Salam bloggers
Setelah sekian lama, saya menyepi diri dalam arena blog ini. saya mohon maaf kerana lama dah tidak update blog ini lantaran kesuntukan masa. Saya ucapkan terima kasih atas keminatan saudara dan saudara terhadap blog saya.
Kini sudah hampir 1 1/2 tahun saya dilantik sebagai Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong dan juga Pengerusi Penyelaras DUN. Lantikan ini dibuat setelah BN kalah dalam pilihanraya umum ke 12 di Bukit Payong.
Akibat kekalahan tersebut, sedikit sebanyak telah membantutkan pembangunan di Bukit Payong. Sebagai wakil kerajaan Barisan Nasional, saya penuh keazaman dan semangat untuk terus bersama rakyat Bukit Payong bagi sesuai dengan hasrat YAB Perdana Menteri, 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan.
Pendidikan merupakan elemen yg paling penting. Kini terdapat 10 buah sekolah di Bukit Payong. 7 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menambah jumlah sekolah ini dalam RMK 10 nanti. Sama sama kita doakan.
Bukit Payong adalah 1 kawasan yg pesat membangun. Jika ditinjau dari kemudahan asas, Kita telah mendahului kawasan yg lain. Lebuh Raya pantai Timur, insyallah akan dapat kita gunakan lebih kurang 2 tahun lagi. susur masuk ke lebuhraya di Kampung bt 9 akan memesatkan ekonomi di Bukit Payong. Jalan baru yg menghubungkan Bukit kor Undang dgn Kg. Tertak Batu akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Kini kita berusaha untuk melebarkan jalan simpang Chendering ke Bukit Payong kepada 4 lorong. Dengan siapnya jalan ini, ia akan mengurangkan kesesakan dijalan tersebut.
Pasar Kedai buluh pula telah hampir disiapkan. Pasar yg berharga dalam lingkungan RM 8 Juta ini akan mula beroperasi tidak lama lagi. Pasar Kg laut yg berharga RM 1.8 juta pula telah pun beroperasi. Pada tahun ini, kerajaan akan mula melaksanakan Terengganu Agro Terminal di Kg. Batu 9. Pasar ini akan memberi ruang yg cukup besar bagi penduduk di Bukit payong dan Marang meningkatkan sumber ekonomi.
Kesihatan juga memainkan peranan yg penting. Pusat Kesihatan baru yg berharga RM 18 juta sedang dalam pembinaan betul betul di tengah Pekan Bukit payong. Klinik 1 Malaysia juga telah mula beroperasi. Klinik 1 malaysia ini adalah antara 3 klinik yg terdapat di Trg. saya mendapat maklumat, Klinik ini mendapat sambutan yg memberangsangkan iaitu sekitar 100 org lebih berkunjung ke klinik ini setiap hari.
Dalam bidang keagamaan pula, banyak masjid baru akan dibina dalam masa terdekat. Masjid Kg. Tok Dir yg berharga RM 4 juta masih dalam pembinaan. Insyaalah pada tahun ini, kita akan membina Masjid baru di Kg. Surau Hj. Yaacob, seterusnya Masjid Kg. Belukar Jambu, Masjid Sena Rendang dan Masjid Kg. Paya resak.
Belia dan sukan adalah elemen yg sangat penting. Oleh yg demikian, saya akan terus membela nasib mereka terutamanya penyediaan tempat untuk mereka berkulpul dan melaksakan aktiviti. Kita telah membina 2 gelanggang rakyat atau gelanggang pelbagai guna di Kg. Belukar jambu dan Kg. Surau Hj. Yaacob. Pada tahun ini kita membina 1 lagi gelanggang futsal di Kg. Undang. saya juga telah berusaha untuk membaik pulih padang Bolasepak Mak Kemas. Selain itu, Kerajaan juga akan membina sebuah Pusat Latihan Gimnastik di Bukit payong bagi memberi kemudahan kepada adik adik pelajar kita menjalani latihan.
Kemudahan Balairaya juga amat penting kepada masyarakat setempat. Pada tahun 2009 kita membina sebuah balairaya yg berharga RM 150,000.00 di Kg. Surau Panjang dan Balairaya Kg. Bukit. Pada tahun ini pula , penantian selama berbelas tahun penduduk di Kg. Bt 9 akan berakhir. Kerajaan akan membina Balairaya dan Dewan Badminton di Kg. Batu 9.
Bagi memberikan pendidikan seawal mungkin kepada anak anak kita, Kerajaan telah membina sebuah bangunan Taska Permata. Taska ini akan memberi ruang kepada ibu bapa yang berkerja untuk menempatkan anak anak mereka disini. Taska ini akan mula beroperasi Mac 2010 ini. Kita juga telah menambah sebuah lagi Tabika KEMAS di Kg. Tok Pong.
Kemudahan perumahan rakyat juga tidak dilupakan. Bukit Payong telah mempunyai beberapa Taman Perumahan. Antaranya Taman Perumahan awam Kos Rendah Bukit Payong. Kini 44 unit rumah kos sederhana sedang dibina berhampiran dgn PAKR tersebut. 1 lagi PAKR akan dibina di Kg. Mak Kemas tidak berapa lama lagi. adalah dianggarkan 250 unit rumah akan dibina. Ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan rumah. Disamping itu banyak lagi taman perumahan yg dibina oleh sektor swasta.
Doakan Bersama, Insyallah kejayaan akan bersama kita.
10 months ago
1 comment:
ASSALAM,ENCIK ZAIDI SAYA SEORANG BELIA DI DAERAH MARANG DAN SAYA BERMINAT UNTUK MENUBUHKAN PERSATUAN UNTUK BELIA-BELIA DI DAERAH MARANG DAN BUKIT PAYONG.JUSTERU ITU TUJUAN ADALAH UNTUK MEMBANTU GOLONGAN BELIA DI KAWASAN BUKIT PAYONG DAN BERSAMA-SAMA MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DAN SALAH LAKU GOLONAGN BELIA DI KAWASAN BUKIT PAYONG.DAN SAYA MEMOHON BANTUAN ENCIK ZAIDI UNTUK DAPAT MEMBANTU SAYA UNTUK MEMPERKASAKAN GOLONGAN BELIA DI KAWASAN BUKIT PAYONG.INSYAALAH.SEKIAN SAJA PANDANGAN SAYA.
Post a Comment