Pages

Subscribe:

30 May 2010

Timbalan Perdana Menteri 2

Salam 2 all

Politik negara kian panas apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengumumkan akan melantik wakil DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri 2. Timbalan Perdana Menteri adalah pembantu kepada Perdana Menteri. Jawatan ini sebenarnya tidak disebutkan dalam perlembagaan negara kita Malaysia. Dalam perlembagaan hanya dinyatakan jawatan Perdana Menteri sahaja.

Oleh yang demikian jawatan ini adalah hak Perdana Menteri untuk melantiknya sebagaimana Perdana Menteri melantik menteri menteri kabinetnya.

Ini merupakan janji Anwar bagi mendapat sokongan pengundi bukan melayu dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau memang bercita cita besar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam membincangkan perkara ini beberapa persoalan bermain di fikiran saya:

1. Adakah beliau yakin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Adakah Pakatan pembangkang sudah membuat persetujuan bersama yang Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya ke 13 walaupun DAP atau PAS mempunyai majoriti kerusi yang lebih besar di Parlimen.

2. Jawatan Perdana Menteri biasanya akan dilantik dikalangan ketua parti, yang mana partinya memenangi kerusi yang paling banyak dalam Parlimen. Adakah beliau yakin , PKR akan mempunyai kerusi yang paling banyak dalam parlimen. Situasi yang ada sekarang ialah DAP yang paling banyak kerusi iaitu 29 kerusi berbanding dengan PKR yang hanya mempunyai 24 kerusi. Adakah DAP akan memberi laluan kepada PKR untuk menjadi Perdana Menteri?. Jika dilihat dari kedudukan sekarang DAP lebih berhak untuk jawatan Perdana Menteri.

3. Bagimana jika DAP parti yang paling banyak kerusi menang dalam parlimen dalam pilihanraya ke 13. Satu pertanyaaan yang akan memberi semangat baru kepada orang melayu supaya segera bersatu bagi memantapkan kuasa mereka.

4. Anwar tidak langsung menyentuh kedudukan PAS. Apakah PAS tidak dijanjikan sebarang jawatan yang tinggi dalam kerajaan atau cukup sekadar wakil PAS menjadi Menteri Pelancongan atau Menteri Belia & Sukan atau Menteri Pembangunan Perdagangan Komoditi sahaja. Apakah PAS hanya parti serpihan yang akan disepak keluar selepas menang dalam pilihanraya?.

5. Bagaimana pula jika PAS paling banyak kerusi. Apakah PKR dan DAP akan membenarkan PAS menjadi Perdana Menteri?. Adakah PAS juga akan memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Semua ini serba mungkin jika melihat kepada situasi sekarang. Itu hanyalah janji janji kosong Anwar Ibrahim. Perkara tersebut mungkin boleh berlaku jika PKR yang mendominasi kerusi di Parlimen. Anwar bercakap seolah olah PKR adalah parti yang terkuat dalam Pakatan.

Kita merasa pelik kerana semasa kita membuka kemasukan ke MRSM 10% untuk kaum lain lain. Meraka menentang habis habisan, pelbagai kritikan dibuat kepada kerajaan kononnya UMNO dan BN mengkhianati perjuangan bangsa melayu. Dalam setiap ceramah politik, dilanyaknya kerajaan zaman Tun Dr. Mahathir kerana melaksanakan dasar ini.

Kini mereka pula yang menterjemahkan apa yang dilakukan oleh BN dan UMNO satu ketika dulu, bahkan mereka melaksanakan pengkhiatan yang lebihbesar apabila memberi jawatan tersebut kepada DAP. Inilah dasar perjuangan mereka.

Anwar akan buat apa sahaja demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Fikirkanlah.

28 May 2010

Apa kesudahannya bumi Palestin? Hanya Allah yang mengetahui.

Salam 2 all.

Pada 25 Mei 2010, Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah mengadakan lawatan ke bumi Malaysia. Beliau meneruskan perjuangan intifadha yang diwarisinya menjelajah ke negara ASEAN bagi memaklumkan keadaan terkini di bumi yang mereka sangat sayangi. Ini lah bumi tempat mereka dilahirkan, dibesarkan dalam suasana penuh tragis, berhempas pulas mempertahankan tanah air tercinta.

