Pages

Subscribe:

07 August 2010

Zakat, kegembiraan buat yag miskin menjelang Ramadhan.

Salam 2 all

Hari ini 27 Syaaban 1431 H. dalam masa 2 atau 3 hari lagi seluruh umat islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Tentu kita semua bergembira dengan kedatangan bulan rahmat ini.

Namun, mungkin ada sebahagian dari kita banyak berfikir menjelang kehadiran bulan yang mulia ini terutanya bagi golongan fakir dan miskin. Dalam kepala mereka tentunya memikirkan hal anak anak. Anak anak kecil yang mungkin tidak memahami kesusahan ibu bapa mereka akan banyak meminta. Mungkin anak anak ini nak berbuka puasa dengan makanan yang lebih enak dari bulan bulan yang lain.

Lebih memilukan apabila menjelang hari raya. Anak anak ini nak baju raya baru dan sebagainya. Saya dapat merasakan keadaan ini kerana saya juga adalah dari keluarga yang agak susah pada satu ketika dahulu. Saya cukup faham situasi yang dihadapi oleh mereka.

Bagi meringankan beban yang ditanggung, pada hari ini pihak MAIDAM telah mula mengagihkan bantuan zakat kepada penduduk di DUN Bukit Payong di Masjid Kg. Undang. Seramai 997 orang warga miskin telah mendapat bantuan ini.

Kadar bantuan yang diberikan pada tahun ini juga telah dinaikkan sebanyak RM 100.00. Ini bermakna setiap penerima bantuan zakat ini akan menerima RM 350.00 seorang bagi satu keluarga. Ia melibatkan perbelanjaan RM 348,000.00

Saya dapat melihat wajah wajah ceria mereka. Mewakili kerajaan amat berharap bantuan ini dapat digunakan sepenuhnya bagi menghadapi Ramadhan dah Hari raya tahun ini. Insyallah dengan ini, kita juga akan dapat melipatgandakan amalan dan ibadah dibulan yang mulia ini kerana kita sudah tidak perlu banyak memikirkan soal kewangan.

Kepada JKKK, Jawatankuasa Masjid dan Amil amil, saya ucapkan terima kasih semua kerjasama yang diberikan bagi memastikan penerima bantuan dapat menerima bantuan masing masing pada hari ini. Semoga amal jariah kita mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t.

Wassalam.

No comments:

Contributors