perantau, gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik yang mungkin kerana bukan senang kita nak pulang dan semua berkumpul dikampung halaman masing masing. disamping itu berhati hati dijalan raya, mudah mudahan kita selamat balik dan pulang. Insyallah.

Wassalam

16 September 2009

TETAMU AGUNG KIAN PERGI

Salam bloggers.

Masa sungguh cepat berlalu. Ramadan merupakan tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun. Hari ini kita sudah melangkah hari yang ke 26. Tetamu agung ini sudah beransur ansur meninggalkan kita dan ia sudah pasti akan meninggalkan kita dalam masa 3 atau 4 hari saja lagi.

Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.

Namun, saya pelik melihat masyarakat kita. Kita sedih dan hiba bila semasa berhari raya. Hari Raya adalah hari kemenangan dan kita patut bergembira pada hari ini. Apa yang perlu disedihkan ialah disaat Ramadhan hampir meninggalkan kita kerana kita tak tahu sama ada kita akan berjumpa Ramadhan pada tahun akan datang.

Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Rasa terdetik dan bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah dan bersih segala dosa dosa.

Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.

Ada juga dikalangan kita yang hebat awalnya tapi tersungkur disaat akhirnya. Mungkin sibuk dengan kuih raya, baju raya dan sebagainya. Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal ltetapi tida bermaya dan lesu ketika menuju garisan penamat dan tewas dalam larian tersebut.. Sesungguhnya kenangan berpuasa Ramadhan, berbuka puasa, solat sunat terawih, solat witir dan melaksanakan ibadah yang lain sangat menyeronokkan.

Akhirnya, marilah kita panjatkan doa semoga kita panjang umur dan dapat bersua dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Insyallah.

TETAMU AGUNG KIAN BERLABUH

Salam bloggers

Masa sungguh cepat berlalu. Ramadhan merupakan tetamu agung datang berkunjung setiap tahun. Hari ini kita sudah melangkah hari yang ke 27. Tetamu agung ini kian menyinsing fajarnya untuk meninggalkan umat manusia dalam masa 2 atau 3 hari lagi. Hati orang orang beriman sudah mula kesayuan dan mengalirkan air mata untuk berpisah dengan bulan yang sangat mulia ini.

Mereka ini adalah orang yang benar benar menghayati kedatangan Ramadhan dengan rasa kemanisan iman. Ketakwaan yang datang bersama sudah tentu akan menghadapi saat perpisahan dengan penuh kehibaan dan kesedihan. Ia becampur dengan rasa bimbang kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu buat mereka.

Rasa bimbang juga menghantui kerana mengenangkan amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah atau tidak. Namun kita penuh harapan agar dosa dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah dan bersih dari segala dosa.

Apa yang menjadi harapan kita ialah kita jangan tersungkur di saat akhir. Jangan kita sibuk dengan persiapan raya seperti nak siapkan kuih raya, nak cari baju raya dan sebagainya. Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai. Larian tidak akan bermakna jika kita laju atau hebat diperingkat awalnya tetapi lesu tidak bermaya di penghujungnya. Kita akan kalah dalam larian tersebut.

Sesungguhnya kenangan berpuasa Ramadhan sangat indah, terdapatnya berbuka puasa, terdapat terawih dan witir dan ibadah ibadah lain. Janganlah hendaknya masjid dan surau kembali lesu selepas Ramadhan ini. Jika itu berlaku maka kita gagal dalam menghayati Ramadhan ini.

Selamat tinggal tetamu agung, dengan iringan doa semoga panjang umur dan dapat bersua kembali ditahun depan.

wassalam

14 September 2009

Khatam Al Quran Rakan Muda






Salam bloggers
Salam Ramadhan. Kemarin 14 September 2009 Bukit Payong menjadi tuan rumah kepada Majlis Khatam quran Rakan Muda peringkat Negeri Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Dato Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia.

Cuma, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya YB. Dato' Razali Ibrahim, Kerajaan Terengganu, Pengarah JBS, Pegawai Daerah Marang, Yang Di Pertua Majlis Daerah Marang, Ketua Polis Daerah, Pegawai Agama daerah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian & Negeri, Pengerusi JKKK, Pengerusi JK Masjid Bukit Payong, sahabat sahabat di Jabatan Belia & Sukan Terengganu dan semua pihak yang tidak mampu saya sebutkan satu persatu.

Kita panjatkan doa semoga dengan terlaksananya program sebegini, akan lahirlah generasi muda belia yang cemerlang. Dengan mukjizat Al Quran kita akan bahagia dunia dan akhirat.

