Pages

Subscribe:

27 May 2010

Tahniah buat kakitangan awam.

salam 2 all

Kakitangan awam adalah merupakan penggerak utama setiap dasar sesebuah kerajaan. Setiap dasar yang diumumkan oleh kerajaan akan dilaksananakan oleh pegawai perkhidmatan awam. Dalam sisitem yang diamalkan oleh kebanyakan negara, ahli politik merupakan mereka yang membuat dasar dalam sesebuah negara.

Ahli ahli politik ini pula dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya untuk mentadbir sesebuah negara. Segala dasar yang dibuat oleh kerajaan akan dilaksanakan oleh pegawai kerajaan. Oleh sebab itu lah kita meletakkan pegawai kerajaan amat penting dalam pentadbiran dan pembagunan negara.

Kakitangan awam di Malaysia amat bertuah kerana disediakan ganjaran yang lumayan selain dari gaji bulanan yang dinikmati oleh mereka. Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan kakitangan awam. Baru baru ini Kerajaan Terengganu telah mengadakan Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan Awam Negeri Terengganu.

Anugerah ini adalah bagi memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang terbaik di kalangan yang terbaik. Dalam majlis tersebut seramai 30 orang kakitangan awam negeri telah dipilih sebagai pekerja terbaik untuk tahun 2009. Mereka telah dianugerahkan wang tunai RM 7500.00 seorang dan hadiah menunaikan fardhu haji ke Mekah pada tahun ini. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Ini adalah pengiktirafan besar kepada mereka atas jasa dan sumbangan membangunkan negeri Terengganu yang kita cintai ini. Mungkin tidak ada negeri lain yang memberi hadiah galakan sebesar ini kepada kaitangan awam mereka. Kami rakyat bawahan berharap, kakitangan awam dapat meningkatkan mutu kerja dan mempastikan moto kerajaan negeri iaitu 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' serta slogon ' 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' akan dapat dilaksanakan dengan baik oleh kakitangan kerajaan.

Jika pegawai kerajaan tidak melaksanakan apa yang disebut tadi, maka kerajaan yang diketuai oleh ahli politik akan menerima balasan dari rakyat. Rakyat akan menolak mereka dalam pilihanraya jika mereka tidak berpuas hati terhadap layanan kerajaan terhadap mereka. Bagi pegawai kerajaan, mereka akan terselamat kerana mereka tidak boleh dipecat atau dibuang dengan sewenang wenangnya.

Oleh sebab itu, marilah kita berganding bahu bagi melaksanakan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara kita. Jika ahli politik dan pegawai kerajaan berganding bahu komited dengan tugas kita, Insyallah ianya bukan suatu pekara yang sukar untuk kita realisasikan. Kita doakan , mudah mudahan negara kita terus aman dan makmur. Insyallah.

wassalam

1 comment:

sapian bin dhabal said...

Tahniah kpd para Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang Negeri Terengganu 2009. Apabila kita menjalankan tugas dan amanah sebagai satu ibadat, Insyaallah ganjaran akan datang dalam pelbagai bentuk. Sesungguhnya penjawat awam dan kerajaan berpisah tiada ibarat aur dan tebing. Keiklasan adalah tunjang kejayaan.

Contributors