10 months ago
21 June 2009
Yang Tersurat dan Tersirat
Salam bloggers.
Beberapa minggu yang lepas bekas Perdana Menteri Singapura telah membuat lawatan ke Malaysia. Apa yang menghairankan saya ialah beliau mengunjungi semua pemimpin sama ada pemimpin kerajaan dan pembangkang. Beliau bersama rombongannya yang kebanyakannya terdiri daripada pemimpin muda menjelajah Semenanjung Malaysia bertemu dengan pemimpin kerajaan dan juga pembangkang. Ini menimbulkan tanda tanya dikalangan banyak pihak. Adakah beliau bimbang dengan situasi politik di Malaysia?.
Lee Kuan Yeuw tidak perlu takut dengan situasi di Malaysia. Kita telah membuktikan bahawa demokrasi di Malaysia telus. Disini ada Kerajaan yang diterajui oleh BN, Ada kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Ini lah sistem demokrasi di Malaysia. ( Namun demikian pembangkang terus hentam bahawa Malaysia negara zalim, kejam dan sebagainya, saya pun tak tahulah bagaimana rupa bentuk negara yang dia orang nak) Pemimpin Malaysia dengan penuh sopan menerima lawatan ini walaupun ini lah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Tentu rakyat Malaysia masih ingat luka tersebut sehingga ke hari ini. namun pemimpin kita baik hati.
Malaysia amat berlainan dengan Singapura walaupun Singapura dikatakan negara demokrasi. Singapura tidak punyai Yang Di Pertuan Agong, Tidak punyai Raja, Negara mereka tidak punyai pelbagai parti macam Malaysia, Singapura juga tidak punyai pelbagai kerajaan sebagaimana Malaysia ,Singapura hanya mempunyai 1 parti sahaja iaitu PAP. Malaysia yang bertuah ini mempunyai puluhan parti dan bebas untuk bertanding dalam pilihanraya. Singapura juga tidak punyai pembangkang. Lihat sahaja apa yang mereka buat kepada pembangkang. Singapura adalah 1 negara demokrasi yang tidak ada pembangkang. Lihatlah dan fikirkanlah dan bandingkanlah dengan negara kita tercinta.
Bagi generasi muda macam saya mungkin tidak mengetahui bahawa LKY ini adalah rakyat Malaysia dahulunya. Bukan setakat itu sahaja, LKY juga pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia antara tahun 1963 hingga 1965. Oleh sebab itulah kita hendaklah sentiasa berhati hati dengan org macam LKY ini. Saya tidak yakin lawatan ke seluruh Malaysia ini sekadar untuk makan angin bertemu dengan pemimpin. Saya yakin sudah pastilah ada yang tersurat dan tersirat dalam lawatan ini.
Pada pandangan saya mungkin LKY bimbang dengan situasi politik dalaman Malaysia. Beliau mungkin melihat kepada perkembangan terkini yang lebih memihak kepada pembangkang selepas pilihanraya umum dan juga beberapa siri pilihanraya kecil baru baru ini. Keadaaan ini sudah pasti akan juga memberi kesan kepada kestabilan politik Singapura. Oleh sebab itulah beliau terus mengunjungi pemimpin kerajaan dan juga pemimpin pembangkang di seluruh negara.
Lawatan ini juga mungkin bagi menarik sokongan org org cina bagi terus menyokong Barisan Nasional. Keadaan ini sudah dapat dibuktikan sejak tahun 1965, Kerajaan di bawah pimpinan BN mempunyai jalinan hubungan yang baik dengan Singapura. LKY mungkin bimbang kalau pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan dan mengubah dasar terhadap Singapura. Dengan lawatan ini , harapan beliau agar dapat menarik terutama org cina untuk kembali menyokong BN dalam pilihanraya yang akan datang.
Bekas Perdana Menteri Singapura ini juga sedar bahawa kestabilan politik Malaysia amat penting untuk kemakmuran ekonominya dan kestabilan politik Singapura. Kalau keadaan politik Malaysia tidak stabil maka Singapuralah negara pertama yang akan menerima kesannya. Oleh sebab itu pada pandangan saya lawatan ini amat penting kepada kestabilan ekonomi Singapura . Mereka amat takut jika politik Malaysia kacau bilau dan hura hara dan seterusnya memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi Singapura.
LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua-dua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang. Ini lah kepintaran politik Lee Kuan Yew . Dalam hal ini kita harus banyak belajar dari beliau membangunkan sebuah pulau kecil yang asalnya sebahagian dari negara Malaysia menjadi salah satu gergasi ekonomi dunia.
Kita fikirkan bersama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam.
1.Memang LKY adalah seorang pemimpin yg pintar memanipulasi keadaan semasa dan seorang pemimpin Cina yg paling berjaya di dunia.
2.satu sudut yg perlu diambil kira ialah kedatangannya ke tanah air kita disaat BN dan UMNO sedang memulihkan keadaan,disaat idea kerajaan perpaduan dicetuskan. kenapa kini?tidak sebelum @ selepas? ketika isu pembinaan jambatan bengkok dibangkitkan semula.
3. Masa pemerintahan Tun Mahathir singapura sentiasa tertekan dengan kepintaran Tun.
4. Kita "dok leh ralik" sejarah membuktikan LKY dan partinya PAP sangat Anti pd UMNO dan ISLAM.
Sekian,
Melayu Muhamad_KL.
Post a Comment