Pages

Subscribe:

27 March 2010

Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia- Al Fatihah

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, kira-kira 9.27 malam ini akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd Zin, dan empat orang anak.

Beliau yang memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket PKR, pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam UMNO semasa Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib menjadi Menteri Besar.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan Exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam UMNO, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan UMNO Cheras (1987) serta pernah mengetuai UMNO Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam UMNO, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi DUN Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, kira-kira 9.27 malam ini akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd Zin, dan empat orang anak.

Beliau yang memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket PKR, pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam UMNO semasa Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib menjadi Menteri Besar.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan Exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam UMNO, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan UMNO Cheras (1987) serta pernah mengetuai UMNO Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam UMNO, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi DUN Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Takziah kepada keluarga Tan Sri Sulaiman Daud ~ Al F

Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di sini.

Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lepas, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

20 March 2010

DAP sokong BN?

Salam bloggers

Sudah sekian lama kita tidak mendengar cerita DAP akan sokong BN. Selama ini kita hanya mengetahui DAP dan sekutunya akan menentang BN dalam apa jua keadaan sama perkara yang akan dilaksanakan oleh BN tersebut baik atau tidak. Inilah sikap anak kepada PAP dan sekutunya PAS dan PKR.

Kita semua agak terkejut apabila Karpal Singh menyatakan sokongan kepada YAB Dato' Sri Najib jika beliau membentangkan akta menghalang aktiviti lompat parti dalam Parlimen. Menurutnya lagi, beliau akan mempastikan 28 Ahli Parlimennya akan menyokong BN jika akta tersebut dibentangkan.

Hairan bin Ajaib. Kenapa semasa Anwar mewar warkan yang PR akan membentuk kerajaan pada 16 Sept kerana beberapa org MP BN dikatakan akan melompat parti, Karpal tidak pula membangkitkan isu ini. Apa yang lebih memalukan semua mereka menyokong aktiviti lompat parti ini. Inilah org kata, cakap tak serupa bikin.

Oleh kerana keghairahan mereka nak kan kuasa, segala tindakan mereka adalah betul belaka. Mereka tipu rakyat sana sini supaya rakyat memberi sokongan kepada mereka. Namun keadaan sudah terbalik, Lain yang diharapkan, lain pula jadinya.

Setelah mereka melihat kedudukan mereka tergugat, barulah mendesak kerajaan supaya membentangkan akta lompat parti. Desakan ini di buat setelah 4 orang MP PKR menjadi MP Bebas. Mereka berada dalam ketakutan kerana bimbang ramai lagi MP mereka akan lompat parti dan menggugat keyakinan rakyat kepada mereka.

Inilah budaya pembangkang sebenarnya. Mereka akan bangkang semua perkara jika ia difikirkan merugikan parti mereka walaupun ianya baik untuk rakyat. Berilah kebebasan kepada semua orang untuk menilai parti mana yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

Kita harap YAB PM tidak akan melayan permainan politik Karpal Singh ini. DAP adalah parti yang sudah bankrap idea. Kepada MP PKR, PAS & DAP, YB semua boleh menilai perjuangan parti anda apabila parti anda sudah diberi sedikit kuasa.

Masa tidak mempunyai kuasa, semua org boleh bercakap tentang keikhlasan perjuangan dan semangat perjuangan. Kini setelah diberi sedikit kuasa, baru kita dapat melihat permusuhan sesama sendiri sudah berlaku. Kalau YB rasa parti anda sudah banyak melencong ke arah kesesatan, fikir fikirkanlah jalan terbaik jalan terbaik untuk YB.

Marilah bersama UMNO dan BN yang juga bertanggungjawab membawa YB semua sampai ke tahap kedudukan sekarang. ( Mendapat keselesaan, mendapat pendidikan tinggi, mendapat peluang pekerjaan yang baik Dan sbgnya). Marilah kita teruskan agenda ini bagi melihat kegembiraan, kebahagiaan dan kejayaan anak anak kita dan negara tercinta dimasa depan bersama UMNO dan Barisan Nasional. Insyallah.

17 March 2010

Anwar Raksaksa Pelbagai Wajah.


