Pages

Subscribe:

16 November 2010

Petani moden

Salam 2 all

Pada hari ini saya menghadiri majlis perasmian mini estet padi peringkat negeri Terengganu. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada lembaga Pertubuhan Peladang terutamanya ketua Pengarah dan Pengarah LPP Terengganu yang memilih DUN Bukit Payong sebagai tuan rumah majlis pelancaran tersebut.

Kita selalu mempunyai pandangan bahawa kegiatan pertanian sinonim dengan kemiskinan. Persepsi ini telah turun temurun di pegang oleh masyarakat kita. Mungkin inilah yang menyebabkan generasi muda takut untuk bersama dengan aktiviti pertanian. Mereka lebih suka bekerja di kilang walaupun berpendapatan sekitar RM 600.00 sebulan.

Satu lagi fenomena yang dapat dilihat ialah apabila petani mengisi apa apa borang maklumat diri. Apabila pekerjaan petani mesti gaji yang diletakkan RM 600.00 kebawah sebulan. Adakah tindakan ini betul atau sebahagiannya berpura pura meletakkan pendapatan yang rendah.

Namun begitu, kita melihat ramai petani yang membanting tulang telah berjaya melahirkan anak anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya masing masing. Kita ucapkan tahniah kepada mereka semua.

Namun jarang jarang yang berjaya membentuk anak anak menceburi pertanian yang moden dan berjaya. Mungkin mereka telah membentuk anak anak supaya jangan terlibat dengan dunia pertanian kerana dunia ini hidupnya susah dan miskin.

Bidang pertanian mestilah di diberi nafas baru agar masyarakat melihat kerjaya sebagai petani juga sama hebat dengan kerjaya lain dan berpendapatan tinggi. Ia sangat penting kepada negara kerana asas kehidupan adalah makanan lebih lebih lagi padi dan beras. Ia boleh dikategorikan sebagai makanan keselamatan negara.

Jika tiada usaha bersungguh sungguh kita bimbang kalau terjadi apa apa kepada negara, dimana rakyat akan mencari beras untuk makanan mereka.

Salam Idul adha

No comments:

Contributors