Pages

Subscribe:

29 August 2010

Politik di bulan Ramadhan

Salam 2 all

Ketika ini umat islam sedang tekun menunaikan ibadah Ramadhan. Ramadhan sudah sampai ke kemuncaknya . Kita sudah berada di 10 terakhir Ramadhan. Ketika inilah umat islam sedang berlumba lumba mengerjakan amal ibadah bagi bekalan ke tempat yang kekal abadi buat selama lamanya.

Namun dalam keghairahan ini, meletup beberapa isu yang menyentuh sensitivi umat islam lebih lebih lagi du bulan ini. Bermula dengan isu khutbah jumaat di Pulau Pinang yang membuang doa kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan digantikan doa kepada Ketua Menteri, Lim Guang Eng. Sanggup buang doa kepada ketua Negara Islam dan gantikan dengan kafir harbi.

Doa ini banyak mengejutkan semua pihak, lebih lebih lagi ia dibaca dalam khutbah Jumaat. Adakah tidak ada tempat lain untuk mengucapkan kesejahteraan atau pun Lim Guan Eng diberi taufik dan hidayah untuk memeluk agama islam. Saya jugak tertanya tanya, adakah pemimpin ini layak digelar seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

Apakah sebab PAS begitu memuja Lim Guang Eng ini. Bagi saya , Kalau Lim betul betul ikhlas , Lim boleh lah memeluk agama islam. kalau tidak , Lim Guang Eng ini hanyalah berlakon menipu PAS dan menipu rakyat umat melayu untuk menyokong PR. Itu sahaja matlamat mereka.

PAS tetap mempertahankan Lim Guang Eng walaupun Lim bermati matian menentang penubuhan negara islam malaysia oleh PAS. Lim tetap akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Bagi rakyat yang matang dan berilmu, bagaimana kalau mereka berjaya menjadi pemerintah. Oleh kerana pada masa ini , mereka masih belum berkuasa, semua perkara amat senang untuk diucapkan.

Begitu juga dengan isu MP serdang yang menyampaikan ucapan diruang sembahyang di surau Al Huda Kajang. Saya tidak mempertikan ucapan tersebut tetapi tidak ada tempat lainkah untuk mebuat ucapan. bayak lagi tempat seperti di dewan orang ramai, padang dan sebagainya.

Majlis ini boleh dilaksanakan di kawasan sekitar surau berkenaan. Namun ada orang kata ia adalah untuk mendekatkan mereka dengan islam tetapi pada saya niatnya adalah bukan untuk mendekatkan mereka pada islam. Ia adalah tujuan politik iaitu bagi menarik sokongan kepada pihak pihak tertentu, bukan untuk tujuan dakwah dan agama.

Difahamkan majlis tersebut adalah penyampaian angpau raya. Diakhirnya sudah pasti memohon jemaah surau supaya ucap terima kasih, bersyukur dan jangan lupa menyokong DAP dalam pilihanraya akan datang. MP ni pula siap duduk di depan, tempat kita sujud mengabdikan diri kepada Allah.

Apa akan jadi, kalau selepas ini Masjid atau Surau menjadi tempat mereka turun naik bagi majlis politik. Namun seperti diduga PAS akan memberi menyokong kepada MP Serdang. Amat murah nilai umat islam, jika keadaan ini berlaku. Umat islam di Gaza sentiasa memastikan masjid mereka tidak dimasuki oleh kuffar walau pun satu inci.

Wassalam

20 Ramadhan 1431
29 ogos 2010

27 August 2010

RM 500.00 seorang

Salam 2 all

Kerajaan sekali lagi membuktikan kepekaan terhadap kakitangan awam diseluruh negara. Menjelang 2 minggu Idul Fitri, Perdana Menteri mengumumkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM 500.00 kepada semua kakitangan awam gred 1 hingg 54 dan kepada semua 590,000 ribu pesara kerajaan.

Walaupun kita nampak angka itu tidaklah sebesar mana, tetapi agak besar kepada perbendaharaan negara kerana ia melibatkan peruntukkan hampir RM 1 bilion. Ia menepati slogan rakyat didahulukan. Ucapan terima kasih hendak dihulurkan kepada YAB perdana Menteri atas pengumuman tersebut dan syukur pada Allah.

Ia bolehlah digunakan untuk membuat persiapan menjelang Idul fitri tahun ini. Pada saya 100% kakitangan awam amat bersetuju dengan pemberian ini sama ada kakitangan awam yang menyokong dan menentang kerajaan.

