10 months ago
28 June 2009
Tok Guru Yang Bercelaru
Salam bloggers
Apa sudah jadi dengan mainan politik di Melayu di Malaysia. Saya telah katakan sebelum ini bahawa tuduh menuduh, adu domba, kata mengata akan terus berlaku apabila gagasan Kerajaan Perpaduan gagal dilaksanakan. Dalam masyarakat melayu kita menghormati orang orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Masyarakat akan mudah terpengaruh dengan cakap tok tok guru ini. Namun demikian apabila tok tok guru ini bercakap demi kepentingan politik mereka. Inilah menyebabkan masyarakat jadi punah ranah . Orang yang jahil agama akan terpengaruh apabila tok guru ini menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin. walau pun ia diucapkan dalam nada sinis.
Adakah UMNO yang bekerja keras selama ini meningkatkan syiar islam disamakan dengan Komunis. sistem pendidikan yang dibuat oleh UMNO LAHHHHHHHHH yang menjadikan tokoh tokoh PAS ini sebagai ulama. Sekolah Agama, Pelajaran Agama Islam, Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam di Universiti, Sistem Pengajian Pondok, Hantar mereka ke belajar agama islam di Universiti terkemuka di luar negara, buat Darul Quran untuk penghafaz Al Quran, beri biasiswa dan perbelanjaan. Kalau tidak ada ini semua mungkin mereka tidak akan bergelar ulamak PAS. Apa yang saya tahu komunis ni anti agama. Tak tahulah kot pemimpin mereka bagi tau kepada pengikut PAS yang komunis sudah berubah dan ingin melaksanakan islam. Saya yakin pengikut mereka akan percaya 100% apa yang Tok Guru mereka bagi tau.
Tok Guru yang diredhai Allah bukan begitu sifatnya. Sahabat sahabat sekalian bacalah sejarah perjuangan Rasulullah. Bagaimana baginda berdakwah, cara hidup baginda, bagaimana baginda menegur kesalahan orang, bagaimana baginda mengatur percakapan dengan orang. Saya perhatikan amat jauh dengan tok guru ni. Kita tak boleh cakap kamu akan masuk neraka, kamu kafir kerana ini bukan ajaran yang diajar oleh islam. Apakah kita yakin kita akan masuk syurga ke. Saya pun tak faham lah dengan gelagak mereka ini.
Saya teringat pada satu ketika dahulu, di negeri Kedah isu orang Umno dikafirkan bukan baru. Itulah inti parti kempen terhadap Umno pada tahun 1969 atas alasan Umno berpakat dengan MCA dan MIC dalam Perikatan. Tetapi sekarang bukan Umno saja yang berpakat dengan bukan Islam. PAS pun dah berpakat dan dengan bukan Islam. Lihat pendirian PAS ni, AMAT BERCELARU . Ia akan jadi halal apabila mereka ada kepentingan politik . Jadi tidak timbul atau tidak kedengaran lagilah soal Umno kafir. Oleh sebab itulah kita jangan mengata orang sebab mungkin pada satu ketika nanti perkara tersebut akan terpalit kepada kita.
Saya amat bersetuju dengan komen Mufti Perak, Orang Melayu jangan taasub sangat dengan ideologi politik dan cakap orang politik. Agama, bangsa dan kelangsungan lebih penting.
Orang bukan Melayu, khasnya Cina, mereka pun berparti. Malah mereka ada lebih banyak parti. Tapi matlamat pokok mereka sama, iaitu kuasa politik dan kuasa ekonomi untuk kaum mereka. Kita pula macam kera sumbang, terhegeh-hegeh malu hendak pertahankan hak kita kerana takut dituduh perkauman.
Fikir fikirkan lah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam sdr zaidi;
Amat menyedihkan apabila bayangan ketaksuban emosi telah mengekang minda untuk terjemahkan persepsi antara haq dan batil.
Kelebihan akal yang dianugerahkan tidak disulami budi sebagai yang diajarkan. ayat-ayat Mutasyaabihaat ditakwilkan mengikut selera hati serta memberi perbandingan dengan perkara yang tidak manis didengar oleh golongan angkuh, hanya inginkan sorakan akan mendorong umat ke arah kesesatan.
Al-Quran bukannya sebuah novel yang menceritakan pelbagai kisah dan hanya perlu dibaca dengan makhraj yang betul. سورة الإخلاص yang hanya mengandungi 4 ayat, amat luas tafsirannya bagi orang-orang yang berfikir.
Semoga keikhlasan perjuangan UMNO mendaulatkan martabat agama, bangsa dan tanah air akan utuh di hati rakyat serta diiringi restui dan rahmat ALLAH.
Post a Comment