Pages

Subscribe:

31 May 2009

Penanti yang dinantikan

Salam Bloggers.

Selesai sudah episod pilihanraya yang sengaja dibuat oleh pihak pembangkang. Oleh kerana tidak suka kepada Fairus maka disuruhnya letak jawatan, kesian dia. Itu lah nasib yang diterima oleh Fairus akibat kerakusan kuasa seorang manusia. Setelah selesai pilihanraya maka ini lah keputusannya :

N12: PENANTI : (Jumlah Pengundi)15,384
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi

Jumlah keluar mengundi 7,100

Peratus 46.15 peratus

Undi rosak 106 undi

Majoriti 5,558 undi.

Penyandang: Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) Majoriti: 2,219 undi.


Tiada apa nak dibanggakan dalam pilihanraya ini kerana awal-awal lagi bila Barisan Nasional buat keputusan tidak letak calon dalam pilihan raya kecil itu, calon PKR Dr Mansor Othman sudah boleh menempah baju melayu dan baju kot untuk majlis angkat sumpah ADUN dan Timbalan Ketua Menteri. Memang sah bahawa 2 lagi calon melayu PKR tidak berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut sehinggakan terpaksa menungggu piliharaya kecil ini. Org Terengganu kata 'dok rok scetong' atau pun wakil rakyat yang ada tu 'cap ayam'. Sesungguhnya anda bukanlah org kepercayaan Anwar Ibrahim.

Kalau dibuat kajian mendalam terhadap pilihanraya ini barangkali bunyinya begini: PKR menang sorak tapi undi tapi undi tersembur keluar.Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Dr Mansor Cuma dapat 6,052 undi berbanding Mohammad Fairus Khairuddin yang memperolehi 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi pada pilihan raya umum lalu (PRU 12)..Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi. Walaupun kali ini, Dr Mansor dapat majoriti 5,558 undi tetapi jumlah diperolehi telah merosot 1,294 undi.

Tak tahulah kemana pergi undi tersebut tetapi yang pasti semua ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP di Penanti keluar mengundi bagi memastikan Dr Mansor menang. Mengambil kira hakikat ini dan jumlah 5,127 undi calon BN dahulu boleh dikatakan jumlah diperolehi Dr Mansor merosot kerana ada pengundi yang memilih Fairus sebelum ini sudah memberikan undi kepada calon Bebas.

Tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494), Kamarul Ramizu Idris (56) dan jumlah keseluruhan undi adalah 942. Dari keputusan ini, sudah ada tanda-tanda mereka yang menyokong pembangkang mula bosan sama ada dengan tindak tanduk PKR, DAP mahupun PAS atau sudah penat berdepan karenah pilihan raya kecil yang sengaja diadakan tanpa sebab kukuh.

Rakyat sudah tidak mahu diperbodohkan oleh pakatan pembangkang. Sepanjang kempen pilihanraya ini saya melihat pembangkang banyak hentam BN. Semua yang BN buat tidak betul. Hanya dia saja yang betul. Inilah sikap yang perlu ditolak oleh rakyat. Sebagai sebuah parti sepatutnya kita memberitahu rakyat apa yang kita nak buat kalau kita menang dalam pilihanraya. Adakah kita nak bela nasib mereka, meningkatkan taraf ekonomi mereka dan sebagainya. Ini mula sahaja ceramah terus hentam kerajaaan BN.

Wahai sahabat sekalian, sesungguhnya mendengar ceramah mengata org lah paling sedap didengar. Kita akan ketawa, kita akan suka ria, kita akan gembira dan kita akan bertepuk tangan apabila penceramah hentam orang, caci org, dedah keabaiban org dan sebagainya. Sebab itulah apabila ada saja ceramah sebegini , ribuan org bahkan puluhan ribu akan datang, sebelum ceramah sembahyang hajat akan diadakan bagi memohon kerahmatan Allah. FIKIR FIKIRKAN LAH.

Apapun, sama ada mementum ini berterusan, pilihan raya DUN Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai nanti akan memberi petunjuk baru.Andainya sudah ada rakyat mula menolak PKR, pasti selepas ini ada yang akan menolak PAS pula.

Wassalam

25 May 2009

Rakyat Dekat Di Hati


(Isteri Saya Turut Bersama Dalam Aktiviti Ziarah)


(Menanam Pokok Pinang Di Pintu Masuk Tanah Perkuburan Islam Atas Tol)


(Ziarah Warga Emas Di Kg. Atas Tol)

Salam bloggers

Saban hari saya akan turun ke kampung kampung bagi bersama dengan warga DUN Bukit Payong menjalankan aktiviti secara bersama. Seperti mana yang pernah saya katakan, Warga Bukit Payong akan bekerja bersama sama kearah kemajuan kesejahteraan DUN Bukit Payong.
Pada hari sabtu (23 Mei 2009) baru baru ini saya sempat bersama sama warga Atas Tol bergotong royong membersih tanah perkuburan. Kehadiran pada hari berkenaan dalam 150 org. Warga Atas Tol memang terkenal sebagai masyarakat yang bersatu padu. Setiap program yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Ini adalah sebahagian dari contoh yang baik bagi membina masyarakat sejahtera dan hidup harmoni diantara satu sama lain.

Selepas aktiviti gotong royong saya sempat bersama dengan Kepimpinan UMNO Cawangan & JKKK untuk aktiviti ziarah warga emas dan orang orang sakit. Lawatan ini bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Dengan ada program ziarah ini rasa sunyi mereka akan terubat kehadiran pemimpin setempat yang mengambil cakna terhadap mereka. .Saya akan terus merasai denyut nadi rakyat dibawah. Sebagai pemimpin saya bercita cita untuk berkunjung sebanyak mungkin rumah yang ada dalam Bukit Payong. Moga Allah memberi kekuatan kepada saya.

24 May 2009

Jalan Penuh Berliku 2


(Penyampaian Hadiah Pertandingan Memancing di Kg. Tok Dir)


(Bersama Warga Kg. Padang Pak Su Man)


( Turun Padang Ke Rumah Pelajar Cemerlang STPM (4A) DUN Bukit Payong)



Tanpa ku duga pada 19 Februari 2008 lebih kurang jam 6.00ptg saya menerima panggilan dari SUSK YAB Menteri Besar pada masa itu . Saya pun berdebar debar jugak . Apa pasal Pejabat MB call pada waktu ini. Bisanya segala urusan pada waktu pejabat. Beliau telah memaklumkan kepada saya supaya menguruskan perletakan jawatan saya esok. Saya tanya untuk apa?. Beliau kata untuk mewakili BN bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 nanti. Sebagai pegawai kerajaan saya agak terkejut dengan pemilihan saya ini. Maknanya pucuk pimpinan parti terutamanya bekas YAB Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan bekas YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Hj. Idris Jusoh telah memberi kepercayaan yang besar kepada saya diatas pemilihan ini.

Pulang ke rumah saya terfikir jugak adakah hendak menerima tawaran ini atau tidak. Perkara pokok saya fikirkan ialah soal perletakan jawatan saya dalam perkhidmatan awam. keduanya saya fikir ialah, kalau ditakdirkan menang ok lah, tapi kalau kalah apa kerja yang saya buat selepas itu. itulah yang bermain difikiran saya. Lepas itu saya mohon restu dan bertanya pandangan kedua ibu bapa dan isteri saya. Masing masing memberi jawapan terpulang kepada kehendak saya. Akhirnya saya bermohon kepada Allah agar memberi saya petunjuk kepada saya. Saya kuatkan semangat dan saya ambil keputusan menerima tawaran ini sebagai satu cabaran yang harus saya tempuhi. Saya yakin rezeki Allah ada dimana mana. Inilah dipanggil gelombang kehidupan. Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah, ada masa kita gembira, ada masa kita sedih, ada masa kita senang, ada masa kita susah dan akhirnya ada masa kita hidup, kemudian kita akan mati.

Memang saya akui, bagi mengambil tempat bekas YB DUN ini iaitu Dato' Dr. Latif Awang agak berat kerana beliau telah membawa banyak pembaharuan di Bukit Payong. Oleh sebab itu saya mempunyai keazaman yang kuat untuk meneruskan kesinambungan pembaharuan ini jika saya menang dalam pilihanraya umum tersebut. Dalam usia 34 tahun , dengan tenaga muda ini saya akan mencurahkan khidmat bakti saya untuk bersama warga DUN Bukit Payong bekerja bersama sama saya kearah Bukit Payong membangun dan sejahtera. 13 hari saya bersama jentera BN DUN Bukit Payong berkempen siang dan malam bagi memastikan rakyat terus membari sokongan kepada Barisan Nasional. Oleh kerana minat yang mendalam untuk berjuang bersama warga Bukit Payong, saya tidak terasa letih dan lesu. Yang ada pada ketika itu ialah semangat membara bagi meneruskan usaha untuk menang, dan menang, terus menang.

