Pages

Subscribe:

22 October 2009

Mungkinkah Berlaku EGM PAS

A'kum di hari jumaat yang mulia ini.

Pada hari ini saya dikejutkan dengan kenyataan YAB Dato' Nik Aziz dalam blognya. Nampaknya pergeseran dalam PAS juga tiada kesudahannya. Bukan sahaja UMNO, MIC, MCA, PKR namun semua parti utama dalam negara berhadapan dengan masalah dalaman. Ini sudah menjadi lumrah apabila kita bernama manusia. Perbezaan pandangan sudah pasti akan berlaku.

Inilah cabaran besar memimpin manusia. Nik Aziz nampaknya tidak berpuas hati terhadap beberapa pemimpin PAS yang masih lagi menyebut tentang kerajaan perpaduan khususnya dgn UMNO. Beliau masih lagi menentang keras untuk bersatu sesama islam di negara ini. Beliau tidak mahu menyokong ke 2 parti ini bersatu membentuk kerajaan.

Oleh yang demikian beliau mencadangkan agar diadakan EGM PAS bagi menyingkirkan kepimpinan yang masih lagi menyebut tentang kerajaan perpaduan termasuklah Presiden Parti YB. Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya YB. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Dato' Mustafa ALi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan lain lain lagi.

EGM ini dicadang untuk menyingkirkan mereka dari kepimpinan PAS. Merekalah inilah yang disebut sebagai boneka kepada UMNO. Pada saya ,mereka ini menyokong kerajaan perpaduan adalah kerana nak menguatkan melayu islam. Dalam keadaan kita lemah, kalau kita berpecah belah pula, maka semakin lemahlah kita.

Isu di selangor yang melibatkan Dr. Hassan Ali, semua pemimpin PAS membisu seribu bahasa. Maka Dr. Hassan seorang saja yang menentang dasar kerajaan negeri yang diketuai oleh PKR.
Kalau ikut sistem, tidak sepatutnya sebagai seorang EXCO menghentam kerajaannya sendiri dari luar kerana keputusan yang dibuat adalah keputusan bersama.


PAS juga telah menjadi kuda tunggangan PKR. PKR mengambil kesempatan menggunakan PAS untuk kepentingan mereka. Tengoklah bagaimana kelicikan PKR memperbodohkan PAS. Parti yang baru setahun jagung, tapi jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh PKR lebih banyak dari PAS dalam pilihanraya ke 12. Mengapa berlaku demikian, Penyokong PAS jawablah.

Pandangan Nik Aziz ini sudah pasti akan membawa pergolakan yang besar dalam PAS. Apakah Dato' Seri Abdul Hadi dan konco konconya akan disingkirkan melalui EGM. Kita ikutilah perkembangan seterusnya.

Wassalam.

21 October 2009

Pakat Tunggu Ucapan Bajet 2010

Salam bloggers

Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu nunggu ucapan bajet 2010 oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Oktober ini ( jumaat ini jam 4 ptg). Bajet ini amat penting kerana ini lah ucapan bajet YAB Perdana Menteri selepas mengetuai kerajaan pada tahun lepas.

Kita percaya bajet pada kali ini akan memberi tumpuan kepada rakyat selaras dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Sebelum ini, kerajaan pernah menyuarakan bahawa Bajet 2010 yang akan dibentangkan ini merupakan bajet berhemat dengan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Sejajar dengan hasrat tersebut, tentunya kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet tersebut.

Pada masa sama, sumbangan melalui pakej rangsangan ekonomi yang disediakan kerajaan sebelum ini telah menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara selain dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi pelbagai pihak.

Sebelum ini, beliau telah memberikan bayangan bahawa teras bajet itu adalah untuk akan memastikan negara keluar daripada krisis ekonomi dengan tumpuan kepada usaha mencari sumber pertumbuhan baru, selain merancakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Kerajaan juga maklumkan bahawa perbelanjaan mengurus akan dikurangkan dalam bajet kali ini. Jika dalam bajet yang lepas memang perbelanjaan mengurus lebih besar dari pembangunan. Dengan ini seluruh jentera kerajaan kena lah berjimat cermat bagi memastikan pembaziran tidak berlaku.

Bagi kakitangan awam pula, mereka juga sedang menunggu sama ada kerajaan akan membayar bonus atau tidak kepada dalam bajet ini. Semuanya terletak kepada kemampuan kewangan kerajaan. Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bonus kepada kakitangan sokongan gred 38 ke bawah sebanyak RM 500 seorang.

