Pages

Subscribe:

01 July 2011

Negara Islam kepada Negara Kebajikan

assalamulaikum semua.

Hari ini 30 Rejab 1432. Dalam sedikit masa lagi kita akan menempuh bulan Syaaban. Ini bermakna Rejab 1432 tidak akan datang lagi kepada umat manusia. Kita sama sama mendoakan agar semuanya berada dalam keadaan yang baik.

Dalam Muktamar PAS baru baru ini, kita dikejutkan dengan perubahan besar dasar yang dicanang oleh PAS dipelusuk dunia apabila parti berkenaan berjaya memerintah iaitu untuk menjadikan Malaysia Negara islam. Dalam setiap kali muktamar, ceramah di seluruh pelusuk kampung dan bandar , seminar, kmonvensyen dan sebagainya, maudhuk penubuhan negara islam inilah yang menjadi dasar perjuangan PAS sepanjang zaman.

Mereka mencanangkan bahawa Malaysia yang diuruskan oleh UMNO dan BN ini adalah sebuah negara sekular yang wajib ditentang habis habisan. Terdapat pula dikalangan ulamak mereka mengatakan bahawa undi untuk menegakkan negara islam akan masuk syurga. Kepada mereka jahil agama, momokan ini dipercayai 100%. Momokan inilah yang telah banyak membawa perpecahan dikalangan umat islam di negara kita.

Kini, segalanya telah berubah. dari laungan Negara Islam telah bertukar kepada Negara Berkebajikan. Katanya tidak terdapat konsep negara islam dalam ajaran islam. Bagaimana konsep negara berkebajikan yang ingin dibuat oleh PAS, kita tanyalah mereka.

Pada saya, ia terjadi kerana mereka telah termakan oleh desakan tipu daya DAP. Sebelum bersekongkol dgn DAP dan PKR, PAS begitu lantang mempertahankan konsep negara islam ini. PAS seperti dipukau oleh kedua dua parti ini. PAS nampaknya tidak mampu bertahan untuk mempertahankan prinsip perjuangannya.

Oleh sebab itulah, dalam setiap ceramah PAS yang saya ikuti , sudah tidak disebut lagi soal hukum hudud, negara islam dan sebagainya. Isu yang dibawa dalam ceramah juga bersamaan dengan rentak yang dibawa oleh PKR dan DAP.

Orang yang paling gembira dengan perubahan dasar ini tentunya DAP. Ia sesuatu yang amat ditunggu tunggu oleh DAP kerana DAP sangat menentang keras penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan sebarang undang undang di Malaysia.

Semasa mantan Perdana Menteri mengumumkan dalam parlimen yang negara Malaysia ini adalah negara islam, DAP lah yang paling lantang menentang keras pengumuman yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nampaknya DAP telah berjaya memperdaya PAS dalam soal ini. Terbuktilah kepada kita bahawa sangat senang rupanya untuk orang kafir menipu dan memperdaya serta memperkotak katikkan PAS.

Bayangkan kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini, PAS akan sentiasa ditipu dan diperdaya kerana bagi saya pimpinan PAS bijak dalam hal ehwal agama tapi mereka sangat jahil untuk menguruskan hal hal yang berikatan dengan dunia.

BN pula sudah lama menguruskan kebajikan rakyat sehingga wujud Jabatan Kebajikan Masyarakat khusus untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Kebajikan ini bukan soal yang utama kerana tumpuan utama sebenarnya adalah untuk memberi ilmu kepada rakyat. Insyallah , rakyat yang berilmu tidak memerlukan bantuan khusus dari kerajaan.

Setakat ini tidak pernah saya jumpa, mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi memohon bantuan rumah PPRT, zakat serta bantuan bantuan yang lain.

Inilah konsep yang akan terus dibawa oleh Barisan Nasional. Kehidupan dunia memerlukan kita bekerja kuat untuk berjaya. Kita tidak mahu seperti Britain yang mewujudkan elaun khas kepada orang yang tidak bekerja. Ini akan mewujudkan sifat malas dikalangan rakyat.

Kita perhatikan dinegeri negeri yang diperintah oleh mereka, tidak terdapat apa apa kebajikan yang hebat pun. Kalau sekadar memberi air percuma beberapa baldi kepada rakyat, itu bukanlah konsep negara kebajikan.

Oleh sebab itulah, saya melihat PAS sudah jauh terpesong. Tak kan lah kerana habuan dunia dan kuasa yang sementara, mereka sanggup berubah dan mengikut telunjuk DAP dan PKR. Kepada penyokong penyokong PAS, Sedarlah akan penipuan yang berlaku ini. Mudah mudahan Allah memelihara kesatuan umat melayu islam di Malaysia, insyallah.

Fikr

30 Rejab 1432/ 2 Julai 2011

No comments:

Contributors