Salam bloggers

Sidang parlimen baru bermula. Dalam Perasmian sidang Dewan baru baru ini, Yang Di Pertuan Agong banyak memberi nasihat kepada Ahli Parlimen mengenai tingkah laku ahli ahli dewan supaya berhemah dalam mengeluarkan tutur kata semasa berada dalam dewan yang mulia.

Pada hari pertama sidang, Anwar meyampaikan ucapan terima kasih titah ucapan Yang Di Pertuan Agong selama 3 jam, Selepas itu tiba giliran ucapan YB. Dato' Seri Zahrain, MP Bayan Baru (bekas MP PKR) bangun berucap sebagai pembahahas ke 2. Zahrain tidak menunggu lama untuk menyelongkar lakonan pelbagai topeng bekas bosnya itu.

Katanya, beliau terpaksa keluar dari pakatan kerana PKR kerana keraguan mengatasi keyakinan dalam sanubari beliau terhadap perjuangan PKR. Anwar telah membuat tipu daya yang amat nyata tentang gerakan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada 16 Sept 2009 sehingga semua MP PKR dan PR boleh percaya dengan lakonan beliau. Apa punya pemikiran Ahli Parlimen , sama sama kita fikirkan.

Anwar juga mendakwa, Ahli Parlimen BN yang hendak melompat parti juga telah cukup (30 Orang) bagi PR membentuk kerajaan (Kerajaan Pasir 2 butir) . Yang Di Pertuan Agong juga telah menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan Ahli BN yang hendak melompat parti.

Menurut Anwar lagi, YDA juga telah bersetuju memberi perkenan yang beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Panglima Angkatan Tentera juga dikatakan telah memberi sokongan terhadap pembentukan kerajaan baru ini.

Rakyat telah ditipu dengan permainan politik Anwar.Sebahagian dari penyokongnya begitu percaya dengan rampasan kuasa yang akan dilakukan oleh Anwar ini. Keadaan negara kelam kabut dek kerana seorang manusia yang tak tahu malu ini.

Inilah pembohongan yang dibuat oleh Anwar, sama seperti apa yang dibuat olehnya semasa berada dalam penjara dengan pelbagai jenis penyakit bagi mendapat sokongan rakyat. Imej kewarakan yang dibawa oleh beliau telah membuatkan sebahagian rakyat mempercayainya.

Oleh kerana tidak tahan dengan ucapan ini, Anwar bangun dan meninggalkan dewan yang mulia.
Ini membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh Zahrain adalah benar belaka. Ini lah perancangan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau akan membuat apa sahaja asalkan cita cita beliau akan terlaksana.

Dengan terbongkarnya cerita ini, rakyat akan dapat membuat penilaian terhadap kebenaran. Dewan akan bersidang semula hari ini. YB Zahrain akan menyambung ucapan terima kasih Yang Di Pertuan Agong. Kita sama sama tunggu apakah terbongkar lagi cerita lain mengenai lakonan Anwar Ibrahim.

Inilah yang disebut oleh Zahrain, Anwar adalah " Raksaksa pelbagi wajah" yang akan mengikut telunjuk DAP.

Wassalam.

15 March 2010

Saguhati buat belia & beliawanis Terengganu. Sumbanganmu dihargai sokmo.

Salam bloggers.

A'kum buat mereka yang masih setia dengan blog saya. Saya juga ucapkan terima diatas sokongan anda semua. Jam menunjukkan pukul 1.00pg. Pada malam ini , saya sempat bersama 110 orang pemuda dan pemudi DUN Bukit Payong di Kursus Bakti Remaja di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.

Dalam perjalanan pulang tadi, hati saya sering terdetik. "Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang engkau kurniakan buat kami semua khususnya rakyat Terengganu dan Malaysia. Jika kami nak hitung nikmat ini, nescaya kami tidak mampu untuk menghitungnya".

Saya menyatakan demikian kerana seramai 110 orang peserta kursus Bakti Remaja ini akan mendapat nikmat kurniaan Allah. Kursus diberikan secara percuma, ditambah lagi dengan bayaran saguhati dari kerajaan sebanyak RM 500.00 seorang diakhir kursus nanti.

Dalam ucapan perasmian pada 14 Mac 2010 , saya telah banyak menyentuh hal tersebut. Selaku pewaris negara, kita mestilah menganggap diri kita penting walau pun kita bekerja sebagai buruh binaan, nelayan, tukang sapu, pembantu kedai dan sebagainya. Belia dan beliawanis janganlah rasa rendah diri dengan pekerjaan yang kita lakukan.