Saya sebutkan begitu kerana terdapat segelintir kakitangan awam yang hebat menentang kerajaan dengan pelbagai cara sedangkan pada waktu yang sama mereka mencari rezeki dengan kerajaan. Sepanjang dari pengalaman saya berkhidmat dengan kerajaan, kerajaan tidak pernah menzalimi kakitangan awam. setiap bulan, gaji dibayar mengikut jadual. .Banyak kemudahan yang disediakan berbanding dengan rakyat biasa.

Namun bagi kakitangan awam, kita boleh menilai bagaimana kerja buat kita. Adakah gaji yang dibayar berbaloi dengan kerja yang kita laksanakan. Penilaian ini boleh dibuat oleh diri kita sendiri. Kalau kita diperukkan 8 jam sehari untuk bekerja. Agak agaknya berapa jam kerja kita yang sebenar?

Saya percaya selepas ini, kita akan menuntut bayaran bonus pula. Insyallah kerajaan akan tunaikan. Jesteru itu , marilah kita sama sama bekerja keras bagi memastikan negara terus makmur. Janganlah kita terikut rikut dengan dakyah pembangkang yang mahu merosakkan negara. Sebagai kakitangan kerajaan , peranan dan sokongan kita amat penting.

18 ramadhan 1431H
28 Ogos 2010

22 August 2010

Suasananya amat berbeza

salam 2 all

Alhamdulillah , puasa Ramadhan telah masuk fasa yang kedua iaitu fasa keampunan Allah s.w.t. fasa pertama merupakan rahmat Allah telah berlalu pergi meninggalkan kita. Moga moga kita telah berpuas hati dengan ibadat di fasa pertama.

Di awal Ramadhan saya banyak menghadiri majlis dengan rakyat khususnya program pengagihan bantuan bagi keperluan di bulan puasa dan juga persediaan Hari Raya Idul Fitri. Bermula dengan agihan zakat, kemudian majlis bantuan dana Raya, selepas itu saya turun ke kampung kampung bagi bertemu dengan penerima bantuan kebajikan.

Bagi agihan zakat , Kerajaan memperuntukkan RM 350.00 seorang, bagi bantuan dana raya pula kerajaan memperuntukkan RM 200.00, RM 300.00 dan RM 400.00 bergantung kepada kelayakan masing masing. Begitu juga dengan bantuan kebajikan masyarakat. Di pertengahan Ramadhan ini pula, kita akan mula agihkan buah kurma sumbangan Kerajaan untuk setiap rumah. Inilah bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia.

Inilah yang disebutkan, bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan bagi kita rakyat Malaysia. Dalam pada itu saya teringat kepada peristiwa yang berlaku ke tempat lain. Saya mendengar cerita dari Kelab Putera 1 Malaysia dalam misi ke Palestin baru baru ini. Begitu sedih mengenangkan peristiwa menyayat hati dinegara ini.

Mereka merupakan manusia seperti kita, tetapi kehidupan mereka amat berbeza dari kehidupan kita. Mereka berjuang dengan titisan darah bagi mempertahankan tanah air , meyelamatkan keluarga mereka, menyelamatkan harta benda mereka. Nyawa menjadi taruhan. kematian sudah menjadi perkara . Bagaimana mereka menjalani bulan rahmat ini agaknya.

Anak anak kecil yang tidak berdosa dan tidak tahu apa apa menjadi mangsa. Semenanjung Gaza mempunyai 1.4 juta orang. Kawasan ini tidak ada bekalan elektrik, Elektrik hanya berfungsi 6 jam sehari sahaja. Cuba bayangkan kalau kita ada elektrik hanya 6 jam sehari. Mereka juga mengatakan tidak ada satu rumah pun di Gaza city yang tidak ada kesan tembakan atau kesan peluru di rumah mereka.

Keadaan kesihatan disana juga amat teruk. Penyakit berjangkit seperti cirit birit mudah merebak kerana bekalan ubat ubatan yang amat kurang. Ia ditambah pula pihak Israel tidak membenarkan pesakit dirawat di luar Palestin.

Bekalan makanan yang diagih pula menjadi rebutan. Mereka berebut rebut untuk mendapatkan bekalan walau pun jaminan diberi bahawa bekalan cukup dan semua org akan dapat namun mereka tetap berebut kerana bimbang meraka tidak dapat.

Kita sangat hairan, dalam suasana negara mereka sedemikian , mereka masih tidak dapat bersatu diantara satu sama lain. Hamas dan Fatah masih lagi bercakaran antara satu sama lain. Oleh yang demikian kita tak boleh salahkan 100% Israel. Yang salah adalah bangsa mereka sendiri. Saya cukup yakin kalau bangsa mereka bersatu, Israel tidak berani untuk bermaharaja lela membenam bangsa mereka.

