Pages

Subscribe:

30 July 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Assalamualikum buat semua.

Satu atau pun dua hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan penuh berkat, Ramadhan Al Mubarak. Kita terus berdoa moga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik serta diberi kekuatan untuk mencari keredhaan Allah di bulan yang mulia ini.

Saya merasakan setiap dari kita telah membuat persiapan yang rapi bagi menyambut tetamu agung ini. Kegembiraan terbayang diwajah orang orang yang beriman untuk menerima kunjungan Ramadhan. Mungkin bagi bagi mereka yang tidak beriman, bulan ini akan disambut dalam suasana sedih kerana terpaksa berpuasa disiang hari dan sebagainya lagi.

Ramadhan sudah pasti akan mengingatkan kita kepada ibadah puasa, Solat Terawikh, Solat Witir, Tadarus Al Quran, Zikir, Qiamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya. Maka sudah sewajarnyalah kita mengambil peluang ini dengan sebaik yang mungkin.

Bagi kita di bumi Terengganu pula, budaya lama yang bersemadi mestilah dibuang jauh jauh. Antaranya, konsep Solat Terawih. Biasa pada awal Ramadhan , masjid masjid akan dipenuhi oleh para jemaah sama ada kecil, remaja dan dewasa mahun orang orang tua.

Namun ia semakin berkurangan apabila saat Ramadhan hendak meninggalkan kita. Apabila sampai malam 10 terakhir, jemaah semakin berkurangan. Menjelang satu atau dua hari sebelum raya, jemaah yang ada adalah jemaah yang biasa datang ke masjid semasa solat 5 waktu sebelum ini. Jemaah lain mungkin sudah disibukkan dengan persiapan menjelang Hari Raya.

Sepatutnya 10 terakhir ini jemaah semakin ramai bagi bertemu dengan satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar. Budaya ini , saya perhatikan sejak dari dahulu sampai sekarang walaupun pelbagai ceramah dan ilmu telah disampaikan.

Ingat sabda Rasulullah saw, ' Ramadhan ilah bulan rahmat dipermulaanya, keampunan dipertengahannya dan kebebasan dari api neraka di pengakhirannya.

Sebagai seorang islam, budaya membazir juga harus dielakkan. Jangan kita menyediakan juadah yang banyak untuk berbuka tapi akhirnya ia akan menjadi makanan binatang pada kesokan harinya. Jangan kita jadi Ramadhan sebagai satu pesta makanan. Ingatlah kepada mereka yang susah yang tidak mempunyai makanan untuk berbuka puasa.

Rakyat Malaysia dikurniakan kemewahan yang melimpah ruah. Jangan kita gunakan nikmat ini untuk melakukan pembaziran. Kekenyangan akan meletihkan badan dan meyebabkan kita tidak dapat melaksanakan ibadah dan ketaatan pada malamnya.

Insyallah bersempena dengan kedatangan ramadhan ini, Kerajaan Negeri akan mengagihkan kurma dan Air Zam zam ke setiap rumah di DUN Bukit Payong. Disamping itu bantuan kewangan kepada masjid dan surau juga akan diagihkan untuk pelbagai aktiviti pengimarahan masjid dan surau di bulan yang mulia ini.

Bantuan zakat juga telah diagihkan kepada orang orang miskin bagi menyambut Ramadhan. Seramai 1070 orang warga DUN BUkit Payong telah pun menerima agihan wang zakat ini. Oleh yang demikian tidak sebab untuk kita melepaskan peluang dan ganjaran pahala cukup besar yang dijanjikan oleh Allah dalam bulan yang mulia ini.

Dikesempatan ini, Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada muslimin dan muslimat khususnya warga Bukit Payong dan seluruh Rakyat Malaysia yang beragama Islam.. Kita sama sama berazam untuk melakukan yang terbaik di bulan Ramadhan pada tahun ini.

Kepada mereka yang tidak sempat untuk bersama Ramadhan tahun ini kerana dipanggil oleh Allah terlebih dahulu, kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka. Moga roh mereka dicucuri rahmat menjelang Ramadhan yang sangat mulia ini.


wassalam.

