Pages

Subscribe:

29 July 2009

ISA Tak Perlu Dimansuhkan


Salam bloggers.

ISA atau Akta Keselamatan dalam Negeri sudah lama wujud di Malaysia. Mengapa baru sekarang ia sangat heboh diperkatakan. Sesetengahnya mahu akta ini dimansuhkan. Sebagai generasi baru , saya merasakan inilah akta yang telah membawa kemakmuran kepada negara kita. Hasil yang kita dapat dari akta ini, kita dapat hidup dengan harmoni dalam negara yang sangat unik dan berbilang kaum.

Pembangkang seperti DAP, PKR Dan PAS dilihat begitu bersungguh sungguh supaya akta ini dihapuskan. Setakat yang saya tahu akta ini tidak digunakan sewenang wenangnya. Orang yang tidak bersalah tidak ditangkap dan tidak diletakkan disini.

Contohnya saya adalah orang yang tidak bersalah, adakah saya ditangkap dan diletakkan disini. Hanya orang yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara atau yang menngancam keselamatan negara sahaja yang akan diletakkan disini. Maka tidak ada salahnya akta ini.

Sebenarnya pembangkang mahu mengalihkan perhatian rakyat secepat mungkin daripada perkembangan yang amat ‘menganggu’ mereka itu kepada isu mengenai penghapusan ISA. Mereka mahu membina momentum – bermain dengan sentimen rakyat – terutama orang Melayu supaya menyokong usaha tersebut.

Momentum itu adalah untuk ‘menghalalkan cara’ jika perarakan besar-besaran Gerakan Mansuh ISA (GMI) dari Bangunan Parlimen ke Istana Negara pada 1 Ogos ini (Sabtu ini) mendapat tentangan daripada pihak berkuasa.

Rata-rata orang Melayu dan masyarakat Malaysia sebenarnya menyokong ISA. Mereka faham dan sedar ISA baik untuk mereka dan negara. Mereka sedar rakyat Malaysia memerlukan ISA demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Negara perkasa Amerika Syarikat pun mempunyai undang-undang ala-ISA iaitu Akta Patriot (http://en.wikipedia.org/wiki/usa_patriot_act). Tahanan yang disyaki sebagai penganas – yang rata-rata beragama Islam ditahan tanpa bicara di Kem Guantanamo. DAP tidak pernah bising pun? Pas pun sepanjang ingatan kita jarang komen panjang lebar mengenainya? Malah, jiran Singapura pun masih ada dan masih mengamalkan ISA. Rakyat Singapura tidak pernah pun berarak dari bangunan Parlimennya ke Istana Presiden? Rakyat Amerika juga tidak pernah membangkang dan berarak menentang undang undang ini. Persolannya kenapa?. Jawapannya kerana rakyat negara ini faham bahawa undang undang ini lah boleh membawa keamanan hidup kepada mereka.

Amat mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu UKM (TSB) pada tahun 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan bahawa kesemua 100% daripada mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 seksyen, 4 bahagian, 12 bab dan 3 jadual.’’

Ini menunjukkan Siswa ini hanya terpengaruh dengan ceramah pembangkang sahaja. Kebanyakan mereka tak rujuk pun Undang undang ISA tersebut. Inilah silapnya sikap orang kita. Mereka hanya terpengaruh dengan pidato yang berapi rapi, tapi habuk pun tak ada.

Dalam satu ceramah diadakan di Kampung Datuk Keramat, kampung yang dihuni rata-ratanya oleh orang Melayu. DAP dan konco-konconya bermain dengan api perkauman

Ceramah terbuka itu amat berbahaya. Mereka mengadu-dombakan mengenai isu penghapusan ISA ini. ‘‘Ramai penduduk di sekitar kawasan yang tidak dapat lari daripada mendengar apa yang diucapkan... yang kesemuanya berbentuk tohmahan, hasutan dan kecaman terhadap orang Melayu sama ada secara terus atau tidak, jelas hanya menjemput masalah.

Kita berharap pihak berkuasa dapat bertegas ekoran perkembangan itu. Kami rakyat Malaysia mengharapkan perlindungan pihak polis. Dalam suasana yang tidak menentu sekarang – di mana orang mula bercakap mengenai kekuatan dan superiority bangsa dan kaum masing-masing, ISA amat penting. Kerajaan dan polis harus terus menggunakan akta itu.

Pada saya ISA tak perlu dihapuskan. Ia perlu dipertahankan bagi menjamin keselamatan negara akan berterusan. Kalau kerajaan nak pinda bagi tujuan penambahbaikan untuk memberi keadilan kepada rakyat saya setuju. Kita penuh yakin kerajaan tidak akan menyalahgunakan akta ini bagi tujuan lain. Hasrat kerajaan Barisan Nasioanal ialah untuk melihat kemakmuran dan keselamatan serta keamanan untuk rakyat Malaysia berterusan.

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Fikir fikirkanlah.