Jalan Penuh Berliku 1




Salam bloggers.

Hari ini masuk 1 tahun 2 bulan pilihanraya umum ke 12 berlalu. Dalam tulisan saya kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan rakan sekalian sejak saya masuk ke arena politik sepenuh masa. Dalam jangka masa tersebut sudah banyak dugaan dan cabaran yang saya tempuhi. Sebelum dipilih bartanding dalam pilihanraya ke 12. Saya telah lama berkecimpung dalam dunia politik. Antara jawatan yang pernah saya pegang ialah Timbalan Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO Bahagian Marang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dan lain lain jawatan lagi. Bekerja sebagai Pegawai Belia dan Sukan Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan kembali ke Marang sebelum meletak jawatan pada 21 Februari 2009 memberikan pengalaman yang amat berguna kepada saya menghadapi liku liku dalam dunia politik. Kementerian Belia dan Sukan adalah tempat saya banyak belajar untuk berhadapan dengan masyarakat, menyampaikan syarahan dengan berkesan, Program belia dan sukan yang tidak mengenal masa dan waktu. Dunianya hampir sama dengan dunia politik yang saya tempuhi.

Saya amat meminati dunia politik ini semenjak dibangku sekolah lagi. Oleh sebab itu saya amat meminati subjek Pengajian Am semasa mengambil STPM. Saban hari saya mengulangkaji mata pelajaran ini.Pengajian saya di universiti juga berkait rapat dengan politik. Saya membuat pengkhususan bidang Sains Politik dan Sejarah. Saya akui semenjak kecil saya berazam untuk menjadi ahli politik yang hebat apabila saya dewasa. Saya mempunyai wawasan bagi membela masyarakat, membantu yang susah, meningkatkan syiar islam ,mempertingkatkan taraf hidup rakyat apabila saya diberi amanah oleh rakyat. Inilah cita cita saya. Namun takdir Allah mengatasi segala galanya, manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya tewas dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti 115 undi. Sebagai org islam saya redha dengan takdir Allah akur dengan kehendak rakyat dalam DUN Bukit Payong. Namun ia tidak melemahkan saya bagi menuruskan khidmat bakti kepada masyarakat khasnya masyarakat DUN Bukit Payong.

23 May 2009

Pegawai Kerajaan Terus Dibela.

A'kum kpd semua warga perkhidmatan awam.

Saya amat tertarik dengan pengumuman YAB Perdana Menteri baru baru ini semasa merasmikan Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam. YAB Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan pangkat kepada pegawai awam kumpulan sokongan yang masih lagi berada di tahap lantikan (KUP) dan telah berkhidmat lebih 15 tahun. Ini merupakan hadiah yang amat bermakna kepada seluruh perkhidmatan awam di seluruh negara kita.(Contonya pegawai lantikan gred 17 akan dinaikkan pangkat ke gred N22). Kenaikan pangkat ini berkuatkuasa 1 Julai 2009.

Saya difahamkan lebih dari 100 ribu pegawai akan mendapat nikmat dari pengumuman YAB Perdana Menteri ini. JPA telah pun mengeluarkan surat pekeling bertarikh 14 Mei 2009 bagi maksud tersebut. Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin kepada seluruh pegawai perkhidmatan awam. Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat ini akan menaikkan semangat untuk kita memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat sesuai dengan slogan YAB Perdana Menteri ' 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan'. Sebagai pegawai perkhidmatan awam kita mesti ingat bahawa adanya jawatan ini untuk kita kerana adanya rakyat. Kita dilantik juga adalah kerana ingin memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kita juga mesti bersyukur banyak banyak kerana dalam susana kegawatan ekonomi pun kerajaan masih lagi mengurniakan kenaikan pangkat kepada kita. Alhamdulillah.

Sebagai pegawai awam juga kita mestilah menyokong dasar dasar kerajaan kerana kita adalah pekerja kerajaan. Kalau kita tidak menyokong dasar kerajaan sedangkan kita berkhidmat dengan kerajaan dan makan gaji dengan kerajaan maka suasana akan menjadi tidak tenteram dan rakyat tidak akan dapat dibangunkan. Apabila rakyat tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan maka rakyat akan menghukum kerajaan dalam pilihanraya 5 tahun sekali. Orang yang menerima hukuman ini adalah ahli ahli politik yang bertanding dalam pilihanraya. Janganlah ada diantara kita yang bekerja dengan kerajaan tapi menjadi penentang yang kuat terhadap kerajaan. Oleh sebab itu saya pohon kepada semua pegawai kerajaan supaya menjadi pendokong kepada dasar kerajaan agar rakyat akan berpuashati kepada kerajaan.

TAHNIAH KEPADA YANG DINAIKKAN PANGKAT

WASSALAM

20 May 2009

Rakyat Akan Terus Didahulukan.

Salam bloggers.

Kita masih lagi dalam kemelut politik negara yang tidak menentu. Pelbagai peristiwa terus mengahutui kita. Peristiwa yang paling menyentuh hati saya ialah sikap biadap Hindraf yang sudah berani memberi kata 2 kepada pihak kerajaan. Sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan boleh mengugut kerajaan , sama ada membebaskan Uthayakumar dari mengadap Lembaga Penasihat ISA atau menghadapi demonstrasi jalanan Hindraf. Siapa dia Hindraf ni yang sudah berani sampai ke tahap ini. Dari mana dia dapat ilmu ini. Kita sedia maklum bahawa siapa yang memulakan ajaran demontrasi jalanan ini.

Saya tidak mahu membicarakan lebih lanjut mengenai Hindraf ini, wahai rakyat Malaysia, berfikirlah dengan fikiran yang tenang, apakah yang akan jadi kepada kita andainya sikap sebegini ada pada setiap rakyat Malaysia. Pada pandangan saya jika ini lah ajaran yang dibawa, keamanan, kedaimaian, kemakmuran, kenikmatan, keharmonian yang kita kecapi sekarang ini menjadi lipatan sejarah buat kita.
Kita fikir fkir kan lah .Nauzubillah.

Rakyat Terengganu akan terus dibela oleh Barisan Nasional. Pada bulan Jun Program pembahagian pakaian seragam sekolah kepada anak anak yang masih belajar akan disumbangkan oleh kerajaan negeri. Pelajar pelajar dan ibu bapa miskin akan mendapat nikmat ini dan akan mengurangkan beban yang akan ditanggung oleh ibu bapa. Dalam program ini 2 orang dari setiap keluarga akan diberikan pakaian seragam sekolah secara percuma sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah. Kerajaan negeri juga telah menetapkan bahawa ibu bapa yang berpendapatn RM 1200.00 kebawah adalah layak untuk memohon bantuan pakaian sekolah ini.

Seperti mana yang selalu saya sebutkan bahawa kerajaan amat menitiberatkan soal pendidikan. Kita mahu rakyat mendapat pendidikan yang secukupnya. Oleh sebab itu kita akan membantu mereka yang miskin bagi memastikan mereka tidak terpinggir dari arus pendidikan negara . Bermula tahun 2008 kerajaan negeri juga telah memberi sumbangan khas sebanyak RM 1000.00 kepada setiap pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. Kita akan meneruskan sumbangan tersebut pada tahun ini bagi menanam semangat ingin menuntut ilmu dikalangan pelajar Teengganu.

Begitu juga dengan pelajar yang berjaya melajutkan pelajaran ke Sekolah Asrama Penuh dan kepada mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS juga akan diberikan wang pendahuluan secara percuma. Bagi mereka yang berjaya ke Asrama penuh akan diberikan RM 400.00, Matrilukasi dan Sijil akan diberikan RM500.00, bagi peringakat Diploma akan diberikan RM700.00 dan peringkat Ijazah Pertama akan diberikan RM 1000.00 secara percuma. Ini lah kemudahan untuk anak Terengganu belajar dan terus belajar. Saya rase sudah tidak ada alasan untuk kita tidak meneruskan pelajaran akibat kemiskinan hidup. Semua org mempunyai peluang dengan syarat kegigihan dan kesungguhan ada bersama diri masing masing. Sesungguhnya banyak lagi bantuan yang dikurniakan kepada pelajar pelajar yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu dalam ruangan ini.

Berterima kasih lah kepada kerajaan dan bersyukurlah kepada Allah yang maha besar.
Ikuti Wawancara Bersama ADUN Behrang...................... Di petik dari www.agendadaily.com

Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku.

Dalam temubual bersama Agendadaily beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut

SIRI KEDUA temubual ini berkisar kepada isu-isu yang berkaitan dengan ‘sepak terajang politik’ PKR serta tawaran kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.

Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu (pada temubual siri pertama sebelum ini).

“Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.

Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.

Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?

Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada ( Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.

Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.

Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.

Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Sura itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.

Kenapa YB buat kesimpulan demikian

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.

Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN

Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.

Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN

Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. - 20/5/2009



Siri Satu: 11 bulan berkuasa...apa kata Ngeh, Nizar ikut aje


Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.

Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?

Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

“Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

Nizar dengan Ngeh... dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.



Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah... hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri...cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar... tapi dia tak peduli pun.

Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?

Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat... tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah...balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti...hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – 19/5/2009

18 May 2009

Penanti , Satu Keputusan Yang Tepat




(Mesra dan cakna rakyat, BN mesra sokmo)

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa BN tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Inilah satu tindakan berani diambil oleh BN. Seperti yang kita tahu bahawa pilihanraya bukan lah satu perkara main main. Oleh sebab itu pemilihan calon BN untuk bertanding dalam sesuatu pilihanraya dibuat dengan begitu teliti bagi memastikan calon yang dipilih rakyat nanti akan mampu melaksanakan tugas membangunkan kawasan dan yang lebih penting membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan. YB bukan lah satu jawatan yang sangat istimewa tetapi ia sebagai 1 wadah perjuangan bersama dengan degup jantung dan nadi rakyat.

Apabila rakyat telah membuat pemilihan , maka rakyat menaruh harapan yang sangat besar kepada Wakil Rakyat ini untuk membela nasib mereka. Namun demikian Wakil Rakyat PKR ini banyak yang mempermainkan kepercayaan rakyat terhadap mereka. Mereka sesuka hati melepaskan jawatan, tidak memberi perkhidmatan kepada rakyat, tidak bersama rakyat. Gelaran YB ini dipermain mainkan oleh mereka demi kepentingan survival politik mereka. Apabila bos mereka tidak suka kepada seseorang Wakil Rakyat, disuruhnya letak jawatan. Bayangkanlah tidak sampai setahun selepas pilihanraya umum kita telah melalui 5 pilihanraya kecil. Banyak tumpuan kita hanya kepada pilihanraya bagi melihat siapa yang kuat, sedang nasib rakyat dikampung kampung mesti dibela. Apa yang menyedihkan 2 dari pilihanraya ini berlaku bukan kerana berlaku kematian tetapi akibat sikap pembangkang yang ingin menjatuhkan karier politik dikalangan mereka.

Perdana menteri telah menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

"Tak ada (takut). Macam mana pun kita mesti hadapi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," jelasnya apabila diajukan soalan sama ada BN takut menghadapi pembangkang.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'. Wang ini kita akan gunakan untuk program program lain untuk kepentingan rakyat. Ramai lagi rakyat susah yang memerlukan bantuan. PKR tidak fikir masalah ini semua. Mereka hanya nak tunjuk jaguh. Mereka tidak membantu rakyat, tapi BN akan terus membela nasib rakyat Malaysia.

Saya rase selepas ini mereka akan kosongkan kerusi lain pula dan akan ada pilihanraya pula. Jadi masa untuk kita membela nasib rakyat agak terhad. Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang. Mereka mahu BN tidak peduli nasib rakyat. Jadi adalah tepat tindakan yang diambil oleh BN supaya kita tidak mengikut rentak mereka tidak bertanggungjawab ini.Kalau kita ikut sama dengan permainan PKR ini, maka kita akan rugi. Rakyat buatlah penilaian mana satu parti yang membela nasib mereka. Wakil Rakyat BN apabila diberi mandat , kita laksanakan mandat tersebut sampai ke pilihanraya yang akan datang.Kita bantu rakyat, kita tolong mereka , kita bersama mereka. Sebagai contoh, saya dalam parlimen Marang, sudah berpenggal penggal pembangkang sebagai Ahli Parlimen tapi baru 1 kali lawatan rasmi ke Kg. saya, itu pun kerana nak baca khutbah jumaat.

Kepada sekalian rakyat Malaysia, hanya Barisan Nasional pilihan terbaik untuk kita.
Sama ada kita nak Wakil Rakyat yang hanya pandai bersyarah atau Wakil Rakyat yang berkerja bagi membela nasib kita.

Fikir fikir kan lah

17 May 2009

Politik Wang Dalam PAS bukanlah sesuatu Yang Mustahil.

( Pada pandangan saya bukanlah sesuatu yang mustahil boleh berlaku atas dunia ini, org PAS jugak manusia biasa seperti org UMNO. Ada yang baik dan ada kurang baik. Pokok pangkalnya Iman dan Taqwa. Bukan soal PAS dan UMNO. sebab itu lah sebagai contoh, ada Tok Guru Quran yang boleh memperkosa anak murid sedangkan ianya ustaz. Kalau kita fikir memang tak logik langsung ia boleh berlaku. tetapi ia berlaku. Sebab itu lah saya katakan tadi pokoknya iman dan takwa . Itu lah bekalan yang akan dibawa, Bukan PAS atau UMNO. Org PAS juga sebahagiannya gila kuasa , sebab itulah amalan politik wang ini dikatakan diamalkan. Cuba tanya org PAS yang aktif dalam politik, Siapa yang tak nak jadi Menteri Besar, Siapa yang tidak mahu jadi Menteri, Siapa yang tak mahu jadi Perdana Menteri kalau mereka menang dalam pilihanraya ke 13 nanti, sapa yang tak nak kontrak kerajaan ," kalau menang lah" Kalau tidak, maka tidak akan berlaku perebutan kuasa dikalangan mereka.)


DAKWAAN Dewan Ulama Pas bahawa politik sogokan mula menular ke dalam parti itu menjelang pemilihan jawatan tertingginya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Shah Alam bulan depan agak mengejutkan, walaupun ia bukan sesuatu yang mustahil dalam mana-mana pertubuhan politik.

Ia mengejutkan kerana selama ini Pas, selain menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya, adalah parti politik yang dilihat ‘bersih’ sama ada dari segi politik wang atau permainan dan taktik kotor ketika berlaku perebutan jawatan.

Walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menyaksikan perebutan jawatan kanan, terutama bagi kerusi timbalan presiden ke bawah, yang kadang-kala sengit, ia masih dianggap pertandingan mesra dan tidak menggugat perpaduan parti selepas selesai pemilihan.

Bagaimanapun, apabila Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Mohamed Daud, ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang, minggu lalu, mendedahkan berlaku penganjuran jamuan makan serta memberi hadiah kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan ekoran keghairahan calon meraih sokongan menjelang muktamar bulan depan, ia memberi gambaran bahawa penyakit yang menjadi barah dalam Umno itu, kini mula menjangkiti Pas.

“Memanglah sudah bagi baju (hadiah), sudah kenyang makan (jamuan), boleh menanglah calon itu, tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat. Justeru, kita mahu ia dihentikan segera,” kata Mohamed.

Mengulas pendedahan itu, Ahli Lujnah Politik Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun mahu pucuk pimpinan parti memberi perhatian serius dan meminta Mohamed membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit. “Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” kata Abdul Fatah, yang menyifatkan kenyataan itu memeranjatkan ahli parti dan memperlihatkan Pas seolah-olah sama dengan parti lain.

Sebagai sebuah pertubuhan politik yang mengamalkan demokrasi, Pas tidak boleh lari daripada aspek negatif daripada sistem itu seperti perbuatan membeli undi atau politik wang. Semakin berjaya sesebuah parti itu, semakin ramai yang berminat menduduki jawatan utama dan apabila berlaku pertandingan, akan timbul pelbagai cara dan taktik bagi memastikan kemenangan.

Memang perebutan jawatan bukan perkara baru dalam Pas sendiri, terutama bagi jawatan timbalan presiden selepas era kepemimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Pada 2003 misalnya, Hassan Shukri menewaskan Datuk Mustafa Ali bagi jawatan itu dan dua tahun kemudian, Hassan pula ditewaskan oleh Nasharudin Mat Isa. Pada 2007, Nasharudin mengekalkan jawatan itu, walaupun dicabar Datuk Harun Taib.

Begitupun, dalam tempoh tiga tahun lalu, pelbagai perubahan berlaku dalam senario politik tanah air, terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menyaksikan Pas mencapai kemenangan paling besar dalam sejarah 55 tahun penubuhannya. Kerjasama Pas dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP membolehkan parti itu menguasai Kedah, mengukuhkan semula kedudukannya di Kelantan, menjadi sekutu penting kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, selain mempunyai lebih banyak kerusi di Parlimen.

Sebagai parti politik tunggal berteraskan Melayu/Islam dalam Pakatan Rakyat, Pas amat diperlukan PKR dan DAP sama ada untuk memastikan keteguhan barisan pembangkang sekarang atau mencapai impian mereka menukar Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Barangkali kerana pentingnya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat inilah, maka banyak perkembangan baru berlaku dalam parti itu sekarang. Buat pertama kali, pencalonan Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut dicabar apabila Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Nik Mat turut dicalonkan untuk jawatan presiden.