Linangan air mata membasahi pipi mereka setiap hari dek kerana kekejaman zionos Israel. Sebagai rakyat Malaysia yang dilimpahi dengan keamanan dan kegembiraan ini, sokongan moral dan doa yang mampu kita ucapkan. Kita tahu bagaimana deritanya mereka menempuh badai kehidupan di bumi Allah ini setiap detik. Ketakutan menghantui mereka saban waktu.

Persoalan yang sudah pasti bermain difikiran kita, ' bilakah keadaan ini akan berakhir'. Adakah ia berakhir dalam masa terdekat atau pun dalam jangka masa yang panjang atau pun sehingga tibanya hari kiamat?. Jawapannya sudah pasti , Hanya Allah yang maha kuasa saja mengetahui.

Semasa lawatan ini , Israel masih lagi terus bertindak ganas menceroboh Palestin. Mereka terus melakukana penempatan haram di Tebing Barat dengan begitu ganas , tanah mereka terus dirampas dan mereka yang engkar akan dibunuh tanpa belas kasihan.

Ianya dilakukan dalam keadaan seluruh dunia terus mengkritik mereka. Israel tidak menghiraukan kritikan keatas mereka kerana mereka sudah menduga dunia tidak akan membelasah mereka dengan peperangan. Itu semua sudah ada dalam kepala Israel.

Satu lagi persolan yang bermain difiran saya ialah sampai bila proses damai melalui rundingan ini akan dilaksanakan. Berapa ribu kali kah rundingan yang sudah diadakan dengan insan yang bertuhankan haiwan durjana ini hendak dilakukan. Semua itu adalah tipu daya mereka terhadap kita. Sudah tiba masanya rundingan dihentikan segera. Cari kaedah lain bagi meyelesaikan masalah ini.

Bagi penduduk Palestin, jihad adalah jalan yang mereka laksanakan bagi menyelamatkan negara mereka dari cengkaman Zionis yang tidak berperikemanusiaan itu.

Namun kesalahan utama terletak kepada kita umat islam. Kita tidak mampu bertindak apa apa terhadap saudara seagama dengan kita. Kita masih tidak sedar akan kepentingan kebersatuan antara umat. Kadang kadang kita berperang sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa

Perang orang kafir dan Yahudi ini hanya menggunakan isu agama antara kita untuk memecahbelahkan kita. Cara yang cukup senang bagi mereka. Kita menyaksikan seluruh dunia dimana mana negara islam, kita tidak berpadu tenaga. Kita hanya layak berjuang semasa kita. Masing masing menegakkan kebenaran sesama sendiri. Orang ini lebih islam, Orang ini tidak islam, Orang ini kafir dan sebagainya. Inilah mainan kita bagi mendapatkan kuasa sesama kita.

Kepada mereka yang terkorban melawan zionis, doa kita panjatkan agar roh mereka bersemadi di syurga Allah maha besar setelah pelbagai penderitaan yang mereka tempuhi dalam menegakkan negara tercinta.


Sampai bilakah ? Hanya Allah yang mengetahui segala galanya.

wassalam

27 May 2010

Tahniah buat kakitangan awam.

salam 2 all

Kakitangan awam adalah merupakan penggerak utama setiap dasar sesebuah kerajaan. Setiap dasar yang diumumkan oleh kerajaan akan dilaksananakan oleh pegawai perkhidmatan awam. Dalam sisitem yang diamalkan oleh kebanyakan negara, ahli politik merupakan mereka yang membuat dasar dalam sesebuah negara.

Ahli ahli politik ini pula dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya untuk mentadbir sesebuah negara. Segala dasar yang dibuat oleh kerajaan akan dilaksanakan oleh pegawai kerajaan. Oleh sebab itu lah kita meletakkan pegawai kerajaan amat penting dalam pentadbiran dan pembagunan negara.

Kakitangan awam di Malaysia amat bertuah kerana disediakan ganjaran yang lumayan selain dari gaji bulanan yang dinikmati oleh mereka. Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan kakitangan awam. Baru baru ini Kerajaan Terengganu telah mengadakan Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan Awam Negeri Terengganu.

Anugerah ini adalah bagi memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang terbaik di kalangan yang terbaik. Dalam majlis tersebut seramai 30 orang kakitangan awam negeri telah dipilih sebagai pekerja terbaik untuk tahun 2009. Mereka telah dianugerahkan wang tunai RM 7500.00 seorang dan hadiah menunaikan fardhu haji ke Mekah pada tahun ini. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Ini adalah pengiktirafan besar kepada mereka atas jasa dan sumbangan membangunkan negeri Terengganu yang kita cintai ini. Mungkin tidak ada negeri lain yang memberi hadiah galakan sebesar ini kepada kaitangan awam mereka. Kami rakyat bawahan berharap, kakitangan awam dapat meningkatkan mutu kerja dan mempastikan moto kerajaan negeri iaitu 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' serta slogon ' 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' akan dapat dilaksanakan dengan baik oleh kakitangan kerajaan.