26 July 2009

Bakti Remaja, Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Kerajaan

Salam bloggers

Saya doakan kepada semua remaja berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan harian. Sudah menjadi lumrah alam, setiap insan mestilah bekerja untuk menyara kehidupan masing masing. Dalam hal ini, ia bergantung kepada rezeki dan usaha masing masing. Oleh sebab itu dalam dunia ini ada orang kaya, ada sederahana dan ada orang miskin.

Sebagai belia dan beliawanis, usaha yang bersungguh sungguh harus diutamakan bagi menjamin kelesesaan hidup. Kita jangan rasa rendah diri jika kita hanya seorang Tukang Rumah atau seorang Buruh atau pun kita hanya seorang nelayan. Sebenarnya peranan kita amat penting bagi kehidupan yang harmoni kepada seluruh masyarakat. Manusia sebenarnya saling perlu memerlukan diantara satu sama lain. Kalau tidak ada nelayan atau tukang rumah atau buruh, kehidupan manusia akan menjadi bercelaru kerana tidak akan ada ikan di pasar, rumah kediaman tidak akan tertegak jika pekerja ini tiada.

Kerajaan Barisan Nasional Terengganu amat menghargai jasa dan semangat yang ditunjukkan oleh para belia dan beliawanis negeri ini. Semua belia dan beliawanis adalah penyumbang kepada kekuatan dan kemakmuran ekonomi negeri ini sehingga kita semua boleh hidup dengan sempurna. Oleh yang demikian Kerajaan BN telah memperkenalkan Program Bakti Remaja 2009 sebagai tanda penghargaan sumbangan anda semua.

Bagi peserta yang terpilih, mereka akan menerima saguhati daripada kerajaan sebanyak
RM 200.00 seorang. Syarat penerima pula ialah yang berpendapatan RM 1200.00 kebawah, belum berkahwin, berumur 21 hingga 40 tahun dan rakyat Terengganu. Sumbangan ini adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan atas sumbangan saudara dan saudari kepada negeri yang kita sayangi iaitu Terengganu Darul Iman. Bagi DUN Bukit Payong jumlah penerima ialah seramai 2215 Orang. Program ini telah dilaksanakan bermula 18/07/2009 dan dijangka akan berakhir pada 15/08/2009.

Sebagai hamba Allah kita hendaklah bersyukur dengan nikmat ini. Kita doakan supaya nikmat ini akan berkekalan dimasa masa yang akan datang. Disamping itu kita tidak lupa untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin terhadap nasib remaja sekalian. Saya cukup yakin jika para remaja dan belia sekalian terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional Untuk memerintah , mentadbir negeri dan negara ini ,bantuan ini akan diterus diberi kepada anda semua. Insyallah.

' Trima Kasih Buat Semua Belia & Beliawanis DUN Bukit Payong, Marilah kita Terus Bersama UMNO dan Barisan Nasional'.

Fikir fikirkanlah

JKKK , Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan


Salam bloggers,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Pengerusi dan AJK JKKK DUN Bukit Payong yang telah menerima tauliah perlantikan pada hari ini. Dengan perlantikan ini mereka menerima 1 amanah yang cukup besar. Rakyat di kampung masing masing menaruh kepercayaan yang cukup tinggi kepada pimpinan tertinggi di peringkat kampung iaitu JKKK bagi membela nasib mereka.

DUN Bukit Payong mempunyai 22 kampung, ini bermakna seramai 22 Pengerusidan 330 Orang AJK JKKK telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi memeimpin kampung masing masing. Kepimpinan di semua peringkat harus mengambil saranan YAB Perdana Menteri yang mengatakan zaman pemimpin tahu segala galanya sudah berakhir. Rakyat hari ini sudah cerdik hasil pendidikan yang diberi oleh kerajaan.

Oleh yang demikian saya nak mengajak diri saya sendiri dan seluruh pimpinan JKKK, marilah kita bekerja bersama sama, memberi sumbangan terbaik kepada rakyat, berusaha menyelesaikan masalah mereka dan mesra sokmo. Jika inilah motto kita semua, saya penuh yakin kita yakni BN akan menang besar dalam pilihanraya yang akan datang.

Kepada kampung yang menerima pengerusi baru iaitu Kg. Mak Kemas, Kg. Padang Pak Su Man, Kg. Tok Pong dan Kg. Paya Resak, Saya amat berharap akan dapat memberi sokongan kepada mereka. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas pengerusi JKKK berkenaan dan juga AJK JKKK yang tidak lagi menduduki jawatankuasa pada kali ini , diatas jasa bakti mereka. Insyallah amal soleh mereka akan mendapat ganjaran daripada Allag s.w.t.

" SELAMAT MENJALANKAN TUGAS'

Wassalam

25 July 2009

Melayu Di Bumi Melayu

Salam bloggers.

