Pages

Subscribe:

13 May 2010

Sambutan Hari Belia perlu diberi nafas baru.

Salam 2 all

Esok 15 Mei 2010 adalah Hari Belia Negara. Suluruh warga belia akan merayakan hari ini dengan pelbagai acara. Ini adalah pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan terhadap warga belia di negara kita. Saya menyaksikan saban tahun kita merayakan hari ini. Namun satu persoalan yang timbul, adakah warga belia di Malaysia tahu 15 Mei ini adalah hari untuk mereka? Kalau ditanya kepada mereka, saya rasa kebanyakan dari mereka tidak mengetahui hari untuk mereka ini.

Persoalan ini saya tanya kepada diri saya sendiri. Saya dapat merasakan hanya sebahagian kecil sahaja warga belia yang tahu bahawa 15 Mei ini adalah hari untuk mereka. Mungkin warga Kementerian Belia & Sukan dan pimpinan NGO's Belia sahaja yang maklum tentang hari bersejarah bagi mereka.

Keadaan amat berlainan dengan semangat Hari Guru. Saya merasakan semua guru tahu bahawa 16 Mei adalah Hari Guru. Tidak ada guru yang tidak tahu bahawa itu adalah hari mereka. Semua guru akan merayakan hari ini secara serentak diseluruh negara.

Saya berpandangan, sudah tiba masanya hari belia ini diberi nafas baru. Perayaan secara besar besaran tidak harus bertumpu diperingkat kebangsaan sahaja dan dihadiri oleh segelintir belia sahaja. Kosnya pula mencecah jutaaan ringgit, sedangkan perayaan di peringkat akar umbi tidak ada apa pun yang dilaksanakan. Saya mohon kerajaan mengkaji semula kaedah sambutan Hari Belia di masa masa yang akan datang.

Sepatutnya, Sambutan ini dilaksanakan serentak diseluruh negara sebagaimana sambutan Hari Guru. Sambutan ini pula mestilah sampai ke peringkat akar umbi bagi memaklumkan bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan yang dimainkan oleh belia. Dengan ini sambutan akan lebih bermakna dan meriah.

Sambutan tahun ini juga adalah sambutan yang bermakna buat belia kerana sebahagian besar pimpinan belia yang hadir adalah terdiri dari pimpinan muda yang berumur 40 tahun kebawah. Kesemua mereka adalah generasi muda yang bakal memimpin negara dimasa akan datang.

Bersempena dengan sambutan Hari Belia tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Belia buat semua belia di negara kita. Perpaduan dikalangan belia semua amat penting bagi memastikan keamanan negara di masa depan.

Kerajaan telah melaksanakan semua perancangan yang terbaik untuk belia terutamanya dalam bidang pendidikan bagi memastikan belia Malaysia adalah belia yang berilmu. Tidak ketinggalan, kerajaan juga bertungkus lumus bagi membangunkan belia dan beliawanis Malaysia.

' SELAMAT HARI BELIA BUAT BELIA SEMUA'

Wassalam

No comments:

Contributors