Jika pegawai kerajaan tidak melaksanakan apa yang disebut tadi, maka kerajaan yang diketuai oleh ahli politik akan menerima balasan dari rakyat. Rakyat akan menolak mereka dalam pilihanraya jika mereka tidak berpuas hati terhadap layanan kerajaan terhadap mereka. Bagi pegawai kerajaan, mereka akan terselamat kerana mereka tidak boleh dipecat atau dibuang dengan sewenang wenangnya.

Oleh sebab itu, marilah kita berganding bahu bagi melaksanakan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara kita. Jika ahli politik dan pegawai kerajaan berganding bahu komited dengan tugas kita, Insyallah ianya bukan suatu pekara yang sukar untuk kita realisasikan. Kita doakan , mudah mudahan negara kita terus aman dan makmur. Insyallah.

wassalam

24 May 2010

Cari Imam & Bilal.

salam 2 all

Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang masih setia dgn blog saya. Dalam negara kita begitu banyak masjid dan surau yang didirikan bagi memenuhi tuntutan islam. Pembinaan masjid dan surau tidak banyak mendatangkan masalah kepada kita. Ada peruntukan, ia akan dapat dilaksanakan.

Namun apa yang merisaukan kita semua ialah kerana kurangnya jumlah Imam dan Bilal terutamanya generasi muda yang sanggup untuk memikul amanah ini. Hampir semua masjid dan surau tidak mempunyai imam dan bilal yang cukup. Kini, saya melihat antara jawatan yang paling sukar diisi ialah jawatan imam dan bilal kerana keminatan masyarakat terhadap jawatan ini hambar manakala yang berminat pula tidak layak.

Di masjid kerajaan yang mana imam dan bilal bertaraf jawatan tetap, masalah ini mungkin kurang dirasai namun ia cukup dirasai di masjid masjid mukim yang mana imam dan bilal bukan berjawatan tetap. Ada masjid yang saya pergi, hanya ada 1 orang imam dan bilal sahaja. menurut AJK Masjid, tidak ada calon yang berminat dan sanggup untuk mengisi jawatan tersebut.

Saya pernah menjadi Setiausaha JK Masjid, Perkara ini ada kebenarannya. Kadang kadang amat sukar untuk kita mencari Imam dan bilal di masjid masjid kampung. Sepatutnya jawatan Imam dan Bilal ini hendaklah didisi oleh generasi muda yang mana mempunyai tenaga yang kuat.

Namun yang menjadi masalah kepada kita ialah ungtuk mencari pengganti kepada imam yang sudah berumur. Oleh kerana tidak ada pilihan maka perkhidmatan mereka diteruskan.Kita kesian melihat imam yang telah uzur untuk mengimamkan sembahyang dengan tenaganya yang sudah lemah.

Saya merasakan sudah tiba masanya, pihak kerajaan menjadikan profesyen imam dan bilal ini, satu perkara yang penting. Profesyen ini mesti ditingkatkan sesuai dengan peranannya dalam meningkatkan syiar islam dalam masyarakat kita. Kita akui bahawa pada masa kini kerajaan telah pun membayar elaun bulanan kepada imam RM 600 sebulan dan bilal RM 400 sebulan namun ia masih dapat menyelesaikan masalah ini.

Walaupun elaun yang diberikan agak lumayan, namun jawatan ini tidak menjadi rebutan seperti jawatan pengerusi JKKK dan jawatan lain yang ada dalam sesebuah kampung.

Istitut latihan Imam dan Bilal secara formal mesti ditubuhkan dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Jika imam dan bilal yang ada bertenaga dengan suaranya yang merdu, saya rasa bilangan jemaah yang akan memakmurkan rumah Allah akan meningkat.

Pihak Jabatan agama negeri juga harus memainkan peranan yang lebih dalam soal ini. Jika ia tidak ditangani dengan serius kita akan mengalami kepupusan bagi kedua dua jawatan tersebut.

wassalam

19 May 2010

Cikgu oh cikgu, Selamat Hari Guru.