Apa yang penting, para belia haruslah mempunyai cita cita untuk lebih maju kehadapan. Jika hari ini kita bekerja sebagai pembantu kedai, kita mestilah mempunyai cita cita, pada suatu hari nanti kita akan menjadi tauke kedai makan.

Jika hari ini, belia sebagai buruh binaan, kita mesti punyai cita cita yang lebih tinggi untuk menjadi kontraktor, usahawan yang berjaya dan sebagainya. Semua ini boleh dicapai dengan adanya usaha gigih dari para belia semua.

Peluang untuk berjaya mestilah direbut. Lihat bagaimana pekerja asing yang datang ke negara kita, Dari sehelai sepinggang mereka datang kesini, akhirnya kita dapat melihat mereka mampu membina rumah banglo, beli kereta dan sebahagiannya hidup dilimpahi kemewahan dek kerana usaha mereka yang bersungguh sungguh.

Kita mengucap syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana dapat menyumbangkan kepada kita saguhati sebanyak RM 500.00 ini kepada yang hadir kursus ini. Terdapat kira kira 400 orang yang akan mengikuti kursus ini dalam DUN Bukit Payong.

Disamping itu terdapat kira kira 2200 orang belia dan beliawanis akan diberi saguhati sebanyak RM 200.00 seorang. Mereka ini adalah belia yang berpendapatan RM1200.00 kebawah, belum berkahwin dan berumur 40 tahun kebawah. Jumlah itu hanya untuk DUN Bukit payong sahaja. Kalau dikira untuk seluruh negeri Terengganu, tentu jutaan ringgit diperlukan untuk tujuan tersebut.

Inilah komitmen kerajaan membantu para belia. Saguhati ini adalah tanda ucapan terima kasih kerajaan diatas peranan belia dan beliawanis yang turut sama terlibat dalam membangunkan negeri kita semua, Terengganu Darul Iman. Para belia dan beliawanis akan menikmati pemberian ini setahun sekali sejak dari tahun 2000.

Ia sebagai pencetus semangat untuk para belia bekerja lebih keras untuk diri sendiri, keluarga dan negara tercinta. Insyallah jika para belia & beliawanis terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ada, kita akan mendapat manafaat ini sepanjang zaman.

Alhamdulillah dengan kurniaan mu Ya Allah, Terima kasih Kerajaan Terengganu dan Barisan Nasional.

Fikr

12 March 2010

Bulan Rahmat Bagi Pegawai Awam.

Salam bloggers

Pada kali ini saya akan membicarakan isu berkaitan pegawai awam. Alhamdulillah YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia begitu prihatin tentang kebajikan pegawai awam di negara bertuah ini. Inilah komitmen kerajaan bagi memberi kepuasan kepada pegawai awam. Balasan yang setimpal haruslah diberi melalui komitmen kita kepada tugas dan rakyat Malaysia.

Semasa menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAP-PA) ke 11 YAB PM telah mengumumkan kajian sistem kenaikan pangkat kepada pensyarah Universiti dan Institusi Perguruan. Dengan pengumuman ini, para pensyarah mungkin tidak lagi menunggu masa yang lama dan tanpa memegang jawatan dalam pentadbiran di universiti.

Bagi Pensyarah dan Profesor yang mantap kesarjanaannya, mempunyai ilmu yang mantap dan diakui kehebataanya diperingkat kebangsaan dan antarabangsa akan dinaikkan pangkat melangkaui pangkat Naib Canselor. Kalau naib Canselor berada pada tahap JUSA A, mungkin Profesor ini berada pada tahap Turus dan sebagainya.

Selepas itu Kerajaan umumkan pula pemansuhan bayaran wad bagi semua kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan serta keluarga mereka. Saya cukup terharu kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kerajaan masih mampu untuk mengumumkan berita baik ini. Dengan pengumuman ini semua kakitangan kerajaan dan pesara akan mendapatkan rawatan wad di hospital secara percuma. Alhamdulillah.

