Salam bloggers.
Semalam, mahkamah telah membuat keputusan YAB. Dato' Dr. Zamri adalah Menteri Besar Perak yang sah disisi undang undang. Ini bermakna keputusan yang dibuat oleh DYMM Sultan Azlan, Sultan Perak adalah mengikut lunas undang undang negeri Perak.
Lebih mengukuhkan kedudukan apabila semua panel 5 hakim menyebelahi Dato' Dr. Zamri. Keputusan ini sudah pasti menamatkan kemelut perlembagaan yang berlaku di Perak. Semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah kerana ia adalah satu institusi keadilan negara kita. Kalau rakyat sudah tidak mempercayai keadilan mahkamah, sudah pasti negara kita akan kacau bilau.
Apa yang mendukacitakan kita ialah tindakan Nizar yg kelihatan mempertikaikan keputusan itu dan menyatakan sistem monarki mutlak masih diamalkan di negara ini. Ini adalah satu tuduhan yg tidak berasas sama sekali. DYMM Sultan membuat keputusan setelah berpuas hati bahawa jumlah sokongan terhadap BN melebihi sokongan terhadap PR apabila 3 Wakil Rakyat DAP dan PKR menyatakan sokongan terhadap BN. Dengan ini BN mempunyai kelebihan untuk membentuk kerajaan.
Begitu juga, jika sekiranya selepas ini ada wakil BN yang mungkin istihar bebas dan menyatakan sokongan terhadap PR, dengan ini PR akan membentuk kerajaan. DYMM Tuanku akan melantik YAB MB setelah baginda berpuashati sokongan majoriti ahli ahli Dewan terhadap sesebuah parti. Jadi tuduhan yang menyatakan, kita masih mengamalkan sistem monarki mutlak adalah sama sekali tidak berasas.
Disamping itu Nizar juga meletakkan 3 syarat sebagai tanda kerjasama PR terhadap BN. antaranya ialah:
i- Sivakumar hendaklah dilantik sebagai Speaker.
ii- Mohon dana khas untuk Wakil Rakyat pembangkang.
iii- Mohon kebenaran menggunakan Dewan serbaguna untuk kegiatan parti.
Dalam hal ini ada perkara yang boleh kedua dua parti ini berkerjasama. Namun ini adalah mainan politik Nizar untuk mendapat simpati rakyat. Lantikan Speaker akan dibuat oleh DUN berdasarkan sokongan dikalangan ahli dewan. kalau DUN telah menolak Sivakumar, bagaimana Sivakumar akan dilantik.
Soal penggunaan dewan serbaguna ini boleh dirujuk kepada kerajaan negeri. Kerajaan Terengganu pernah memberi kebenaran untuk PAS menggunakan dewan hak milik kerajaan negeri. BN adalah kerajaan yang bertimbang rasa dan mengutamakan rakyat.
Soalnya, Jika mereka menang dalam perbicaraan itu, mereka akan menyatakan bahawa mahkamah telah membuat keputusan yang tepat dan PR adalah betul, namun jika keputusan tidak meyebelahi mereka, mereka akan menghemtam mahkamah, mahkamah tidak adil, mahkamah dipengaruhi oleh parti pemerintah, mahkamah membenarkan rampasan kuasa di Perak dan pelbagai tuduhan lagi dilemparkan kepada mahkamah.
Kita harus rasional dengan keputusan mahkamah bagi mewujudkan keharmonian dalam negara. Tunggulah pilihanraya akan datang. kalau rakyat yakin kita benar, kita akan menang dalam pilihanraya akan datang.
Fikr
10 months ago
No comments:
Post a Comment