Pages

Subscribe:

30 December 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Salam 2 all

Hari ini 31 Disember 2010, merupakan hari terakhir untuk tahun 2010. Kurang 8 jam dari artikel ini ditulis, kita semua akan menyambut 1 Januari 2011. Bagi menghadapi tahun baru juga, khutbah jumaat pada hari ini mengupas tentang Muhasabah Diri.

Tahun baru 2011 sudah pasti disambut dengan semangat dan azam baru. Semangat yang dibawa oleh pasukan bolasepak negara yang menjuarai Kejohanan Piala Suzuki boleh juga dijadikan pembakar semangat untuk kita meneruskan kelangsungan hidup ini.

Kemenangan ini sebenarnya membuktikan tiada yang mustahil dalam hidup ini. Pokoknya ialah usaha gigih dan semangat pengorbanan yang tinggi. Jika semua rakyat mempunyai semangat ini, kita penuh yakin jumlah penerima bantuan kebajikan, bantuan zakat, bantuan persekolahan dan lain lain bantuan semakin berkurangan di tahun 2011.

Bagi kakitangan awam pula, kita mestilah berazam untuk bekerja dengan sebaik mungkin dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara. Kita adalah insan bertuah kerana dapat berkhidmat dengan perkhidmatan awam di Malaysia. Jika semua bekerja keras, insyallah ekonomi negara akan dipertingkatkan dan semua pihak akan dapat menikmati keselesaan hidup di bumi bertuah ini.

Bagi anak anak pelajar pula, 2011 sudah pasti ditunggu tunggu. Mereka akan mula berada di kelas yang lain. Kalau 2010 kita berada di tingkatan 4, maka 2011 kita akan berada di tingkatan 5, tahun yang akan menentukan masa depan kerana mereka akan menduduki SPM pada tahun 2011. Kepada anak anak yang akan menduduki semua peperiksaan awan di tahun 2011. Saya ucapkan " Selamat Maju Jaya"

Buat semua petani, Alhamdulillah harga getah dan kelapa sawit sedang meningkat. Ini merupakan rahmat buat kita semua. Peneroka Felda mendapat manafaat yang besar apabila kerajaan mengumumkan pemberian bonus kepada mereka pada kadar RM 500 hingga RM 1500 kepada setiap peneroka.

Akhirnya buat semua pekerja dan rakyat Malaysia, marikah kita sama sama mengangkat tangan berdoa memohon kepada yang esa agar negara bertuan ini terus dikurniakan kesejahteraan dan keharmonian serta kemakmuran ekonomi yang berpanjangan. Rakyat pula mesti memberi kerjasama penuh kepada kerajaan bagi memastikan kejayaan ini.

Jika tidak kerana sokongan dan dokongan rakyat, negara tidak mampu mencapai semua nikmat yang kita kecapi ini. Janganlah terpengaruh dengan budaya tunjuk perasaan, berhimpun di jalan jalan raya dan sebagainya kerana ia akan merugikan kita semua.

Akhirnya saya mengambil kesempatan di pengakhiran tahun 2010 ini saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011.

No comments:

Contributors