Salam 2 all
Beberapa hari lepas seluruh warga Malaysia melihat kelentingan YAB Dato' Menteri Besar Kedah yang berang dengan persolan wartawan berkaitan banjir di Kedah. Sebagaimana yang kita maklum bahawa banjir di Kedah kali ini antara yang terbesar pernah dialami. Hampir 41,000 ribu orang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan.
Ini merupakan ujian Allah terhadap hamba hambanya. Sebab musabab berlakunya bencana ini di Kedah, Hanya Allah yang maha mengetahui. Dalam keadaan sebegini semua orang akan mengalami kesusahan. Rakyat biasa hinggalah ke pemimpin akan berdepan dengan pelbagai keadaan untuk menyelesaikan masalah ini.
Apa yang mendukacitakan ialah sikap YAB MB Kedah yang mengamuk ketika ditanya persolan banjir ini. Sebagai seorang pemimpin yang waras sepatutnya segala persolan ini harus dijawab dengan baik oleh beliau selaku ketua kerajaan negeri Kedah.
Sebagai seorang pimpinan kesabaran mestilah diletakkan dibarisan hadapan. Inilah yang dialami oleh pemimpin BN pada setiap ketika apabila dihentam oleh pembangkang selama ini. Jika selama ini pemimpin PAS menghentam BN dalam segenap perkara, maka pada hari ini semasa mereka pula memerintah, segala mungkin cacian dan pandangan orang lain mestilah diterima dengan tenang.
Dalam hal ini, saya teringat akan peristiwa di zaman Rasulullah SAW. Baginda memang pemimpin contoh yang tiada tolak banding dalam segala segi. Pada ketika itu terdapat seorang pengemis yahudi buta selalu berada di Pasar Madinah.
Pengemis yahudi buta selalu mengingatkan orang di pasar berkenaan " Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammmad kerana dia adalah orang gila, dia tu pembohong, dia tu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya , maka kalian akan dipengaruhinya.
Namun demikian setiap pagi baginda akan mendatanginya dengan membawa makanan dan mengucap sepatah perkataan pun, baginda menyuapkan makanan kepada si pengemis berkenaan. Diriwayatkan baginda melakukan hal sedemikian pada setiap pagi sehinggalah baginda wafat.
Setelah baginda wafat maka tidak ada lagi orang menyuapkan makanan kepada si pengemis buta berkenaan. Pada suatu hari Saidina Abu bakar ke rumah anaknya iaitu Siti Aishah dan bertanya, " wahai anakku apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan". Jawab Aisyah " Wahai ayahku, engkau adalah seorang Ahli sunnah dan hampir semua perkara engkau lakukan kecuali satu saja iaitu pada setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan kepada seorang pengemis buta di Pasar Madinah.
Keesokan harinya Abu Bakar pergi ke pasar lalu menyuapkan makanan kepada pengemis berkenaan. Pengemis berkenaan mengherdik Abu Bakar. " Siapakah kamu?. Abu Bakar menjawab aku adalah orang yang biasa datang memberi makanan kepada kamu.
Pengemis berkenaan berkata bahawa engkau bukan lah orang yang selalu menyuap makanan kepadaku kerana orang yang biasa datang kepada ku itu akan menghaluskan makanan ini sebelum disuapkan kepada ku.
Mendengar kata kata itu, air mata tidak dapat ditahan dan sambil menangis, ia berkata kepada pengemis itu: " benar, aku ini bukan orang yang biasa datang kepada mu. Org yang mulia yang selalu datang dan menyuapkan makanan kepada engkau itu sudah wafat. Dialah Muhammad SAW.
Mendengar kata kata itu, si pengemis pun menangis kerana Muhammad ini yang selalu dihinanya dan difitnahnya. Dia tidak pula memarahi aku bahkan mendatangiku dan melayanku setiap pagi. Akhirnya pengemis itu mengucap dua kalimah syahadat.
Meski pun sebagai pemimpin kita tidak mampu meneladani sepenuhnya, alangkah baiknya kita berusaha kearah itu. Ingatlah , Kesabaran itu adalah senjata utama seorang pemimpin.
wassalam.
10 months ago
No comments:
Post a Comment