Tidak cukup dengan itu, YAB PM juga mengumumkan pelan laluan kerjaya untuk Pegawai Perubatan merangkumi Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi dan Pegawai Pergigian. Sebagaimana yang diketahui bidang ini adalah sangat kritikal. Pegawai ini mudah untuk berhenti kerana tawaran gaji yang lebih menarik di sektor swasta. Mereka mestilah diberi tawaran kenaikan pangkat dgn lebih cepat supaya pengaliran keluar pegawai ini dapat dibendung.

Bagi Pegawai Perubatan, sistem ini sudah dilaksanakan kerana kalau kita lihat carta organisasi di hospital, Pengarah Hospital berada pada kedudukan gred JUSA C manakala Doktor pakar pula berada pada kedudukan JUSA A , B dan C.

Disamping itu kerajaan juga membuat kajian sistem pool yang dilaksanakan oleh kebanyakan jabatan kerajaan. Pada saya , Lembaga Tatatertib haruslah diberi nafas baru. Bagi yang tidak menunjukkan komitmen kerja yang baik dan bermasalah haruslah dihukum dengan kesalahan mereka. Sistem pool ini tidak akan menyelesaikan masalah kepada negara.

Janganlah ada diantara mereka yang tidak diberi /buat kerja tetapi gaji dibayar oleh kerajaan. Ini amat merugikan negara dan wang rakyat. Perkhidmatan pegawai awam bukan lah tempat untuk bersenang lenang. Ia adalah satu wadah untuk kita membina negara dan tempat untuk kita membantu rakyat.

Kita juga berharap agar cuepacs janganlah terlalu mendesak kerajaan untuk naikkan gaji, bagi bonus yang melampau dan sebagainya. Cuepacs juga seharusnya melihat keadaan ekonomi semasa. Kita janganlah melihat kehendak pegawai awam sahaja. Apa kata rakyat yang juga bekerja bertungkus lumus kepanasan di pelbagai ceruk rantau.

Oleh yang demikian, saya juga mencadangkan agar pengecualian bayaran wad tersebut juga akan dipanjangkan kepada semua rakyat Malaysia. Dengan ini rakyat bawahan akan mendapat keselesaan dan dapat meringan beban mereka.

Bagi pegawai awam, mutu kerja mestilah ditingkatkan selaras dengan kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan. Insyallah dengan komitmen kita semua, negara akan makmur, ekonomi akan bertambah baik.

Wassalam

Cacat bukan halangan Nur Najmi capai 8A ( Petikan dari laman web Kerajaan Terengganu)




Pelajar cacat pengelihatan yang baru menjalani pembedahan mata yang ditanggung Kerajaan Negeri Terengganu, Nur Najmi Syamila Mohd Sakari, 18, gembira selepas melihat keputusan SPM yang memperolehi 8A 2B.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN
Pelajar cacat penglihatan, Nur Najmi Syamila Mohd Sakari, 18, mencatat sejarah dalam pendidikan negara apabila muncul antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 bagi kategori pendidikan khas.
Anak petani dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu mencatat 8A dan 2B dalam keputusan SPM yang diumumkan serentak seluruh negeri, hari ini (11 Mac).
Dia yang ditemani bapanya, Mohd Sakari, 54, dari Kampung Jerung Tuan, Wakaf Tapai, Marang menitiskan air mata kegembiraan apabila menatap keputusan yang tercatat pada slip keputusan peperiksaan yang diserahkan pengetua sekolahnya, Hajah Zabedah Muda.
“Saya mahu dedikasikan kejayaan saya kepada rakan-rakan yang senasib seperti saya supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan tidak menjadikan kecacatan ini sebagai penghalang.
“Selepas ini saya berazam untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar untuk membantu golongan seperti saya kerana hanya saya yang mampu merasai apa yang mereka rasai,” katanya.
Katanya, usaha dan doanya tanpa henti selain sokongan keluarga dan guru yang tiak jemu membimbing dan memberi pengajaran khas kepadanya akhirnya berbaloi dengan apa yang sudah terbukti kini.
Nur Najmi berkata, walaupun dilahirkan cacat, beliau tidak pernah merasa serba kekurangan, malah yakin kepada kemampuan diri dan tidak sesekali menyerah kalah dan berusaha untuk mencapai sasaran dan menggembirakan keluarga.
Bapa Nur Najmi, Mohd Sakari bekerja sebagai petani, yang tidak dapat membendung tangisan kesyukuran dengan kejayaan luar biasa anak keenam daripada lapan beradik itu, tidak menduga anaknya yang dilahirkan cacat penglihatan sejak kecil itu mampu membuktikan kecacatan bukan penghalang untuknya cemerlang.
Tiga gambar ini menunjukkan reaksi Nur Najmi Syamila ketika melihat keputusan SPM.
“Pak cik terharu sangat..sentiasa minta hidayah dan petunjuk dari Allah SWT supaya anak pak cik berjaya dan Alhamdulillah hari ini dia berjaya.
“Dia jadikan empat kakak dan abang yang lain sebagai contoh dan pak cik terharu sangat walaupun peringkat awal risau juga memikirkan nasib dia. Tapi apabila masuk sekolah menengah dia semakin bagus dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran,” katanya.
Nur Najmi antara pelajar pendidikan khas yang menjalani pembedahan mata sumbangan kerajaan negeri pada Disember lalu.Terima Kasih YAB Dato' Ahmad said dan Kerajaan Terengganu.

11 March 2010

Jenazah Tantawi selamat disemadi di Madinah (UM 12 Mac 2010)

Jenazah Tantawi selamat disemadi di Madinah

Pegawai membawa keranda jenazah Sheikh Mohammed Sayed Tantawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, semalam. Jenazah Tantawi selamat dikebumi di Madinah, semalam. - Reuters



KAHERAH 11 Mac - Jenazah Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi hari ini selamat dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara- mara dan sahabat Nabi Muhammad SAW, selepas jenazahnya disembahyangkan di Masjid Nabi.

Jenazahnya sebelum itu diterbangkan dari Riyadh selepas menghembuskan nafas terakhir semalam, setelah mengadu sakit dada dipercayai akibat diserang sakit jantung.

Sementara itu, jawatan Sheikh Al-Azhar akan dipangku oleh timbalan beliau, Mohamed Wasel sehingga Presiden Mesir, Hosni Mubarah melantik ketua baru institusi Islam tersebut.

Wasel, sebelum ini mengepalai jawatankuasa dialog antara agama Al-Azhar, yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir yang menghantar sarjananya untuk mengajar di negara dunia Islam.

"Kerajaan biasanya memilih ulama berfahaman sederhana dan apa yang kami minta adalah seorang yang akan bekerja untuk kepentingan rakyat dan tidak akan berat sebelah kepada kerajaan tetapi mengutamakan kebenaran," kata Sheikh Mahmoud Hamdy Mugahed, bekas sarjana Al-Azhar yang kini menganggotai Parlimen.

Semasa dilantik pada 1996, Tantawi dilihat sebagai sebagai ulama yang berpandangan liberal terhadap isu seperti hak asasi wanita namun dikritik ramai kerana menurut perintah kerajaan.

Semasa memegang jawatan itu, beliau menentang amalan berkhatan pada wanita sekali gus mencetus kritikan kumpulan hak asasi sebagai tidak menurut cara Islam.

Beliau juga menentang penggunaan niqab iaitu purdah yang menutup seluruh muka, dengan mengeluarkan fatwa tahun lalu yang mengharamkan pemakaiannya di semua sekolah wanita di bawah kendalian Al-Azhar.

Ketika Perancis dikritik negara-negara Arab dan dunia Islam kerana mengharamkan tudung di sekolah milik negara, Tantawi pada 2003 menyatakan menutup aurat adalah tanggungjawab semua wanita beragama Islam, namun negara bukan Islam mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang undang-undang.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton menyifatkan Tantawi sebagai 'tokoh penting dalam menyuarakan dialog antara agama dan komuniti'.

"Rakyat AS akan mengingati Imam Tantawi kerana mengutuk keganasan selepas serangan 11 September 2001 apabila beliau menegaskan 'bukan keberanian jika membunuh orang tidak berdosa'," kata Hillary dalam satu kenyataan.

Penasihat Tantawi, Abdullah el-Naggar memberitahu televisyen Nile News bahawa pemergian beliau adalah satu kejutan kerana sebelum bertolak ke Arab Saudi beliau berada dalam keadaan sihat.

06 March 2010

Genap 2 tahun PRU 12

Salam bloggers.