Nampaknya isu Teoh Beng Hock masih lagi hangat diperkatakan. Saya juga turut bersimpati dengan keluarga beliau. Namun demikian apa yang menjadi kehairanan ialah kenapa isu kematian Teoh Beng Hock ini menjadi isu yang sangat besar. Malaysia bagaikan nak kiamat dengan isu ini. semua orang terutamanya dari parti pembangkang, malah MCA, Gerakan begitu bersungguh sungguh memperjuangkan isu ini sehingga YB Nizar Jamaluddin pun sanggup menyalakan lilin sebagai tanda memperingati kematian Teoh. Kita cukup sedih dengan tindakan Nizar ini, seolah olah beliau sudah hilang pertimbangan dan kewarasan kerana nak sokongan orang cina dan kuasa.

Apa sudah jadi kepada umat melayu. Persolan yang harus ditanya adakah jika orang melayu yang mati seperti itu, Adakah pembangkang, MCA dan Gerakan akan turut sama mempertahankan orang melayu tersebut. Saya amat terkejut dengan kenyataan Ketua wanita MCA yang membuat kenyataan dan mendesak Menteri Dalam Negeri supaya mendaftarkan anak Teoh sebagai anak yang sah taraf dan bukan anak luar nikah, Sedangkan seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa anak ini adalah anak luar nikah kerana semasa kematian Teoh masih belum berkahwin.

Saya harap kepada Menteri Dalam Negeri supaya tidak tunduk kepada desakan ini. Hubungan haram tetap haram. Ia tidak boleh menjadi halal kerana insiden ini. Saya percaya semua agama mengharamkan hubungan sebelum kahwin termasuk agama Buddha dan Kristian. Kalau ia diluluskan maka berapa ramai lagi pasangan yang melakukan hubungan haram akan memohon anak mereka sebagai anak yang sah termasuk yang beragama islam.

Apa yang menghairankan ialah apabila kematian sebegini melibatkan orang cina, ia menjadi kecoh macam nak kiamat. Tapi apabila ia melibatkan orang melayu, pembangkang pun tidak bersuara sebab takut merugikan sokongan kaum lain terhadap mereka. Melayu harus ingat, tidak ada orang lain yang akan membela nasib bangsa kita melainkan kita sendiri. Begitu juga kita lihat diseluruh dunia. Tidak ada kuasa kuasa besar yang akan membela negara islam dan umat islam walau pun mereka ditindas, dibunuh, diserang, disembelih, diceroboh dan berbagai penganiayaan dilakukan. Pertolongan yang dihulurkan adalah sekadar melepas batuk ditangga.

Mengapa Pembangkang tidak mengutuk pembunuhan kaum Cina uighur di China. Mereka tidak menjadi jaguh dalam soal ini. Adakah mereka juga takut undi golongan cina akan menurun kerana mereka memperjuangkan kematian kaum cina uighur yang beragama islam di China. PAS pun tidak berkata apa apa dalam soal pembunuhan orang cina islam, sedangkan mereka bersungguh sungguh meperjuangkan kematian Teoh di Malaysia.

Saya merayu kepada semua pihak agar bersabar. Kita tunggu hasil siasatan Suruhanjaya di Raja menjalankan siasatan. Di kala itu baru lah kita tahu hal yang sebenarnya. Yang bersalah akan menerima hukuman. Kita jangan menjadi Tuhan. Kita jangan menghukum sebelum siasatan dijalankan. Kita semua harus bertenang, yang pergi tetap pergi. Kita jalankan aktiviti politik kita seperti biasa. Jadikan peristiwa ini sebagai pedoman sebagaimana Firman Allah yang bermaksud " Jadikan sesuatu kejadian / peristiwa itu sebagai sebagai pengajaran wahai orang orang yang mempunyai pandangan".

Orang melayu adalah orang yang sangat baik hati. Kita nak hidup aman damai dibumi bertuah ini. Kita nak hidup bertoleransi dan berbaik dengan semua kaum. Kita nampaknya telah banyak beralah dalam banyak hal demi untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan. Kepada orang melayu . Mari lah kita bersatu padu, eratkan tali silaturrahim antara kita. Kita sudah tentu banyak belajar dari sejarah lampau yang banyak pengajaran. Banyak bangsa yang hancur didunia ini adalah kerana perbalahan sesama sendiri sehingga mereka sukar untuk bangkit dan terus menjadi bangsa yang mundur dan dihina.

Fikir fikirkanlah.

22 July 2009

Suruhanjaya Di Raja, 1 Keputusan Yang Tepat


Salam bloggers

Perdana Menteri hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Pegawai Khas kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian tersebut. Tahniah YAB Dato' Najib atas penubuhan Suruhanjaya ini. Membuktikan kerajaan sentiasa telus dalam menjalankan amanah diberi oleh rakyat. Saya juga amat kagum dengan YAB Perdana Menteri yang mahu menyerahkan sendiri keputusan siasatan tersebut kepada keluarga mangsa. Keputusan ini bukanlah oleh kerana desakan pembangkang. Kalau pembangkang tak mendesak pun, saya percaya kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya ini kerana ingin mencari kebenaran.

Semua orang nak tahu punca sebenar kematian Teoh. Sekarang pelbagai andaian dibuat oleh pemimpin dan juga masyarakat. Oleh sebab itulah Kabinet turut memutuskan satu suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis juga telah diarahkan bagi menyelesaikan siasatan kes ini dengan secepat mungkin dan laporan mengenainya akan diumumkan nanti.

Kes Teoh, 30, yang merupakan Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah mendapat perhatian umum berikutan kematiannya yang menimbulkan tanda tanya.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh, Najib berkata langkah-langkah itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mencari punca kejadian tersebut agar keluarganya dan masyarakat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Oleh itu, saya harap semua pihak agar bersabar dan tidak membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat serta menimbulkan persepsi yang salah, mengelirukan rakyat atau menjadikan isu ini bermotifkan politik.

Beliau berkata untuk mencari kebenaran kematian Teoh, ia tidak seharusnya dicampur adukkan dengan kepentingan atau unsur-unsur politik tetapi apa yang penting adalah untuk mencari kebenaran. Kita kesal dengan pihak pembangkang yang terus menjadikan isu itu sebagai kepentingan politik murahan mereka. Saya mengajak seluruh pimpinan dan masyarakat agar bersabar menunggu keputusan siasatan oleh Suruhanjaya Di Raja tersebut.


Terima Kasih YAB Dato' Sri Najib Tun Hj. Abdul Razak.

20 July 2009

Apa Sudah Jadi Pada Nizar

Salam bloggers.
Seluruh negara dikejutkan dengan kematian Teoh, Pegawai Khas Kepada salah seorang Exco Selangor. Teoh ditemui mati Khamis lalu di atas bumbung tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam setelah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkaitan penyiasatan salah guna kuasa ke atas beberapa orang Adun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dalam hal ini semua pihak harus bertenang dan menunggu hasil siasatan yang akan diumumkan. Apa yang menjadi masalah dikalangan kita ialah kita telah menjatuhkan hukuman sebelum hasil siasatan diumumkan. Ada dikalangan kita telah meletakkan kesalahan 100% kepada SPRM , sedangkan kita tidak tahu peristiwa sebenarnya. Kita hanya boleh membuat andaian berasaskan apa yang kita tahu. Misalnya, kita dimaklumkan oleh media massa yang mendiang Teoh bukanlah orang yang disiasat. Dia adalah saksi dalam penyiasatan.


Namun disebalik peristiwa itu , Sebagai umat islam kita harus mengikut lunas lunas yang diajarkan oleh islam. Saya amat terkejut apabila melihat Saudara Nizar Jamaluddin menyertai majlis yang mempunyai mirip kepada ajaran agama lain. Sedangkan ada riwayat menyebut Nabi hanya menundukkan kepala semasa sekumpulan yahudi membawa mayat lalu tidak jauh dari baginda. Tindakan Nizar menyalakan lilin dan memakai baju hitam tanda menghormati kematian Teoh adalah kurang wajar. Kita tunggu Tok Guru mereka mengulas perkara ini.

Walaupun bukan matlamat penyiasatan dan bukan orang yang disyaki, namun beban menyatakan kebenaran adalah berat dan menakutkan. Apatah lagi kepada seorang muda yang belum banyak merasa asam garam kehidupan tetapi memikul tugas berat yang turut membabitkan wang ringgit.

Adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan mengumumkan hasil siasatan tersebut. Pembangkang tidak harus menggunakannya sebagai isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia. Undang undang di Malysia tidak mengira kaum. Yang bersalah akan dihukum.

Wassalam




15 July 2009

65 Undi Manik Urai Dalam Kenangan

Salam Bloggers.

Piliharaya kecil Manik Urai telah melabuhkan tirainya. Rakyat telah membuat keputusan. Inilah indahnya demokrasi di bumi bertuah Malaysia. Akhirnya PAS menang dengan majoriti tipis 65 undi. Pilihanraya ini adalah satu proses untuk memilih wakil Rakyat yang akan mewakili rakyat ke Dewan Undangan Negeri. Namun dalam keghairahan untuk mencipta kemenangan itu nampaknya PAS telah menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai kemenangan terutamanya dalam soal agama islam yang maha suci.

Pelbagai tuduhan liar telah dibuat terhadap UMNO dan pimpinan UMNO. Antaranya ialah UMNO menolak islam, Syahadah antara orang UMNO dan PAs tidak sama, Mengundi PAS akan masuk syurga, UMNO adalah parti sesat macam Ayah Pin dan UMNO sama dengan komunis dan sebagainya. Ini lah antara elemen yang amat tidak sihat dalam kempen PAS yang diketuai oleh Nik Aziz yang dipanggil Tok Guru oleh pengikut mereka.

Rakyat mungkin sudah bosan dengan tuduhan demi tuduhan sebegini sedangkan negeri masih ditakuk lama. Kehidupan rakyat susah, Jambatan untuk menghubungkan 2 buah kampung pun tak mampu untuk dibina. Kalau bercakap bergegar dunia. Ini lah kelemahan orang islam sebenarnya. Kalau UMNO nak majukan negara, dikatakan pula sekular dan UMNO hanya bercakap soal dunia sahaja. Biasanya orang kuat bercakap ini tak buat kerja pun. Apa yang Nik Aziz buat untuk Kelantan. banyak sangat bersyarah sambil mengata orang dan yang sedihnya selang seli laungan takbir oleh pengikut PAS.