Walaupun Hadi kekal sebagai presiden selepas mendapat 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti itu berikutan Nik Abdul Aziz gagal meraih dua pencalonan kawasan, cubaan mencabar pemimpin nombor satu tidak pernah berlaku sepanjang Allahyarham Yusof Rawa dan Fadzil memegang jawatan Presiden Pas.

Lebih sengit lagi ialah jawatan Timbalan Presiden apabila penyandangnya, Nasharudin Mat Isa dicabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din serta dua Naib Presiden, iaitu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Begitupun, hanya Nasharuddin dan Husam yang bukan saja disebut-sebut sebagai pencabar utama bagi jawatan itu, malah dikaitkan sebagai mewakili dua kumpulan berbeza pendapat dalam Pas sekarang.

Nasharuddin dikatakan mewakili golongan Melayu/Islam moderat, manakala Husam daripada kumpulan Islam liberal dalam parti itu. Sementara Nasharuddin dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong kepemimpinan Hadi, Husam pula dikatakan daripada kumpulan yang mempengaruhi Nik Aziz dan mewakili kepentingan agenda Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas.

Percanggahan pendapat kedua-dua kumpulan ini jelas apabila Hadi mengesyorkan penubuhan kerajaan perpaduan tidak lama dulu, yang kemudian ditarik balik ekoran bantahan daripada kumpulan pro-Anwar.

Turut menarik perhatian menjelang pemilihan Pas kali ini ialah isu pemimpin ulama dan profesional. Satu kumpulan berpendapat dua pemimpin terkanan parti itu mesti kekal daripada kalangan ulama, manakala satu pandangan lagi mahu presiden daripada kalangan ulama, tetapi timbalannya daripada kalangan profesional.

Ketika Dewan Ulama Pas bercadang mengemukakan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden hanya diisi pemimpin bertaraf ulama, Nik Aziz pula dilaporkan berkata tidak timbul isu ulama atau profesional kerana gabungan dua latar belakang itu mampu mengukuhkan lagi kekuatan Pas.

Dari satu sudut, semua perkembangan ini menggambarkan demokrasi bertambah subur dalam Pas dan semakin ramai mereka yang bukan daripada golongan ulama berminat untuk menyertai barisan kepemimpinan parti itu.

Namun, keghairahan terutama daripada kalangan bukan ulama bertanding merebut jawatan penting menimbulkan kebimbangan lain di kalangan sebahagian besar ahlinya, terutama yang taksub dengan perjuangan Islam Pas.

Hadiah Buat Guru Malaysia , Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional

Alhamdulillah Sambutan Hari Guru yang berlangsung di TTI, Terengganu Darul Iman semalam cukup meriah. Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia mengiktiraf peranan guru dalam mengangkat martabat anak bangsa menjadi insan yang terbilang. Wahai guru, jasamu akan tetap dikenang oleh segenap lapisan masyarakat. Terima kasih cikgu.

Apa yang mengembirakan saya ialah pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota bagi jawatan guru dan Pengetua Cemerlang. Pertambahan kuota ini melibatkan tambahan 12 jawatan Guru Cemerlang Gred Khas C,Guru Cemerlang Gred DG 54 juga ditambah dari 100 kepada 134 orang, Guru Cemerlang DG 52 ditambah dari 250 jawatan ditambah kepada 336 jawatan, Gred DG 48 ditambah daripada 1000 ke 1345 jawatan dan Gred DG 44 dari 4000 ke 5,379 jawatan. Bagi jawatan Pengetua Cemerlang Gred Khas C ditambah dari 10 ke 20 jawatan. Pengetua Cemerlang Gred DG 54 pula ditambah dari 200 ke 475 jawatan.

Begitulah keprihatinan kerajaan bagi memartabatkan profesyen perguruan di Malaysia bertuah ini. Walaupun saya bukan pegawai kerajaan atau guru , tetapi saya dapat merasakan kegembiraan apabila orang mengiktiraf jasa dan pengorbanan kita. Seperti kita sedia maklum bahawa guru adalah kakitangan awam yang paling ramai iaitu seramai 396,335 orang. Kementerian Pelajaran pula adalah kementerian yang paling ramai kakitangan iaitu berjumlah 478,28 orang. Dengan jumlah yang ramai sudah pastilah ada perkara yang tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Saya penuh yakin kerajaan Barisan Nasional akan terus memantapkan kerjaya perguruan melebihi kerjaya kerjaya yang lain.

Dengan penuh harapan agar para guru semua dapat memberikan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Kita juga berharap dengan pembaharuan yang dibuat ini, Ia akan memastikan kerjaya perguruan ini akan menjadi pilihan utama pelajar cemerlang pada masa depan. Kerajaan juga amat menaruh harapan agar guru dapat memainkan peranan dengan sebaik yang mungkin untuk membina pelajar yang cemerlang dalam semua bidang, insyallah.

15 May 2009

Siapalah Kita Tanpa Seorang Guru


(Guru Guru SMKBS 1992)



Salam buat semua guru.

Esok 16 Mei 2009 , 1 lagi hari penuh bersejarah buat kita khususnya buat warga guru. Mereka akan merayakan Hari Guru esok. 1 lagi bukti kerajaan BN mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh guru dalam pembangunan negara terutamanya pembangunan modal insan. Guru ialah insan yang amat berjasa kepada kita semua. Hasil berkat usaha mereka mengajar dan mendidik kita, kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Insayallah.

Pada tahun ini bumi bertuah Terengganu Darul Iman telah dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan esok. Majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Sebagai warga negara Malaysia, saya melihat kerajaan telah banyak melakukan penambahbaikan terhadap profesyen perguruan bagi meningkatkan semangat dikalangan guru guru. Kerajaan telah meningkatkan Gred guru guru di sekolah sekolah seperti mewujudkan jawatan Guru Pakar, Pengetuan Cemerlang dan sebagainya. Kita juga sudah dapat melihat ramai guru disekolah pelbagai gred jawatan sehingga sudah sampai ke peringkat Gred JUSA C. Inilah pengiktirafan yang diberikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru.

Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua Guru Guru di Malaysia Khususnya buat guru guru di DUN BUKIT PAYONG. Begitu juga buat guru guru yang pernah mendidik saya. Antara nama yang masih dalam ingatan saya ialah Cikgu Hasnah, Cikgu Ishak, Ustaz Jusoh ( Ayah Su),Cikgu Bariah (antara cikgu yang saya takut), Cikgu Mazlan Nordin, Cikgu Fatimah Embong, Cikgu Zubir Embong, Cikgu Salleh Busu, Cikgu Mohd Nor, Cikgu Asiah Shah Ayob,Cikgu wan Zaitong, Cikgu Zamli Muda, Cikgu Nawawi Rani, Cikgu Mohd Osman, Cikgu Syed Baharuddin, Cikgu Wee Peck Siang, Cikgu Mohd Noor, Ustazah Esah, Ustazah Fatimah, Cikgu Kalstom, Cikgu Abdullah dan Cikgu Meriah.

Tidak ketinggalan kepada pensyarah saya di USM, Dr. Khariah, Dr. Wan Asna, Dr. K. Ramanathan, Dr. Fauzi, Mr. George, Dr.Ishak, Dr. Noraihan, Dr. Abdul Rahman.
Semoga semuanya sihat dan sentiasa bahagia disamping tugas harian dan keluarga tersayang. Semuanya sentiasa dalam ingatan saya.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki tahta,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini seorang jutawan tersohor,
sejarahnya bermula dari seorang guru,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.
(Usman Awang)


SELAMAT HARI GURU.

Wassalam

14 May 2009

Selamat Hari Belia

Salam Semua Belia Malaysia.

15 Mei tiap tiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Belia Negara. Ini merupakan pengiktirafan kepada seluruh warga belia malaysia oleh kerajaan. Di Malaysia istilah belia ialah mereka yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun. Pada hari ini sambutan akan diadakan secara besar besaran dan pelbagai anugerah akan diberikan kepada persatuan belia dan individu belia yang telah mencapai kecemerlangan. Selepas itu sambutan di peringkat negeri akan menyusul dengan pelbagai program dan aktiviti.

Pada tahun ini sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kepada warga belia, sebagai aset utama negara kitalah yang akan mewarisi negara pada masa depan.Imam al Ghazali ada menyatakan ' Jika kamu hendak melihat negara pada masa akan datang maka lihatlah generasi belia pada hari ini'. Kerajaan telah menyediakan sebaik yang mungkin kepada warga belia dalam pelbagai bidang sama ada sosial, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.Sebagai warga belia, kita seharusnya mengambil peluang yang disediakan ini untuk mencipta kemerlangan. Ramai belia Malaysia yang telah mencipta kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik, sukan,sosial dan sebagainya.

Bagi memantapkan kepimpinan warga belia, kerajaan telah meluluskan akta bagi membolehkan persatuan belia diterajui oleh belia sendiri iaitu belia yang berumur dibawah 40 tahun. 1 MALAYSIA, 1 BELIA, BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN.

