Salam 2 all
Hari ini merupakan hari pertama umat islam di Malaysia berpuasa.Alhamdulillah saya dapat lalui hari pertama dengan begitu baik sekali. Harapannya begitu jugalah dengan sahabat sahabat yang lain.
Pada hari pertama Ramadhan ini, kita perhatikan ianya tidak banyak perbezaan dengan tahun yang sebelumnya. Suasana begitu meriah. Segala galanya meriah.
Kemeriahan pertama dapat dilihat ialah di pasar pasar Ramadhan. Begitu ramai masyarakat kita yang berkunjung ke bazar bazar Ramadhan. Hari ini saya tak singgah ke ke bazar Ramadhan, cuma melintasi bazar Ramadhan sahaja. Saya perhatikan ada sesetengah orang yang membeli begitu banyak makanan.
Siapa nak makan agaknya?. Biasanya hikmat berpuasa ni, kita tak perlu makan banyak kerana makan sedikit pun kita sudah merasa kenyang. Adalah diharapkan kita tidak membazir dibulan yang mulia ini. Sepatutnya di bulan ini kita dapat menjimatkan perbelanjaan harian kalau kita betul betul mendalami falsafah ibadat puasa.
Jemaah di masjid juga kelihatan agak ramai di malam pertama untuk menunaikan solat sunat terawih dan ibadat ibadat yang lain. Alangkah indahnya hidup kita jika pada bulan bulan yang lain juga suasana di Rumah Allah ini sebagaimana di Bulan Ramadhan.
Namun kebiasaannya , ia tidak mampu untuk bertahan lama. Ia akan menjadi semakin renggeh ( sedikit) diakhir Ramadhan. Sepatutnya di akhir Ramadhanlah jemaah semakin ramai kerana 10 malam terakhir terdapat 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadr.
Apa yang lebih menarik, jemaah di waktu subuh juga telah meningkat dengan begitu ketara. Waktu subuh dibulan bulan yang lain agak payah untuk mencari jemaah yang ramai kerana masing masing nyenyak dibuai mimpi.
Dikebanyakan masjid solat sunat terawih diimamkan oleh imam hafiz yang dijemput khusus. Apa yang membanggakan saya kebanyakan mereka adalah terdiri dari anak anak muda. Inilah kehebatan pemuda di negara kita. Alunan ayat ayat suci Al Quran yang dibaca membuatkan jemaah begitu khusyuk mengerjakan solat sunat terawih.
ini adalah sebahagian dari suasana dan nikmat yang terdapat di tempat kita. saya terbaca blog YB Zulkifli Nordin yang kini berada di Gaza, Palestin. Suasana di Gaza sangat panas pada ketika ini. Suasananya amat berbeza di tempat kita. suasana tegang dan serangan Israel masih lagi berlaku di Gaza.
Bekalan elektrik pula hanya 8 jam sehari. Bekalan air pula kejap ada, kejap tak ada. Saya tak dapat nak bayangkan suasana Ramadhan di sana. Mereka mungkin berbuka dengan ala kadar sahaja berbanding dengan kita. Kerajaan mereka pun tak mampu untuk memberi bantuan kepada rakyat sendiri.
Oleh yang demikian marilah kita sama sama muhasabah diri dan banyakkan syukur di atas nikmat kurniaan ilahi.
Wassalam
1 Ramadhan 1431H
11 Ogos 2010
10 months ago
No comments:
Post a Comment