Pages

Subscribe:

28 December 2010

Kenapa Selangor takut kepada Dato' Khusrin.




Salam 2 all.

Kerajaan Selangor sekali lagi porak peranda gara gara perlantikan Dato' Mohamed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Perlantikan ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara dan telah mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor. Dato' Mahamed Khusrin adalah bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Bagi makluman pembaca, jawatan jawatan pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah terdiri daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh yang demikian kuasa untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dalam bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara.

Ia amat berlainan dengan negeri yang mempunyai jawatan Pegawai Tadbir Negeri sendiri yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri sendiri seperti Terengganu, Kedah, Kelantan dan Johor. Bagi negeri negeri ini, Kerajaan negeri berkuasa untuk melantik Setiausaha Kerajaan masing masing dengan perkenan Sultan masing masing.

Namun apa yang menjadi persoalan disini ialah kenapa Kerajaan Selangor sangat tidak bersetuju Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan. Setiausaha Kerajaan ini adalah pegawai kerajaan yang bersikap profesional, Ia akan berkhidmat dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Kenapa Khalid Ibrahim amat tidak bersetuju dengan Khusrin, Khusrin bukanlah ahli politik. sebagai pegawai kerajaan , Beliau sudah pastilah akan menjalankan tugas mengikut lunas undang undang negara , bukan pula berdasarkan kepentingan politik orang tertentu.

Inikah kerajaan bertanggungjawab dan keterbukaan yang dilaungkan oleh PR di Selangor. Jika kita masih ingat dalam sidang DUN Selangor, Mereka bermati matian ingin melantik ADUN BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira kira wang Negeri (PAC) Selangor. ADUN BN bermatian matian tidak mahu menerima jawatan berkenaan, namun semua ADUN PR menyokong perlantikan ini sehingga ADUN berkenaan dipilih sebagai Pengerusi PAC.

Mereka menyifatkan Kerajaan Selangor boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi kebaikan Selangor hatta dengan BN sekali pun, Kita tidak mengamalkan politik kedurjanaan dan kemusnahan. Itulah kata kata mereka pada suatu ketika, walaupun kita tahu bahawa ia dibuat adalah untuk tujuan kepentingan politik mereka.

Namun apabila tiba perlantikan SUK, mereka tidak dapat menerima pegawai kerajaan ini untuk berkhidmat dengan mereka. Khusrin bukan orang UMNO atau PAS atau Keadilan. Khusrin adalah pegawai kerajaan. Jika budaya politik sempit mereka ini terus diamalkan, maka pentadbiran negara tidak akan berjalan dengan lancar.

Pegawai kerajaan akan terus berkhidmat walau pun parti mana yang memerintah negara kita. Setiausaha kerajaan Selangor yg akan bersara ini pun pernah berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum BN kecundang di Selangor, namun ia tidak mendatangkan masalah pun.

Sistem ini diamalkan sejak dari kita merdeka lagi. Semasa kerajaan BN pun Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara. Ini budaya politik pihak pembangkang. Pegawai kerajaan juga nak diheret supaya menyokong mereka. Mereka tidak akan bersetuju jika sesorang itu tidak menyokong parti mereka.

Inilah budaya politik murahan mereka.


ZaidiMuda
28122010


No comments:

Contributors