Salam bloggers.
Hari hari bergerak deras dan pantas, malam ini malam yang sangat mulia iaitu malam jumaat. Alhamdulillah dengan izin Allah kita masih dipanjang umur untuk terus bernafas dan mendapat segala nikmat ilahi. Kalau kita nak hitung nikmat ini nescaya tidak terhitung oleh kita sebagai hambanya.
Malam ini saya nak menarik perhatian terhadap isu sembahyang Jumaat. Sudah sekian lama saya perhatikan trend sembahyang Jumaat bukan di masjid tempat kita bermastautin. Saya melihat ada beberapa buah masjid yang menjadi tarikan jemaah dan tak perlu saya sebutkan disini. Ribuan jemaah datang ke masjid ini setiap minggu untuk menunaikan sembahyang jumaat. Hati kecil saya sering bertanya, kenapa mereka ini sembahyang di masjid lain, sedangkan di kg mereka ada masjid. Boleh dikatakan hampir keseluhuran kampung di bumi bertuah Terengganu ini ada mempunyai masjid. Adakah sembahyang jumaat di masjid di kampung masing masing tidak sah atau berdosa atau kurang pahala dan sebagainya. Setiap minggu jamaah ini melalui ikut masjid kampungnya untuk ke masjid lain. Ada sesetengahnya tidak pandang pun kearah masjid di kampungnya apabila melalui jalan berkenaan, ada pula yang berpaling jugok ke arah masjid kampungnya tapi tak berhenti pun, mereka lalu untuk ke masjid lain untuk menunaikan solat jumaat.
Adakah mereka berbuat demikian atas dasar parti atau imam di masjid kampung tidak berilmu, ataupun mereka rasa tidak sah sembahyang di kampungnya, atau pun pahala sembahyang di masjid lain dapat pahala lebih, saya tak tahulah. Hanya mereka yang dapat memberi jawapannya. Hal yang sedemikian bukan berlaku sekali, bahkan setiap kali jumaat mereka ini berduyun duyun ke masjid berkenaan. Setahu saya tidak disebut pula masjid masjid ini ada keistimewaan dalam agama kita islam. Yang saya tahu masjid yang ada kelebihan kalau kita beribadat didalamnya ialah Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al- Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. dok dengar pulak masjid lain di Terengganu .
Apabila mereka meninggal dunia, saya lihat mereka akan dikebumikan di tanah perkuburan kampung dia jugok. Hairan bin Ajaib jugok rasenya. Muslimin sekalian. Marilah kita pakat imarahkan masjid di kampung kita masing masing. Ini juga adalah Rumah Allah yang sangat suci. Mengapa kita tidak bersembahyang di Rumah Allah ini. Setiap masjid adalah Rumah Allah yang mesti diimarahkan. Apabila kita berduyun duyun ke masjid kampung masing maka jalinan ukhuwwah antara kita akan bertambah erat. Insyallah.
fikir fikirkan lah
wassalam.
10 months ago
No comments:
Post a Comment