Pages

Subscribe:

02 July 2009

Apa Sudah Jadi Pakatan


Salam bloggers

Apa sudah jadi pada Pakatan Rakyat di Kedah. DAP, khususnya orang orang cina di Kedah sudah mula tidak yakin dengan pimpinan kerajaan negeri pimpinan PAS. Buletin Utama TV 3 malam ini juga menyiarkan temubual dengan YAB Menteri Besar Kedah. MB kata, walaupun DAP keluar dari Pakatan di Kedah, namun kerajaan negeri akan tetap utuh kerana DAP hanya ada 1 kerusi saja. Ia tidak akan menjejaskan apa apa. Ini membuktikan bahawa Pakat Rakyat ini sangat rapuh. Mereka berjuang ikut ideologi masing masing. PAS denga cara PAS, DAP dengan DAP dan Keadilan dengan Anwar Ibrahimnya. Mana satu nak pakai tu, rakyat fikirkanlah. saya berpandangan matlamatnya/ agendanya hanya satu, Anwar nak jadi Perdana Menteri. itu lah cita citanya. Mungkin PAS diberilah kerusi Menteri Belia dan Sukan.

Sebahagian besar orang melayu sudah mula sedar bahawa PAS banyak menjadi boneka kepada keputusan yang dibuat. Keadaan inilah yang berlaku semasa pemerintahan PR di Perak . MB hanya sebagai boneka yang sah, tetapi yang membuat dasar adalah DAP. PAS kini hanya memperjuangkan kuasa dan bukan lagi kerana telus memperjuangkan Islam , PAS juga kini sanggup mengafirkan orang Melayu yang sama berjemaah dalam satu masjid dengan mereka kerana mahu mempertahan kan kuasa.

DAP Kedah bertindak keluar daripada PR kerana mereka membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star , Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya. DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincang kan insiden tersebut.Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Apa yang menarik untuk difikirkan ialah , bukan senang nak mentadbir negara yang berbilang kaum macam negara kita. Bukan senang nak mencapai keharmonian seperti yang kita kecapi sekarang. Ia amat memerlukan persefahaman yang sangat unik. Sebelum memegang tampuk kuasa boleh lah kita bercakap besar. Apabila dapat kuasa barulah tahu. Dalam hal ini BN telah membuktikan kecemerlangannya mentadbir negara berbilang kaum ini.

Hanya UMNO/BN pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

1 comment:

mannmusa said...

Rupanya isu babi bukan saja merisaukan penggembara atau pelancong kerana selesema babi @ H1N1 tetapi isu rumah pemotongan babi juga menggugat pakatan rakyat. Besar peranan babi rupanya. Sejenis binatang paling pengotor yang merupakan makluk ciptaan Allah untuk menyelamatkan dunia ni dan penghuninya dari segala kekotoran nyata dan ghaib.

Bayangkan sekiranya babi tidak di ciptakan Allah apa akan jadi kepada sistem ekologi alam ini.

Jadi isu penutupan rumah pemotongan babi di Kedah adalah salah satu takdir kearah menyahkan kekotoran dalam masyarakat kot.

Wallah'ualam.

Contributors