Nampaknya rakyat telah bmula menolak kepimpinan NIk Aziz dalam pilihanraya kali ini. Kalau kita lihat analisis pilihanraya ini seperti di Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama adalah kubu kuat PAS selama ini tetapi pada kali ini UMNO telah menang di peti undi ini.

Isyarat jelas rakyat juga boleh ditafsir jika dilihat perbandingan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti pada pilihan raya kecil kali ini berbanding dengan pilihan raya umum Mac 2008.

Bagi UMNO, parti itu memperolehi sokongan tambahan 919 undi. Ini berdasarkan undi yang diperolehi parti itu pada Mac 2008 ialah sebanyak 4,364 undi sedangkan pada pilihan raya kecil ini BN memperolehi 5,283 undi.

Berbanding dengan PAS, parti itu mengalami kemerosotan perolehan undi sebanyak 398. Pada pilihan raya umum 2008 PAS memperolehi 5,746 undi tetapi pada pilihan raya kecil ini, undi yang diperolehi hanya 5,348.

Seperti biasa PAS akan menyalahkan orang lain dengan kemenangan tipis ini. Malah bagi menutup ‘malu’ atas kemerosotan prestasi PAS itu, Husam sebaliknya terus menuduh UMNO mencapai prestasi yang baik itu kerana menggunakan wang untuk mempengaruhi pengundi. Satu alasan atau tuduhan yang sudah lali didengar.

Sedangkan Husam tidak boleh menutup hakikat kenyataan Nik Aziz yang jelas boleh memesongkan akidah umat Islam dengan menjanjikan syurga kepada mereka yang menyokong PAS. Sedangkan urusan syurga neraka adalah urusan Allah.

Namun hakikatnya, tidak dapat dinafikan suasana di pusat pengumuman keputusan, kemenangan PAS itu tidak dirasai seperti apa yang ‘dibanggakan’ oleh Husam. Muram, sepi dan longlai sahaja suasananya. Kira-kira hanya 1,000 orang sahaja berkumpul di luar dewan itu pun para penyokong dari luar yang telah siap sedia untuk balik ke tempat masing-masing.

Mungkinkah kemerosotan prestasi PAS di Manek Urai merupakan lanjutan kepada penolakan kepada kepimpinan Nik Aziz sejak Muktamar parti itu di Shah Alam yang menolak semua calon dari Kelantan untuk memegang jawatan dalam parti itu kecuali Datuk Kamruddin Jaafar yang lebih dilihat sebagai orang Kanan Nik Aziz.

Walau pun PAS menang, kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pengundi di Manik Urai yang telah mengundi PAS atau pun BN. Kepada Wakil Rakyat baru, kita ucapkan selamat bertugas. Kita tengoklah macam mane Saudara Mohd Fauzi bersama rakyat Manik Urai. Segla galanya terletak dibahu beliau selaku Wakil Rakyat di kawasan tersebut. Jangan lah lagi menyalahkan orang lain kalau tak mampu membawa perubahan kepada DUN Manik Urai.
wassalam

13 July 2009

BN ATAU PAS


Salam bloggers

Lebih Kurang 10 jam, lebih 12,000 pengundi di Manek Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Jika sebelum penamaan calon rata rata mengatakan adalah sukar untuk BN menang di kawasan ini. Dalam dunia ini tidak satu perkara yang mustahil boleh berlaku. Dengan usaha kuat dan gigih BN, jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini. Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan juga diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai.

Setiap hari PAS mempermainkan isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak. Inilah modal PAS sejak turun temurun. Modal sejak memerintah kelantan sejak 19 tahun yang lalu. Kalau cakap saja tapi tak ada tindakan, cakap hanya tinggal cakap saje lah. Manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu “anak emas” kerajaan persekutuan dengan islam akan terus diperjuangkan di bumi bertuah ini.

Sentimen pengundi pula dikatakan tidak “sehebat” ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang sebelum ini yang “panas” dengan isu krisis perlembagaan selain demografi pengundinya yang berbilang bangsa.

Demografi pengundi yang bersifat “homogenus” dengan 99.2 peratus pengundi adalah Melayu, kebanyakannya daripada kelas bawahan seperti pekebun kecil dan penoreh getah menghadkan spektrum isu yang boleh dimanipulasikan di Manik Urai.

Di atas kertas PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan Umno mempunyai lebih 4,000 ahli, namun angka itu tidak menjanjikan laluan mudah buat calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, bekas pegawai Kesedar.

Sungguhpun bilangan pengundi Cina dan India kecil, masing-masing 52 dan 28 orang, kedua dua parti yang bertanding turut bersaha mendapatkan sokongan mereka melalui parti komponen serta kelab penyokong parti.

Kempen kedua pihak dilihat semakin intensif dengan beberapa kejutan diumum. BN hari ini mengumum akan membina jambatan baru di Manek Urai Lama jika parti itu menang selain mahu menjadikan kawasan yang didominasi pekebun kecil, penoreh getah dan peneroka itu sebagai “kota agropolitan”.

