Pages

Subscribe:

27 June 2011

Ingat Israk dan Mikraj, Ingat Solat

Salam Perjuangan

Pertama dan utamanya saya ingin merakamkan ribuan kemaafan kerana sudah lama tidak menjengah dan memperbaharui blog ini. Kekangan masa dan kekurangan mood menyebabkan blog ini terbiar buat sekian lama.

Saya mendoakan rakan semua berada dalam lindungan ilahi. Moga moga kehidupan kita diatas muka bumi yang fana ini dilimpahi dan disirami kebahagiaan serta rahmat Allah swt.

Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun kembali ke bulan Rejab. Rasanya baru lagi kita berada dalam bulan Rejab 1431 H. Hari ini sudah masuk 25 Rejab 1432H. Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita semua untuk bertemu demngan bulan Rejab pada tahun ini. Kepada mereka yg telah pergi mendahului kita, kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka.

Rejab sangat sinonim dengan peristiwa besar dalam sejarah islam iaitu Israk dan Mikraj. Dari sudut bahasa Rejab bermaksud mulia atau terhormat. Ia adalah 4 bulan sangat mulia dalam islam selain dari Ramadhan.

Namun ada dikalangan kita yg tidak perasan dgn kedatangan Rejab akibat terlampau sibuk dengan pelbagai urusan sehinggalah Rejab meninggalkan mereka pun, mereka masih tidak sedar. Mereka ini akan termasuk kedalam org org yang sangat rugi.

Namun terdapat dikalangan kita yang meyambut dengan penuh kegembiraan terutamanya pada 27 Rejab dengan pelbagai majlis untuk memperingati peristiwa nabi menerima arahan menunaikan ibadah solat dari Allah. Insyallah dengan ingatan kepada peristiwa ini akan meningkat semangat kita untuk terus menjadikan solat sebagai ibadah utama kita.

Ada juga dikalangan kita gembira dengan kedatangan rejab kerana pada kiraan mereka Ramadhan semakin hampir. Inilah bulan yang sangat ditunggu tunggu oleh umat islam. kita doakan bersama supaya kita sempat untuk menikmati amalan Ramadhan, Insyallah.

Alhamdulillah di negara kita , banyak majlis majlis seumpama ini dilaksanakan untuk mengingatkan manusia dan sama sama berkongsi kegembiraan menunaikan ibadat solat. Ibadat ini adalah anugerah Allah kepada Rasulullah dan umat manusia . Kefardhuan solat yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammmad pada malam tersebut adalah merupakan keizinan Allah kepada kita umat Nabi Muhammad untuk terus berhubung dengan Allah 5 kali sehari semalam.

Ia amat berbeza sama sekali dengan ibadat ibadat yang lain kerana ibadat solat diterima terus dari Allah tanpa perantaraan malaikat.

Menyedari betapa pentingnya solat 5 waktu, maka marilah kita jadikan sepanjang bulan Rejab dan bulan bulan yang lain ibadat solat ini dapat ditunaikan sepenuh hati kerana ia adalah ibadat yang tidak boleh ditukar ganti.

Akhirnya, dalam kita mengingati peristiwa ini, jangan kita lupa kepada Masjidil Aqsa yang menjadi tempat baginda berpijak sebelum dimikrajkan. Masjidil Aqsa juga menjadi kiblat umat islam selama 17 bulan di zaman Rasulullah. Kita doakan agar masjid ini diselamatkan oleh Allah yang maha kuasa dari cengkaman yahudi, insyallah.

wassalam


25 Rejab 1432/ 27 Jun 2011

1 comment:

Abu Idris said...

arrayah.info - 28 Rajab – Hari Di Mana Umat Islam Kehilangan Perisainya (KHILAFAH)

Contributors