Perlu diingat bonus ini bukanlah hak mutlak kakitangan awam. Walau pun begitu saya yakin Dato' Sri Najib faham kehendak seluruh kakitangan awam terutamanya kepada mereka yang bertugas di bandar besar dan berpendapan rendah. Tapi kita jangan lah mengamuk jika apa yang ditunggu tunggu itu tidak kesampaian.

Kita sama sama tunggu pada 23 Oktober 2009 ini.

18 October 2009

Untungnya bersatu dalam senyap ( Dipetik dari tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah)

PERGOLAKAN yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.

Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

Jika kita membuat sedikit analisa pilihan raya, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu. Jika MCA dan Gerakan bertanding di kawasan majoriti Cina menentang parti ultra kiasu itu, saya yakin, kedua-dua parti ini akan kalah teruk. Contoh, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan majoriti kawasan bandar. Itulah trend pengundian yang saya harap pembaca dapat faham makna tersurat dan tersirat.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa selama ini parti Gerakan dapat bertahan di Pulau Pinang? Jawapannya, lihat sejarah Gerakan dan punca-punca berlaku peristiwa 13 Mei 1969, yakni sebelum menyertai Barisan Nasional. Gerakan menjadi pilihan kerana Gerakan ketika itu begitu lantang dan vokal memperjuangkan nasib bangsa. Tetapi apabila Gerakan dilihat semakin bertolak ansur dengan BN, akhirnya ia ditolak, maka menanglah parti ultra kiasu itu dalam PRU 12. Ringkasnya, semakin ultra kiasu sesebuah parti politik itu, semakin ia mendapat sokongan dan perhatian. Bermakna, parti yang ultra kiasu akan mendapat sokongan padu daripada mereka yang ultra kiasu. Saya tidak menuduh semua orang Cina ultra kiasu. Yang pasti, ultra kiasu ini tetap menang besar di kawasan majoriti yang diwakilinya.

Saya yakin, selepas ini mungkin parti ultra kiasu tersebut akan meletakkan satu dua orang calon Melayu di kawasan majoriti Cina, bagi membuktikan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum. Saya turut yakin calon-calon itu akan menang besar. Namun, itu bukanlah suatu yang menghairankan atau memeranjatkan. Hanya yang kiasu sahaja yang dapat membaca politik kiasu. Jika calon Melayu itu menangpun, calon Melayu tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa, sebab ia tetap dikuasai oleh mereka yang ultra kiasu. Kewujudan orang Melayu dalam parti tersebut adalah satu permainan wayang kulit yang cuba dipertontonkan untuk mengaburi mata kita.

Kita jangan tertipu dengan permainan silap mata mereka. Kemunculan beberapa tokoh Melayu dan juga India yang dilantik dalam kepepimpinan parti mereka hanyalah sandiwara untuk membuktikan bahawa mereka tidak chauvinis. Dengan sebab itu, bila ada orang Melayu yang agak berpengaruh menyertai mereka, maka cepat-cepat dilantik sebagai Naib Pengerusi. Mungkin selepas ini, sebagai timbalan pengerusi. Saya masih menunggu apakah orang Melayu akan dilantik sebagai pengerusi parti ultra kiasu suatu hari nanti? Tunggu dan lihat! Apapun, inilah strategi licik mereka yang kita masih terlepas pandang. Justeru, janganlah risau sangat pasal masalah dalaman MCA dan Gerakan. Apa yang penting yang perlu kita lakukan ialah mendedahkan tembelang parti ultra kiasu supaya orang Melayu dan orang Cina lain yang cintakan tanahair ini agar tidak tertipu.

Jika para pembaca tidak percaya apa yang saya katakan, cuba bangkitkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk digilirkan di kalangan pelbagai kaum dalam pakatan mereka atau dalam Barisan Nasional? Saya yakin, bukan sahaja parti ultra kiasu ini akan terkinja-kinja, malahan mereka yang tidak berkaitan dengan parti ultra kiasu ini juga akan bersatu bersama parti ultra kiasu ini menentang keputusan tersebut.

Ketua Menteri
Pokoknya, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh terlepas kepada kaum lain. Pada hemat saya, siapapun yang memerintah Pulau Pinang antara ketiga parti ini adalah tidak penting. Yang penting orang Melayu tidak boleh menjadi Ketua Menteri di sana. Sebarang percubaan dan usaha akan ditentang habis-habisan.

Justeru, saya tidak hairan dengan apa jua krisis yang melanda dalam parti-parti politik bangsa saya. Benar, mereka nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti ultra kiasu ini akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang bekerjasama secara senyap?

Dua parti komponen ini akan senyap-senyap menyampaikan kepada BN bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam PRU 12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah.

