Salam bloggers.
A'kum buat mereka yang masih setia dengan blog saya. Saya juga ucapkan terima diatas sokongan anda semua. Jam menunjukkan pukul 1.00pg. Pada malam ini , saya sempat bersama 110 orang pemuda dan pemudi DUN Bukit Payong di Kursus Bakti Remaja di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.
Dalam perjalanan pulang tadi, hati saya sering terdetik. "Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang engkau kurniakan buat kami semua khususnya rakyat Terengganu dan Malaysia. Jika kami nak hitung nikmat ini, nescaya kami tidak mampu untuk menghitungnya".
Saya menyatakan demikian kerana seramai 110 orang peserta kursus Bakti Remaja ini akan mendapat nikmat kurniaan Allah. Kursus diberikan secara percuma, ditambah lagi dengan bayaran saguhati dari kerajaan sebanyak RM 500.00 seorang diakhir kursus nanti.
Dalam ucapan perasmian pada 14 Mac 2010 , saya telah banyak menyentuh hal tersebut. Selaku pewaris negara, kita mestilah menganggap diri kita penting walau pun kita bekerja sebagai buruh binaan, nelayan, tukang sapu, pembantu kedai dan sebagainya. Belia dan beliawanis janganlah rasa rendah diri dengan pekerjaan yang kita lakukan.
Apa yang penting, para belia haruslah mempunyai cita cita untuk lebih maju kehadapan. Jika hari ini kita bekerja sebagai pembantu kedai, kita mestilah mempunyai cita cita, pada suatu hari nanti kita akan menjadi tauke kedai makan.
Jika hari ini, belia sebagai buruh binaan, kita mesti punyai cita cita yang lebih tinggi untuk menjadi kontraktor, usahawan yang berjaya dan sebagainya. Semua ini boleh dicapai dengan adanya usaha gigih dari para belia semua.
Peluang untuk berjaya mestilah direbut. Lihat bagaimana pekerja asing yang datang ke negara kita, Dari sehelai sepinggang mereka datang kesini, akhirnya kita dapat melihat mereka mampu membina rumah banglo, beli kereta dan sebahagiannya hidup dilimpahi kemewahan dek kerana usaha mereka yang bersungguh sungguh.
Kita mengucap syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana dapat menyumbangkan kepada kita saguhati sebanyak RM 500.00 ini kepada yang hadir kursus ini. Terdapat kira kira 400 orang yang akan mengikuti kursus ini dalam DUN Bukit Payong.
Disamping itu terdapat kira kira 2200 orang belia dan beliawanis akan diberi saguhati sebanyak RM 200.00 seorang. Mereka ini adalah belia yang berpendapatan RM1200.00 kebawah, belum berkahwin dan berumur 40 tahun kebawah. Jumlah itu hanya untuk DUN Bukit payong sahaja. Kalau dikira untuk seluruh negeri Terengganu, tentu jutaan ringgit diperlukan untuk tujuan tersebut.
Inilah komitmen kerajaan membantu para belia. Saguhati ini adalah tanda ucapan terima kasih kerajaan diatas peranan belia dan beliawanis yang turut sama terlibat dalam membangunkan negeri kita semua, Terengganu Darul Iman. Para belia dan beliawanis akan menikmati pemberian ini setahun sekali sejak dari tahun 2000.
Ia sebagai pencetus semangat untuk para belia bekerja lebih keras untuk diri sendiri, keluarga dan negara tercinta. Insyallah jika para belia & beliawanis terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ada, kita akan mendapat manafaat ini sepanjang zaman.
Alhamdulillah dengan kurniaan mu Ya Allah, Terima kasih Kerajaan Terengganu dan Barisan Nasional.
Fikr
10 months ago
No comments:
Post a Comment