08 September 2009

Fasa 10 Terakhir Ramadhan


Salam blogger

Kita telah memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan. Sepanjang 20 hari yang lepas kita telah mengharungi bulan Ramadhan ini dengan rasa gembira. Pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini. Setiap hari begitu banyak majlis berbuka puasa dianjurkan. Kadang kadang saya menerima 10 jemputan majlis berbuka puasa dalam 1 hari. Beginilah mewahnya suasana kehidupan di negara kita.

Alhamdulillah, nampaknya masyarakat kita berlumba lumba membuat kebajikan dalam bulan ini. kepada yang miskin juga tidak dilupakan. Begitu juga dengan anak anak yatim. dalam DUN saya terdapat 1 rumah anak anak yatim iaitu Rumah anak Yatim Darul Falah. Setiap hari mereka dijamu dengan majlis berbuka puasa di merata tempat.

Disamping itu anak anak yatim ini juga mendapat duit raya dan baju raya sumbangan dari orang ramai dan syarikat tertentu. Kadang kadang saya lihat mereka lebih senang dari anak orang kampung yang masih punyai ibu bapa.

Apa yang lebih penting bagi kita ialah untuk menggunakan masa 10 terakhir Ramadhan ini dengan semaksima mungkin. Solat Sunat terawih jangan ditingglkan dan pelbagai amalan sunat lain. Janganlah hendaknya di akhir akhir Ramadhan ini, kita banyak menghabiskan masa dengan membuat persiapan Hari Raya sehingga lupa Ramadhan sudah berada di hari hari terakhir.

Insyallah, kita akan bertemu dengan satu malam yang dijanjikan Allah lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Inilah malam yang dicari cari oleh setiap manusia. moga moga kita kita akan bertemu dengan malam ini, jika kita konsisten menghidupkan malam terakhir Ramadhan. Insyallah.

Mohon maaf lah kerana saya tidak banyak ulas isu isu politik dalam bulan puasa ni. Sebenarnya perkara yang saya nak bagi ulasan tapi tunggu lepas raya lah. Bulan yang mulia ini, kita pakat banyak muhasabah diri dan tumpukan kepada amal soleh.

Wassalam.

06 September 2009

Bertuahnya Cina dan India Di Malaysia

salam bloggers

Malaysia adalah 1 negara yang dilimpahi dengan pelbagai nikmat. Ada yang kaya dan ada yang miskin. Yang miskin akan terus dibela oleh kerajaan Barisan Nasional. Bagi kaum lain seperti cina dan India, mereka juga menikmati kehidupan yang sempurna di bumi bertuah ini. Orang melayu juga telah berkorban demi untuk kesejahteraan mereka semua.

Saya sungguh hairan apabila DAP sering membangkitkan isu mengenai kaum itu. Kaum mana yang beliau sebenarnya perjuangkan dalam partinya? Jika orang Melayu ketinggalan dalam serba-serbi adakah beliau akan membelanya? Jika kebanyakan orang Melayu dan kaum bumiputara lain masih terkial-kial di luar bandar - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - membanting tulang di sawah-sawah padi, sedangkan tauke-tauke hidup senang-lenang, adakah DAP akan turut menjadi juara membela mereka?

Mengapa isu biasiswa kerajaan (yang terlalu sedikit jumlah itu) digembar-gemburkan sehingga menjadi sebagai isu yang membara dan terlalu besar? Apakah Kit Siang mahu meraih simpati politik dan mahu mencetuskan suasana panas di kalangan kaum?

Tahukah Kit Siang kaum mana yang paling ramai belajar di luar negara sekarang? Berapa banyak yayasan-yayasan persendirian yang dikuasai oleh tauke-tauke besar, jutawan dan bilionair Cina yang menaja pelajar-pelajar bangsa mereka.

Jika kerajaan tidak memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cerdik pandai ini siapa lagi yang mahu memberinya?

Tahukah Kit Siang siapakah anak- anak bumiputera yang pandai-pandai itu. Kebanyakannya mereka datang dari luar bandar. Siapa yang mahu mempedulikan mereka jika bukan kerajaan? Apakah yayasan-yayasan yang disebut tadi mahu menaja anak-anak kampung itu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik?

Kita tidak menafikan soal meritokrasi amat penting dalam penganugerahan biasiswa itu. Siapa yang layak dia akan dapat, tapi janganlah terlalu mempersoalkan isu ini sehingga menyebabkan kaum- kaum lain marah kepada kerajaan dan orang Melayu - kononnya kaum lain (terutamanya kaum yang banyak menyokong DAP) dinafikan hak dan diketepikan. DAP cuba menonjolkan bahawa yang jahat ialah orang Melayu dan kerajaan.