Begitulah juga beruntungnya MCA dan Gerakan yang dilihat lunak dengan kerajaan. Orang Melayu pula akan memberi sokongan kepada mereka tanpa berbelah bahagi kerana itulah sikap Melayu di bumi Melayu. Akur kepada arahan pimpinan. Sanggup ketepikan calon sebangsa seagama kerana mereka diajar supaya taat kepada pemimpin. Perkara ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi, pantang Melayu menderhaka. Konotasi ini ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilai.

Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik, mendesak dan menuntut, pada masa sama di dalam ada yang bekerja dan memujuk. Tidak kira di mana negeripun mereka berada, sama di dalam pakatan atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.
Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak.

Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Bangkit dengan semangat baru, Menakhoda Zaman.


Salam bloggers.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana sudah lama tak update blog ini. Kesuntukan masa dan hambatan tugas lain menyebabkan saya kekurangan masa untuk menulis.

Saya baru pulang dari menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang ke 60 di PWTC bermula dari 13 hingga 16 Oktober 2009. Perhimpunan ini memberi semangat baru baru kepada semua ahli dan perwakilan UMNO diseluruh pelosuk tanah air.

Melihat kepada ucapan yang penuh bersemangat dari seorang pemimpin no. 1 UMNO, maka seluruh warga UMNO akan bersama sama dengan Presiden UMNO melakukan islah ke arah yang lebih baik. YAB Dato' Najib mengambil alih kepimpinan UMNO dan negara dalam suasana yang penuh dengan cabaran.

Tanpa kekuatan dan kepimpinan yang cemerlang, ia akan mengundang padah kepada rakyat dan negara. Dato' Najib memimpin negara disaat BN tidan memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, ekonomi dunia berada dalam tidak menentu, kekalahan demi kekalahan BN dalam pilihanraya kecil sehingga PRK Bagan Pinang BN memperolehi majoriti besar mengalahkan PAS.

Dalam usia 56 tahun dan baru mengemudi negara selama 200 hari, Dato Najib telah melakukan tidakan berani dan drastik bagi meyakinkan rakyat bahawa BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia. BN bukan main main tetapi bersungguh sungguh untuk bersama rakyat memajukan negara dan membela nasib mereka.

Konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan adalah menifestasi segera yang dilaksanakan. Dalam 1 negara pelbagai kaum, rakyat akan diberikan keutamaan. Pemimpin harus mendekati rakyat, turun padang dan membantu rakyat yang susah dan miskin. Dengan ini sudah pasti rakyat akan mengenang jasa pemimpin dan mereka akan undi BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Saya berpandangan Dato' Najib telah mengambil tindakan yang sangat berani apabila mencadangkan pindaan perlembagaan UMNO. Kini jawatan presiden UMNO terbuka untuk ditandingi oleh sesiapa. Tidak ada lagi kuota pencalanan dari bahagian untuk bertanding jawatan no. 1 dalam UMNO.

Ini menunjukkan bahawa, beliau tidak mahu jawatan itu menjadi hak mutlak dirinya. Beliau yakin jika beliau bekerja untuk rakyat dan mengutamakan rakyat, rakyat akan memilih beliau sebagai pemimpin no 1 UMNO. Kedudukannya diserahkan kepada rakyat.

Oleh yang demikian setiap pemimpin UMNO termasuk diri saya sendiri harus berubah ke arah yang lebih baik. Kita jangan menjadi pemimpin yang sombong, angkuh, bongkak, mewah tanpa menghiraukan kehendak rakyat sekeliling.

Jika ini yang ditunjukkan, saya percaya dalam pilihanraya ke 13 nanti rakyat akan sokong kita dan BN akan kembali mennag besar.

Fikr

12 October 2009

Bagan Pinang, Teruskan Khidmat Bakti Kepada Rakyat.




Pilihanraya kecil Bagan Pinang telah berlalu. BN membuktikan bahawa kekalahan dalam beberapa siri PRK yang lalu tidak menjejaaskan keyakinan rakyat terhadap BN. Rakyat sudah belajar bahawa PR ini hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk berkhidmat kepada mereka apabila bergelar Wakil Rakyat.

Malam tadi sekitar jam 8 malam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.


Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Sebagai pejuang, kita bukan lah nak berbangga kepada kemenangan ini. Apa yang lebih penting seluruh jentera Bn dan kerajaan di seluruh negara mestilah menanamkan azam untuk menunaikan amanah dengan bersungguh sungguh.