Esok 8 Mac 2010 genap 2 tahun PRU 12 berlalu. Kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana masih lagi menikmati keamanan, kestabilan politik dan ekonomi yang berterusan walaupun ada bibit bibit keganasan yang di cetuskan oleh pembangkang. Namun kecekapan pihak berkuasa dan kebijaksanaan pemimpin berjaya mengekang unsur unsur yang tidak bertanggungjawab ini.
Terima kasih kepada pasukan keselamatan kita.

Buat pertama kali dalam sejarah negara Barisan Nasional, tidak dapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan kejatuhan 5 negeri ke tangan pembangkang dalam PRU 12. Ia sesuatu yang mengejutkan kita semua. Rakyat yang membuat keputusan tersebut. BN akur dengan keputusan rakyat walaupun selama ini pembangkang membangkitkan isu pilihanraya di Malaysia tidak adil. Kalau kita amalkan ketidakadilan dalam demokrasi negara, sudah pasti pembangkang tidak akan dapat membentuk kerajaan di 5 negeri tersebut.

Selepas PRU 12 juga turut dipenuhi dengan isu isu panas dan sensitif telah dibangkitkan oleh pembangkang. Anataranya isu berkaitan agama, hak asasi, perlembagaan, kewarganegaraan dan lain lain isu berkaitan. Kita tentu lebih sedih apabila soal hak melayu dan Raja Raja Melayu juga turut dipertikaikan. Saya berpandangan, ini semua berlaku kerana keputusan PRU 12 yang membuatkan mereka angkuh dan sombong serta berlagak sebagai pejuang bangsa.

Negara juga mencipta sejarah tersendiri kerana selepas PRU 12, sebanyak 9 pilihanraya kecil diadakan di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit selambau, DUN Batang Air, DUN Penanti, DUN Manek Urai, DUN Permatang Pasir dan DUN Bagan Pinang. Ianya terjadi adalah disebabkan kematian dan perletakan jawatan ADUN yang tidak bertanggungjawab.

Sejarah juga tercipta kerana selepas PRU 12 tersebut, seramai 7 wakil Rakyat PKR telah keluar parti dan meyertai bebas. mereka ialah Jamaludin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu, Dato' Seri Zahraian Mohd Hashim, Tan Tee Beng, Mokhsin Fadli Samsuri dan Hee Yit Foong. Yang terakhir Zulkifli Nordin dipecat dari PKR kerana lantang memperjuangkan isu kalimah Allah. Mereka semua hilang kepercayaan terhadap PKR kerana perjuangan mereka adalah perjuangan balas dendam dan belot terhadap melayu dan islam.

Ini membuktikan kepada rakyat bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan individu dan perasaan demdam yang membuak buak. Cita citanya hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri walau dengan apa cara sekali pun sehingga memohon bantuan asing. Rakyat begitu terpesona dengan lakonan mereka sehingga memberi undi bagi membolehkan mereka menang besar dalam PRU 12 yang lalu. Inilah hikmah disebalik kegagalan Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir. Inilah ketentuan Allah yang maha berkuasa.

Rakyat semakin matang. Hanya BN sahaja yang mampu untuk menang dan punyai pengalaman luas mentadbir negara dengan adil. Buktinya lihatlah pembangunan dan kemakmuran ekonomi serta kedaulatan islam yang dibawa oleh BN sehingga kita dapat menikmati segala galanya di bumi Malaysia bertuah ini.


Bagi BN, PRU 12 memberi pengajaran yang amat bermakna bagi mengorak langkah yang lebih cemerlang. Kita mestilah lebih kerap turun padang bagi menjadi juara rakyat dalam segenap hal. Semua parti komponen nampaknya sudah mengorak langkah, memperbaiki diri menjelang PRU ke 13 nanti. Cuma MCA sahaja yang kelihatan masih berada dalam kekaburan. Kita harap MCA akan kembali normal selepas pemilihan semua AJK pusat nanti.

PRU 12 telah membawa banyak pengajaran kepada kita semua. Inilah akibatnya jika pembangkang terus diberi kuasa. Mereka tidak layak mengemudi negara ini kerana hanya mengikut telunjuk DAP sahaja. Mereka mesti dinyahkan dari politik negara kita.

03 March 2010

PKR diambang kemusnahan

Salam bloggers

Krisis dalam PKR sudah tidak boleh dibendung lagi. Kepercayaan terhadap parti percisan ini nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama. PKR menghadapi krisis dan ketidakpercayaan dikalangan pemimpin mereka sendiri.

