Pages

Subscribe:

12 November 2016

Meneruskan Tradisi Ilmu

Meneruskan Tradisi Ilmu. 1. Pada hari ini ZM berada di Universiti Utara Malaysia ( UUM) bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen ke 29 UUM. Insya Allah saya akan menerima Ijazah Sarjana Sains pada 13 Nov 2016. Pertama sekali saya memanjatkan rasa syukur kerana dapat menamatkan pengajian setelah menempuh pelbagai cabaran, dugaan ,onak dan badai. Sesungguhnya kejayaan ini menjadi saksi bahawa jika kita berusaha, Insya Allah kejayaan akan bersama kita. 2. Keduanya saya mengucapkan perhargaan dan terima kasih buat ayahanda & bonda tercinta yang sejak dari ZM kecil lagi memberi dorongan supaya menjadi org yang berilmu. Terima kasih tidak terhingga buat isteri dan anak anak tersayang yang memberi sokongan padu sehingga kejayaan ini dapat dikecapi. Buat pensyarah pensyarah , saya juga ucapkan terima kasih banyak banyak atas ilmu yang dicurahkan. Buat rakan rakan seperjuagan, walaupun smkita belajar bukan sewaktu remaja dahulu kala , tetapi semangat kalian amat kuat sehingga kejayaan ini dapat dicapai , Alhamadulillah. 3. Belajar diusia sebegini sudah tentu banyak cabarannya. Apatah lagi sebagai pelajar part time. Kita harus bijak untuk membahagikan masa untuk menguruskan tanggungawab , sebagai seorang suami, sebagai seorang ayah, pekerja, pemimpin politik dan pemimpin NGO, masa sangat penting untuk diuruskan. Saya juga hilang semangat beberapa kali , hingga nak menangguhkan pengajian dek kekangan masa pada satu ketika. Namun dengan nasihat para pensyarah , semangat dari rakan rakan , niat tersebut tidak menjadi. 4. Dari 30 org pelajar Master Of Science ini , cuma ada 6 lelaki , cuma saya 2 org sahaja bukan kalangan guru, 28 org adalah Guru. Saya pula tidak langsung mempunyai background Kaunseling. Namun itu, bukanlah satu halangan atau alasan untuk kita meneruskan tradisi ilmu ini. Alhamdulillah semua itu dapat dihadapi dengan dengan tenang dan akhirnya , kejayaan ini dapat dicapai. Berada di garisan penamat, hanya 28 org dapat menamatkan pengajian selama 2 tahun 4 bulan. 5. Buat rakan rakan yang akan menerima ijazah nanti, saya rakamkan ucapan setinggi tahniah atas kejayaan ini. Saya percaya tanpa semangat yang menggunung, tanpa usaha yang tidak pernah jemu, tanpa cabaran yang dilalui oleh rakan rakan , kejayaan tidak mungkin menjadi milik anda semua. 5. Sebagai pemimpin belia, saya berkongsi pengalaman ini bagi memberi semangat buat generasi belia, marilah kita menimba ilmu dalam apa jua bidang. Hanya dengan ilmu kita dapat mengubah diri kita menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang. Jangan cari alasan untuk mencipta kemalasan yang akan memundurkan diri sendiri. Dunia yang penuh persaingan, hanya dengan ilmu yang terbaik untuk kita semua. Ayuh, marilah kita meneruskan perjuangan mencari ilmu. Wassalam ZM 12 Nov 2016.

Contributors