Rakyat mestilah didekati dan diutamakan. masalah mereka mestilah diaselesaikan. Ini formula yang paling penting untuk rakyat menyokong kita.

Pada ptg semalam mungkin seluruh jentera parti berdebar debar menunggu keputusan. Ramai mengjangkakan bahawa kemenangan kedua dua pihak mungkin tipis

Apa yang mendukacitakan ialah masih wujud lagi pergaduhan sesama kita. Yang sedihnya yang bergaduh tu pakai kopiah lagi. Ini lah imej yang ditonjolkan oleh PAS. Ganas, kasar dan sebagainya adalah imej parti mereka.

Kepada yang menang, kita lipat gandakan usaha memikul amanah ini. Insyallah rakyat akan terus sokong Barisan Nasional.

Jangan kita ikut PAS. dah banyak kali menang, cuba tanya rakyat apa yang dibuatnya. Mereka hanya pandai bersyarah tetapi habuk pun tadak.


waasasalam.

08 October 2009

UM ( 09/10/2009)

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.

Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Add to Google

1 Rantau 1 Dunia

Salam bloggers.

Malam ini malam jumaat. Hari jumaat pula adalah penghulu segala hari. Moga kehidupan kita bertambah baik dari semalam.

Semasa YAB Dato' Najib baru mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi diutamakan. Konsep ini menampakkan kejayaan walaupun ia baru diperkenalkan. Konsep ini membolehkan rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan bertoleransi sebagaimana realiti yang berlaku hingga ke saat ini.

Bagi kerajaan pula, rakyat adalah segala galanya. Jika tiada rakyat maka tidak akan wujud kerajaan. Saya amat tertarik dengan ucapan YAB Perdana Menteri semasa berucap di Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) ke 35 di Paris Peranchis.

Dalam ucapannya Najib telah melontarkan idea 1 Rantau 1 Dunia. Konsep ini adalah berlandaskan sikap saling menghormati, mempercayai serta saling bekerjasama bagi melahirkan dunia yang lebih aman dan harmoni. Perbezaan warna kulit, kuturunan dan agama diketepikan demi mewujudkan masyarakat dunia sebagaimana disebutkan tadi.

YAB Perdana Menteri telah memberikan contoh Malaysia. Sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum tapi mampu hidup dalam suasana tenteram selama 52 tahun. Tidak ada masalah besar berlaku sehingga boleh menyebabkan ketegangan kaum yang boleh menghancurkan negara.

Tidak semua negara mampu berdiri seperti Malaysia. Ada negara yang berlaku perang sesama sendiri walaupun mereka 1 agama dan 1 bangsa. Pembunuhan sesama sendiri berlaku. Mereka mati ditangan orang yang 1 agama dan 1 bangsa dengan mereka. Masalah ini masih lagi menjadi masalah besar disesetengah negara.

Sikap berat sebelah kuasa kuasa besar juga gagal mewujudkan keamanan dan keadilan di dunia. Amat sukar untuk kita menyatupadukan semua kaum dan agama di dunia ini. Bagi mewujudkan dunia yang aman dan stabil YAB Perdana Menteri telah bersedia menawarkan Malaysia sebagai jambatan dialog antara budaya dan negara demi sebuah keamanan yang diimpikan oleh seluruh manusia di bumi ini.

wassalam

05 October 2009

BN & UMNO "Rakyat tetap dihatiku"

Salam bloggers

Salam perjuangan buat semua. Hari ini ada sebahagian dikalangan kita yang pandai bercakap, cerdik, mempunyai idea yang bernas, lantang, banyak ilmu, hidup kaya raya, kereta besar, rumah besar, ada juga yang bini pun besar. Ini adalah hasil dari kerja keras para pemimpin UMNO/ BN, pegawai kerajaan serta rakyat semua selama 52 memerintah negara ini.

Semua ini tidak datang bergolek kepada kita tanpa adanya usaha. Ibarat kita nak dapat wang. Wang ini tidak datang tanpa kita bekerja sungguh sungguh. Semua perkara akan berjaya dengan usaha dari kita , sesudah berusaha baru lah kita menadah tangan memohon doa dari Allah yang maha esa.

Kita cukup sedih apabila pemimpin pembangkang melemparkan tuduhan bahawa pemimpin kerajaan/BN/UMNO ni semuanya salah, semuanya korup dalam setiap kali ceramah yang disampaikan. Cerita baik mengenai kerajaan satu pun tidak diceritanya kepada rakyat.

Malam tadi saya sempat mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh pemimpin pembangkang di Bagan Pinang. Itulah cerita yang dibawa. Saya pun tak tahu apa jasa PAS kepada rakyat. Saya punyai pengalaman selama 4 tahun PAS memerintah Terengganu.