Sebahagian dari pemimpin mereka melihat PKR banyak mengikut acuan dan telunjuk DAP. Anwar Ibrahim sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara hanya untuk mencapai cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar akan mengikut angin yang dibawa oleh DAP. Jika DAP bawa ke kanan maka PKR akan ikut ke kanan. JIka DAP bergerak ke kiri maka PKR juga akan bergerak ke kiri. Contohnya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Mula-mula dua orang ADUN Perak keluar PKR. Kemudian seorang ADUN di Kedah dan di Selangor berbuat demikian. Kemudian, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng pula mengumumkan keluar PKR. bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (PKR), Mohamad Fairus Khairuddin juga mengumumkan keluar dari parti tersebut.

Yang terbaru ialah MP Bagan Serai YB Mohsin Fadli Samsuri juga keluar parti dan menyertai Bebas. Mengikut bekas Setiausaha Agung PKR yang juga telah keluar PKR, lebih ramai lagi anggota legislatif akan keluar parti itu dalam jangka masa terdekat. Mungkin akan tinggal Anwar dan keluarganya sahaja akan berada dalam PKR selepas ini.

Setiap kali apabila ada pemimpin parti itu keluar PKR, reaksi mereka ialah “Baguslah, ini satu proses pembersihan.” Mereka lupa bahawa yang keluar ini bukanlah budak hingusan atau Ketua Cawangan tetapi yang keluar parti itu adalah Ahli Parlimen, Bekas Timbalan Ketua Menteri, Bekas Setiausaha Agung. Sekiranya pemimpin perlu dibersihkan dengan cara keluar parti, maka PKR berhadapan dengan masalah yang cukup besar!

Hanya itulah yang mampu mereka cakap. Itu adalah cakap orang kehabisan modal dan sudah tiada daya upaya. Tapi kalau pemimpin UMNO yang masuk PKR tentu mereka akan kata UMNO sudah tidak relevan lagi dan tidak mendapat kepercayaan rakyat.

Keadaan sudah terbalik, JIka sebelum ini mereka me war war kan mereka akan mendapat kuasa untuk memerintah negara ini melalui lompat parti oleh Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat. Mereka bercakap begitu yakin akan dapat membentuk kerajaan. Percayalah rakyat Malaysia sekalian, inilah mainan politik murahan Anwar Ibrahim dengan melakukan tipu daya yang amat dasyhat.

PKR harus ingat, mereka mempunyai 31 kerusi Parlimen selepas pilihanraya umum yang lalu. Setelah 3 MP mereka keluar parti, kini PKR mempunyai 27 kerusi sahaja berbanding dengan DAP yang mempunyai 28 kerusi manakala PAS hanya 23 kerusi. Mengikut proses biasa, parti yang mempunyai banyak kerusi akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Walaubagaimana pun ia terserah kepada budi bicara ketiga tiga parti berkenaan.

Beginilah kedudukan PKR sehingga kini. Mereka kelihatan sudah tidak mampu untuk menyekat ketidakpuasan hati dikalangan pemimpin mereka sendiri. Jika mereka anggap ini sebagai pembersihan parti PKR melakukan kesilapan besar. Apa kata kalau 20 MP PKR akan keluar parti. Apakah mereka masih menganggap ini sebagai satu pembersihan dalam parti.

Jelaslah kepada umat melayu islam bahawa, hanya UMNO yang boleh mewakili mereka. Inilah tunjang kekuatan umat melayu islam walau pun ditengah perjalanan menuju puncak ada lompang yang perlu dihadapi. Allah baru berikan sedikit kekuasaan kepada mereka namun mereka telah menjadikan DAP sebagai rakan kongsi mereka.

Satu ketika dahulu islam yang menjadi landasan mereka, namun kini kekuasaan dan kerusi empuk yang menjadi matlamat mereka. Hudud sudah hilang dari ingatan mereka.

Sekali fikir inilah hikmah, mengapa Allah tidak pernah memberikan kekuasaan kepada mereka. Kekuasaan yang sedikit diberikan untuk menguji mereka, namun mereka gagal melaksanakanya. Selepas itu kuasa mereka ditarik balik.

Fikr