Lihatlah hakikat di depan mata kita sekarang. Berapa ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang mendapat tajaan - malah oleh negara jiran untuk belajar di negara itu dan akhirnya terus menetap di sana, di Hong Kong malah di Taiwan.

Kita hairan, salahkah jika kerajaan mahu menolong anak-anak bumiputera yang mewakili kaum majoriti di negara ini? Di negara jiran Singapura juga, masih wujud jurang dan ketidaksamaan meklibatkan kaum. Tapi Melayu di sana tidak pernah berkobar-kobar pun seperti Kit Siang? Apakah orang Melayu di Singapura tidak boleh berkata apa-apa? Itu kita tidak tahulah. Tapi negara itu juga mengamalkan pendekatan yang sama seperti yang diamalkan oleh DAP di negara ini, bukan?

Oleh itu Kit Siang dan pihak-pihak lain, lihatlah kenyataan di depan anda. Siapa dia barisan bilionair-bilionair dan laksawan (terlalu kaya) yang hidup mewah di negara ini? Siapa dia yang menguasai ekonomi di negara ini? Siapa ahli-ahli profesional yang bersepah di negara ini? Siapa pemilik kedai-kedai perniagaan kecil atau besar di merata pelosok tempat di tanah air ini? Siapa yang tinggal di banglo-banglo besar yang merata di bandar-bandar besar di negara ini?

Saudara Kit Siang, tolonglah janganlah membangkitkan soal-soal yang boleh membakar perasaan antara kaum lagi. Kita sudah letih, kita sudah bosan. Kita mahu hidup dengan aman, tenteram dan harmoni. Kita mahu supaya kekayaan di negara ini dikongsi bersama - bukan oleh satu pihak sahaja. Kita mahu orang Cina juga mengajar orang Melayu berniaga.

Hakikatnya jika kita perincikan dasar-dasar kerajaan sebenarnya ia sebenarnya telah 'mengkayakan' bangsa lain yang mendapat tempiasan lebih lumayan daripada orang Melayu dan kaum bumiputera itu sendiri.

Jika dulu selepas peristiwa 13 Mei 1969 rakyat Malaysia kembali bertaut untuk hidup aman damai dan hormat menghormati - bagi membantu antara kaum memperbaiki diri masing-masing - mengapa falsafah itu semakin longgar?

Apakah kita semua sudah lupa? Apakah kita semua ini semakin selesa? Apakah kita ini sudah terlalu sombong dan bongkak?

Inilah tuahnya berada di Malaysia bagi orang Cina dan India. Jagalah keharmonian ini agar kita terus hidup aman dan selesa,

Hayatilah puisi Usman Awang yang menggambarkan murahnya hati orang Melayu:

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran"
Lihatlah realiti itu wahai Kit Siang. Janganlah emosional, anda mewakili kaum yang paling bernasib baik di muka bumi ini.

04 September 2009

Mari kita pakat fikir weh

Salam bloggers

Masa semakin suntuk , tempuh dua tahun yang mahu di kejar sebelum pilihanraya umum ke 13 bukan lah satu masa yang lama. UMNO pula semakin tidak menentu. Kita juga melihat PR juga tidak menentu macam UMNO bahkan lebih parah dari UMNO. Namun UMNO dan Bn mendapat lebih perhatian kerana BN adalah parti yang memerintah negara.

Selepas 52 tahun merdeka dan memerintah negara ini, kini UMNO menghadapi dilema yang agak besar. Jangan mendoakan sejarah parti LDP di Jepun tidak akan menimpa UMNO. LDP telah dihumban oleh rakyat Jepun selepas 54 tahun berada ditampuk kuasa. Segala jasa yang dibuat oleh LDP kepada negara Jepun dilupai oleh orang Jepun sendiri. LDP telah membangunkan negara Jepun sehingga Jepun menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia.

Suasana di Jepun dan Malaysia amat jauh berbeza. Untuk menukar kerajaan, rakyat harus berfikir 1000 kali kerana kita tidak banyak pilihan. Pilihan terbaik hanya lah UMNO dan BN sahaja. Dalam kepelbagaian bangsa dan agama dalam Malaysia, rakyat tidak boleh memperjudikan nasib mereka.