Kalau nak sebut soal bantuan raya, bantuan Ramadhan, bantuan pakaian sekolah, bantuan komputer dan lain lain bantuan amat jauh bagi mereka. Mereka tidak impikan perkara perkara ini. Apa yang mereka perlukan ialah bantuan makanan dari negara luar untuk meneruskan kelansungan kehidupan di bumi mereka sendiri.

Itulah penderitaan yang mereka hadapi, dalam kita menikmati kemewahan hidup, kemewahan makanan di negara ini. Di Malaysia, setiap ptg bazar Ramadhan dipenuhi dengan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa. Kita dapat bersolat terawih di malam hari dengan begitu baik. Itulah Malaysia, Alhamdulillah, banyak banyak kita bersyukur.

Wassalam

20 August 2010

Didik tabiat menabung dari kecil



BUKIT PAYONG - Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong mengorak langkah awal dengan menaja hampir 1,800 pelajar di DUN Bukit Payong bagi pembukaan akaun Tabung Haji sebagai galakan menabung.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda berkata, buat peringkat permulaan, dua buah sekolah telah dipilih sebagai projek perintis bagi program tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong dan SMK Tun Telanai.

Menurutnya, program itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3,000 dan dijadikan sebagai penanda aras bagi melihat kejayaan serta keberkesanan program berkenaan yang mula diperkenalkan pada tahun ini.

“Sebenarnya, program tajaan ini adalah sebagai asas bagi membolehkan golongan sasar menabung pada peringkat awal lagi, termasuk bagi mereka yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.

“Kita harapkan ia akan menjadi pendorong untuk mereka menabung, walaupun sedikit tapi ia akan mendidik mereka lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam menguruskan kewangan dengan berhemah serta dengan cara betul,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Tajaan Pembukaan Akaun Tabung Haji di SMK Tun Telanai, semalam. Seramai 860 pelajar sekolah itu berjaya membuka akaun pada majlis itu.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata, pihaknya bercadang memperluaskan program tajaan itu ke sekolah rendah pula bermula tahun depan.

“Kita mendapat maklum balas yang baik daripada ibu bapa dan pihak sekolah mengenai program ini. Saya melihat ia sebagai satu petanda baik dan mungkin kita akan menaja lebih ramai pelajar selepas ini kerana kita mahu mereka belajar menabung sejak kecil,” katanya.

Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata, zaman persekolahan seharusnya digunakan sebaik mungkin dan pelajar tidak mensia-siakan peluang untuk menuntut ilmu.

“Seharusnya kita menanam azam untuk merubah nasib keluarga, terutamanya mereka yang datang daripada keluarga miskin dan berazam untuk tidak mewarisi kemiskinan keluarga.

"Sepatutnya kita berasa malu untuk terus bergantung kepada bantuan kerajaan sedangkan kita berpeluang merubahnya kepada yang lebih baik,” katanya.

18 August 2010

Puasa zaman budok budok di Kg. Surau Hj. Yaacob

salam 2 all

Ramadhan sudah masuk hari kelapan. Mudah mudahan kita terus berada di landasan yang betul dan diredhai Allah.

Puasa zaman budok budok memang menyeronokkan. Ianya satu pengalaman yang cukup bermakna. Kadang kadang ianya cukup meletihkan kerana pada masa sekolah rendah saya pergi ke sekolah dengan basikal, kadang kadang berjalan kaki. Bila jalan kaki balik sekolah tu, faham faham je lah. Matahari duk atas kepala. jarak rumah ke SK Bukit Payong dalam 2 KM.

Balik sekolah mesti tidur kat bawah rumah. Ianya amat dingin kerana dilamar oleh angin sepoi sepoi bahasa. Pada sebelah ptg biasanya mak suruh pergi hantar makanan ke rumah tok wan sebelah mak dan tok ki sebelah ayah. Tok wan sebelah ayah meninggal masa saya kecil lagi. Mak saya memang orang yang suka masak sampailah sekarang.

Tp kadang kadang perasaan nak marah ada juga sebab balik sekolah, kena pergi Kedai Buluh beli ikan. Dah lah kita letih balik sekolah. sabor je lahhh. Pergi jugak tp dalam keadaan tidak rela.

