Pages

Subscribe:

12 May 2010

Menteri Besar Tereangganu di Bukit Payong

Salam 2 all

8 Mei 2010 mencatatkan sejarah tersendiri buat DUN Bukit Payong.YAB Dato' Ahmad Said Menteri Besar terengganu telah melakukan lawatan kerja sehari suntuk ke Bukit Payong. Lawatan ini membuktikan MB adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa dekat dihati rakyat.

Inilah contoh seorang ketua kerajaan negeri yang mana setiap masa turun padang bagi membantu rakyat dan bukan hanya menampakkan muka ketika menjelang pilihanraya sahaja. Pemimpin disemua peringkat harus mengambil contoh yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar ini supaya kita sentiasa dekat dihati rakyat.

Memulakan lawatan ini ialah program minum pagi bersama rakyat dan merasmikan Pasar Harian Kg. Laut yang berharga RM 1.4 juta. Pasar ini telah memberikan kemudahan kepada penduduk Kg. Laut dan sekitarnya. Saya masih ingat ketika saya berkempen di pasar ini semasa pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Ramai peniaga dan pengunjung merungut keadaan pasar yang daif.

Kerajaan BN tetap menunaikan janjinya walaupun dalam pilihanraya tersebut BN tewas kepada PAS sebanyak 115 undi. Lebih membanggakan, dalam majlis ini YAB Menteri Besar telah mengumumkan kelulusan kerajaan untuk membina 500 unit rumah mampu milik di Kg. Laut. disamping itu Menteri Besar juga mengumumkan pembinaan sebuah masjid baru juga di Kg. Laut untuk tahun 2011.

Selepas itu MB menyertai program Gotong Royong Perdana menukar atap rumah di Kg. surau Hj. Yaacob dan Kg. Surau Hj. Mat Zin. sebanyak 18 buah rumah terlibat dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 40,000.00. Kita kagum melihat menteri Besar sendiri naik atas atap dan memaku sendiri atap.

Jam 3 ptg YAB merasmikan Karnival Seni Budaya K Bestari DUN Bukit Payong di padang bola Atas Tol. Lebih 2000 orang telah membanjiri padang Atas Tol bagi melihat pelbagai aktiviti yang diadakan bersempena program ini termasuklah pertandingan wau, Membuat kuih tradisional, demonstrasi membuat bepam, Lok Lit, Tumbuk Emping, pertunjukkan Mak yong, Rodat , Wayang kulit dan lain lain lagi.

Jam 5.30 ptg MB meluangkan masa untuk bermain bolasepak manakala isteri YAB menyaksikan perlawanan Bola Jaring antara pasukan MB vs DUN Bukit Payong.

YAB MB menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak di Masjid Kg. Padang Tanjung. Semasa berada disini YAB Menteri Besar telah meluluskan sebanyak RM 20,000.00 untuk Tabung Pendidikan Kg. Padang Tanjung, pembaikian Surau Pusu Tiga dan pembesaran jalan utama ke kg berkenaan.

Program terakhir dalam siri lawatan ini ialah jamuan rakyat dan ceramah isu isu semasa di Dataran Undang. Sekali lagi YAB tidak menghampakan harapan penduduk Kg. Undang. YAB telah meluluskan pembinaan lampu limpah di Dataran Undang, meluluskan pembaikian masjid Undang untuk tahun 2011 dan sebuah padang bola untuk pemuda Undang.

Alhamdulillah YAB telah berangkat pulang jam 12.30 malam. Selama satu hari suntuk siri lawatan ini diadakan telah memberi banyak manafaat kepada warga DUN Bukit Payong. Bagi pihak semua pihak , saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YAB Dato' Ahmad Said kerana tidak menghampakan orang Bukit Payong walaupun ia merupakan kawasan PAS. Moga moga Bukit Payong akan terus membangun bersama Barisan Nasional.

Wassalam.

No comments:

Contributors