Pages

Subscribe:

09 June 2009

Pengajaran Dari Selatan Thailand

Salam bloggers

KEJAM...Waris dan penduduk kampung melihat jenazah ahli keluarga yang ditembak mati ketika berjemaah solat isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan di selatan Thailand, kelmarin. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI



Setelah selesai solat Subuh pagi ini, saya terus melayari internet bagi mendapat berita terkini mengenai serangan keatas jemaah yang sedang menunaikan solat di Narathiwat, Thailand. RASA TERKEJUT, MARAH, KECEWA dan SEDIH apabila membaca berita serangan ke atas penduduk yang sedang solat berjemaah di dalam masjid. Kejadian yang berlaku di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Narathiwat mengundang pelbagai persoalan kenapa serangan ke atas rumah Allah itu dilakukan.

Serangan keatas penduduk islam di Thailand sudah kerap kali berlaku. Pihak berkuasa Thailand hendaklah melakukan siasatan menyeluruh atas serangan yang berlaku dan membawa mereka yang bertanggugjawab ke muka pengadilan. Pada satu ketika dahulu kita dikejutkan dengan serangan di Masjid Kerisik, Pattani 28 April 2004 yang mengorbankan 107 orang. Namun serangan malam kelmarin dianggap LEBIH kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana seranga dilakukan ketika umat islam mengadap Allah.

Kekejaman seumpama ini tidak boleh diterima oleh seluruh umat manusia. Saya merasakan selepas peristiwa ini penduduk di selatan Thai terutama yang beragama Islam lebih bimbang dengan keselamatan mereka. Ini kerana sejak Januari 2004, lebih 3,500 orang terbunuh apabila kumpulan pemisah meneruskan kempen bersenjata bagi memerdekakan wilayah majoriti penduduk Islam iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani.

Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur kerana kejadian seumpama ini masih tidak berlaku di Malaysia. Kita masih lagi bebas melakukan ibadat masing masing dengan aman. Kita boleh melaksanakan ibadat sebanyak mana yang kita mahu. Cuma kadang kadang kita yang malas untuk melakukan itu semua. Harus kita ingat bahawa sesuatu peristiwa itu tidak mustahil boleh berlaku di negara kita jika hubungan kaum dan sentimen politik keterlaluan tidak dikawal. Insyallah selagi Barisan Nasional diberi mandat besar oleh rakyat , keadaan ini tidak akan berlaku, insyallah. Kita juga panjatkan doa semoga roh mereka yang terkorban ketika menunaikan solat dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org org soleh.

Wassalam.

1 comment:

mannmusa said...

Beginilah nasib penganut Islam yang bernaung di bawah pemerintahan kaum kafir....fikir-fikirkan lah....

Contributors