Disamping itu , makanan ini juga dihantar ke rumah jiran jiran berdekatan. Antaranya rumah arwah Pok De, Mok Cek, Arwah Mok Nik dan Pok Ngoh Loh dan rumah Mek Wok. Kepada arwah, kita sedekahkan al fatihah kepada mereka, semoga mereka ditempatkan dilangan orang orang soleh. Ingatan saya terhadap mereka masih segar.

Makanan wajib dibulan ramadhan ini lalah cendol dan mee goreng. Itu makanan kegemaran kami adik beradik. Apa yang tidak dapat dilupakan ialah pada sebelah ptg kami kikis tebu untuk dibuat airnya secara sendiri. Mesin air tebu ciptaan ayah saya. Memang unik mesin ini tapi sayang masa tu saya tak ada kamera untuk ambil gambar. Tebu akan dikepit bagi mengeluarkan airnya. Ini akan menjimatkan perbelanjaan kami sekeluarga.

Terawih merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan. Saya akan ikut ayah berbasikal ke masjid. Kebetulan ayah merupakan Imam di Masjid Hj. Yaacob. Peluang untuk mendekati orang orang tua mungkin menjadikan saya seorang yang berani ke hadapan. Biasanya lps solat terawih ayah dan beberapa orang lama akan berada di berandar masjid sambil berbual. Oleh kerana nak balik sorang takut, maka kena tunggu mereka selesai urursan, barulah kami balik.

Oleh kerana selalu ikut ke masjid, saya memberanikan diri untuk azan di masjid masa ketiadaan bilal. Masih segar dalam ingatan saya mula mula azan kat masjid masa berumur 13 tahun. Pernah sekali masa azan subuh terlupa nak ucap " Assolathukhairun minan naun" riuh orang dalam masjid.

Moreh adalah satu kewajipan di kampung saya. sampai sekarang pun ia masih diamalkan. AJK masjid akan menetapkan jadual untuk penyediaan moreh ini. Antara makanan popular ialah ketupat pulut, otot otot, pulut panggang dan sebagainya. kalau dalam tahun 70an dulu, orang tuan bercerita, cendol merupakan makanan popular di masjid ini.

Itu adalah catatan sedikit pengalaman puasa masa berada di sekolah rendah walau pun dalam serba kesusahan. Alhamdulullah kini kami adik beradik berjaya dengan kerjaya masing masing. Begitu juga dengan waarga kampung yang lain kerana 90% bekerja sebagai petani. Namun sebahagian besar dari anak mereka telah berjaya sehingga ada yang jadi Timbalan ketua Pengarah Pendaftaran, Pensyarah, Pegawai kanan kerajaan dan syarikat, guru ,peniaga dan lain lain lagi. alhamdulillah.

16 August 2010

Kenapa mesti DAP

Salam 2 all

Hari ini masuk hari ke 7 Ramadhan. Tentunya kita umat islam berada kegembiraan Ramadhan. Semua ini dapat dikecapi hasil hari kemakmuran dan kestabilan politik negara. Kita bebas untuk melaksanakan amal ibadah sebanyak mana yang kita mahu. Alhamdulillah.

Baru baru ini DAP telah mengumumkan akan memberi habuan RM 1000.00 seorang kepada warga emas jika PR dapat memerintah negara ini. Pengumuman ini tidak mendatangkan kejutan kepada kita kerana mereka memang pandai untuk menabur janji.

Apa yang mereka janji di Selangor dan Pulau Pinang pun tidak mampu untuk ditepati, inikan pula jika dapat memerintah negara ini. Perkara ini sudah lama dilaksanakan oleh Kerajaan BN kerana warga emas di Malaysia sekarang ini menerima RM 1400.00 setahun melalui bantuan bulanan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 200 sebulan.

Tak pe lah kalau mereka nak berjanji pun, tp yang menghairankan, kenapa kenyataan ini dikeluarkan oleh DAP. Apakah ini persetujuan bersama PKR dan PAS atau sebaliknya. PKR dan PAS pula membisu tidak membuat ulasan pengumuman yang dibuat oleh DAP.

Kenapa ia kenyataan ini tidak dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang. Dengan pengumuman yang dibuat oleh DAP ini, jelaslah bahawa parti yang paling berkuasa dalam PR adalah DAP. DAP lah nampaknya menjadi ketua mereka, sama macam kerajaan negeri Perak semasa dibawah PR. Walau pun PAS menjadi Menteri Besar tapi banyak keputusan dibuat oleh DAP kerana mereka mempunyai majoriti terbesar.