04 July 2011

DAP semakin biaDAP

Assalamualaikum

Sebelum menunggu masuknya waktu maghrib 3 Syaaban 1432H, saya terkenang akan nasib bangsa dan agama islam yang maha suci di negara tercinta ini. Sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan dan ketempangan umat melayu islam kini menyebabkan orang lain begitu berani dan biaDAP terhadap islam itu sendiri.

Kita mesti ingat bahawa kekuatan umat melayu islam dinegara tercinta ini hanya 60% sahaja. 40 % lagi diisi oleh bangsa bangsa lain. Jika kita terus bersengketa dan " khekoh" sesama sendiri maka tunggulah saat dan ketika untuk kita tersungkur menyembah bumi. Disaat itu sudah tiada guna air mata penyesalan yg melimpah ruah. Nasi akan menjadi bubur dan mustahil bubur akan kembali menjadi nasi.

Saya teringat akan strategi Obama yang memenangi pilihanraya Amerika Syarikat. Obama hanya memerlukan sokongan 100% penduduk kulit hitam dan hanya memerlukan 40% sokongan penduduk kulit putih untuk membolehkannya menjadi Presiden US dan berada ditampuk kuasa.

Kita cukup sedih apabila terdapat beberapa orang wakil Rakyat DAP yang enggan memakai songkok ketika sidang DUN sarawak baru baru ini. Mereka ini memang terkenal kerana sentiasa melanggar peraturan negara. Katanya, songkok merupakan lambang agama islam. Tengok betapa mereka tidak amat tidak suka kepada islam. Kita pun hairan bagaimana PAS pula berkawan dengan parti seperti ini.

Orang Indonesia memakai songkok sama ada kristian dan juga agama agama lain. mereka nampaknya selesa dengan pemakaian songkok ini kerana ia melambangkan bangsa Indonesia.

Disamping itu mereka mengatakan ia adalah pembaziran wang rakyat. Berapa sen sangatkah harga songkok jika nak dibandingkan dengan harga pakaian ala barat. Kenapa kita malu untuk berpakaian ala Malaysia.

Ini baru beberapa kerusi yang mereka kuasai. Saya tidak tahulah jika mereka menguasai negara kita. Apa yang mereka akan buat terhadap negara ini, nasib orang melayu, perlembagaan negara, Agama Islam dan sebagainya. Kenapa mereka sudah berani sampai ke tahap itu?, Kenapakah kebiaDAPan mereka sudah sangat melampaui batas? Jawabnya kerana kita umat melayu islam lemah dan banyak bersengketa sesama sendiri.

Teori yang diguna pakai obama tadi juga akan digunakan oleh mereka disini. Mereka memerlukan sokongan 100% orang cina dan lebih kurang 30 % bangsa bangsa lain. Mereka akan boleh berada dipuncak kuasa memerintah negara ini. Melihat kepada suasana hari ini, teori ini boleh mereka capai jika perpecahan umat melayu terus berlaku.

Peluang keemasan ini telah diambil sepenuhnya oleh mereka. Kelemahan umat melayu islam dinegara kita pada hari ini dimanipulasikan sepenuhnya untuk mendapatkan apa yang dicita citakan selama ini. Kita panjatkan doa , semoga Allah selamatkan kita semua dari mara bahaya ini. Wahai umat melayu, kita sudah tiada masa, bukalah minda dan mata kita, sedarlah akan kesilapan kita. Bangkit dan kita mulakan langkah baru.

Ingatlah, mereka punyai rakan yang sangat ramai diluar sana yang sedang menanti kehancuran kita. Lihatlah bagaimana nasib sahabat sahabat kita diluar sana. Semua itu berlaku kerana kesilapan mereka sendiri. Akhirnya mereka sengsara di negara sendiri.

Fikr

3 Syaaban 1432 H/ 4 Julai 2011

01 July 2011

Negara Islam kepada Negara Kebajikan

assalamulaikum semua.

Hari ini 30 Rejab 1432. Dalam sedikit masa lagi kita akan menempuh bulan Syaaban. Ini bermakna Rejab 1432 tidak akan datang lagi kepada umat manusia. Kita sama sama mendoakan agar semuanya berada dalam keadaan yang baik.

Dalam Muktamar PAS baru baru ini, kita dikejutkan dengan perubahan besar dasar yang dicanang oleh PAS dipelusuk dunia apabila parti berkenaan berjaya memerintah iaitu untuk menjadikan Malaysia Negara islam. Dalam setiap kali muktamar, ceramah di seluruh pelusuk kampung dan bandar , seminar, kmonvensyen dan sebagainya, maudhuk penubuhan negara islam inilah yang menjadi dasar perjuangan PAS sepanjang zaman.

Mereka mencanangkan bahawa Malaysia yang diuruskan oleh UMNO dan BN ini adalah sebuah negara sekular yang wajib ditentang habis habisan. Terdapat pula dikalangan ulamak mereka mengatakan bahawa undi untuk menegakkan negara islam akan masuk syurga. Kepada mereka jahil agama, momokan ini dipercayai 100%. Momokan inilah yang telah banyak membawa perpecahan dikalangan umat islam di negara kita.

Kini, segalanya telah berubah. dari laungan Negara Islam telah bertukar kepada Negara Berkebajikan. Katanya tidak terdapat konsep negara islam dalam ajaran islam. Bagaimana konsep negara berkebajikan yang ingin dibuat oleh PAS, kita tanyalah mereka.

Pada saya, ia terjadi kerana mereka telah termakan oleh desakan tipu daya DAP. Sebelum bersekongkol dgn DAP dan PKR, PAS begitu lantang mempertahankan konsep negara islam ini. PAS seperti dipukau oleh kedua dua parti ini. PAS nampaknya tidak mampu bertahan untuk mempertahankan prinsip perjuangannya.

Oleh sebab itulah, dalam setiap ceramah PAS yang saya ikuti , sudah tidak disebut lagi soal hukum hudud, negara islam dan sebagainya. Isu yang dibawa dalam ceramah juga bersamaan dengan rentak yang dibawa oleh PKR dan DAP.

Orang yang paling gembira dengan perubahan dasar ini tentunya DAP. Ia sesuatu yang amat ditunggu tunggu oleh DAP kerana DAP sangat menentang keras penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan sebarang undang undang di Malaysia.

Semasa mantan Perdana Menteri mengumumkan dalam parlimen yang negara Malaysia ini adalah negara islam, DAP lah yang paling lantang menentang keras pengumuman yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nampaknya DAP telah berjaya memperdaya PAS dalam soal ini. Terbuktilah kepada kita bahawa sangat senang rupanya untuk orang kafir menipu dan memperdaya serta memperkotak katikkan PAS.

Bayangkan kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini, PAS akan sentiasa ditipu dan diperdaya kerana bagi saya pimpinan PAS bijak dalam hal ehwal agama tapi mereka sangat jahil untuk menguruskan hal hal yang berikatan dengan dunia.

BN pula sudah lama menguruskan kebajikan rakyat sehingga wujud Jabatan Kebajikan Masyarakat khusus untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Kebajikan ini bukan soal yang utama kerana tumpuan utama sebenarnya adalah untuk memberi ilmu kepada rakyat. Insyallah , rakyat yang berilmu tidak memerlukan bantuan khusus dari kerajaan.

Setakat ini tidak pernah saya jumpa, mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi memohon bantuan rumah PPRT, zakat serta bantuan bantuan yang lain.

Inilah konsep yang akan terus dibawa oleh Barisan Nasional. Kehidupan dunia memerlukan kita bekerja kuat untuk berjaya. Kita tidak mahu seperti Britain yang mewujudkan elaun khas kepada orang yang tidak bekerja. Ini akan mewujudkan sifat malas dikalangan rakyat.

Kita perhatikan dinegeri negeri yang diperintah oleh mereka, tidak terdapat apa apa kebajikan yang hebat pun. Kalau sekadar memberi air percuma beberapa baldi kepada rakyat, itu bukanlah konsep negara kebajikan.

Oleh sebab itulah, saya melihat PAS sudah jauh terpesong. Tak kan lah kerana habuan dunia dan kuasa yang sementara, mereka sanggup berubah dan mengikut telunjuk DAP dan PKR. Kepada penyokong penyokong PAS, Sedarlah akan penipuan yang berlaku ini. Mudah mudahan Allah memelihara kesatuan umat melayu islam di Malaysia, insyallah.

Fikr

30 Rejab 1432/ 2 Julai 2011