Salam 2 all

Hari guru tiba lagi. Bila tibanya hari guru, tentu sebahagian guru akan dapat banyak hadiah dari anak didiknya. Guru merupakan insan yang sangat mulia. Mereka adalah orang yang sangat penting dalam mempastikan kejayaan anak bangsa.

Walau pun guru mungkin masih lagi berada di sekolah yang sama, namun anak didiknya mungkin telah menjadi pegawai besar, ahli korporat yang berjaya, menjadi pemimpin masyarakat ,ada yang hidup mewah dilimpahi kekayaan dan sebagainya, namun guru tetap setia dengan tugasnya mendidik dan terus mendidik anak bangsa hingga jaya.

Harus diingat kehidupan orang yang berjaya, sejarahnya tetap bermula dari seorang guru biasa yang mengajar kita. Dari seorang guru biasa inilah, akhirnya kita menempuh onak dan duri sehingga kejayaan bersama kita. Dikesempatan ini saya ucapkan ' Selamat Hari Guru' kepada semua guru guru saya, rakan rakan saya yang menjadi guru dan semua guru guru di Malaysia.

Kepada guru guru saya, ucapan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar kalian semua. Guru guru di SK Bukit Payong tahun 1981 - 1987. Antaranya Cikgu Hasnah, Cik Hjh Roslina, Ustaz Jusoh
( Ayah Su), Cikgu Ishak, Cikgu Zaudin, Cikgu Bariah ( Ini adalah cikgu paling ditakuti) dan lain lain.

Buat guru guru di SMKBS tahun 1987 - 1991 yang meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Walau pun sekolah ini tidak lah tersohor macam sekolah asarama penuh, tapi hasil didikan guru guru semua, ramai antara kami telah berjaya dalam kehidupan dan kerjaya masing masing. Buat Cikgu Mazlan Nordin, cikgu Fatimah Embong, Cikgu Asiah Shah Ayob, Cikgu Hashim, Cikgu Zubir Embong, Cikgu Saniah, Cikgu Wan Zaitong, Cikgu Tan Jean Wee, Cikgu Aziz, Cikgu Salleh Busu dan lain lain yg saya tak sebutkan disini. Terima kasih cikgu, jasa kalian mungkin tidak dapat kami balas.

Begitu juga buat guru guru saya di SMK Padang Midin 1992 - 1993 yg juga memainkan peranan yg sangat penting. Antaranya Cikgu Nawawi, Cikgu Mohd Osman, Cikgu Abdullah, Cikgu Wee Peck Sian, Cikgu Syed Baharuddin, Cikgu Kalthom, Ustazah Fatimah, Cikgu Jamil, Cikgu Meriah, Cikgu Zaidi Embong, Cikgu Mat Nor dan lain lain lagi. Saya dan bagi pihak kawan kawan ucapkan terima kasih buat cikgu cikgu semua.

Tidak ketinggalan buat rakan rakan sekolah yang bergelar guru pada hari ini iaitu Cikgu Bahari, Cikgu Ramzi, Cikgu Lukman, Cikgu Sabarinah, Cikgu Roshaslida, Cikgu Bakri, Cikgu Azhar, Cikgu Kusumawati, Cikgu Juliza, Cikgu Siti Salmiah, Cikgu Mahani dan semua rakan rakan yang bergelar guru. 20 tahun lepas saudara bergelar pelajar dan kini sahabat sudah bergelar guru.

Saya mendoakan semua guru dikurniakan kesihatan, panjang umur , murah rezeki dan sentiasa berbakti dengan ikhlas dan jujur demi anak bangsa tercinta. Insyallah kerajaan sentiasa akan meningkatkan kerjaya profesyen perguruan ke tahap yang lebih tinggi. Saya akan sentiasa bercakap dimana mana bagi memberi sokongan kuat kepada anda semua.

Selamat Hari Guru

Wassalam

DAP mula kuasai Pakatan Rakyat. PKR & PAS mungkin bersyukur.

Salam 2 all

Pilihanraya kecik Parlimen Sibu sudah berakhir. BN kecundang kepada DAP di Sibu walau pun BN menang dengan majoriti besar dalam pilihanraya umum yang ke 12. Kesimpulan yang saya dapat , sebilangan besar orang cina sudah menolak BN terutamanya MCA. Dalam pilihanraya ini BN kalah dengan majoriti 396.

Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang tentunya tersenyum sampai ke telinga kerana mereka dapat membantu DAP menang dalam pilihanraya ini. Kedua dua orang pemimpin islam ini menyifatkan ia sebagai kenangan yang sangat manis dan tidak dapat dilupakan kepada mereka.

Mereka berdua begitu bersungguh sungguh bagi mempastikan DAP, konco mereka dapat menyingkirkan BN di bumi Sibu. Akhirnya usaha kedua dua pemimpin islam ini berjaya dalam misinya. Mungkin mereka tidak sedar atau pura pura tidak sedar, mereka telah membantu DAP menambahkan kerusi di Parlimen.

Kini DAP sudah mempunyai 29 kerusi, PKR 24 kerusi dan PAS 23 kerusi. Jika hari ini mereka memerintah negara ini, sudah pastilah mereka akan mengurniakan kepada DAP untuk menjadi Perdana Menteri negara Malaysia kerana dalam amalan negera kita parti yang mempunyai banyak kerusi akan menjadi Perdana Menteri. Itu andaian yang dibuat jika mereka dapat membentuk kerajaan pada hari ini.

Mungkin inilah yang dimahukan oleh PAS dan PKR dalam negara ini. Itu kena tanya kepada mereka. Saya tidak merasakan kemustahilan, jika fenomena ini berterusan, tidak mustahil DAP akan menbentuk kerajaan dalam pilihanraya yang ke 13.

Ini kerana sebilangan besar masyarakat cina sudah memberi sokongan kepada DAP manakala orang melayu masih lagi berhempas pulas untuk menegakkan parti masing masing iaitu UMNO, PAS dan PKR. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Apakah PAS yakin untuk diberi kerusi yang banyak dalam pilihanraya akan datang. Dalam pilihanraya umum yang ke 12, PAS hanya bertanding 65 kerusi berbanding dengan 222 kerusi yang ada di Malaysia. Adakah dengan 65 kerusi mereka akan dapat menjadi Perdana Menteri. Undang undang di Malaysia bukan seperti di Perak yang menyatakan dengan jelas hanya orang melayu yang boleh menjadi Menteri Besar di Perak.

Sejarah telah membuktikan, sesuatu bangsa hancur akibat persengketaan sesama sendiri. Sejarah negara Iraq memberi pengajaran yang besar kepada kita semua. Negara mereka hancur. Rakyat hidup susah, kekayaan negara telah dirampas oleh orang lain. Inilah mainan halus mereka yang ingin hancurkan islam. Mereka porak perandakan hubungan sesama manusia bagi menyenangkan meraka menghancurkan sesebuah negara.

Mari lah kita berfikiran terbuka dalam soal ini. Ini lah kedudukan kita hari ini. UMNO lah yang pailing releven dalam perjuangan kita. UMNO lah yang masih banyak kerusi di Parlimen bagi mewakili orang melayu kerana dalam PR suara melayu dan bukan melayu sama ramai iaitu 38 orang. Namun parti terbesar dalam Pakatan rakyat pada hari ini ilah DAP.

" Adakah menyokong DAP yang secara terang terang menolak penubuhan negara islam bertepatan dengan Al Quran dan Sunnah"

"Adakah menyokong Karpal Singh yang menyatakan, langkah mayat aku dulu sebelum tubuh negara islam itu bertepatan dengan Al Quran dan Sunnah"

Adakah Islam PAS hanyalah retorik untuk mendapatkan sokongan rakyat. Bagaimana agaknya PAS nak tegakkan islam kalau mereka bergabung dengan golongan ini. Adakah kita semua tidak berfikir. Kita janganlah hanya melihat Terengganu, Kalantan dan Kedah sahaja tapi kita kena melihat secara keseluhuran dalam negara ini.

Renungan & fikirkanlah sahabat semua.

Fikr

13 May 2010

Sambutan Hari Belia perlu diberi nafas baru.

Salam 2 all

Esok 15 Mei 2010 adalah Hari Belia Negara. Suluruh warga belia akan merayakan hari ini dengan pelbagai acara. Ini adalah pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan terhadap warga belia di negara kita. Saya menyaksikan saban tahun kita merayakan hari ini. Namun satu persoalan yang timbul, adakah warga belia di Malaysia tahu 15 Mei ini adalah hari untuk mereka? Kalau ditanya kepada mereka, saya rasa kebanyakan dari mereka tidak mengetahui hari untuk mereka ini.

