Pages

Subscribe:

12 February 2010

Sinar Harian 12 Feb 2010

Hidup Mariam berubah selepas kaki dipotong

KAMPUNG ATAS TOL - Akibat menderita penyakit diabetes sejak dua tahun lalu, nasib seorang penjual kain kini berubah sama sekali setelah kaki kirinya dipotong sejak Oktober tahun lalu.:

Mariam Armughan @ Mohamed Sharif, 52, yang dahulunya aktif berniaga kain di sekitar Bukit Payong dan Kuala Terengganu kini tidak mampu lagi bergerak dan bergantung harap sepenuhnya kepada ahli keluarga lain.

Mariam ketika ditemui di kediamannya berkata, sejak kakinya dipotong, rutin hariannya berubah sama sekali namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.

“Pada mulanya saya terfikir untuk memakai kaki palsu bagi memudahkan pergerakan tapi setelah dinasihati supaya tidak menggunakannya kerana bimbang boleh menyebabkan kaki luka dan sukar sembuh, saya akur.

“Sekarang saya hanya bergantung kepada anak-anak jika ingin bergerak dan menguruskan diri,” katanya.

Sebelum itu, Mariam menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda yang singgah melawatnya dan menyampaikan bantuan kerusi roda serta kewangan.

Turut serta dalam lawatan itu, wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Atas Tol dan wakil daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Bukit Payong.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu, Mohd Anuwar Sabri yang turut menyertai lawatan itu berkata, Mariam kini bergantung kepada bantuan am bulanan sebanyak RM200.

“Kita telah mendapat maklumat mengenainya dan sekarang ini kita sedang dalam proses untuk mendapatkan bantuan persekutuan bagi penjaganya, sebanyak RM300 setiap bulan.

“Kita akan usahakan agar bantuan sebanyak itu dipercepatkan bagi membolehkannya menampung hidup,” katanya.

No comments:

Contributors