Pages

Subscribe:

25 October 2010

Perjuangan UMNO, Kerajaan laksanakan.

Salam 2 all

Perhimpunan agung UMNO telah selesai dilaksanakan. Perhimpunan terbesar umat melayu ini telah banyak mencapai kejayaan. Perhimpunan ini amat besar maknanya kepada UMNO untuk menarik sokongan padu orang melayu terhadap UMNO.

Kita sering bercakap tentang kerajaan melaksanakan agenda untuk rakyat, Kerajaan membantu rakyat, kerajaan beri itu dan ini. Apa yang kita faham ialah semuanya kerajaan. Disebalik itu ramai yang tidak faham bahawa kerajaan mana yang memerintah sekarang, Ini adalah perjuangan siapa, Perjuangan parti mana. Jawapannya tidak lain ialah Kerajaan Barisan Nasional yang diterjui oleh UMNO.

Kita tentu faham bahawa sistem pembentukan kerajaan di Malaysia berasaskan parti yang paling banyak mennag dalam pilihanraya, maka parti itu yang membentuk kerajaan. Sejak dari merdeka hingga sekarang kerajaan yang memerintah ialah kerajaan Barisan Nasional.

Jika kita merujuk kepada bajet rakyat yang dibentangkan baru baru ini. Kita jarang me war warkan bahawa bajet ini ialah hasil perjuangan UMNO dan BN. UMNO mahu melihat rakyat dinegara ini mendapat menafaat dari bajet yang dibentangkan.

Manafaat ini dapat dinikmati oleh semua golongan dati atas hinggalah ke bawah. Kerajaan naikkan gaji posmen dan sekarang posmen menikmati gaji antara RM 1300.00 hingga RM 1400.00 sebulan. Imam masjid pun dah mendapat elaun RM 750.00 sebulan, Ketua kampung RM 800.00 sebulan, pengawal keselamatan RM 1000.00 sebulan.

Pekerja muda juga akan dapat membeli rumah dibawah RM 220.000.00 tanpa ada pendahuluan. Pinjaman 100% akan diberikan. Seluruh rakyat malaysia faham bahawa bajet ini dibentang oleh kerajaan.

Namun demikian, semuanya ini adalah perjuangan UMNO. UMNO lah yang memperjuangkan hal ini. Kerajaan hanya melaksanakan apa yang telah diperjuangkan oleh UMNO. UMNO adalah tunjang kepada Kerajaan Malaysia kerana rakyat masih yakin kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib mereka.

Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa parti yang sentiasa memperjuangkan nasib kita kita ialah UMNO. Kita sama doakan moga Allah terus pertahankan UMNO untuk terus memperjuangkan agama suci islam, bangsa dan negara tercinta ini.

18 October 2010

Selamat Bersidang Buat Perwakilan UMNO 2010

Salam 2 all

Dirgahayu buat semua perwakilan UMNO ke Pesidangan tahunan parti keramat yang akan bermula 20 hingga 23 Oktober 2010. Seluruh negara pastinya tertumpu ke DEwan Merdeka PWTC bagi mendengar, meneliti dan menghalusi ucapan dasar presiden dan perbahasan para perwakilan.

Perhatian utama sudah pasti terhadap ucapan dasar presiden YAB Dato' Sri Najib bagi menentukan hala tuju parti yg sudah diterajui oleh 6 orang presiden. Bagi saya ucapan dasar ini, bukan sahaja dinantikan oleh orang melayu tetapi ia juga amat dinantikan oleh bangsa cina, india dan lain lain.

Ucapan dasar ini akan dibahas oleh para perwakilan secara terperinci untuk menentukan parti keramat ini akan terus mendapat sokongan dan dokongan orang melayu. Orang melayu tiada pilihan lain kecuali bersama dengan UMNO bagi membangunkan mereka.

Sebagai sebuah parti yg merupakan wadah perjuangan orang melayu, UMNO sudah pasti menghadapi ranjau dan onak serta menghadapi pelbagai rintangan. Namun demikian, kita terpaksa hadapinya demi untuk mempertahankan maruah kita sebagai rakyat pribumi.

Sebagai sebuah parti yang telah mempunyai banyak pengalaman, UMNO mesti bergerak ke hadapan. Kini kita melihat dapat melihat parti lawan seperti PAS, PKR dan DAP begitu agresif melontarkan fitnah terhadap UMNO dan BN. Selain itu , mereka juga sering bertindak diluar batas kemanusiaan dalam setiap kali pilihanraya demi sebuah kemenangan.

Oleh yang demikian sudah tiba masanya kita juga perlu agresif menghadapi mereka. Selama ini kita sering menganggap orang lain seperti kita. Itulah kelemahan kita. Sebenarnya tidak, mereka sangat melampau dan terlalu radikal sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan.

Kita harus ingat, kejahatan yang dirancang secara sistematik akan menewaskan kebaikan yang tiada perancangan. Oleh sebab itulah kita harus merancang untuk menghadapi lawan yang begitu nakal.

Setelah membentangkan bajet yang cukup menarik untuk rakyat Malaysia, kini kita menunggu ucapan dasar presiden yang menarik untuk rakyat bukan sahaja untuk orang melayu tetapi juga untuk seluruh warga Malaysia. Mudah mudahan YAB Dato' Sri Presiden terus membuat yang terbaik untuk seluruh warga Malaysia.

Kepada semua perwakilan, saya ucapkan Selamat Bersidang"

HIDUP UMNO, HIDUP UMNO, HIDUP UMNO.