Sebelum dapat kuasa, katanya apabila kita berkuasa kita akan laksanakan hudud sebelum ayam berkokok. Ini cakap orang bodoh dan yang tak tahu peraturan. Apabila berkuasa , nah tuan tuan tengoklah sendiri. Nak pinda perlembagaan negeri pun ambil masa 2 tahun.

Kunci balairaya dirampas dari pengerusi JKKK setelah dapat memerintah, ingat ke nak jadikan balairaya sebagai satu institusi yang lebih cemerlang. Akhirnya balairaya tadi menjadi tempat lembu dan kambing berak (buang air besar dan kecil) , lantainya pula reput dimakan anai anai kerana tidak digunakan. Syarahannya bukan main hebat, tapi habuk pun tak dak.

Dikatanya pula ada 2 lori fail penyelewengan di pejabat YAB MB oleh pemimpin UMNO semasa memerintah. Mana ada. Itu adalah cerita rekaan mereka yang kehabisan modal.

Apa yang dikesalkan lagi semasa mereka menguasai kerajaan negeri, ramai pengikutnya kembali menunaikan solat dimasjid kerajaan yang dulunya mereka kata haram. Sebelum berkuasa mereka tidak jijak pun masjid di kampung. Apabila berkuasa mereka pergilah ke masjid berkenaan. Lebih dari itu nak pula rebut jadi AJK Masjid. Ingat ke keadaan akan kekal lah seperti itu, namun apabila hilang kuasa mereka tidak lagi menunaikan solat di masjid kampunganya. Lalu mereka mencari masjid yang bewarna hijau. ( Dinding hijau, kubah hijau, tiang hijau, batang paip hijau, karpet hijau, kalau boleh tanah tapak masjid pun nak warna hijau jugak)

Kita tak boleh nafikan bahawa perjuangan BN/UMNO telah membawa rakyat Malaysia ke tahap ini. Kerajaan BN menjaga rakyat dengan penuh hikmah bermula dari umur kita 3 bulan lagi. Ibu ibu akan dibuat pemeriksaan di Klinik Klinik Desa diseluruh negara. Bermacam macam suntikan diberikan kepada ibu mengandung agar ibu dan anak sihat sejahtera.

Kemudian adanya sistem pendidikan yang sistematik bagi melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlak. Bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej, Institut, Universiti dan sebagainya. Kini terdapat hampir 10,000 buah sekolah, terdapat hampir 400,000 orang guru, 19 buah Universiti, 24 buah Politeknik, berpuluh buah pusat kemahiran, hampir 500 buah kolej swasta. Ini semua adalah bagi memberi ilmu kepada rakyat.

Kepada yang miskin pula diberikan makan pagi secara percuma, Bantuan pelajar miskin (Kuam), Bantuan pakaian seragam, buku teks secara percuma, pelbagai jenis biasiswa, bantuan kelas tuisyen dan lain lain lagi.

Tidak ada sekatan kepada rakyat untuk menuntut ilmu sehingga ke peringkat PHD, Siapa saja yang bersungguh akan menikmati apa yang dijanjikan oleh kerajaan. Anak orang miskin, anak orang kaya, anak nelayan, anak petani, anak majistret, anak menteri, hatta anak Perdana Menteri sekali pun. Semua akan diberi hak yang sama dalam pendidikan.

Oleh sebab itulah kita perhatikan ramai anak anak kampung yang berjaya dalam pendidikan mendapat peluang belajar di luar negara melalui biasiswa kerajaan. Semua ini dinikmati semasa kerajaan BN memerintah negara.

Selepas tamat belajar, Kerajaan sediakan peluang pekerjaan kepada mereka. sebahagian besar anak anak melayu bekerja dengan kerajaan. Oleh sebab itu 90% kakitanagn kerajaan adalah terdiri dari anak anak melayu. Mereka bukan lagi setakat budak pejabat, Pembantu am rendah, buruh, kerani sebagaimana semasa era penjajahan.

Bahkan lebih dari itu, sebahagian besar jawatan jawatan penting dalam perkhidmatan awam seperti KSU Kementerian, Ketua Pengarah, Pengarah, Peguam Negara, Ketua Polis , Hakim, Panglima Tentera adalah semuanya terdiri dari orang melayu.

Gaji pun lumayan jugak. Mungkin yang paling rendah pun dapat lah RM 1,000 sebulan, Ada yang RM 20,000 sebulan. Itu bergantung kepada jawatan lah. Kebanyakan mereka ini pada satu ketika dahulu adalah anak kampung seperti saya.