“Kejutan” PAS dijangka diumumkan esok, kata pengarah pilihan raya PAS Kelantan Abdul Fattah Harun.

“Malam ini juga menyaksikan penceramah “heavyweight” pembangkang, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan turun berkempen dan terus menabur janji janji kosong. Kalau Tan Sri Muhyiddin janji nak bagi Jambatan jika BN Menang, dikatanya rasuah. Akan tetapi jika Anwar janji harga minyak turun jika PR menang, itu pula bukan rasuah. Gia punya puok puok ni. kang benda sama tu.

Persoalannya, mampukan kejutan PAS itu mengekalkan memenangi kerusi ini yang sentiasa dimenanginya sejak tahun 1959. PAS hanya kalah pada tahun 2004 ditangan BN. Adakah BN akan menguasai semula kawasan ini. Segala galanya akan ditentukan oleh pengundi Manik Urai esok.

Fikir lah dalam ketenangan dan UNDILAH BARISAN NASIONAL.


11 July 2009

Pelik Sungguh Wehhhh

Dalam dunia ni banyak peristiwa pelik berlaku. Kadang kadang apa yang tidak disangka sangka pun boleh berlaku. Oeh yang demikian sebagai manusia kita jangan sedap sangat kata kat orang lain. Kita harus hormat menghormati orang lain walau pun dia bukan seagama dengan kita. kalau kita bersifat begini maka kehidupan kita di alam ini akan makmur dan sejahtera.

Saya teringat semasa pilihanraya tahun 2004. Pada Masa itu BN di bawah Pak Lah menang dengan majoriti besar. Dalam pilihanraya tersebut ada pandangan untuk meletakkan Dr Syed Hussin untuk bertanding kurusi Parlimen Kota Bharu bagi mewakili pembangkang. Mungkin pada masa itu Dr Syed Hussin sudah berangan angan untuk bertanding disitu. Namun demikian ia tidak kesampaian kerana ditolak oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz memberi alasan Parti Rakyat Malaysia ialah parti Sosialis yang lebih kurang dengan parti komunis.


Mereka hairan bagaimana Nik Aziz kini boleh terima PKR yang Timbalan Presidennya ‘ adik kepada komunis’. Ini bila mana Menteri Besar Kelantan itu melabelkan UMNO parti macam komunis yang jadi polimek sekarang.

Mengenai Zaid pula lebih sensasi.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang juga bekas Ahli Parlimen BN Kota Bharu selama sepenggal pernah dicop oleh PAS sebagai kafir. Waktu polimek tentang hukum Hudud dulu Zaid bukan saja telah mempertikaikan mengenainya tetapi pada tahun 2002 beliau mengemukakan saman di mahkamah kerana Kerajaan Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud.

Dalam pilinraya Manik Urai ini timbul lagi isu yang mengatakan bahawa PAS menentang UMNO kerana UMNO tolak islam dan membawa dasar kebangsaan dalam parti. Katanya lagi, kalau UMNO ikut islam maka PAS akan sokong UMNO. Sedap puak puak ni bercakap wehhhhh. Apakah selama ini UMNO menentang islam. Apa yang tidak islamnya. Mana lebihnya islam Kelantan, kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Cuba gok sebut apa bezanya dengan islam yang ada dinegeri lain. Macam mane iulamak PAS boleh bergelar ulamak. Bukankah ia hasil pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh UMNO. Cuba gak bagi tau apa yang hebat sangat islam di Kelantan. Apa yang kerajaan kelantan laksanakan untuk islam. Kalu cakap saja, bo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Mengapakah PAS tidak menentang PKR dan DAP malah bersama dalam perjuangan mereka.. Adakah parti ini islam macam PAS. Adakah DAP pun orang islam macam orang PAS sehingga Nik Aziz kata dia tolak UMNO kerana UMNO tolak islam. Adakah PKR dan DAP mengamalkan ajaran islam sehingga PAS boleh bekerjasama dengan mereka. Ini semua cakap politik saja. Ia tidak lebih dari sikap dendam, busuk hati dan gila kan kuasa.

Kepada pengundi Manik Urai, Ini lah PAS. Parti yang tak buat kerja sebenarnya. Kerjanya adalah ceramah dan asyik mencari kesalahan orang lain.Walau pun ia menjadi kerajaan, tapi kerjanya masih lagi ceramah sana sini. Agenda untuk rakyat kosong. Oleh itu pilih lah parti yang membela rakyat dan islam yang kita hayati dan amalkan dengan sempurna hari ini.

Pelik Sungguh Wehhhh ulamak yang main politik ni.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.

08 July 2009

PAS + DAP = SEGALANYA MUNGKIN


Salam bloggers

Walaupun isu PAS dan DAP di Kedah telah berlalu beberapa hari yang lepas namun saya melihat ianya sesuatu yang membawa banyak pengajaran yang harus difikirkan bersama. Isu ini tidak lagi panas dik kerana pilihanraya kecik Manik Urai , Kelantan.