Semoga belia semua terus memberi sokongan kepada kerajaan agar kerajaan dapat melaksanakan yang terbaik untuk belia. Bersyukurlah kerana kita belia Malaysia terus menikmati keamanan dan kebahagian hidup di bumi bertuah ini.
Selamat menyambut Hari Belia 2009.

wassalam

Masjid Rumah Allah




Satu lagi mercu tanda kehebatan islam siap dibina di DUN Bukit Payong. Masjid Kg. Surau Panjang mula digunakan oleh para jemaah sebulan yang lalu. Masjid ini boleh memuatkan seramai 700 org jemaah dah berharga RM 1.8 Juta. Ini merupakan masjid baru yang kedua dapat disiapkan selepas Masjid Kg. Surau Hj. Mat Zin sejak tahun 2005. Satu lagi masjid yang masih dalam pembinaan ialah masjid Kg. Tok Dir. ini bermakna dalam masa 5 tahun 3 buah masjid telah dapat dibina dengan jayanya oleh Kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional Terengganu semenjak mengambil alih dari PAS pada tahun 2004. Insyallah kalau tidak ada masalah, pada tahun ini 1 lagi masjid baru iaitu Masjid Kg. surau Hj. Yaacob akan dibina.

Inilah komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan syiar islam dikalangan rakyat. Dengan adanya masjid baru ini , rakyat boleh melaksanakan ibadah dalam keadaan yang lebih selesa. Menurut salah seorang penduduk di Kg. Surau Panjang, semenjak masjid baru ini digunakan, bilangan jemaah yang hadir setiap waktu sembahyang jemaah telah meningkat. Alhamdulillah.

Dengan ada masjid Rumah Allah ini, adalah diharapkan masyarakat setempat akan mengimarahkannya dan menjadikan Rumah Allah ini sebagai tempat mengeratkan perpaduan dikalangan masyarakat setempat. Bersembahyang Jumaat lah di masjid Kg. kita. Jangan ada diantara kita yang tidak menunaikan sembahyang jumaat di kampung sendiri kerana ada juga segelintir dikalangan kita yang saban minggu menunaikan solat jumaat di masjid kampung lain. Insyallah dengan siapnya masjid ini ,akan dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada yang maha esa.

wassalam

13 May 2009

Mat Rempit & Jenazah

Salam bloggers

Isu mat rempit sudah menjadi isu yang semakin hangat di negara kita. Ia bukan sahaja berlaku di kota raya Kuala Lumpur tetapi sudah menular ke kampung kampung di seluruh negara. Apabila ia berlaku secara berleluasa, secara tidak langsung akan mengganggu keharmonian setempat dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mereka yang terlibat pula terdiri daripada muda mudi dan ada sebahagiannya pelajar sekolah yang menjadi harapan negara pada masa depan.

Pelbagai kaedah telah banyak digunakan bagi membendung masalah ini tapi nampaknya ia masih belum berkesan bagi mengatasi masalah ini. Pada pandangan saya , untuk mengatasi masalah ini, sesuatu hukuman yang pelik mesti dilakukan. Saya ingin mencadangkan agar kepada mereka yang ditangkap kerana merempit akan ditarbiahkan melalui hukuman melawat bilik mayat dan melihat mayat mereka yang terlibat kerana merempit atau melihat atau menguruskan pengkebumian jenazah orang yang meninggal dunia. Saya rase ini merupakan satu tarbiah yang akan memberi kesan kepada mat mat rempit ini.

Disamping itu kerajaan juga hendaklah mengharamkan penggunaan motor ke sekolah dan menaikkan had umur untuk memiliki lesen memandu daripada 17 tahun ke 20 tahun.
Begitu juga dengan peranan ibu bapa kerana merekalah sebenarnya yang bertanggungjawab. Mereka adalah anak anak yang kita lahirkan dan kita jaga dari kecil hingga lah besar. Kalau mereka mati diusia muda kerana merempit maka rugilah kita. Negara kita mewah. Ibu bapa mampu untuk membeli motosikal untuk anak anak ke sekolah kerana mereka fikir itu untuk kebaikan anak anak yang disayangi. Oleh itu berhati hati lah dan berfikirlah sama ada ianya mendatangkan kebaikan atau keburukan.

Dengan hukuman ini , saya berpandangan , ia akan melembutkan hati mereka dan takut untuk kembali merempit. Kalau tidak masalah ini tidak akan ada kesudahan.

fikir fikirkan lah

12 May 2009

SELAMAT HARI JURURAWAT

Salam buat semua jururawat di Malaysia. Semoga ceria disamping tugas harian.

12 Mei setiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Jururawat Antarabangsa. Jururawat adalah profesyen yang mulia dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Jika kita berada di hospital mereka lah org pertama yang akan merawat pesakit sebelum kita dirawat oleh doktor. Jari yang lembut dan halus ini lah merupakan satu ransangan untuk meyembuhkan penyakit pesakit. Para jururawat perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberi pengiktirafan kepada kita. Perkhidmatan kita juga telah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Pihak Universiti juga telah mewujudkan kursus jururawat ini hingga ke peringkat ijazah.

Pekeliling perkhidmatan awam Bil 9 tahun 2005 telah mewujudkan gred 41 , 44, 48 dan seterusnya untuk para jururawat. Dengan ini jururawat yang berada dalam perkhidmtan awam sudah setaraf dengan perkhidmatan lain seperti doktor dan sebagainya. Adalah diharapkan para jururawat juga sabar menghadapi karenah pesakit di hospital, Maklum lah org tengah sakit ni macam macam ragam. Pesakit adalah pelanggan kita . Kejayaan kita sebagai jururawat adalah bergantung kepada ketekunan dan kesabaran kita berhadapan dengan pesakit. Insyallah kita akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah S.W.T.

Kepada semua jururawat, saya ucapkan selamat menyambut Hari Jururawat.

wassalam.

11 May 2009

Perak, apa nak jadi ?

Salam bloggers.

Krisis di Perak nampaknya tiada kesudahannya. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan bahawa Dato' Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ini lah kebebasan kehakiman, kata Dato' seri Nizar. Kalau lah BN menang perbicaraan hari ini, sudah tentulah mereka kata sistem kehakiman telah dibeli oleh BN. Ini lah sikap tidak bertanggungjawab pembangkang. Saya amat kagum dengan YAB Dato' Dr Zamri dan pemimpin BN yang lain, mereka terima dengan hati terbuka keputusan mahkamah. Inilah sikap BN dari dulu lagi. Kita hormati sistem demokrasi. Dato' Dr. zamri juga dan exconya akan mengosongkan pejabatnya bagi menghormati keputusan mahkamah.

Saya teringat masa PAS kehilangan kuasa baru ni. MB tak mahu pindah dari kediaman rasmi, kereta tak nak hantar. Agaknya sodap baru dapat kuasa dan rakus kuasa. Tp itu bukan lah sikap pemimpin BN. Mahkamah telah membuat keputusan. Dato' Nizar masih lagi menjadi MB Perak tapi jumlah kerusi yang menyokong BN 31 kerusi (28 BN + 3 Bebas), manakala Pakatan Rakyat 28 kerusi. Sudah pasti anda tertanya tanya kenapa org yang sikit kerusi dapat memerintah Perak , samalah mcm PAS yang hanya ada 6 kerusi tapi dapat jadi MB. Pelik bin ajaib jugak kan. Nasib baiklah sudah termaktub undang undang tubuh Perak yang menyatakan hanya org org melayu yang berhak menjadi MB Perak. Kalau tidak PAS tidak akan jd MB di Perak.

Apa yang Dato' Nizar ucapkan ialah akan mengadap dengan Tuanku bagi membubarkan DUN. Saya harap Tuanku tidak akan bubarkan DUN. kenapa YB Nizar beria ia benar bubarkan DUN. Bubar ni kalau kerusi sama banyak, tak tahu mana satu yang memerintah. BN masih boleh memerintah walaupun dengan simple majoriti. sebagai contoh di Kelantan, pada tahun 2004 PAS hanya memeliki kelebihan 1 kerusi sahaja dari BN. Namun ia tetap parti pemerintah Kelantan kerana ia ada kelebihan walau pun satu kerusi. BN tidak gila kuasa. Kita dapat bekerjasama selama sepenggal. Kenapa di saat BN memiliki kelebihan 3 kerusi, Dato' Nizar nak bubarkan DUN. Jangan takut kepada bayang bayang sendiri. Sebelum kejatuhan kerajaan perak ini pun, pakatan Rakyat juga memiliki kelebihan 3 kerusi jugak, tp BN dapat menerimanya. INI KEIKHLASAN PERJUANGAN BN. Namun ia bergantung kepada DYMM Sultan kerana hak untuk membubarkan DUN adalah kuasa mutlak Tuanku. Ampun Tuanku.

