Salam bloggers
Kita sudah lali dengan isu debat yang banyak diperkatakan. Apabila timbul saja isu isu sensitif maka, PAS dengan angkuhnya mengatakan marilah kita berdebat. Adakah debat ini akan menyelesaikan masalah yang akan dihadapi. PAS mungkin banyak berfantasi kerana mereka akan gembira apabila penonton bertepuk tangan, bersorak kerana hujah yang dikemukakan. Debat ini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi , malah ia akan mewujudkan perpecahan yang lebih parah kerana dalam debat ini masing masing hendak menunjukkan siapa yang lebih hebat.
Kita pun tidak tahu sama ada debat yang dicanangkan oleh Nik Aziz ini betul betul datang dari PAS atau pun atas kapasiti Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Apabila diajukan persoalan ini kepada Dato' Seri Abdul Hadi, beliau pula suruh tanya Nik Aziz, bercelaru nampaknya. Disini timbul tanda tanya, macam mane ia dapat menyelesaikan masalah rakyat sedangkan PAS sendiri tidak sependapat dalam hal ini. Mereka pun nampaknya tidak bermusyawarah sesama sendiri. Masing masing membuat kenyataan untuk kepentingan sendiri.
Dalam hal ini, bagi meyelesaikan masalah terutamanya perpecahan dikalangan umat melayu islam dinegara kita, UMNO dan PAS hendaklah mengadakan pertemuan tertutup diperingkat pimpinan tertinggi parti. Duduk dalam tu dan berbincang dengan cara baik bagi meyelesaikan kekusutan yang berlaku. Dengan ini saya yakin masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan sedikit demi sedikit.
Saya bersetuju dengan saranan beberapa org pemimpin UMNO yang meminta supaya Dato' Seri Najib tidak layan kerenah Nik Aziz. Adalah lebih baik kita tumpukan kepada rakyat supaya rakyat berpuas hati dengan prestasi kerajaan. Banyak lagi tugas yang perlu dilaksanakan. Kalau kita ikut ERE sangat ke Nik Aziz maka dok jadi kerja lain lah kita.
wassalam

2 comments:
Isu perpecahan umat Melayu bukan debat jalan penyelesaiannya. Isu perpecahan umat Melayu berada pada tahap yang amat membimbangkan dan perlu disegerakan penyelesaiannya. Pemilihan jalan penyelesaian melalui debat adalah merupakan arah aliran pemikiran kuno yang tidak bertamadun. Berdebat tentunya disulami rasa dendam, rasa hebat, takkabur, rasa lawan lebih lemah dan aku lebih hebat. Di warnai rasa amarah yang tinggi dengan di hiasi hasutan syaitan maka lahirlah tohmah dan fitnah.
Debat juga akan berakhir tanpa keputusan. Masing-masing pihak merasakan hujah kumpulan mereka benar dan mereka berjaya mempengaruhi pendengar. Masing-masing mendakwa mereka menang dan lawan mereka yang kecundang dalam debat. Tapi apa hasilnya. Umat Melayu masih juga berpecah, kepentingan umat Melayu dan islam masih juga terpinggir dan terhakis.
Jalan penyelesaian masalah ini ialah melalui majlis syurah, berbincang dengan setulus dan seikhlas hati dalam memcari titik persamaan antara kedua belah pihak.
Lupakan kepentingan berpihak dan utamakan Umat Melayu dan Islam dalam apa juga langkah yang diambil.
Post a Comment