Salam bloggers
Hari ini hari ke 2 kita merayakan sambutan Tahun Baru Cina. Saya percaya masih ramai lagi dikalangan kita yang bercuti panjang bersama keluarga di kampung halaman masing. Apa pun saya ucapkan selamat bercuti bersama keluarga tersayang. Bagi masyarakat Cina pula , Kegembiraan sambutan ini masih lagi diraikan dan tradisi kunjung mengunjung akan diteruskan pada hari ini.
Isu yang mendapat perhatian saya hari ini ialah, pembatalan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Jika benar perarakan ini dibatalkan, saya amat kesal dan mengecam keras tindakan tersebut dan amat sesuai Guang Eng digelar sebagai Chauvinis, ekstrimis dan rasis serta mempunyai agenda perkauman yang sempit.
Keadaan ini amat bertentangan dengan semangat Tahun Baru Cina yang sedang kita sambut. Seluruh masyarakat dan pimpinan negara meraikan sambutan Tahun Baru Cina di pelbagai ceruk rantau seluruh negara. Tidak wujud perasaan syak wasangka dan prejudis terhadap bangsa lain di negara bertuah ini.
Yang peliknya, Guang Eng menafikan perarakan tersebut dibatalkan, namun surat pekeliling telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan pembatalan perarakan tersebut. Biasanya dalam pentadbiran kerajaan, surat tersebut akan dikeluarkan setelah mendapat arahan dari kerajaan yang diketuai oleh Ketua Menteri/Menteri Besar.
Bagi saya, ini adalah percubaan halus Guang Eng untuk meminggirkan islam. Namun saya percaya pasti akan ada orang islam yang akan menyokong tindakan Guang Eng ini. Ini lah yang disifatkan oleh junjungan besar kita Rasulullah saw, suatu ketika nanti akan ada datang zaman umat islam akan diratah oleh orang kafir walaupun pada ketika itu umat islam amat ramai yg berpecah belah.
Majlis sambutan Maulidur Rasul ini adalah salah satu usaha kerajaan mengajak umat islam memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammmad saw. Oleh yang demikian kita hendaklah menentang sekeras kerasnya tindakan membatalkan Majlis Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.
Wahai rakyat Malaysia, fikirkanlah. Ini baru DAP berkuasa di Pulau Pinang. Bayangkan lah jika meraka memegang tampuk kekuasaan di Malaysia. Mungkin byk lagi program keagamaan akan dibatalkan oleh mereka. Kepada siapakah harapan kita di sekarang.
fikr
10 months ago
No comments:
Post a Comment