Persoalan ini saya tanya kepada diri saya sendiri. Saya dapat merasakan hanya sebahagian kecil sahaja warga belia yang tahu bahawa 15 Mei ini adalah hari untuk mereka. Mungkin warga Kementerian Belia & Sukan dan pimpinan NGO's Belia sahaja yang maklum tentang hari bersejarah bagi mereka.

Keadaan amat berlainan dengan semangat Hari Guru. Saya merasakan semua guru tahu bahawa 16 Mei adalah Hari Guru. Tidak ada guru yang tidak tahu bahawa itu adalah hari mereka. Semua guru akan merayakan hari ini secara serentak diseluruh negara.

Saya berpandangan, sudah tiba masanya hari belia ini diberi nafas baru. Perayaan secara besar besaran tidak harus bertumpu diperingkat kebangsaan sahaja dan dihadiri oleh segelintir belia sahaja. Kosnya pula mencecah jutaaan ringgit, sedangkan perayaan di peringkat akar umbi tidak ada apa pun yang dilaksanakan. Saya mohon kerajaan mengkaji semula kaedah sambutan Hari Belia di masa masa yang akan datang.

Sepatutnya, Sambutan ini dilaksanakan serentak diseluruh negara sebagaimana sambutan Hari Guru. Sambutan ini pula mestilah sampai ke peringkat akar umbi bagi memaklumkan bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan yang dimainkan oleh belia. Dengan ini sambutan akan lebih bermakna dan meriah.

Sambutan tahun ini juga adalah sambutan yang bermakna buat belia kerana sebahagian besar pimpinan belia yang hadir adalah terdiri dari pimpinan muda yang berumur 40 tahun kebawah. Kesemua mereka adalah generasi muda yang bakal memimpin negara dimasa akan datang.

Bersempena dengan sambutan Hari Belia tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Belia buat semua belia di negara kita. Perpaduan dikalangan belia semua amat penting bagi memastikan keamanan negara di masa depan.

Kerajaan telah melaksanakan semua perancangan yang terbaik untuk belia terutamanya dalam bidang pendidikan bagi memastikan belia Malaysia adalah belia yang berilmu. Tidak ketinggalan, kerajaan juga bertungkus lumus bagi membangunkan belia dan beliawanis Malaysia.

' SELAMAT HARI BELIA BUAT BELIA SEMUA'

Wassalam

Dirgahayu UMNO ke 64

Salam 2 all

UMNO telah melangkau usia yang ke 64. UMNO telah mengalami pelbagai raujau dan onak dalam dunia politik negara Malaysia tercinta. Semuanya dapat diatasi dengan semangat perpaduan yang padu dikalangan ahli dan pemimpinnya. Hasil yang kita dapat ialah negara berada dalam kemakmuran, rakyat bebas bergerak mencari rezeki dan melakukan sebarang aktiviti.

Namun dalam pilihanraya yang ke 12, sokongan org melayu kepada UMNO kian merudum. Mungkin banyak faktor yang menyebabkan ia nya terjadi sedemikian. Namun, takdir itu membolehkan pimpinan UMNO di semua peringkat berfikir sejenak kenapa rakyat sudah mula menolak UMNO walaupun kita telah banyak menabur bakti dan jasa terhadap bangsa melayu dan negara Malaysia.

Muhasabah diri adalah elemen yang paling penting bagi kita melaksanakan reformasi terhadap UMNO. Hasil usaha yang dilaksanakan dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Presiden UMNO telah menampakkan hasil. Perubahan yang dilaksanakan telah menarik kembali sokongan orang melayu terhadap UMNO. Ini dapat dilihat dari 2 kemenangan terakhir dalam pilihanraya kecil baru baru ini.

Jika dalam semua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum yang lalu, kita tewas kesemuanya dalam pertarungan melawan pembangkang, namun ia telah berubah dalam 2 pilihanraya kecil baru baru ini. Pimpinan di semua peringkat mestilah berubah dengan mengutamakan rakyat dan turun padang berdamping dengan rakyat jika kita ingin melihat UMNO & BN terus releven kepada rakyat kerana inilah resepi yang paling mujarab.

YAB Dato' Presiden menegaskan, pimpinan disemua peringkat mestilah melaksanakan pelbagai program di kawasan masing masing bagi mendekati rakyat. Jangan hanya diwaktu pilihanraya sahaja kita turun padang kerana ia akan membawa padah kepada UMNO.

