Pages

Subscribe:

19 May 2010

DAP mula kuasai Pakatan Rakyat. PKR & PAS mungkin bersyukur.

Salam 2 all

Pilihanraya kecik Parlimen Sibu sudah berakhir. BN kecundang kepada DAP di Sibu walau pun BN menang dengan majoriti besar dalam pilihanraya umum yang ke 12. Kesimpulan yang saya dapat , sebilangan besar orang cina sudah menolak BN terutamanya MCA. Dalam pilihanraya ini BN kalah dengan majoriti 396.

Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang tentunya tersenyum sampai ke telinga kerana mereka dapat membantu DAP menang dalam pilihanraya ini. Kedua dua orang pemimpin islam ini menyifatkan ia sebagai kenangan yang sangat manis dan tidak dapat dilupakan kepada mereka.

Mereka berdua begitu bersungguh sungguh bagi mempastikan DAP, konco mereka dapat menyingkirkan BN di bumi Sibu. Akhirnya usaha kedua dua pemimpin islam ini berjaya dalam misinya. Mungkin mereka tidak sedar atau pura pura tidak sedar, mereka telah membantu DAP menambahkan kerusi di Parlimen.

Kini DAP sudah mempunyai 29 kerusi, PKR 24 kerusi dan PAS 23 kerusi. Jika hari ini mereka memerintah negara ini, sudah pastilah mereka akan mengurniakan kepada DAP untuk menjadi Perdana Menteri negara Malaysia kerana dalam amalan negera kita parti yang mempunyai banyak kerusi akan menjadi Perdana Menteri. Itu andaian yang dibuat jika mereka dapat membentuk kerajaan pada hari ini.

Mungkin inilah yang dimahukan oleh PAS dan PKR dalam negara ini. Itu kena tanya kepada mereka. Saya tidak merasakan kemustahilan, jika fenomena ini berterusan, tidak mustahil DAP akan menbentuk kerajaan dalam pilihanraya yang ke 13.

Ini kerana sebilangan besar masyarakat cina sudah memberi sokongan kepada DAP manakala orang melayu masih lagi berhempas pulas untuk menegakkan parti masing masing iaitu UMNO, PAS dan PKR. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Apakah PAS yakin untuk diberi kerusi yang banyak dalam pilihanraya akan datang. Dalam pilihanraya umum yang ke 12, PAS hanya bertanding 65 kerusi berbanding dengan 222 kerusi yang ada di Malaysia. Adakah dengan 65 kerusi mereka akan dapat menjadi Perdana Menteri. Undang undang di Malaysia bukan seperti di Perak yang menyatakan dengan jelas hanya orang melayu yang boleh menjadi Menteri Besar di Perak.

Sejarah telah membuktikan, sesuatu bangsa hancur akibat persengketaan sesama sendiri. Sejarah negara Iraq memberi pengajaran yang besar kepada kita semua. Negara mereka hancur. Rakyat hidup susah, kekayaan negara telah dirampas oleh orang lain. Inilah mainan halus mereka yang ingin hancurkan islam. Mereka porak perandakan hubungan sesama manusia bagi menyenangkan meraka menghancurkan sesebuah negara.

Mari lah kita berfikiran terbuka dalam soal ini. Ini lah kedudukan kita hari ini. UMNO lah yang pailing releven dalam perjuangan kita. UMNO lah yang masih banyak kerusi di Parlimen bagi mewakili orang melayu kerana dalam PR suara melayu dan bukan melayu sama ramai iaitu 38 orang. Namun parti terbesar dalam Pakatan rakyat pada hari ini ilah DAP.

" Adakah menyokong DAP yang secara terang terang menolak penubuhan negara islam bertepatan dengan Al Quran dan Sunnah"

"Adakah menyokong Karpal Singh yang menyatakan, langkah mayat aku dulu sebelum tubuh negara islam itu bertepatan dengan Al Quran dan Sunnah"

Adakah Islam PAS hanyalah retorik untuk mendapatkan sokongan rakyat. Bagaimana agaknya PAS nak tegakkan islam kalau mereka bergabung dengan golongan ini. Adakah kita semua tidak berfikir. Kita janganlah hanya melihat Terengganu, Kalantan dan Kedah sahaja tapi kita kena melihat secara keseluhuran dalam negara ini.

Renungan & fikirkanlah sahabat semua.

Fikr

No comments:

Contributors