Salam 2 all
UMNO telah melangkau usia yang ke 64. UMNO telah mengalami pelbagai raujau dan onak dalam dunia politik negara Malaysia tercinta. Semuanya dapat diatasi dengan semangat perpaduan yang padu dikalangan ahli dan pemimpinnya. Hasil yang kita dapat ialah negara berada dalam kemakmuran, rakyat bebas bergerak mencari rezeki dan melakukan sebarang aktiviti.
Namun dalam pilihanraya yang ke 12, sokongan org melayu kepada UMNO kian merudum. Mungkin banyak faktor yang menyebabkan ia nya terjadi sedemikian. Namun, takdir itu membolehkan pimpinan UMNO di semua peringkat berfikir sejenak kenapa rakyat sudah mula menolak UMNO walaupun kita telah banyak menabur bakti dan jasa terhadap bangsa melayu dan negara Malaysia.
Muhasabah diri adalah elemen yang paling penting bagi kita melaksanakan reformasi terhadap UMNO. Hasil usaha yang dilaksanakan dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Presiden UMNO telah menampakkan hasil. Perubahan yang dilaksanakan telah menarik kembali sokongan orang melayu terhadap UMNO. Ini dapat dilihat dari 2 kemenangan terakhir dalam pilihanraya kecil baru baru ini.
Jika dalam semua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum yang lalu, kita tewas kesemuanya dalam pertarungan melawan pembangkang, namun ia telah berubah dalam 2 pilihanraya kecil baru baru ini. Pimpinan di semua peringkat mestilah berubah dengan mengutamakan rakyat dan turun padang berdamping dengan rakyat jika kita ingin melihat UMNO & BN terus releven kepada rakyat kerana inilah resepi yang paling mujarab.
YAB Dato' Presiden menegaskan, pimpinan disemua peringkat mestilah melaksanakan pelbagai program di kawasan masing masing bagi mendekati rakyat. Jangan hanya diwaktu pilihanraya sahaja kita turun padang kerana ia akan membawa padah kepada UMNO.
UMNO sudah menjadi parti memerintah selama 46 tahun dan memenangi pilihanraya sebanyak 12 kali. Kita panjatkan doa ke hadrat Allah moga UMNO terpelihara dan selamat sejahtera. Sejarah parti LDP di Jepun yang tersungkur dalam pilihanraya Jepun walaupun telah menjadi parti pemerintah selama 54 tahun dan telah banyak membawa perubahan kepada Jepun namun telah ditolak oleh rakyatnya sendiri.
Kisah benar ini harus kita jadikan iktibar dalam penerusan perjuangan UMNO tercinta.
wassalam
10 months ago
No comments:
Post a Comment