Pages

Subscribe:

13 February 2010

Gong Xi Fa Cai

Salam bloggers.

14 Feb 2010 kaum Tiong Hua akan merayakan Tahun Baru Cina. Sebagai rakyat Malaysia kita sudah tentu rasa berbangga kerana perayaan ini dapat dirayakan dalam suasana gembira, aman sentosa dan amalan kunjung mengunjung diteruskan. Pada malam ini, kaum keluarga mereka sudah pasti akan melaksanakan amalan Makan Besar bersama keluarga tercinta.

Dalam negara bertuah ini , rakyat berbilang kaum dapat merayakan perayaan mereka tanpa ada sekatan dan ancaman dari mana mana pihak seperti mana kita menyambut Hari raya Idul Fitri dan perayaan lain. Ini lah amalan demokrasi dan perkongsian kuasa yang diamalkan. Setiap kaum mempunyai hak masing masing termasuk dalam soal perayaan kaum dan agama masing masing.

Tahun Baru cina pada tahun ini dikenali dgn tahun Harimau. Harimau ini melambangkan keberanian dan kegagahan. Oleh sebab itu, kita tidak hairan jika kaum cina sangat berani dgn cabaran terutamanya dalam dunia perniagaan. Kejayaan meraka dalam aktiviti perniagaan di negara Malaysia haruslah dicontohi oleh bangsa lain terutamanya bangsa melayu. Mereka berjaya melahirkan ramai jutawan melalui dunia perniagaan ini.

Semua ini dapat dikecapi kerana kita dapat mengekalkan keharmonian kaum dan kestabilan politik dalam negara. Bayangkan kalau negara tercinta ini hura hara dan kestabilan politik tidak berlaku, sudah pastilah perayaan seumpama ini tidak dapat kita rayakan.

Sempena Tahun Baru yang kebetulan Tahun Harimau ini, marilah kita semua bersatu hati, eratkan perpaduan antara kita dan saling menghormati antara satu sama lain. Insyallah kita akan terus dapat menikmati kehidupan sebagaimana yang kita nikmati ini.

Kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina walau pun dimana kalian berada. Semoga sambutan tahun baru kali ini lebih bermakna kepada kita disamping dapat menanamkan nilai kasih sayang dalam keluarga masing masing.

Fikr

No comments:

Contributors