Nampaknya hal yang sama berlaku sekali lagi dalam PR, walau pun PKR menjadi Ketua Pembagkang tapi majoriti kerusi dimiliki oleh DAP. Yang lain hanya menjadi pak turut sahaja. Adakah anda rela keadaan ini berlaku.

Renungkanlah ayat firman Allah yang bermaksud " Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang orang kafir sebagai pemimpin selain dari orang mukmin. Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi Allah menghukum kamu".( An nisa' ayat 144).

Fikir Fikirkan lah


7 Ramadhan 1431 H
17 Ogos 2010

14 August 2010

Pengembaraan Ramadhan

Salam 2 all

Hari ini dah masuk hari ke 5 Ramadhan berkunjung. Begitu cepat masa berlalu, kadang kadang tidak kita sedari. Alhamdulillah masjid masih lagi dipenuhi jemaah setiap waktu Solat Isyak & Terawikh serta waktu Subuh.

Beberapa hari sebelum Ramadhan, Kita telah agihkan bantuan zakat untuk keperluan fakir dan miskin menghadapi Ramadhan dan Hari Raya. Alhamdulillah mereka semua begitu gembira dengan bantuan zakat ini. Selang beberapa hari selepas itu ramai yang berkunjung kerumah dan pejabat saya bagi memaklumkan mereka tidak menerima bantuan zakat pada tahun ini.

Bagi makluman semua, pemilihan dibuat oleh JKKK, Jawatankuasa Masjid dan para Amil yang dilantik. Bagi pak cik, mak cik, iba bapa sekalian, saya akan ambil perjalanan seterusnya diatas makluman yang diberikan. Kita cukup faham diatas rayuan semua untuk membeli kelengkapan Ramadhan dan pakaian raya anak anak. Itulah rayuan oleh mereka. bagi yang layak kita akan pertimbangkan. Insyallah.

Setakat ini tidak ada yang jumpa saya untuk datang bantuan ini dengan mengatakan saya tidak layak menerimanya atau sebagainya. Kalau ada alhamdulillah. Oleh sebab itu lah dalam setiap ucapan, saya selalu memaklumkan bahawa gunakanlah setiap bantuan yang diberi bagi tujuan yang berfaedah. Utamakanlah pendidikan kepada anak anak masing masing.

Dengan ilmu sahajalah, kita dan anak anak akan dapat keluar dari belenggu kemiskinan. Jika anak anak berjaya, saya penuh yakin keluarga tersebut akan keluar daripada kemiskinan. Kemiskinan kita sekarang bukan alasan untuk mengabaikan soal pendidikan anak anak. Kerajaan sedia membantu.

Pada hari pertama Ramadhan, Saya bersama penyelaras Wanita UMNO DUN serta Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat kunjungan ziarah Ramadhan bagi bertemu dengan warga emas, Orang sakit dan uzur.

Banyak pengajaran yang diperolehi dalam lawatan ini. Bagi kita yang sihat , mungkin tidak memikirakan masalah sakit. Bagi seorang pesakit di Kg Paya Resak yang saya kunjungi sudah tidak sedarkan diri selama 3 bulan. Terbaring diatas tilam, tidak boleh bercakap dan bangun. Hanya isteri tercinta yang menguruskan segala galanya.

Saya tanya isteri tersebut, " bagaimana uruskan suami sedangkan puan tidak bekerja" Si isteri menjawab dengan nada perlahan, dia menggunakan duit simpanan yang terdahulu dan sumbangan orang ramai. Insyallah selepas ini , kita akan bagi bantuan bulanan kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Semalam saya bersama isteri ziarah seorang anak muda yang baru mempunyai 1 orang anak di Kg. surau Hj. Yaacob. Pihak hospital tidak dapat mengesan panyakit yang dialami oleh beliau. Beliau hanya mampu terbaring diatas tilam. Badannya pun dah nampak kurus. Emak mertuanya memaklumkan bahawa menantunya ini begitu bersemangat untuk berpuasa tp apakan daya , tubuhnya lesu tidak bermaya. Alhamdulillah kerajaan telah memberi bantuan bulanan kepada isteri beliau bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Pengalaman ini, saya cungkilkan dalam tulisan ini untuk tatapan semua supaya kita harus sentiasa beringat. Saya tidak mampu untuk menceritakan satu persatu. Hidup ini bukan selalunya indah. Dugaan dan ujian dari Allah harus kita tempuhi. Bagi yang sihat kita pakat guna gunakan Ramadhan ini dengan sebaik yang mungkin. Insyallah.

Muhasabah diri.