Kita juga telah berjaya melahirkan ramai doktor, jurutera, peguam, ulamak, arkitek, akauntan dan sebagainya hasil perjuangan kita dalam pendidikan negara.

Pegawai kerajaan yang sambung pelajaran pula diberi elaun dan bergaji penuh lagi. Mana nak cari kerajaan sebegini. Kalau orang macam saya ni nak sambung pengajian kena bayar yuran sendirilah. Untungnya pegawai kerajaan ini.

Bagi mereka yang sudah tua dan tidak mampu untuk membuat pekerjaan akan diberi bantuan bulanan. Ada dapat RM 200.00, ada RM 300.00 dan ada RM 400.00. bagi anak yang cacat juga diberi bantuan, bantuan bulanan juga diberi kepada pesakit kronik, ibu tunggal dan sebagainya. Dalam Terengganu sahaja terdapat sejumlah lebih kurang 23,000 orang penerima bantuan ini.

Dari segi kemudahan awam jangan sebutlah. Memang bertaraf dunia. Tidak ada lagi jalan tanah merah yang berdebu sebagaiman tahun 80 an dulu. Di merata ceruk kampung jalan dipremix. kemudahan telekomunikasi, kemudahan kesihatan, kemudahan keagamaan, kemudahan perhubungan dan kenderaan dan segala kemudahan lain adalah berkualiti tinggi.

Adakah semua yang dilakukan ini zalim, jahat, tidak berperikemanusiaan, mengaut harta rakyat, jahat, bodoh, bebal, mahafiraun dan semua yang jahat itu ada pada UMNO dan BN. Ada seorang YB PAS yang mengakhiri ucapan dalam ceramahnya dengan berkata. " sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan segala yang jahat itu datangnya dari BN & UMNO"

Tuan Tuan/ Puan Puan fikirkalah dengan lapang dada

Petikan Dari Akhbar Sinar Harian ( 05 Oktober 2009)

Terap konsep 1Malaysia dalam jamuan Aidilfitri

KAMPUNG ATAS TOL - Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berlangsung meriah dan berjaya menghimpunkan hampir 5,000 penduduk serta pemimpin.

Majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Sivik Atas Tol adalah anjuran Penyelaras DUN Bukit Payong dan Pejabat Pembangunan DUN Bukit Payong serta penduduk kampung.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda berkata, sambutan itu dilihat cukup memberangsangkan dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di DUN Bukit Payong.

“Sebelum ini, biasanya ia diadakan di rumah wakil rakyat ataupun pekarangan pejabat tetapi kali ini kami mengubahnya dan mengadakannya di kampung dengan kerjasama komuniti setempat.

“Semangat kekeluargaan inilah yang ingin kita terapkan agar semua pemimpin di peringkat DUN khususnya, lebih mengenali dan dekat dengan rakyat, seiring konsep gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), ADUN dan pemimpin tempatan serta wakil jabatan.:

Zaidi berkata, pihaknya amat bersyukur kerana majlis itu mendapat sambutan cukup meriah.

“Program ini adalah acara tahunan yang kita buat sebagai menghargai rakyat, jabatan dan pemimpin yang selama ini banyak bekerjasama serta membantu dalam membangunkan DUN Bukit Payong dalam pelbagai aspek.

“Saya harap dengan adanya program sebegini, rakyat akan terus bersama-sama dengan BN dan kekal memberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada kita untuk terus memimpin negara pada masa depan,” katanya.

04 October 2009

Kempen PRK Bagan Pinang Bermula

Salam bloggers

Saya kini berada di Bagan Pinang, Port Dickson bagi menyertai sama kempen PRK Bagan Pinang. Proses penamaan calon telah berlangsung pada hari sabtu 03 Oktober 2009. Telah sekian lama saya tak sampai ke Port dickson. Satu ketika dahulu saya sering ke sini bagi mengikuti pelbagai program dan kursus Pegawai Belia & sukan di Institut Kepimpinan Belia Negara Port Dickson. Namun sejak berhenti kerja ni , saya jarang berkesempatan untuk ke sini.

Pada pagi tadi saya sempat ke Rumah Terengganu. Kebetulan pada ketika tersebut berlangsungnya acara sukaneka muhibbah . Pada program tersebut ramai masyarakat setempat termasuk melayu, cina dan india menyertai aktiviti tersebut. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Exco Belia & Sukan Pulau Pinang.

