Pages

Subscribe:

29 June 2011

Pilihanraya kita bersih.

salam blogger

Mutakhir ini sudah kedapatan insan yg tidak bertanggungjawab yang menyatakan bahawa sistem pilihanraya negara Malaysia adalah tidak telus dan bersih. Akibat dari itu ada insan india yang tidak bertanggungjawab yang menganjurkan demontrasi secara besar besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Kita nak nyatakatan kepada rakyat bahawa kalau sistem pilihanraya di negara kita tidak bersih dan tidak telus, mana mungkin pembangkang boleh menang dan membentuk kerajaan di 5 negeri. Lebih memilukan lagi parti memerintah yakni Barisan Nasional tidak mendapat majoriti 2/3 di Parlimen. PAS Kelantan pula telah memerintah lebih dari 20 tahun.

Malaysia adalah negara demokrasi yang menjalankan pilihanraya 5 tahun sekali. Dalam tempoh ini rakyat boleh membuat pilihan untuk memilih parti yang mereka suka untuk membentuk kerajaan. Kalau rakyat suka BN maka mereka akan undi BN, kalau mereka suka PR, maka undilah PR. Inilah bukti yang paling kukuh ketelusan sistem pilihanraya di Malaysia.

Dalam soal ini tidak paksaan. Rakyat bebas membuat pilihan. Kita tentu pernah mengundi. Saya rasa tidak ada orang boleh memaksa kita untuk mengundi mana mana parti. Tidak diletakkan pistol di kepala, kamu mesti mengundi Barisan Nasional. Namun syaratnya mereka mestilah menjadi pengundi berdaftar dengan SPR apabila mencapai umur 21 tahun.

Namun Ambiga Seravanan adalah seorang yg pakar undang undang tetapi sengaja ingin mencetuskan suasana tegang kononya nak buat ala Mesir dan Libya. Di Mesir dan Libya mana ada pilihanraya, sebab itulah seorang pemimpin boleh bertahan puluhan tahun berada di puncak kuasa. Di Malaysia , kita dah nak masuk pilihanraya yang ke 13 dan pucuk pimpinan sudah bertukar ganti.

Ambiga juga menuntut supaya SPR menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda. Mana ada orang mengundi 2 kali. Cuba tuan tuan fikir, ada tak dikalangan tuan tuan dan puan puan yang pergi mengundi 2 kali dalam setiap pilihanraya. Ini adalah niat jahat untuk mencetuskan ketegangan antara kita dan memburukkan Malaysia di mata dunia. Mereka begitu cemburu dengan kejayaan BN mentadbir negara ini.

Ambiga seorang bangsa India yang nak tiru cara India laksana pilihanraya. Di India tidak terdapat sistem daftar pemilih yang dibuat sebagaimana dinegara kita Malaysia. Oleh sebab itu mereka menggunakan dakwat kekal bagi mengelak pengundian 2 kali dan bukti bahawa seseorang itu telah mengundi, lebih lebih lagi ramai dikalangan mereka yang buta huruf.

Mereka nak tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara yg tidak telus. Apabila berlaku ketegangan dan pertempuran dengan pihak keselamatan sebagaimana di Mesir dan Libya maka senanglah pihak asing masuk campur dalam hal ehwal negara. Inilah yang dikehendaki oleh mereka. Sesetengah mereka nak melihat suasana aman dan keharmonian dalam negara ini hancur.

Mereka juga hendak mengadakan perhimpunan bersih ini kerana mereka bimbang tidak dapat menawan Putrajaya dalam pilihanraya ke 13. Ini kerana dalam beberapa pilihanraya terakhir ini, rakyat telah sedar bahawa pembangkang hanyalah sebuah parti yang hanya pandai berkata kata.


fikirkanlah.

28 Rejab/30 Jun 2011

27 June 2011

Ingat Israk dan Mikraj, Ingat Solat

Salam Perjuangan

Pertama dan utamanya saya ingin merakamkan ribuan kemaafan kerana sudah lama tidak menjengah dan memperbaharui blog ini. Kekangan masa dan kekurangan mood menyebabkan blog ini terbiar buat sekian lama.

Saya mendoakan rakan semua berada dalam lindungan ilahi. Moga moga kehidupan kita diatas muka bumi yang fana ini dilimpahi dan disirami kebahagiaan serta rahmat Allah swt.

Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun kembali ke bulan Rejab. Rasanya baru lagi kita berada dalam bulan Rejab 1431 H. Hari ini sudah masuk 25 Rejab 1432H. Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita semua untuk bertemu demngan bulan Rejab pada tahun ini. Kepada mereka yg telah pergi mendahului kita, kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka.

Rejab sangat sinonim dengan peristiwa besar dalam sejarah islam iaitu Israk dan Mikraj. Dari sudut bahasa Rejab bermaksud mulia atau terhormat. Ia adalah 4 bulan sangat mulia dalam islam selain dari Ramadhan.

Namun ada dikalangan kita yg tidak perasan dgn kedatangan Rejab akibat terlampau sibuk dengan pelbagai urusan sehinggalah Rejab meninggalkan mereka pun, mereka masih tidak sedar. Mereka ini akan termasuk kedalam org org yang sangat rugi.

Namun terdapat dikalangan kita yang meyambut dengan penuh kegembiraan terutamanya pada 27 Rejab dengan pelbagai majlis untuk memperingati peristiwa nabi menerima arahan menunaikan ibadah solat dari Allah. Insyallah dengan ingatan kepada peristiwa ini akan meningkat semangat kita untuk terus menjadikan solat sebagai ibadah utama kita.

Ada juga dikalangan kita gembira dengan kedatangan rejab kerana pada kiraan mereka Ramadhan semakin hampir. Inilah bulan yang sangat ditunggu tunggu oleh umat islam. kita doakan bersama supaya kita sempat untuk menikmati amalan Ramadhan, Insyallah.

Alhamdulillah di negara kita , banyak majlis majlis seumpama ini dilaksanakan untuk mengingatkan manusia dan sama sama berkongsi kegembiraan menunaikan ibadat solat. Ibadat ini adalah anugerah Allah kepada Rasulullah dan umat manusia . Kefardhuan solat yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammmad pada malam tersebut adalah merupakan keizinan Allah kepada kita umat Nabi Muhammad untuk terus berhubung dengan Allah 5 kali sehari semalam.

Ia amat berbeza sama sekali dengan ibadat ibadat yang lain kerana ibadat solat diterima terus dari Allah tanpa perantaraan malaikat.

Menyedari betapa pentingnya solat 5 waktu, maka marilah kita jadikan sepanjang bulan Rejab dan bulan bulan yang lain ibadat solat ini dapat ditunaikan sepenuh hati kerana ia adalah ibadat yang tidak boleh ditukar ganti.

Akhirnya, dalam kita mengingati peristiwa ini, jangan kita lupa kepada Masjidil Aqsa yang menjadi tempat baginda berpijak sebelum dimikrajkan. Masjidil Aqsa juga menjadi kiblat umat islam selama 17 bulan di zaman Rasulullah. Kita doakan agar masjid ini diselamatkan oleh Allah yang maha kuasa dari cengkaman yahudi, insyallah.

wassalam


25 Rejab 1432/ 27 Jun 2011