5 Ramadhan 1431 H
15 Ogos 2010 M

11 August 2010

Hari Pertama Ramadhan

Salam 2 all

Hari ini merupakan hari pertama umat islam di Malaysia berpuasa.Alhamdulillah saya dapat lalui hari pertama dengan begitu baik sekali. Harapannya begitu jugalah dengan sahabat sahabat yang lain.

Pada hari pertama Ramadhan ini, kita perhatikan ianya tidak banyak perbezaan dengan tahun yang sebelumnya. Suasana begitu meriah. Segala galanya meriah.

Kemeriahan pertama dapat dilihat ialah di pasar pasar Ramadhan. Begitu ramai masyarakat kita yang berkunjung ke bazar bazar Ramadhan. Hari ini saya tak singgah ke ke bazar Ramadhan, cuma melintasi bazar Ramadhan sahaja. Saya perhatikan ada sesetengah orang yang membeli begitu banyak makanan.

Siapa nak makan agaknya?. Biasanya hikmat berpuasa ni, kita tak perlu makan banyak kerana makan sedikit pun kita sudah merasa kenyang. Adalah diharapkan kita tidak membazir dibulan yang mulia ini. Sepatutnya di bulan ini kita dapat menjimatkan perbelanjaan harian kalau kita betul betul mendalami falsafah ibadat puasa.

Jemaah di masjid juga kelihatan agak ramai di malam pertama untuk menunaikan solat sunat terawih dan ibadat ibadat yang lain. Alangkah indahnya hidup kita jika pada bulan bulan yang lain juga suasana di Rumah Allah ini sebagaimana di Bulan Ramadhan.

Namun kebiasaannya , ia tidak mampu untuk bertahan lama. Ia akan menjadi semakin renggeh ( sedikit) diakhir Ramadhan. Sepatutnya di akhir Ramadhanlah jemaah semakin ramai kerana 10 malam terakhir terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadr.

Apa yang lebih menarik, jemaah di waktu subuh juga telah meningkat dengan begitu ketara. Waktu subuh dibulan bulan yang lain agak payah untuk mencari jemaah yang ramai kerana masing masing nyenyak dibuai mimpi.

Dikebanyakan masjid solat sunat terawih diimamkan oleh imam hafiz yang dijemput khusus. Apa yang membanggakan saya kebanyakan mereka adalah terdiri dari anak anak muda. Inilah kehebatan pemuda di negara kita. Alunan ayat ayat suci Al Quran yang dibaca membuatkan jemaah begitu khusyuk mengerjakan solat sunat terawih.

ini adalah sebahagian dari suasana dan nikmat yang terdapat di tempat kita. saya terbaca blog YB Zulkifli Nordin yang kini berada di Gaza, Palestin. Suasana di Gaza sangat panas pada ketika ini. Suasananya amat berbeza di tempat kita. suasana tegang dan serangan Israel masih lagi berlaku di Gaza.

Bekalan elektrik pula hanya 8 jam sehari. Bekalan air pula kejap ada, kejap tak ada. Saya tak dapat nak bayangkan suasana Ramadhan di sana. Mereka mungkin berbuka dengan ala kadar sahaja berbanding dengan kita. Kerajaan mereka pun tak mampu untuk memberi bantuan kepada rakyat sendiri.

Oleh yang demikian marilah kita sama sama muhasabah diri dan banyakkan syukur di atas nikmat kurniaan ilahi.

Wassalam

1 Ramadhan 1431H
11 Ogos 2010


09 August 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.

Salam 2 all

" Wahai Orang orang yang beriman, Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang orang yang terdahulu dari kamu, mudah mudahan kamu bertakwa" ( Al Baqarah ayat 183)

Marhaban Ya Ramadhan, Selamat datang Ramadhan.

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah kerana kurang 24 jam lagi, Ramadhan akan bersua dengan kita seluruh umat islam. Ini lah bulan yang dinanti nantikan oleh sesiapa yang ingin melaksanakan ibadah berganda.

Tentunya kita semua bergembira dengan kedatangan bulan yang mulia ini dengan dada yang lapang, jiwa yang tenang dan dengan hati yang tenteram. Pengembaraan Ramadhan akan bermula, insyallah.

Siang harinya kita menahan diri dari lapar dan dahaga serta segala perkara yang dilarang oleh Allah, manakala di malam harinya akan dihiasi dengan amalan amalan yang lain. Kita sudah pasti rindukan solat sunat terawih, berbuka puasa, bersahur, bertadarus Al quran, Qiamullail, berzikir, solat solat sunat dan lain lain ibadah lain.

