Pages

Subscribe:

21 December 2010

Wanita terus diperkasa


Salam 2 all

Kita sudah berada di penghujung tahun 2010. Banyak peristiwa pahit dan manis telah dilalui oleh kita semua sebagai penghuni di atas muka bumi ini. Sepanjang tahun 2010 kita dapat menyaksikan kegemilangan yang digapai oleh generasi wanita Malaysia. Kerajaan BN sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak wanita di negara kita.

Ia amat berlainan dengan pembangkang yang keluk kelek dalam membangunkan wanita di negara kita. Semuanya dibuat adalah berdasarkan kepentingan politik sempit mereka. Sebagai contoh, pada satu ketika dahulu katanya wanita tidak boleh terbabit dalam politik dan menjadi pemimpin, Namun kini dasar ini telah segalanya.

Apa yang paling membanggakan saya ialah pemilihan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Tokoh Maal Hijrah baru baru ini. Beliau merupakan wanita pertama yang dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah negara. Sepanjang 24 tahun yang lampau, pemilihan Tokoh Maal Hijrah ini dikuasa oleh lelaki. Tan Sri Dr. Zeti adalah wanita pertama yang berjaya mendominasi Tokoh Maal Hijrah ini. Ia sudah pasti akan dicatatkan sebagai sejarah negara.

Apa yang menjadi kebanggan wanita negara ini, kerana Malaysia berada di tangga yang ke 5 di dunia dalam memartabatkan wanita. Kerajaan akan terus memartabatkan wanita di arus perdana negara. Oleh sebab itu, kita melihat kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi sekarang dikuasai oleh generasi wanita. Saban tahun nisbah kemasukan ke IPT menunjukkan peningkatan pada nisbah 4:6.

Kerajaan pimpinan BN pula memperuntukkan RM 30 juta bagi meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam keusahawanan.

Tahun 2010 juga kita dapat menyaksikan beberapa perlantikan wanita ke jawatan penting sektor awam yang dahulunya dikuasai oleh golongan lelaki. Antaranya perlantikan Datuk Robiah Abdul Ghani sebagai Pengarah Pengurusan PDRM. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan kita semua.

Kerajaan juga melantik 2 orang wanita Hakim Mahkamah Syariah. Ini merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan. Kita berharap selepas ini lebih ramai wanita akan dilantik ke jawatan berkenaan.

Di samping itu kita juga melahirkan jaguh dunia dikalangan wanita. Datuk Nicol Ann David sebagai ratu sukan squasy dunia. Kejayaan beliau menyumbangkan emas untuk negara di Sukan Asia amat membanggakan kita semua.

Kita juga berharap kerajaan memberi pertimbnagan yang serius berkaitan dengan pertukaran pegawai wanita yang mengikut suami. apabila suami bertukar ke tempat lain yang jauh, isteri yang berkhidmat dengan kerajaan juga mestilah bersama suami mereka ke tempat baru. Perkara ini mesti diberi keutamaan bagi meningkatkan prestasi dan mutu kerja pegawai awam berkenaan.

Percayalah, Jika rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negara, nasib wanita akan terus terbela sebagaimana 52 tahun kita mencapai kemerdekaan. Kehidupan wanita Malaysia telah berubah hasil dari kemakmuran dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

wassalam.

No comments:

Contributors