UMNO sudah menjadi parti memerintah selama 46 tahun dan memenangi pilihanraya sebanyak 12 kali. Kita panjatkan doa ke hadrat Allah moga UMNO terpelihara dan selamat sejahtera. Sejarah parti LDP di Jepun yang tersungkur dalam pilihanraya Jepun walaupun telah menjadi parti pemerintah selama 54 tahun dan telah banyak membawa perubahan kepada Jepun namun telah ditolak oleh rakyatnya sendiri.

Kisah benar ini harus kita jadikan iktibar dalam penerusan perjuangan UMNO tercinta.

wassalam

12 May 2010

Menteri Besar Tereangganu di Bukit Payong

Salam 2 all

8 Mei 2010 mencatatkan sejarah tersendiri buat DUN Bukit Payong.YAB Dato' Ahmad Said Menteri Besar terengganu telah melakukan lawatan kerja sehari suntuk ke Bukit Payong. Lawatan ini membuktikan MB adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa dekat dihati rakyat.

Inilah contoh seorang ketua kerajaan negeri yang mana setiap masa turun padang bagi membantu rakyat dan bukan hanya menampakkan muka ketika menjelang pilihanraya sahaja. Pemimpin disemua peringkat harus mengambil contoh yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar ini supaya kita sentiasa dekat dihati rakyat.

Memulakan lawatan ini ialah program minum pagi bersama rakyat dan merasmikan Pasar Harian Kg. Laut yang berharga RM 1.4 juta. Pasar ini telah memberikan kemudahan kepada penduduk Kg. Laut dan sekitarnya. Saya masih ingat ketika saya berkempen di pasar ini semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Ramai peniaga dan pengunjung merungut keadaan pasar yang daif.

Kerajaan BN tetap menunaikan janjinya walaupun dalam pilihanraya tersebut BN tewas kepada PAS sebanyak 115 undi. Lebih membanggakan, dalam majlis ini YAB Menteri Besar telah mengumumkan kelulusan kerajaan untuk membina 500 unit rumah mampu milik di Kg. Laut. disamping itu Menteri Besar juga mengumumkan pembinaan sebuah masjid baru juga di Kg. Laut untuk tahun 2011.

Selepas itu MB menyertai program Gotong Royong Perdana menukar atap rumah di Kg. surau Hj. Yaacob dan Kg. Surau Hj. Mat Zin. sebanyak 18 buah rumah terlibat dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 40,000.00. Kita kagum melihat menteri Besar sendiri naik atas atap dan memaku sendiri atap.

Jam 3 ptg YAB merasmikan Karnival Seni Budaya K Bestari DUN Bukit Payong di padang bola Atas Tol. Lebih 2000 orang telah membanjiri padang Atas Tol bagi melihat pelbagai aktiviti yang diadakan bersempena program ini termasuklah pertandingan wau, Membuat kuih tradisional, demonstrasi membuat bepam, Lok Lit, Tumbuk Emping, pertunjukkan Mak yong, Rodat , Wayang kulit dan lain lain lagi.

Jam 5.30 ptg MB meluangkan masa untuk bermain bolasepak manakala isteri YAB menyaksikan perlawanan Bola Jaring antara pasukan MB vs DUN Bukit Payong.

YAB MB menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak di Masjid Kg. Padang Tanjung. Semasa berada disini YAB Menteri Besar telah meluluskan sebanyak RM 20,000.00 untuk Tabung Pendidikan Kg. Padang Tanjung, pembaikian Surau Pusu Tiga dan pembesaran jalan utama ke kg berkenaan.

Program terakhir dalam siri lawatan ini ialah jamuan rakyat dan ceramah isu isu semasa di Dataran Undang. Sekali lagi YAB tidak menghampakan harapan penduduk Kg. Undang. YAB telah meluluskan pembinaan lampu limpah di Dataran Undang, meluluskan pembaikian masjid Undang untuk tahun 2011 dan sebuah padang bola untuk pemuda Undang.

Alhamdulillah YAB telah berangkat pulang jam 12.30 malam. Selama satu hari suntuk siri lawatan ini diadakan telah memberi banyak manafaat kepada warga DUN Bukit Payong. Bagi pihak semua pihak , saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YAB Dato' Ahmad Said kerana tidak menghampakan orang Bukit Payong walaupun ia merupakan kawasan PAS. Moga moga Bukit Payong akan terus membangun bersama Barisan Nasional.

Wassalam.