Inilah kehebatan dan ketinggian Ramadhan. Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya terlepas dari neraka jahannam. Inilah yang ingin dikejar oleh setiap insan dipenghujung usia iaitu terlepas dari siksaan Allah. Bg orang yang beriman siangnya pendek dan malamnya amat panjang untuk melaksanakan ibadah dan bertaubat.

Ramadhan juga akan dapat menuwujudkan keakraban dan kasih sayang dikalangan anggota keluarga. Jika sebelum ini kita jarang makan bersama, namun Ramadhan sudah pasti kita akan berbuka bersama antara ayah, abu dan anak anak. Insyaalah ikatan kasih sayang antara anggota keluarga akan bertambah erat hasil dari tarbiah Ramadhan. Jika diamalkan berterusan, maka masalah sosial dikalangan muda mudi akan dapat dikurangkan.

Bersempena Ramadhan tahun ini, marilah kita sama sama mempersiapkan diri dengan lebih awal ke masjid bagi menunaikan solat sunat terawih walaupun hukumnya sunat. Begitu juga dengan solat subuh, sesungguhnya Ramadhan juga mentarbiah kita untuk bangun diawal pagi kerana diwaktu pagi ini banyak kelebihannya.

Kita juga berdoa supaya kita tidak tewas di pengakhirannya. Sesungguhnya ramai insan yang tewas di penghujung bulan yang mulia ini walaupun mereka mencapai kemenangan di awalnya. Jangan kita disibukkan dengan kuih raya, baju raya, kasut raya dan sebagainya sehingga kita mengabaikan 10 terakhir Ramadhan kerana disinilah terletak segala kelebihan termasuklah 1 malam yang lebih baik daro 1000 bulan.

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapan selamat menyambut Ramadhan al mubarak buat semua muslimin dan muslimat termasuk mereka yang setia dengan blog saya khususnya buat warga DUN Bukit Payong. Kita doakan supaya kita terus diberi kekuatan dari hari pertama hinggalah Ramadhan berakhir.

Wassalam

7.30 pg
29 Syaaban 1431 H
10 Ogos 2010

07 August 2010

Zakat, kegembiraan buat yag miskin menjelang Ramadhan.

Salam 2 all

Hari ini 27 Syaaban 1431 H. dalam masa 2 atau 3 hari lagi seluruh umat islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Tentu kita semua bergembira dengan kedatangan bulan rahmat ini.

Namun, mungkin ada sebahagian dari kita banyak berfikir menjelang kehadiran bulan yang mulia ini terutanya bagi golongan fakir dan miskin. Dalam kepala mereka tentunya memikirkan hal anak anak. Anak anak kecil yang mungkin tidak memahami kesusahan ibu bapa mereka akan banyak meminta. Mungkin anak anak ini nak berbuka puasa dengan makanan yang lebih enak dari bulan bulan yang lain.

Lebih memilukan apabila menjelang hari raya. Anak anak ini nak baju raya baru dan sebagainya. Saya dapat merasakan keadaan ini kerana saya juga adalah dari keluarga yang agak susah pada satu ketika dahulu. Saya cukup faham situasi yang dihadapi oleh mereka.

Bagi meringankan beban yang ditanggung, pada hari ini pihak MAIDAM telah mula mengagihkan bantuan zakat kepada penduduk di DUN Bukit Payong di Masjid Kg. Undang. Seramai 997 orang warga miskin telah mendapat bantuan ini.

Kadar bantuan yang diberikan pada tahun ini juga telah dinaikkan sebanyak RM 100.00. Ini bermakna setiap penerima bantuan zakat ini akan menerima RM 350.00 seorang bagi satu keluarga. Ia melibatkan perbelanjaan RM 348,000.00

Saya dapat melihat wajah wajah ceria mereka. Mewakili kerajaan amat berharap bantuan ini dapat digunakan sepenuhnya bagi menghadapi Ramadhan dah Hari raya tahun ini. Insyallah dengan ini, kita juga akan dapat melipatgandakan amalan dan ibadah dibulan yang mulia ini kerana kita sudah tidak perlu banyak memikirkan soal kewangan.

Kepada JKKK, Jawatankuasa Masjid dan Amil amil, saya ucapkan terima kasih semua kerjasama yang diberikan bagi memastikan penerima bantuan dapat menerima bantuan masing masing pada hari ini. Semoga amal jariah kita mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t.

Wassalam.

02 August 2010

Kemana kita akhirnya?

Salam 2 all

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih setia dengan blog saya. Sebarang pandangan yang membina akan terus saya amalkan. Terima kasih kpd saudara Ahmad yang nampaknya begitu setia dgn blog saya. Terima kasih banyak atas ulasan dan pandangan yang diberikan.

