Pages

Subscribe:

24 February 2010

STPM dalam debaran

Salam bloggers.

Khamis 25 Feb 2010 , debaran akan menggamit anak anak remaja. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia akan diumumkan hari ini. Pada malam tadi, mungkin ada diantara adik adik yang tak lena tidur dek memikirkan bagaimana keputusan yang akan diperolehi hari ini.

Saya masih teringat peristiwa 16 tahun lalu. Ketika itu, hati saya juga berdebar debar seperti adik adik semua. Pada malam ini , fikiran melayang entah kemana. Setelah kita menghabiskan masa selama 13 tahun dialam persekolahan, STPM lah akan menentukan masa depan. saya yakin setiap pelajar yang mengambil peperiksaan ini nak keputusan yang cemerlang bagi melayakkan anda memasuki universiti.

Universiti adalah destinasi impian semua pelajar. Keputusan sudah tidak boleh diubah. Dalam peperiksaan ini terdapat pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang, sederhaha cemerlang dan akan ada pelajar yang gagal.

Itu semua amat berkait rapat dengan usaha kita semasa di alam persekolahan. Kepada yang rajin mengulangkaji pelajaran, insyallah kejayaan akan bersama mereka. Kepada yang leka dan malas, berkemungkinan besar kegagalan akan bersama mereka.

Hakikat itu mesti diterima. Kekesesalan tidak berguna lagi. Saya ucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada yang berjaya. Teruskan perjuangan anda untuk menuntut ilmu setinggi yang mungkin. Berikanlah sekalung ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan guru guru kita yang sentiasa memberi dorongan tanpa jemu.

Bagi mereka yang kurang berjaya, janganlah putus asa. janganlah menganggap kehidupan ini sudah tertutup. Kita kena meneroka sejarah orang yang berjaya pada hari ini. Ada sebahagian dari mereka pernah gagal ditengah jalan sebelum bangkit dengan kejayaan.

Cemerlang dalam akademik hanya salah satu kejayaan. Banyak lagi kejayaan dalam bidang lain. Terdapat juga dikalangan kita yang tidak masuk Universiti pun, tetapi mampu menjadi seorang jutawan dengan usaha gigih melalui perniagaan. Ada juga dikalangan kita yang tak masuk universiti, tetapi mempunyai akhlak dan prilaku yang terpuji.

Bukan lah maksud saya untuk melemahkan semangat anda untuk masuk Universiti. Tujuan saya ialah untuk menguatkan semangat kepada yang kurang berjaya dalam STPM kali ini. Anda mungkin ada 2 pilihan sama ada mencuba sekali lagi atau menceburi bidang lain yang terbuka luas di Malaysia.

Setinggi tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya. Moga anda teruskan perjuangan dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa depan.

No comments:

Contributors