Oleh kerana masyarakat islam dalam suasana Hari Raya, banyak acara dan program Hari Raya bersama pemimpin diadakan. Port Dickson kelihatan begitu meriah dengan orang ramai. Rezeki peniaga peniaga disini juga melimpah ruah nampaknya. Alhamdulillah

Saya sempat bertanya dengan seorang dikawasan tersebut. Bagaimana peluang parti yang bertanding? beliau menjawab BN akan menang. Orang tersebut kemudian berkata, saya kesian kat UMNO. Orang india bukan tidak suka kepada UMNO tetapi kebanyakan masyarakat india tidak suka kat Samy Vellu. Oleh sebab itu ada dikalangan masyarakat India tidak memberi sokongan kepada BN.

Namun, apa yang kurang enak didengar ialah setiap kali berlangsungnya PRK, pergaduhan, kekasaran dan ketegangan pasti akan berlaku. Peristiwa yang berlaku keatas Dato' Abdul Azeez bukan satu perkara baru. Pembagkang akan gunakan apa sahaja untuk menang dalam pilihanraya tersebut.

Saya amat kesal memerhatikan trend baru baru pakatan pembangkang bukan islam yang sewenang wenangnya menggunakan ayat quran bagi menarik sokongan org islam menyokong mereka. Trend ini sangat bahaya jika dibiarkan. Bagaimana pula orang islam boleh terpedaya dengan tipu helah mereka ini.

Kita bayangkan mereka baca ayat Suci Al quran, sedangkan mereka tidak beriman dan tidak percaya dengan ayat Allah ini kemudian disambut pula dengar deruan takbir oleh pendengar yang terdiri dari orang islam. Kalau mereka percaya dengan ayat Allah ini, sudah lama mereka peluk islam.

Malam semalam Gobalakrisnan membaca sepotong ayat suci ketika ceramahnya di Bagan Pinang. Ingatlah Firman Allah dalam Surah ali Imran, ayat 54 bermaksud:

" ORANG ORANG KAFIR ITU MEMBUAT TIPU DAYA DAN ALLAH MEMBALAS TIPU DAYA MEREKA ITU DAN ALLAH SEBAIK BAIK PEMBALAS TIPU DAYA"

Masih terlalu awal untuk membuat penilaian, namun saya yakin BN akan menang dalam PRK ini. PAS adalah parti yang hanya pandai bercakap. Kalau PAS menang pun , apa meraka nak buat. Mereka tidak akan dapat tolong rakyat. Wakil Rakyat adalah berperanan untuk membantu rakyat.

Kempen masih berjalan dan akan bertambah hebat dalam masa seminggu ini. Malam ini juga banyak aktiviti ceramah akan berlangsung. Saya perhatikan banyak bendera dan poster parti yang tidak bertanding dalam pilihanraya ini ditampal. Saya menggesa SPR supaya bertindak tegas memastikan parti politik mengikut peraturan.

Parti yang dibenarkan menggantung poster ialah BN dan PAS sahaja. Parti lain tidak bertanding termasuklah PKR dan DAP. Oleh itu jangan naikkan poster dan bendera masing masing.

wassalam

02 October 2009

Sekitar Rumah Terbuka Hari Raya DUN Bukit Payong


YB. En. Razif wakil YAB MB bersama isteri. turut bersama ialah Pengurus Utusan Melayu Kawasan Timur.

Y.Bhg Dato' Alim Pegawai Daerah Kuala Terengganu sedang menikmati jamuan.



Isteri saya berasa isteri YB Razif


Org ramai sedang menikmati jamuan. 5000 orang hadir ke Rumah Terbuka ini.




01 October 2009

Bencana alam di sana sini

Salam bloggers

Hari ini 02 Oktober 2009, Hari Jumaat. Kita masih lagi berada di bulan Syawal yang mulia. Di sana sini masyarakat Malaysia lagi menganjurkan rumah terbuka. Setiap kali saya mengunjungi Rumah terbuka, begitu banysk hidangan lauk pauk dan kuih muih yang dihidangkan untuk para tetamu. Hari ini DUN Bukit Payong akan mengadakan Rumah Terbuka Idul Fitri bagi memberi peluang rakyat jelata mengeratkah tali silaturrahim sambil menikamati jamuan.

Selesai solat Subuh pagi ini, saya terus melayari internet bagi melihat perkembangan semasa dalam negara dan luar negara. saya perhatikan banyak bencana yang menimpa beberapa negara di dunia yang tak pernah berlaku di negara kita Malaysia tercinta.

