Pages

Subscribe:

22 February 2010

Cabaran besar buat lelaki

Salam bloggers

Wanita adalah insan yang sangat istimewa dalam kehidupan dunia lelaki. Tanpa wanita, kehidupan seorang lelaki kelihatan tidak sempurna.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Cuepacs yang menyatakan kebimbangannya terhadap penguasaaan wanita dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Fenomena ini nampaknya semakin ketara semenjak tahun 2000 keatas. Ia terjadi, hasil daripada keterbukaan kerajaan dalam memberi pendidikan kepada rakyat tanpa mengira gander.

Peluang pendidikan yang terbuka luas ini telah digunakan sepenuhnya oleh golongan hawa untuk menuntut ilmu setinggi mungkin. Saban tahun kita menyaksikan jumlah pelajar cemerlang didimonasi oleh wanita. Saya tidak lah menafikan terdapat pelajar lelaki yang cemerlang, namun jumlahnya sedikit berbanding dengan wanita.

Di kampus Uitm Shah Alam sebagai contoh, 70% peratus penuntutnya adalah wanita sehinggakan fakulti Kejuruteraan pun lebih 60 % adalah pelajar wanita. Begitu juga dengan universiti lain yang mana pelajar wanita mengatasi pelajar lelaki. Jika trend ini berterusan, adalah tidak mustahil, sektor awam pada masa depan akan dikuasai oleh wanita.

Kesan daripada tahap pendidikan ini, semakin ramai wanita berada dalam sektor awam sama ada di peringkat pembuat dasar & berada dalam Jawatan Utama sektor Awam (JUSA), Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 keatas dan kumpulan sokongan yang lain. Keadaan ini juga berlaku kerana sektor awam di Malaysia amat menekankan soal kelulusan akademik bagi mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam.

Dalam soal ini, wanita tidak boleh dipersalahkan. Jawatan diberi kepada mereka kerana mereka layak dan telah melalui tapisan yang ketat. Bagi golongan lelaki pula, kita mestilah menyahut cabaran supaya trend ini tidak akan berterusan. Kita harus mulakan dari peringkat persekolahan sehingglah ke universiti. Jika pola nisbah lelaki dan wanita di pusat pengajian tinggi masih lagi tidak seimbang maka keadaan ini akan berterusan.

Namun demikian, luahan Cuepacs tersebut ada benarnya. jangan ada jurang yang ketara antara lelaki dan wanita dalam perkhidmatan awam. Jika guru guru wanita terlalu ramai di sekolah melebihi lelaki, adalah sukar untuk mereka mengawal disiplin pelajar yang semakin komplek dalam dunia moden tanpa kehadiran guru guru lelaki. Difahamkan nisbah guru wanita dengan lelaki pada masa sekarang ialah 70:30. Ketidakseimbangan ini sudah pasti akan mengundang masalah jika tidak dikawal dari awal.

Saya juga mendapat maklum bagi pengambilan jawatan baru PTD pada masa sekarang, 3/4 jawatan ini di isi oleh wanita. Ini adalah perkara yang harus dibuat kajian secara menyeluruh. Lelaki dan wanita mempunyai kekuatan masing masing. Kita tidak mahu keadaan ini berterusan dan akan mengganggu sistem sosial negara.

Statistil terkini pegawai awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menunjukkan bilangan wanita memang melabihi pegawai lelaki. Bagi kumpulan pengurusan tertinggi , jumlah pegawai lelaki ialah seramai 1,847 orang iaitu 72% , manakala jumlah pegawai wanita pula ialah seramai 709 orang atau 28%.

Bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional pula, bilangan pegawai lelaki hanya 111,659 org, manakala jumlah pegawai wanita ialah seramai 176,223 orang. Bagi jawatan sokongan yang lain pula jumlah pegawai lelaki ialah seramai 368,832 orang dan jumlah pegawai wanita pula ialah seramai 370,968 orang.

Jumlah keseluhuran pegawai awam di negara kita ialah seramai 1,30,238 orang. Dari jumlah itu seramai 547,900 orang atau 63% atau pegawai wanita. Seramai 482,338 orang adalah pegawai lelaki atau 47%.

Kepada adik adik lelaki, anda kena sahut cabaran ini. Anda jangan leka dengan keseronokan sehingga lupa mencari ilmu. Jika tidak penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam akan terus berlaku dan anda akan bekerja dengan bos wanita.

Fikr.

No comments:

Contributors