Masyarakat kita nampaknya semakin bercelaru dari sehari ke sehari. Pada tahun 50 an, 60 an, 70 an keadaan masyarakat malaysia terutamanya masyarakat melayu berada dalam keadaan stabil walaupun pada masa itu mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Dari tahun ke tahun kerajaan bekerja keras bagi meyediakan kemudahan pendidikan dinegara kita. Tujuannya adalah bagi mempastikan rakyat mendapat pendidikan yang sempurna.

Hari ini , boleh dikatakan 95 % rakyat Malaysia sudah celik huruf. Nampaknya usaha yang dilakukan oleh kerajaan telah menampakkan hasilnya. Rakyat sudah memiliki ilmu yang sempurna dan negara telah berubah kearah yang lebih baik, sehinggakan kereta sudah terdapat dihampir setiap rumah di Malaysia.

Namun apa yang dilihat, semakin cerdik dan berilmu masyarakat kita, nampak semakin menebal perpecahan umat kita walaupun Allah sentiasa mengingatkan kita ' Hendaklah kamu berpegang kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah". Kadang kadang orang yang berilmulah yang akan merosakkan sesuatu bangsa.

Kita juga sering mendengar perkataan boikot barangan yahudi, Kita boleh boikot tetapi sampai ketahap mana kita mampu untuk memboikot. Golongan yahudi ini saban hari berfikir untuk mencipta alatan baru dalam dunia keilmuan mereka. Mereke sentiasa memikirkan, bagaimana untuk memajukan bangsa mereka. Bagaimana kita nak boikot komputer dalam dunia sekarang sedangkan komputer sudah menjadi darah daging manusia pada zaman ini. Ilmu ini dikuasai oleh mereka. Saya sering berjumpa dengan masyarakat kita yang menampal perkataan boikot yahudi di cermin keretanya, tetapi beliau sedang mengisi minyak di Caltex. Ni lah sikap orang kita yang taaksub dengan membuta tuli namanya.

Apa yang kita buat untuk kemajuan umat ini. Umat melayu islam sering menghabiskan masa dengan bercakaran sesama sendiri. Banyak masa dihabiskan dengan sesi ceramah, kutuk mengutuk terutamanya oleh pembangkang saban malam diseluruh pelusuk Tanah Air. Mungkin sedikit kesilapan kerajaan, akan dijaja oleh mereka sebesar besarnya dan seburuk buruknya. Apa yang baik pula tidak pernah diucapkan tahniah atau dimaklumkan dalam ceramah mereka. Inilah sikap orang kita.

Banyak projek yang dilaksakan akan dianggap sebagai pembaziran wang rakyat sedangkan mereka juga akhirnya mendapat manafaat. Ini adalah satu pemikiran yang jumud dan sempit mereka. Semuanya dikatan pembaziran, Jambatan Pulau pinang, KLIA Sepang, Putrajaya dan lain lain lagi. nah, kini semua merekalah yang menggunakan semua kemudahan ini.

Jika terdapat insan mulia sebagaimana Mufti Perak yang sanggup menjadi tengah dalam penyatuan umat, akan dikutuknya habis habisan dengan perkataan yg amat menjijikkan. Saya pun tak pernah dengar orang bukan islam mengutuk ketua agama mereka seperti paderi, sami dan sebagainya dengan perkataan sedemikian. Sepatutnya kita menarik nafas lega apabila ada insan mulia yang hendak melihat kita bersatu. Inilah dilema org yang dikatakan ulamak, mereka lebih rela berkerjasama dengan orang yang terang terang menentang islam. DAP sudah pasti orang yang paling gembira jika umat islam dalam negara ini gagal disatukan.

Kemana kita akhirnya? inilah persoalan yang sering diutarakan. Mungkin kita akan menjadi macam Palestin. dalam keadaan negara semacam itu pun mereka sesama mereka tidak dapat bersatu antara Puok Hamas dan Fatah. Apakah kita juga kearah itu. Pada masa sekarang saya lihat dalam soal ibadah pun kita sudah tidak boleh bersatu. Sudah ada Masjid Kerajaan dan Masjid PAS. Ada juga dikalangan pengikut yang tidak pernah solat di masjid kerajaan kerana ketaksuban terhadap parti mereka. Ini lah ajaran yang dibawa oleh pemimpin mereka. Mereka yang jahil agama sudah pasti akan terikut ikut dengan agenda jahat ini.

Renung renungkanlah.