Pages

Subscribe:

27 December 2010

Perlantikan baru, Transformasi Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kekal mengetuai UMNO Selangor manakala timbalannya ,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutuan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mengumumkannya dalam sidang akhbar di ibupejabat UMNO petang Isnin memberitahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu ganti Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Di Kedah, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Ahmad Bashah ganti Datuk Shafie Apdal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Manakala di Pulau Pinang, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal Datuk Zainol Abidin Osman dilantik ganti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Di Perlis, bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang kekal diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Isa Sabu.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir timbalan di Kedah manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir di Pulau Pinang.

Di Terengganu, Yahaya Khatib Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu.

Di Selangor, Menteri Pertanian dan Asas Tani ,Datuk Noh Omar kekal sebagai Timbalan Pengerusi.

Begitu juga di Wilayah Persekutuan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Raja Nong Chik.

Negeri-negeri lain, jawatan pengerusi dan timbalan kekal disandang oleh mereka yang sedia ada.


Saya ingin mengucapkan tahniah atas semua perlantikan ini terutama buat YAB Dato' Ahmad bin Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Adalah diharapkan semua pihak akur dengan perlantikan ini dan dapat memberi kerjasama sepenuhnya bagi memantapkan UMNO Terengganu.

Jika semua pihak memberi kerjasama, insyallah PAS tidak mampu untuk bertapak di Terengganu. Tahniah juga buat YB Yahya Khatib yang telah dilantik sebagai Timbalan pengerusi perhubungan. Marilah kita berganding bahu bagi memantapkan parti keramat ini.

Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor .

Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu

Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)

Kedah

Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)

Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)

Pulau Pinang

Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)

Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)

Perak

Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor

Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan : Datuk Seri Noh Omar

Wilayah Persekutuan

Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidinz

Negeri Sembilan

Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor

Melaka

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

Johor

Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad

Pahang

Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu

Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)

Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan

Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin

Sabah

Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman

Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak

No comments: