Pages

Subscribe:

12 March 2010

Bulan Rahmat Bagi Pegawai Awam.

Salam bloggers

Pada kali ini saya akan membicarakan isu berkaitan pegawai awam. Alhamdulillah YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia begitu prihatin tentang kebajikan pegawai awam di negara bertuah ini. Inilah komitmen kerajaan bagi memberi kepuasan kepada pegawai awam. Balasan yang setimpal haruslah diberi melalui komitmen kita kepada tugas dan rakyat Malaysia.

Semasa menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAP-PA) ke 11 YAB PM telah mengumumkan kajian sistem kenaikan pangkat kepada pensyarah Universiti dan Institusi Perguruan. Dengan pengumuman ini, para pensyarah mungkin tidak lagi menunggu masa yang lama dan tanpa memegang jawatan dalam pentadbiran di universiti.

Bagi Pensyarah dan Profesor yang mantap kesarjanaannya, mempunyai ilmu yang mantap dan diakui kehebataanya diperingkat kebangsaan dan antarabangsa akan dinaikkan pangkat melangkaui pangkat Naib Canselor. Kalau naib Canselor berada pada tahap JUSA A, mungkin Profesor ini berada pada tahap Turus dan sebagainya.

Selepas itu Kerajaan umumkan pula pemansuhan bayaran wad bagi semua kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan serta keluarga mereka. Saya cukup terharu kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kerajaan masih mampu untuk mengumumkan berita baik ini. Dengan pengumuman ini semua kakitangan kerajaan dan pesara akan mendapatkan rawatan wad di hospital secara percuma. Alhamdulillah.

Tidak cukup dengan itu, YAB PM juga mengumumkan pelan laluan kerjaya untuk Pegawai Perubatan merangkumi Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi dan Pegawai Pergigian. Sebagaimana yang diketahui bidang ini adalah sangat kritikal. Pegawai ini mudah untuk berhenti kerana tawaran gaji yang lebih menarik di sektor swasta. Mereka mestilah diberi tawaran kenaikan pangkat dgn lebih cepat supaya pengaliran keluar pegawai ini dapat dibendung.

Bagi Pegawai Perubatan, sistem ini sudah dilaksanakan kerana kalau kita lihat carta organisasi di hospital, Pengarah Hospital berada pada kedudukan gred JUSA C manakala Doktor pakar pula berada pada kedudukan JUSA A , B dan C.

Disamping itu kerajaan juga membuat kajian sistem pool yang dilaksanakan oleh kebanyakan jabatan kerajaan. Pada saya , Lembaga Tatatertib haruslah diberi nafas baru. Bagi yang tidak menunjukkan komitmen kerja yang baik dan bermasalah haruslah dihukum dengan kesalahan mereka. Sistem pool ini tidak akan menyelesaikan masalah kepada negara.

Janganlah ada diantara mereka yang tidak diberi /buat kerja tetapi gaji dibayar oleh kerajaan. Ini amat merugikan negara dan wang rakyat. Perkhidmatan pegawai awam bukan lah tempat untuk bersenang lenang. Ia adalah satu wadah untuk kita membina negara dan tempat untuk kita membantu rakyat.

Kita juga berharap agar cuepacs janganlah terlalu mendesak kerajaan untuk naikkan gaji, bagi bonus yang melampau dan sebagainya. Cuepacs juga seharusnya melihat keadaan ekonomi semasa. Kita janganlah melihat kehendak pegawai awam sahaja. Apa kata rakyat yang juga bekerja bertungkus lumus kepanasan di pelbagai ceruk rantau.

Oleh yang demikian, saya juga mencadangkan agar pengecualian bayaran wad tersebut juga akan dipanjangkan kepada semua rakyat Malaysia. Dengan ini rakyat bawahan akan mendapat keselesaan dan dapat meringan beban mereka.

Bagi pegawai awam, mutu kerja mestilah ditingkatkan selaras dengan kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan. Insyallah dengan komitmen kita semua, negara akan makmur, ekonomi akan bertambah baik.

Wassalam

No comments:

Contributors