14 October 2010

Nepotisme, Kroni & Korupsi (KKN)

Salam 2 all

Pada tahun 1998 bibit gerakan reformasi pimpinan Anwar Ibrahim mula menjalar di Malaysia. Semangat reformasi rakyat Indonesia semasa menjatuhkan Presiden Suharto seakan akan menjadi ikutan rakyat Malaysia. Alhamdulillah gerakan ini dapat dibendung pada ketika ini.

Anwar memang telah membuat gerakan untuk menjatuhkan Dr Mahathir pada waktu itu. Ia bermula apabila Dato' Zahid Hamidi , Ketua Pergerakan Pemuda pada ketika itu menyerang Dr Mahathir secara terbuka dalam perhimpunan Agung UMNO dengan menuduh Dr Mahathir mengamalkan KKN ini.

Keesokannya Dr mahathir menyerang balas dengan mengeluarkan satu senarai panjang kroni Anwar Ibrahim. Anwar yg pada ketika adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia seakan akan sah sebagai Perdana Menteri selepas Dr Mahathir akhirnya meringkuk dalam Penjara Sungai Buloh.

Hasil dari reformasi ini maka muncullah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana pada pilihanraya umum ke 12 mereka telah bergabubng dengan PAS dan DAP. Salah seorang dari orang kuat Reformasi ialah puteri sulong Anwar iaitu Nurul Izzah.

Apa yang menarik yang hendak saya sebutkan disini ialah, semasa dalam kerajaan dan luar kerajaan, Anwar sangat menentang keras amalan nepotisme dan kroni ini. Beliau juga begitu lantang membidas Pak Lah kerana amalan kronisme dalam pentadbiran Pak Lah kerana membenarkan menantunya bertanding dalam jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Nah, sekarang apa jadi. Anwar selaku Ketua Umum PKR, bininya pula adalah Presiden PKR. Kalu anaknya bertanding jawatan Timbalan Presiden menang jawatan Timbalan maka PKR akan jadi bapok kroni.

Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. kalau ia berlaku kepada UMNO maka akan dikecam habis habisan oleh mereka. Apabila kena ke batang hidung sendiri, ini adalah proses demokrasi katanya. Itulah jawapan yang sudah diduga.

Fikr

05 October 2010

Jika melayu hilang kuasa ?.

Salam 2 all.

Mutakhir ini sudah banyak provokasi dan pertentangan pendapat tentang kedudukan orang melayu dalam negara kita. Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang menyatakan, org melayu akan hilang kuasa jika UMNO dan BN tewas dalam pilihanraya akan datang ada kebenarannya.

Kenyataan ini juga telan membuka minda rakyat serta perdebatan sesama kita. Org melayu perlu menarik nafas yang panjang bagi memikirkan masa depan bangsa dan negara. Ia bukanlah perkara main main kerana sekali kita tersungkur dinegara sendiri , amat susah untuk kita bangkit.

Saya sering melihat kawasan persekitaran kita. Banyak negara yang mana pemerintah terdiri dari kalangan orang islam, rakyat bukan islam boleh hidup dengan aman, damai dan dapat membina kekuatan ekonomi mereka. Apabila kita lihat negara yang diperintah oleh orang bukan islam yang mana terdapat ramai penduduk islam didalamnya,kita hidup dalam keadaan menderita, miskin dan sering berlaku percakaran.

Kita dapat melihat bagaimana kehidupan masyarakat islam di Thailand, Filipina, Burma, Cambodia dan lain lain negara. Inilah hakikat yang mesti kita terima.

Org Melayu adalah host society dalam negara ini. Kita menjadi bangsa utama dan semakin kuat sejak kita mencapai kemerdekaan. UMNO merupakan tunjang kekuatan bangsa melayu dan islam. Kita telah berjaya mendidik dan menyekolahkan hampir semua generasi muda.

Hasilnya, kita telah berjaya membina ilmu dalam diri mereka dan mereka menjadi insan yang hebat dalam dunia hari ini. Namun ikatan antara kita semakin longgar apabila ramai insan yang berilmu berjaya kita lahirkan. Ukhuwwah antara kita semacam amat susah untuk disatukan.

Kalau budaya ini terus bersemai dalam diri orang melayu, tidak mustahil bangsa kita akan tersungkur dalam perjalanan menuju puncak. Dalam dunia politik hari ini, parti mana yang menjadi sandaran orang melayu selain dari UMNO.

Adakah melayu akan hebat dengan memilih PKR dan adakah PKR akan menang majoriti dalam pilihanraya akan datang?. Adakah melayu akan hebat dengan memilih PAS dan adakah PAS akan menjadi peneraju kepimpinan negara selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pertanyaan ini mesti kita jawab sebelum kita memberi sokongan dalam pilihanraya tersebut. Kita jangan lupa kepada DAP, parti yang sgt dominan dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak dapat menduga parti mana yang akan mendominasi Pakatan Rakyat ini.

Namun , Dalam Barisan Nasional, jelas UMNO lah yang mendominasi pakatan ini. Walaupun UMNO memperjuangkan nasib bangsa melayu, namun keperluan bangsa bangsa lain terus dimantapkan. Oleh sebab itulah bangsa bangsa lain terus berjaya terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan sehingga mengatasi kejayaan orang orang melayu.

Inilah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Kita bukan parti yang mengamalkan semangat perkauman yang sempit.

Kita masih ada masa.

Fikirkan lah. Bagaimana kalau melayu hilang kuasa dinegara sendiri?.