DAP adalah parti ekstrim yang menentang keras islam. Mana mungkin sebuah parti yang menentang islam boleh memerintah dalam sebuah negara islam dan dihuni oleh majoriti orang islam. PKR adalah parti pelbagai kaum, kalau tidak ada Anwar nanti mereka akan berbalah mencari pemimpin dikalangan mereka. Mereka hanya menggunakan kesempatan dengan populariti Anwar untuk memancing undi.PAS pula adalah parti serpihan dikalangan parti PR. Sudah pasti PAS akan diberi kerusi yang sedikit untuk bentanding dalam pilihanraya nanti.

Masa dua tahun bukan lah panjang sangat jika kita ukur dengan keadaan yang berlaku di Terengganu sekarang ini , tidak perlu kita menyebelahi mana mana pihak, yang penting apa yang kita mahu adalah sesuatu yang ajaib boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan di Terengganu itu. Apakah kita sudah lupa, Rakyat Terengganu ini lain sikit. Mereka boleh humban mana mana kerajaan yang mereka mahu.

Tahun 1999 mereka malukan BN sehingga BN dapat 4 kerusi sahaja. Akibat perit dengan pemerintahan PAS di Terengganu, mereka humban PAS dan PAS hanya mendapat 4 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum tahun 2004. Rakyat Terengganu juga masih ingat apa yang Pas dah buat selama 4 tahun memerintah Terengganu. Jadi kita jangan kembali menyokong PAS dalam pilihanraya kali ini.

Kita tahu bahawa kepimpinan Terengganu kini menghadapi sedikit masalah. Masalah ini kita tak boleh lari. Dimana mana pun ada masalah. Pimpinan PR juga ada masalah. Kedah juga menghadapi masalah Exco letak jawatan, ADUN PKR masuk Bebas dan sebagainya. Di Pulau Pinang juga ada masalah Timbalan Ketua Menteri ( Tuan Fairus) letak jawatan & masalah Kg. Buah Pala.

Di Selangor juga ada masalah penjualan arak, masalah kuil, masalah ADUN yang hilang & tidak menjalankan tugas. Sebagai parti pemerintah mesti ada masalah dikalangan mereka. Rakyat harus tengok dalam dunia ini, saya perhatikan semua negara yang diperintah oleh orang islam, rakyat bukan ilsam akan dapat hidup selesa, aman damai tanpa kekecohan. Tapi apabila orang islam menjadi rakyat dalam negara yang diperintah oleh orang bukan islam, orang islam sering menjadi mangsa kekejaman mereka seperti Palestin, Thailand, Burma, Filipina dan sebagainya.

Luka di Terengganu ini bukan nya luka baru, namun jika ia dibiarkan berlarutan maka luka ini akan menjadi barah dan bernanah. Apa yang kita lihat sekarang, dua tahun lagi, masalah negeri Terengganu ini akan kekal ditahap ini dan mungkin UMNO Terengganu telah bersedia untuk menjadi jenazah untuk dikuburkan.

Peristiwa 2 peperangan dalam islam harus di ambil sebagai iktibar oleh pimpinan UMNO khususnya di Terengganu. dalam perang Badar yang berlaku pada 10 Ramadhan iaitu dalam bulan puasa. Tentera islam dengan kekuatan 313 orang, 2 ekor kuda dan 70 ekor unta telah dapat mengalahkan tentera kafir walaupun jumlah mereka 1000 - 1300 orang, 100 ekor kuda, 600 baju besi dan jumlah unta yang banyak. . Kenapa mereka menang. Jawapannya kerana mereka bersatu hati, sanggup berkorban untuk mempertahankan tentera islam, disiplin yang tinggi dan patuh kepada arahan ketua.

Namun dalam peperangan Uhud Tentera islam telah kalah kerana mereka tidak mengikut arahan ketua iaitu Rasulullah dan mereka tamak untuk ambil harta rampasan perang.

Kita telah menabur jasa kepada rakyat selama 52 tahun. Jika kita bersatu , insyallah kita akan terus diberi tempat oleh rakyat Terengganu. Jika tidak UMNO akan menjadi sebahagian dari sejarah Malaysia.

Fikir fikirkanlah

02 September 2009

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Marang






Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008 Peringkat Daerah Marang dirasmikan oleh Yg.Bhg. Encik Zaidi Bin Muda selaku Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong .Kelihatan PPD Marang sebagai penerima anugerah APC 2008 menerima Sijil Penghargaan.
Tahniah kepada penerima. Semoga lebih bersemangat menyumbangkan khidmat bakti kepada anak bangsa.