Kita sedih melihat bencana gempa bumi di Sumatera Indonesia yang mengorbankan 1100 orang setakat jam 2.08 pagi ini. Rakyat Indonesia ni, sering ditimpa musibah dan ujian yang sangat berat pada pandangan kita. Mungkin bagi mereka itu sudah menjadi satu perkara biasa. Ratusan bangunan runtuh dan ada satu kawasan hampir 90% rumah musnah.

Gempa ini berlaku pada 7.6 skala Richter. Dalam kekalutan ini , rakyat akan panik dan banyak perkara diluar jangkaan akan berlaku. Bekalan makanan dan bahan lain akan menjadi lebih sukar. Difahamkan juga harga minyak Petrol sudah mencecah RM 5 satu liter.

Di Vietnam pula, 400 orang sudah terkorban dalam Taufan Ketsana. Taufan ini membawa angin kencang 185 kilometer sejam yang menyebabkan berlakunya banjir. seramai 170,000 orang sudah dipindahkan. Bencana ini mturut menyerang negara Kemboja dan juga Loas.

Disamping itu Tsunami terus menyerang Somoa. Sekurang kurangnya 150 orang terkorban dan puluhan lagi masih hilang. Gegeran berukuran 8 skala Richter disusuli dengan ombak setinggi 7.5 meter. banyak rumah telah ranap dan pantai yang dulunya putih bersih kini dipenuhi runtuhan bangunan, kereta, beg perabot dan barangan pribadi.

Semua ini berlaku disaat kita umat islam bergembira dengan sambutan Idul Fitri. Mereka ditimpa musibah dan ujian yang sangat menyayat hati. Dinegara kita lain pula ceritanya. kalau rakyat dinegara mati dalam suasana sebegitu, tapi rakyat kita banyak yang mati di jalan raya, mati akibat makan yang tidak terkawal lalu disusuli dengan pelbagai jenis penyakit dan sebagainya.

Kita tak ada bencana alam yang dasysat. Kalau berlaku pun skadar angin kuat yang hanya tercabut atap sahaja. Ptg kemarin Terengganu dilanda ribut yang agak kuat bagi kita. Di tempat saya cuma ada 8 buah rumah yang terlibat. Kita mengambil tindakan drastik dengan terus menggantikan atap yang tercabut.

Sesuai dengan pagi jumaat di bulan Syawal ini, kita perhatikan alam sekeliling kita. Kira banyakkan berfikir, kita muhasabah diri dan kita panjatkan doa supaya negara tercinta ini terus dilindungi dari sebarang bentuk musibah dan bala bencana.

Fikr

Demam Peperiksaan PMR Bermula

Salam bloggers.

Hari Khamis, malam Jumaat. Pada malam ini saya menghadiri solat hajat di SMK Sultan Mansur bagi memohon kejayaan cemerlang anak anak kita yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Sepanjang pengetahuan saya banyak sekolah yang melaksanakan solat hajat tersebut pada malam ini kerana peperiksaan PMR akan bermula hari Rabu ini.

Bila hadir solat hajat bersama sama dengan pelajar tadi, teringat jugak masa zaman persekolahan dahulu. Namun pada zaman tersebut tidak terdapat program solat hajat perdana sebagaimana sekarang. Mungkin masing masing solat hajat di rumah je.

Jumlah ibu bapa yang hadir tidaklah membanggakan sangat. Ramai juga dikalangan ibu bapa yang tidak hadir. Saya tak tahulah sama ada mereka tak ambil cakna atau pun mereka laksanakan di rumah masing masing. Di pihak PIBG, kita akan kecewa kalau mereka tak datang dan tidak juga laksakan solat hajat ini dirumah sendiri.

Saya cukup kagum apabila ibu bapa sendiri hadir ke program ini. Ini adalah usaha terakhir kita setelah anak anak kita bertungkus lumus ulangkaji pelajaran sebelum ini. akhir kita mohon kepada yang maha kuasa supaya diberikan kejayaan cemerlang kpd anak anak kita.

Ini juga memberikan sokongan moral kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan ini. Kepada adik sekalian, sesungguhnya tidak ada jalan pintas untuk menuju kejayaan. Tekun dan usaha adalah tangga kejayaan. Buktinya tahun lepas 2 dari SMK Sultan Mansor memperolehi keputusan cemerlang dengan mendapat 10 A 1.

Secara kebetulan saya adalah Pengerusi PIBG SMK Sultan Mansor, walaupun tak ada anak saya yang belajar disini. Kepada semua cikgu, terima kasih saya ucapkan bagi pihak ibu bapa. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu kami balas. Kami mendoakan agar cikgu semua akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari yang maha esa. Insyallah

Kepada adik adik Tingkatan 3 sekalian, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR.

Wassalam

Contributors