Apa-apa yang sedang bergolak antara PAS dengan DAP di Kedah merupakan satu manifestasi yang jelas bahawa ideologi kedua-dua buah parti tersebut tidak mampu disatukan. PAS yang selalu melaung laungkan memperjuangkan islam sedang DAP selalu menentang islam. Adakah ia akan dapat bersama.

DAP memohon keadilan dan kesamarataan dari kaca mata mereka dan bukan dari kaca mata PAS atau Islam. Sekarang, PAS sudah berada dalam keadaan tertekan, sama ada mahu mempertahankan prinsip perjuangan mereka yang asal atau pun mahu menjaga hubungan kerjasama antara pembangkang. Pada pandangan saya jika PAS ingin melaksanakan negara islam dan Hukum Hudud melalui Pakatan Rakyat ( PKR + DAP + PAS) ia adalah sesuatu yang karut. Jika merobohkan kandang babi pun ditentang habis habisan oleh DAP, ini kan pula nak tubuhkan negara islam.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah, adakah pimpinan PAS tahu bahawa DAP ini tidak mahu negara islam di tubuhkan. Kalau mereka tidak tahu muslihat ini, memang betullah pemimpin PAS ini lurus bendul dan tidak dapat membaca tipu daya pihak musuh . Dalam dunia ini banyak tipu daya yahudi untuk hancurkan orang islam. Nampaknya mereka berdegil dan terus menjadikan DAP sebagai rakan kongsi yang se erat eratnya. Mereka terus mempertahan DAP walaupun DAP bertidak sebegitu rupa terhadap mereka.

Kalau satu ketika dulu PAS mengatakan bahawa undi PAS dapat pahala dan UNDI BN dapat dosa kerana PAS memperjuangkan islam dan BN menolak islam . Sekarang cuba kita fikirkan. Bagaimana kalau kita undi PAS? sedangkan PAS bersama dalam Pakatan Rakyat, Dalam Pakatan Rakyat pula ada DAP, sebuah parti yang menentang keras islam. Apa hukum kalau kita undi PAS .Saudara saudara fikirkanlah dan tanyalah pada org yang alim dalam bidang agama.

Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, PAS itu adalah DAP dan DAP itu adalah PAS. Sudah tiada bezanya lagi. Jika dahulu PAS mendakwa bahawa perbezaan antara PAS dengan UMNO adalah kerana UMNO menolak hukum Hudud dan negara Islam, maka apakah perbezaanya dengan PAS pada hari ini pula? Bukankah PAS juga sudah begitu toleransi dengan DAP? sehingga sanggup mengutamakan kerjasama pakatangan pembangkang daripada perjuangan suci untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam? Maka, mengundi PAS dalam pilihanraya yang akan datang, Hal ini adalah kerana, di hadapan para penyokong PAS, para pemimpinnya melaungkan perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam dan hukum Islam, sebaliknya apabila para pemimpin PAS berhadapan dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh mereka mendakwa bahawa PAS tidak akan melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam. Maka, mana satu yang betul? .

Sebagai kesimpulannya jelaslah ,PAS semakin hilang jatidiri dan niat sucinya, lantaran terpengaruh dengan nafsu besar pemimpin mereka untuk merebut kuasa daripada kerajaan BN serta meninggalkan kerja-kerja dakwah yang sepatutnya dilakukan oleh PAS selama ini.

wassalam.

Fikir fikirkalah

06 July 2009

Sana Sini Pancing




Salam bloggers.

Saban hari pelbagai aktiviti berfaedah di anjurkan oleh pelbagai pihak sama ada jabatan kerajaan atau NGO's . Pengajuran pelbagai majlis dan aktiviti ini amat penting bagi kerana banyak manfaat yang akan diperolehi oleh penduduk dan pemimpin setempat. Antaranya ialah
- Ia akan mengeratkan perpaduan dikalangan penduduk setempat.
- Ia juga akan mendekatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
- Aktiviti yang dianjurkan juga akan dapat merehatkan pemikiran setelah seminggu bekerja.

Pada hari jumaat lepas, Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kg. Surau Hj. Yaacob bersama Pergerakan Pemuda UMNO dan JKKK telah melaksanakan pertandingan memancing ikan di Sungai Baroh Timbul. Unik nama sungai ni kan. Disini masih banyak ikan tapi kadang kadang ada orang yang tidak bertanggujawab meracun ikan tersebut. Sungai Baroh Timbul ini jauh dari kesibukan Pekan Bukit Payong. Sungai ini juga menjadi tempat sumber rezeki bagi penggemar ikan sungai. Penyertaan amat menggalakkan iaitu seramai 200 orang meliputi kanak kanak, belia dan beliawanis, orang dewasa dan orang tua.

Bagi masyarkat kampung, hadiah bukanlah satu perkara yang sangat penting. Keseronokan dapat bersama jiran tetangga merupakan elemen yang sangat berguna kepada mereka. Ini lah keunikan masyarakat Malaysia. Perpaduan adalah tunjang kehidupan yang harmoni. Insyallah.
"Kami Sayang Malaysia, Kami cinta Kg. Surau Hj. Yaacob"

Wassalam

04 July 2009

Babi Oh Babi

Salam bloggers.