Kita mengambil kuasa bukan melalui rampasan kuasa. BN ambil kuasa setelah dititahkan oleh DYMM Sultan Perak setelah 2 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP mengistiharkan bahawa ia keluar dari Pakatan Rakyat, menyertai BEBAS dan menyokong penubuhan kerajaan BN. Bermakna BN mempunyai kerusi lebih sebanyak 3 kerusi. itu je......

Oleh kerana mahkamah dah putuskan bahawa seseorang MB hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN maka Speaker hendaklah memanggil sidang tergempar DUN bagi memastikan siapakah yang mendapat kepercayaan DUN untuk menjadi MB. Buat apa kita nak adakan pilihanraya sedangkan jumlah kerusi jelas melebihi BN.Kita buatlah apa yang mahkamah putuskan kalau Nizar kata Mahkamah yang mengendalikan kes nya sebagai mahkamah yang paling adil.

Kita berharap pilihanraya tidak diadakan , kerana kita terlalu banyak berhadapan dengan pilihanraya angkara perbuatan pembangkang. itu lah yang terjadi apabila memilih calon pembangkang yang tidak mampu untuk memikul amanah rakyat. Kita sudah tidak mahu bergelumang dengan pilihanraya setiap masa, sedangkan rakyat terabai.

Muhasabah pagi, fikir fikir kan lah
1.00pg

10 May 2009

Dirgahayu UMNO ke 63

Salam perjuangan di pagi 11 Mei 2009.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya, hari ini kita menyambut ulangtahun ke 63 penubuhan UMNO. Ini lah parti keramat yang telah mengharungi duri dan ranjau demi memartabat agama islam dan bangsa melayu ke mercu kejayaan. Dalam usia 63 tahun ini lah, UMNO berjuang tanpa penat dan lelah untuk terus membela nasib umat melayu di Malaysia tercinta.

Hari ini kita boleh menarik nafas lega kerana perjuangan ini telah menampakkan hasilnya. Umat melayu telah berubah dari bangsa yang miskin, dari bangsa yang tidak berpendidikan tinggi, dari bangsa yang hanya bekerja sebagai peon di pejabat,dari bangsa yang sebahagian besar bertani dan bercucuk tanam, dari bangsa yang tidak dihormati, dari bangsa yang hanya tinggal di kampung kampung...................

Namun kini,,,,,,,,,,,, Alhamdulillah dengan usaha yang bersungguh dari pimpinan UMNO , disokong pula oleh pegawai kerajaan dan yang paling penting dengan izin dan inayah ALLAH s.w.t kita telah berjaya merubah nasib bangsa kita.

Kini,,,,,, telah ramai umat melayu yang kaya raya, telah ramai umat melayu yang mendapat pendidikan tinggi, telah ramai umat melayu yang yg memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan dan di syarikat syarikat gergasi, telah ramai umat melayu yang tinggal di bandar bandar, telah ramai umat melayu yang mampu membeli kereta kereta mewah, telah banyak Universiti dan pusat pengajian tinggi disediakan, telah banyak masjid masjid didirikan, telah banyak umat melayu diberikan bantuan, telah ramai ulamak berjaya dilahirkan, telah ramai profesor berjaya dilahirkan dan banyak lagi yang tidak mampu saya sebutkan satu persatu disini.

Kepada semua org melayu, marilah kita kembali ke pangkuan UMNO. Sesungguhnya tidak ada parti lain yang mampu memperjuangkan nasib bangsa kita. Nak harapkan PKR , jauh sekali, nak harapkan PAS, pilihanraya lalu hanya bertanding 69 kerusi Parlimen sahaja. Dengan bertanding 69 kerusi ni sampai bila pun tak boleh memerintah negara.Kita ada 222 kerusi. Padan kecek di PKR je. Maka jadilah macam Perak, walaupun menang 6 kerusi tapi dapat jadi MB dengan ihsan DAP. Gak sampai bila kita mengharapkan ihsan org lain. Fikirkanlah, jangan ikut emosi yang membuak buak dan amarah.

Itulah hasil perjuangan UMNO bersama Barisan Nasional. Semua ini bukan datang bergolek. Tanpa usaha yang bersungguh sungguh mustahil ia akan berlaku. Hari ini kita dapat hidup dengan penuh kelesaan dan penuh dengan kenikmatan. kalau kita nak hitung nikmat yang kita kecapi dari bangun pagi sampai ke kita tidur nescaya kita tidak mampu menghitungnya.Inilah nikmat Allah yang patut kita syukur banyak banyak. Sebagai pemimpin muda, saya sedar dan insaf bukan senang kita nak mempertahankan ini semua. Namun dengan kerjasama seluruh masyarakat Malaysia, kita akan berjaya n. Yang selebihnya kita bertawakkal dan berserah kepada yang maha ESA.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN UMNO KE 63

HIDUP UMNO, HIDUP UMNO, HIDUP UMNO

Tingkatan 6 & Matrikulasi

Salam Bloggers.

Tahniah kepada adik adik yang berjaya mendapat tempat ke matrikulasi dan tingkatan 6 rendah. Saya difahamkan semua akan melapor diri esok (11 Mei 2009) di destinasi masing masing. Alhamdulillah , berkat kesabaran, perjuangan kita telah berjaya. Harus diingat banyak lagi cabaran yang menanti kita di hadapan. Tidak lupa ucapan tahniah kepada ibu bapa yang banyak berkorban demi untuk melihat anak anak menggapai kejayaan. Tanpa sokongan ibu bapa anak anak tidak mungkin berjaya. Begitu juga kepada guru guru yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Harap adik adik jangan jasa dan pengorbanan mereka semua.

Paling penting jangan lupa jasa kerajaan Barisan Nasional. Kalau tidak kerana kerajaan menyediakan tempat tempat ini untuk kita belajar , mana mungkin kita dapat belajar disini.Kalau tidak kerana kerajaan membayar gaji pensyarah, bagaimana pensyarah ini akan mengajar kita. Hasil dari kemakmuran ekonomi, kestabilan politik ini lah, kerajaan dapat merancang pendidikan untuk kita.Saban tahun lebih dari RM 20 Bilion disediakan untuk merancakkan pendidikan negara. Hasilnya, kita berjaya melahirkan ramai doktor, arkitek, usahawan, guru, jurutera, ulamak, akauntan dan lain lain lagi.

Kepada adiK adik semua, KHUSUSNYA ADIK ADIK DARI DUN BUKIT PAYONG, Belajarlah bersungguh sungguh bagi membela NASIB diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara tercinta.
SELAMAT MAJU JAYA

Salam Ikhlas dari

(ZAIDI MUDA)

Selamat Meyambut Hari Ibu

Hari ini 10 Mei 2009 merupakan hari bersejarah buat ibu ibu di Malaysia. Kerajaan BARISAN NASIONAL telah umumkan bahawa hari ini adalah hari ibu. Dikesempatan ini saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua ibu ibu di Malaysia khusus buat IBU IBU DI DUN BUKIT PAYONG. Ibu membawa pengertian yang besar kepada kita. Ibu adalah segala galanya bagi kita sebagai anak.

Pengumuman hari ibu oleh kerajaan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap sumbangan ibu terhadap negara. Jika kita sebagai seorang pemimpin, seorang pegawai tinggi kerajaan, tokoh koporat hatta apa pun kedudukan kita hari ini, sejarahnya bermula dari seorang ibu. Itu lah insan yang mengandungkan kita, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, mendidik kita dengan penuh kesabaran. Oleh itu hargailah mereka ketika mereka masih hidup, jangan derhaka kepada mereka agar hidup kita mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat hari ibu kepada bonda saya , Bunga Binti Mamat
ibu mertua saya, Mariam binti Hamzah, buat isteri tersayang Robiah binti Khamis yang menjadi ibu kepada anak anak saya dan suluruh ibu ibu di Malaysia. Ditujukan khusus buat ibu di DUN BUKIT PAYONG.Moga ibu ibu semua diberkati ALLAH.

Wassalam

09 May 2009

Islam Kelantan & Islam Terengganu

Hari ini saya berkesempatan ke negeri serambi mekah iaitu Kelantan. Dalam perjalanan saya terfikir apa bezanya islam di kelantan dan Terengganu. Satu diperintah oleh PAS dan satu lagi diperintah oleh BN. PAS sering me war war kan mereka memperjuangkan islam ,anakala UMNO adalah sekular. Allahuakbar.

Apabila saya masuk ke Kelantan, nampak tidak ada bezanya . Begitu juga dari sudut penghayatan, lebih kurang je. Saya tak napok langsung perbezaan ketara antara islam di kedua dua negeri ini. Apabila masuk waktu sembahyang, org di Kelantan beramai ramai pergi menunaikan solat berjamaah, di Trg pun begitu jugok. Kuliah Kuliah agama juga berlaku di ke dua dua negeri ni. Nak kata semua org di Kelantan menutup aurat, tidak jugak. Ada ramai jugak yang tidak menutup aurat, begitu jugak di Trg. Nak kata kelantan laksana Hudud yang menjadi agenda utama sebelum berkuasa, tp dok laksana jugok.

Nak kata kelantan ada pondok atau pusat pengajian islam, Trg pun ada jugok Institusi pengajian islam. Nak kata Kelantan ada Jabatan Hal Ehwal Agama , Trg pun ada jugok Jabatan seumpama ini. Nak kata Kelantan ada masjid, Trg lagi banyak masjid yang hebat saya rase. Nak kata Kelantan ada Mufti, Trg pun ada Jugak Mufti. nak kata org Kelantan pergi haji, Trg pun ramai org pergi haji. nak kata Kelantan utama pangajian islam, Trg pun utama pendidikan islam sehingga kita memperkenalkan konsep Ulul albab. Org Kelantan sembahyang, org trg jugok sembahyang. Dalam Malaysia ni, kalu kita nak bersembahyang dan melakukan ibadah lain 24 jam pun tak dak masalah, cuma kita je yang tak mampu untuk laksanakanya atau pun malas melakukannya. Itu lah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tp kita jarang nak bersyukur.

Jadi saya tak nampak beza kedua kedua negeri ini. Kesimpulannya tidak ada lebinya islam PAS dan Islam UMNO. Jangan bercakap kalau kita tidak mampu untuk laksanakannya. jelasya UMNO telah lama memperjuangkan islam. Cuba cari perbezaan, tidak ada perbezaan. UMNO telah laksanakan tanggungjawab meletakkan islam ditempat yang kukuh, sehingga kan saya lihat hari ini penghayatan islam dikalngan masyarakat semakin hebat Ini semua berlaku kerana pendidikan islam dititik beratkan. Apabila ada ilmu baru lah ajaran islam dapat diamalkan dengan sebaik mungkin.

fikir fikirkan lah

08 May 2009

Hari Keluarga Permint Bina Bahan Sdn Bhd

Saya dilantik oleh kerajaan negeri sebagai pengerusi salah satu anak syarikat kerajaan negeri iaitu Permint Bina Bahan Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan perniagaan batu bata yang diperbuat dari tanah. Pekerja disini adalah dalam lingkungan 60 orang semuanya. Alhamdulillah, setakat ini syarikat telah mendapat keuntungan dalam 4 tahun ini. Ini adalah komitmen semua pihak dari pengurusan hinggalah pekerja bawahan.

Dalam sesebuah organisasi , pekerja adalah aset utama. Oleh sebab itu, sejak saya dilantik sebagai pengerusi kepada syarikat ini , saya mengambil pendekatan, pekerja adalah keutamaan syarikat. Jika pekerja bermotivasi tinggi dan cekap, insyallah syarikat akan berdaya maju. Saya telah mengesyorkan beberapa pendekatan untuk kelulusan Lembaga Pengarah. Antaranya ialah pembayaran bonus kepada pekerja, melaksanakan hari keluarga untuk semua pekerja, pendekatan mesra pekerja. Dengan ini pekerja akan seronok bekerja.

Bekerja di kilang bata ni memang agak memenatkan terutamanya di bahagian bakar bata. Ia amat perik apabila api sedang marak menyala. Dengan terlaksananya hari keluarga ini, kelihatan pekerja ini seronok. Masing masing membawa suami, isteri dan anak anak masing. Saya sempat bertanya kepada pekerja, katanya ini adalah kali kedua program seumpama ini semenjak kilang ini dibuka 20 tahun yang lalu. Saya pun rase gembira melihat mereka semua bersuka ria. Saya dapat merasakan keseronokan program ini kerana saya punyai pengalaman ini semasa berkhidmat sebagai pegawai kerajaan selama 12 tahun.

Kepada semua pekerja, saya harap anda semua akan terus bersama syarikat bagi memajukan kilang ini. Insyallah , syarikat akan membela anda semua.
wassalam

07 May 2009

Karnival Usahawan Muda dan Kerjaya




Salam Bloggers, Dalam kesibukan bersama lawatan YAB MB ke Marang, saya sempat mencelah untuk merasmikan Karnival Usahawan Muda dan Kerjaya di SK Paya Resak. Karnival yang dianjurkan untuk menarik minat anak anak muda supaya menjadikan usahawan sebagai kerjaya pada masa depan. Kita sudah tidak boleh untuk mengaharapkan kerja makan gaji pada masa depan. Masa saya sekolah dulu, apabila ditanya kepada rakan rakan , apakah cita cita anda?, sebahagian besar akan menjawab nak jadi pegawai polis/pegawai tentera/jururawat/doktor cikgu. amat jarang dikalangan pelajar yang jawab nak jadi usahawan cikgu.


Minda sebegini mesti diubah, adalah mustahil kerajaan mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada semua rakyat dinegara ini. Perkhidmatan awam hanya mampu menyediakan peluang pekerjaan hanya 1 juta orang sahaja. Usahawan mestilah mendapat tempat di hati anak anak muda. Dengan menceburi kerjaya ini sajalah kita boleh menjadi kaya. Kalau kita kerja makan gaji , harapan untuk kaya tidak akan tercapai. Kalau untuk hidup sederhana itu, rasenya ok lah.
Islam juga telah meletakkan asas yang kukuh terhadap perniagaan yang mane 99% rezeki itu adalah datangnya dari perniagaan. Oleh sebab itu orang orang kaya di dunia ini adalah org yang menjalankan aktiviti perniagaan. Contoh yang paling dekat dalam negara kita ialah Ananda Krisnan yang mempunyai nilai kekayaan bernilai lebih RM 20 bilion, Begitu juga dengan raja gula, Robert Kuok yang mempunyai kekayaan bernilai lebih RM 19 bilion dan ramai lagi yang tak perlu saya sebutkan disini. Begitu juga dengan tokoh tokoh terkaya di luar negara seperti Bill Gates yang mempunyai kekayaan 117 bilion. Inilah hebatnya seorang usahawan.
Sebagai org islam, dengan harta yang banyak inilah, kita akan dapat menghulurkan sedekah dan membantu golongan yang memerlukan. Kepada adik adik yang masih menuntut, tanamkan dalam diri kita untuk menjadi peniaga yang berjaya apabila tamat belajar nanti. Dengan ini kita dapat meningkatkan taraf ekonomi umat melayu dan islam. Kita juga akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada org lain apabila kita menjadi tauke ni, tidaklah kita mengharapkan pekerjaan dari org lain.
wassalam.

Mesra rakyat bersama YAB Menteri Besar Trg

Hari ini saya bersama YAB Menteri Besar Terengganu dalam program sehari bersama YAB Menteri Besar ke DUN Rhu Rendang. DUN Rhu Rendang yang telah sekian lama diwakili oleh Pemimpin PAS sehinggakan pada tahun 1999, pemimpin PAS ini menjadi Menteri Besar Trg. Namun Rhu rendang tetap tidak berubah wajah. Saya cukup terharu apabila melihat YAB MB naik atas bumbung rumah dan memasang atap penduduk yang miskin. Sesungguhnya disini masih ramai lagi penduduk yang memerlukan pembelaan dari pemimpin.

Namun demikian Wakil Rakyat yang menang tidak kunjung tiba, apatah lagi nak menghulurkan bantuan. Bagi makluman sahabat sahabat semua, atas dunia ini cukup ramai orang yang pandai bersyarah, tapi bak laksana apa yang disyarah itu yang payah. itu lah hakikat yang berlaku. masa belum dapat kuasa kita boleh cakap macam macam, tapi bila dapat kuasa tak mampu buat apa apa. Masa menang halal pergi masjid kerajaan, tp bila parti dema kalah, entah kemana perginya jemaah ini, haram pulak pergi masjid. Kita niat ke masjid adalah kerana Allah atau kerana parti, sudah pastilah kerana Allah ,kan. Kalu selain dari kerana Allah, maka ia adalah perbuatan yang sia sia.

Penduduk di kampung Sentul Patah kelihatan begitu gembira kerana YAB MB telah umumkan masjid baru yang bernilai jutaan ringgi akan ditender pada 15 hb ini. Alhamdulillah. Zalim lagi kah kerajaan seperti ini. Kalau org kata zalim lagi kalau buat masjid ni, maka org itu layak digelar biul. Dalam lawatan ke Asrama Anak Yatim PERKAYA, sekali lagi YAB MB umum peruntukan sebanyak RM 400,000.00 untuk PERKAYA. kelihatan anak anak yatim sini cukup terharu sehingga ada mengalirkan air mata mendengar ucapan YAB MB. MB kata belajar sungguh sungguh , kerajaan akan tolong walaupun anak anak tidak ada ibu bapa tersayang disisi. Allah lebih sayang kepada Ibu Bapa kita, sebab itu kembali kepada Allah lebih dahulu daripada kita.
YAB MB juga melawat tapak Kolej Matrikulasi di Pulau Kerengga. Ini satu lagi projek untuk masa depan anak anak kita menimba ilmu. Kosnya lebih kurang RM 200 juta. Dalam ucapannya YAB MB juga umum, kerajaan negeri akan menumpukan kepada aspek pendidikan. Bajet pendidikan akan mendapat tempat yang utama dari dulu, kini dan selamanya jika rakyat terus memberi mandat terhadap Barisan Nasional.

Ini lah peranan yang akan terus dimainkan oleh kerajaan BN. Kita bukan hendak menipu rakyat, yang jelasnya kita nak membantu rakyat ke arah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Jangan lah kita hanyut dengan janji pembangkang yang hanya menabur janji.

06 May 2009

Zaidi Muda Taja Akhbar Ke Sekolah



KUALA TERENGGANU 14 April - Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong menaja akhbar Utusan Malaysia bernilai RM7,000 untuk 10 buah sekolah di kawasan tersebut sepanjang tahun ini.

Pegawai Pembangunannya, Zaidi Muda berkata, kesemua sekolah tersebut akan mendapat 20 naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma setiap minggu.

Katanya, penajaan ini diharap dapat menyemarakkan semangat gemar membaca di kalangan pelajar selain menjadikan sisipan ADaP, Estidotmy dan akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan sebagai bahan bacaan tambahan.

”Selain itu, sekolah-sekolah yang menerima tajaan dapat bersepakat dan bermuafakat dalam menjalankan aktiviti tambahan atau ko-akademik dengan menggunakan akhbar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penyerahan cek penajaan Utusan Malaysia kepada Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu Wilayah Timur, Azlan Abdul Aziz di SMK Bukit Payong di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azhar Abu Bakar dan Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Yusof Ismail.

Zaidi memberitahu, antara sekolah yang bakal menerima akhbar itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong, SK Paya Resok, SK Undang, SK Tok Dir, SK Kedai Buloh, SK Atas Tol dan SK Kampung Bukit.

Sementara itu bagi sekolah menengah pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, SMK Seri Payong dan SMK Sultan Mansor.

Menurut Zaidi, tajaan akhbar ini boleh membantu kecemerlangan pendidikan terutamanya pelajar-pelajar di DUN Bukit Payong.

”Matlamat utama tajaan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya

Sumber daripada Utusan Online 15/4/2009

PIBG SMK Sultan Mansor

Salam. Pada 04/05/2009 yang lps saya buat pertama kali mempengerusikan mesy. AJK PIBG SMK Sultan Mansor yang pertama. Saya ucapkan terima kasih kepada semua ibu Bapa di sekitar Kedai Buluh, Atas tol, Surau Panjang dan Tok Dir yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG sekolah ini. Dalam DUN Bukit Payong terdapat 10 buah sekolah semuanya. SMK Sultan Mansor ini adalah dalam kategori sekolah luar bandar. Walaupun begitu sekolah ini telah dapat menciptakan nama yang tersendiri.

Apa yang mengkagumkan saya ialah 2 oraang pelajar sekolah ini telah mendapat 10 A 1 dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas. Walau pun nama sekolah ini tdaklah ternama seperti Sekolah Sains Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Sultan Mahmud, MRSM dan sebagainya namun sekolah ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Kepada adik adik pelajar, ini membuktikan bahawa sekolah mane mane pun sama. Apa yang lebih penting ialah daya usaha, semangat ingin berjaya dan kegigihan adalah faktor terpenting untuk melakar kejayaan. 2 orang pelajar ini telah berjaya membuktikan bahawa hanya org org yang sabar berusaha dan bertawakal kepada Allah, kejayaan akan menanti di hadapannya.

Saya juga berkesempatan berkunjung ke rumah keluarga berkenaan selepas keputusan peperiksaan SPM yang lepas diumumkan. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua adik adik yang telah berjaya dalam SPM dan STPM yang lepas. Kepada yang kurang berjaya , jangan anggap bahawa kehidupan ini sudah berakhir. Banyak lagi peluang peluang lain yang boleh diceburi bagi kita melakari kejayaan. Kejayaan hidup ini adalah berbeza diantara satu sama lain.
Ada org yang berjaya dalam bidang akademik, ada org berjaya dalam perniagaan dan sebagainya. cuba baca buku buku motivasi sejarah kehidupan org yang berjaya dalam kerjaya. sesetengah mereka tidak mempunyai kelulusan akademik yang hebat tapi akhirnya menjadi insan yang hebat. Apa yang penting ialah kita mempunyai ilmu yang mantap dalam bidang yang diceburi. Tanpa ilmu yang mantap kejayaaan tidak akan meljelma.

Oleh sebab itu , apabila saya dilantik sebagai Yang Di Pertua PIBG sekolah ini, saya mempunyai keazaman untuk membantu pihak sekolah terutamanya guru guru bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai akhlak yang terpuji. Saya sedar bahawa bukanlah mudah untuk mencapai sasaran berkenaan. Insyallah , dengan kerjasama semua pihak tidak ada yang mustahil dalam dunia ini. Kepada Ibu Bapa, mari lah bersama sama saya menyahut cabaran ini, kerana pelajar pelajar ini adalaah anak kita yang kita sayangi.
wassalam

Belia Bina Bangsa!

A'kum semua. hari ini , aktiviti harian saya agak sibuk.Pada sebelah pagi tadi saya menghadiri Sidang Majlis Perundingan Belia Daerah Marang di TER Kuala Ibai. Sidang ini adalah lebih kurang sama sidang Parlimen. Ia adalah Mini Parlimen bagi pemimpin belia menemukan idea baru bagi membangunkan belia dinegara kita. Belia adalah aset negara yang sangat penting. Imam Al - Ghazali ada mengatakan ' Jika kamu hendak melihat negara akan datang maka lihatlah generasi muda hari ini'.

Saya adalah bekas Pegawai Belia dan Sukan. Oleh sebab itu saya melihat kerajaan harus memberi perhatian yang bersungguh sungguh terhadap belia ini. Kementerian Belia dan Sukan tidak harus lagi diletakkan dalam kategori kementerian yang kurang penting. Sepanjang berkhidmat di kementerian ini saya melihat kementerian ini tidak dipandang penting oleh kerajaan. Bajet yang diberi kepada kementerian ini juga adalah amat sedikit jika dibanding dengan jumlah belia yang ada dalam negara kita. Begitu juga dengan sikap Jabatan Perkhidmatan awam yang susah sangat nak bagi kelulusan bagi meningkatkan taraf gred Pegawai Belia dan Sukan daerah ke gred 41. Dengan gred yang rendah ini adalah sukar untuk mereka menghadapi belia belia di peringkat kampung yang sekarang ini hebat hebat belaka. Saya berharap perkara ini akan terus diberi perhatian oleh YB Menteri yang baru dan JPA.

Saya juga menyokong penuh pandangan YB Dato Saifuddin yang mencadangkan agar dilantik Senator bagi mewakili Belia dalam Dewan Negara. Hal ini telah lama diperjuangkan, namun tidak berjaya. Berbanding dengan NGO lain yang mendapat tempat diDewan Negara. Apabila ramai belia mula tidak menyokong kerajaan dalam beberapa pilihanraya baru baru ini, saya fikir sudah sampai masanya kita memberi penekanan yang sungguh sungguh terhadap belia di negara kita.
Satu lagi perkara yang mendapat perhatian dalam sidang ini ialah tentang pendaftaran baru pertubuhan belia. Mengapa susah sangat kita nak laksanakan akta yang telah diluluskan oleh Parlimen. Saya lihat sebahagian besar persatuan belia masih lagi tidak berubah, sedangkan akta ini telah diluluskan 2 tahun yang lepas. kelitan juga pemimpin yang sedia ada tidak berminat untuk melepaskan jawatan masing masing.

Saya amat bersetuju dengan akta ini yang menghadkan umur pemimpin belia 40 tahun kebawah. Sampai umur 40 kita berhentikan sebab ia adalah sebuah pertubuhan untuk anak muda sama seperti Pergerakan Pemuda UMNO dan lain lain pergerakan pemuda parti politik yang lain. Saya nak cadangkan kepada kementerian, kalau payah sangat nak laksanakan, kita bubarkan terus persatuan yang ada, dan kita tubuhkan yang baru semuanya. Belia dipimpin oleh belia. ' Dari belia, kepada belia, untuk belia'.

Pada sebelah petang saya berkesempatan untuk ziarah seorang penduduk yang meninggal dunia d kampung Tok Dir. Kelihatan ramai penduduk yang turut sama ziarah jenazah berkenaan. Inilah yang dinamakan kehidupan. Sampai masanya kita akan menemui Allah yang maha esa. kehidupan ini adalah sementara, semuanya bersifat sementara. Semuanya akan binasa akhirnya kecuali Allah.
wasalam