Pages

Subscribe:

03 March 2010

PKR diambang kemusnahan

Salam bloggers

Krisis dalam PKR sudah tidak boleh dibendung lagi. Kepercayaan terhadap parti percisan ini nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama. PKR menghadapi krisis dan ketidakpercayaan dikalangan pemimpin mereka sendiri.

Sebahagian dari pemimpin mereka melihat PKR banyak mengikut acuan dan telunjuk DAP. Anwar Ibrahim sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara hanya untuk mencapai cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar akan mengikut angin yang dibawa oleh DAP. Jika DAP bawa ke kanan maka PKR akan ikut ke kanan. JIka DAP bergerak ke kiri maka PKR juga akan bergerak ke kiri. Contohnya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Mula-mula dua orang ADUN Perak keluar PKR. Kemudian seorang ADUN di Kedah dan di Selangor berbuat demikian. Kemudian, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng pula mengumumkan keluar PKR. bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (PKR), Mohamad Fairus Khairuddin juga mengumumkan keluar dari parti tersebut.

Yang terbaru ialah MP Bagan Serai YB Mohsin Fadli Samsuri juga keluar parti dan menyertai Bebas. Mengikut bekas Setiausaha Agung PKR yang juga telah keluar PKR, lebih ramai lagi anggota legislatif akan keluar parti itu dalam jangka masa terdekat. Mungkin akan tinggal Anwar dan keluarganya sahaja akan berada dalam PKR selepas ini.

Setiap kali apabila ada pemimpin parti itu keluar PKR, reaksi mereka ialah “Baguslah, ini satu proses pembersihan.” Mereka lupa bahawa yang keluar ini bukanlah budak hingusan atau Ketua Cawangan tetapi yang keluar parti itu adalah Ahli Parlimen, Bekas Timbalan Ketua Menteri, Bekas Setiausaha Agung. Sekiranya pemimpin perlu dibersihkan dengan cara keluar parti, maka PKR berhadapan dengan masalah yang cukup besar!

Hanya itulah yang mampu mereka cakap. Itu adalah cakap orang kehabisan modal dan sudah tiada daya upaya. Tapi kalau pemimpin UMNO yang masuk PKR tentu mereka akan kata UMNO sudah tidak relevan lagi dan tidak mendapat kepercayaan rakyat.

Keadaan sudah terbalik, JIka sebelum ini mereka me war war kan mereka akan mendapat kuasa untuk memerintah negara ini melalui lompat parti oleh Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat. Mereka bercakap begitu yakin akan dapat membentuk kerajaan. Percayalah rakyat Malaysia sekalian, inilah mainan politik murahan Anwar Ibrahim dengan melakukan tipu daya yang amat dasyhat.

PKR harus ingat, mereka mempunyai 31 kerusi Parlimen selepas pilihanraya umum yang lalu. Setelah 3 MP mereka keluar parti, kini PKR mempunyai 27 kerusi sahaja berbanding dengan DAP yang mempunyai 28 kerusi manakala PAS hanya 23 kerusi. Mengikut proses biasa, parti yang mempunyai banyak kerusi akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Walaubagaimana pun ia terserah kepada budi bicara ketiga tiga parti berkenaan.

Beginilah kedudukan PKR sehingga kini. Mereka kelihatan sudah tidak mampu untuk menyekat ketidakpuasan hati dikalangan pemimpin mereka sendiri. Jika mereka anggap ini sebagai pembersihan parti PKR melakukan kesilapan besar. Apa kata kalau 20 MP PKR akan keluar parti. Apakah mereka masih menganggap ini sebagai satu pembersihan dalam parti.

Jelaslah kepada umat melayu islam bahawa, hanya UMNO yang boleh mewakili mereka. Inilah tunjang kekuatan umat melayu islam walau pun ditengah perjalanan menuju puncak ada lompang yang perlu dihadapi. Allah baru berikan sedikit kekuasaan kepada mereka namun mereka telah menjadikan DAP sebagai rakan kongsi mereka.

Satu ketika dahulu islam yang menjadi landasan mereka, namun kini kekuasaan dan kerusi empuk yang menjadi matlamat mereka. Hudud sudah hilang dari ingatan mereka.

Sekali fikir inilah hikmah, mengapa Allah tidak pernah memberikan kekuasaan kepada mereka. Kekuasaan yang sedikit diberikan untuk menguji mereka, namun mereka gagal melaksanakanya. Selepas itu kuasa mereka ditarik balik.

Fikr

No comments:

Contributors