Nampaknya isu babi menarik perhatian umum. Babi menjadi glamor sungguh nampaknya. Sebagaimana yang kita tahu babi mendatangkan sumber penyakit yang merbahaya kepada manusia yang digelar Selsema Babi atau pun Infleuanza H1 N1. Lebih daripada itu nampaknya manusia berbalah atau bertengkar juga kerana babi. Itu lah babi, sejenis binatang yang diharamkan memakannya oleh Islam. Allah itu maha mengetahui , sebab itulah Allah mengharamkan manusia memakan babi dan ia juga adalah najis besar. ( Doh nok makan jugok, terimalah padahnya)

Dalam perbincangan kali ini saya tidak mahu menyentuh pasal penyakit selsema babi kerana ia telah banyak dibicarakan . Isu yang nak dibicarakan ialah kerana babi hubungan yang erat sudah terpisah. Antara babi dan manusia, nampaknya BABI lebih diutamakan oleh DAP. Disebabkan episod babi, berakhirlah ikatan pakatan pembangkang di Kedah. DAP telah bertindak keluar dari PR kerana membantah tindakan kerajaan negeri yang merobohkan pusat penyembelihan babi di Alor Star. PAS terutamanya PAS Kelantan pula lebih rela berjuang bersama dengan parti yang membela babi dari berjuang bersama sama orang islam dari UMNO.
Isu ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan PR ni dok rok scetong. Isu babi pun tak boleh nak selesai. Ini kan pulak nak selesai masalah umat yang lebih besar. HIDUP UMNOOOO.

Di Selangor pula, parti PAS & PKR masa mula berkuasa dulu bertegang leher dengan orang Islam lain sebab nak pertahankan ladang babi. Ladang babi dibuka dengan kos RM100 juta.

PAS Perak pula sanggup naik turun court dan berguling atas jalan , menghalang laluan DYMM Raja Muda Perak untuk mempertahankan Parti yg lebih mengutamakan babi dari sesama manusia. Apa yang lebih malang lagi ialah mereka maki hamun sesama Islam . Lebih mendukacitakan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ialah UMNO disamakan dengan komunis, ajaran sesat dan ayah Pin. Mufti dicaci. Sultan tidak lagi dihormati. Ulama yg menyokong kerajaan dianggap boneka kerajaan dan mementingkan pangkat dan habuan dunia.


wassalam

fikir fikirkan lah

03 July 2009

13 Mei 1969, Pengajaran Amat Bernilai.


Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.


Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.


Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Persepsi negatif masyarakat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh.


Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

02 July 2009

Apa Sudah Jadi Pakatan


Salam bloggers

Apa sudah jadi pada Pakatan Rakyat di Kedah. DAP, khususnya orang orang cina di Kedah sudah mula tidak yakin dengan pimpinan kerajaan negeri pimpinan PAS. Buletin Utama TV 3 malam ini juga menyiarkan temubual dengan YAB Menteri Besar Kedah. MB kata, walaupun DAP keluar dari Pakatan di Kedah, namun kerajaan negeri akan tetap utuh kerana DAP hanya ada 1 kerusi saja. Ia tidak akan menjejaskan apa apa. Ini membuktikan bahawa Pakat Rakyat ini sangat rapuh. Mereka berjuang ikut ideologi masing masing. PAS denga cara PAS, DAP dengan DAP dan Keadilan dengan Anwar Ibrahimnya. Mana satu nak pakai tu, rakyat fikirkanlah. saya berpandangan matlamatnya/ agendanya hanya satu, Anwar nak jadi Perdana Menteri. itu lah cita citanya. Mungkin PAS diberilah kerusi Menteri Belia dan Sukan.

Sebahagian besar orang melayu sudah mula sedar bahawa PAS banyak menjadi boneka kepada keputusan yang dibuat. Keadaan inilah yang berlaku semasa pemerintahan PR di Perak . MB hanya sebagai boneka yang sah, tetapi yang membuat dasar adalah DAP. PAS kini hanya memperjuangkan kuasa dan bukan lagi kerana telus memperjuangkan Islam , PAS juga kini sanggup mengafirkan orang Melayu yang sama berjemaah dalam satu masjid dengan mereka kerana mahu mempertahan kan kuasa.

DAP Kedah bertindak keluar daripada PR kerana mereka membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star , Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya. DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincang kan insiden tersebut.Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Apa yang menarik untuk difikirkan ialah , bukan senang nak mentadbir negara yang berbilang kaum macam negara kita. Bukan senang nak mencapai keharmonian seperti yang kita kecapi sekarang. Ia amat memerlukan persefahaman yang sangat unik. Sebelum memegang tampuk kuasa boleh lah kita bercakap besar. Apabila dapat kuasa barulah tahu. Dalam hal ini BN telah membuktikan kecemerlangannya mentadbir negara berbilang kaum ini.

Hanya UMNO/BN pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia.