Pages

Subscribe:

20 November 2010

Pelbagai Ramalan

Salam 2 all

Alhamdulillah kita baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Korban. Di sana sini akan kedengaran orang bercakap tentang pengorbanan yang sangat di tuntut oleh agama kita. Mudah mudahan segala pengorbanan kita diterima Allah s.w.t.

Masyarakat kita percaya sangat membuat ramalan dan andaian. Adakalanya ramalan ini menjadi dan ada ketikanya ramalan ini merosot sama sekali. Namun sebagai manusia yang beragama islam kita percaya semuanya berlaku adalah ketentuan Allah, manusia hanya mampu merancang tp Allah yang akan menentukan.

Jabatan Kaji Cuaca dan orang ramai meramalkan Terengganu akan mengalami banjir lebih besar dari tahun lepas. Namun setakat ini ramalan tersebut belum menjadi kenyataan. Kita mendoakan agar banjir besar tidak akan berlaku di negara kita. Ramalan ini sebenarnya amat baik kerana kita mampu untuk membuat persediaan yang rapi sebelum bencana ini menjadi kenyataan.

Baru baru ini juga heboh diperkatakan tentang ramalan rombakan kabinet dan kepimpinan UMNO di semua peringkat. Maka heboh dibicarakan orang dari kedai kopi hinggalah ke pejabat. Pelbagai andaian dan ramalan dibuat. Ada yang kata menteri ini digugurkan, ada yang kata orang ini akan dilantik sebagai menteri dan ada juga orang biasa bukan wakil rakyat akan di lantik Senator dan akan dilantik sebagai Menteri.

Ramai juga yang membuat ramalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO akan diserah kepada Menteri Besar seperti Terengganu. Namun setakat saya menulis artikel ini, YAB Perdana Menteri masih belum membuat keputusan. Bagi menggugurkan dan melantik menteri, ia terletak dibawah budi bicara Perdana Menteri.

Disaat dan ketika peperiksaan SPM dan STPM akan berlangsung, soalan ramalan juga sangat hebat dibicarakan oleh pelajar dan guru guru. Bagi mereka yang kurang usahanya, soalan ramalanlah merupakan harapan untuk mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Namun bagi mereka yang membuat persiapan rapi, mereka tidak mengharapkan soalan ramalan ini kerana apa jua soalan yang datang mereka mampu untuk menjawabnya. Oleh yang demikian, persiapan rapi amat perlu untuk bertempur didalam dewan peperiksaan.

Demikian juga ramalan kutipan pingat emas di Sukan Asia di China. Kita meramalkan akan memperolehi 10 pingat emas. Ramalan ini amat baik bangi memberi suntikan semangat kepada para atlit. Ramalan yang dibuat ini, sudah pastilah melihat kepada rekod dan prestasi atlit semasa. Kita tunggu dan lihat sama ada ramalan ini menepati sasaran atau sebaliknya.

Ramalan yang paling ditunggu ialah bilakah piliharaya umum ke 13 akan dibuat. Dalam hal ini pelbagai andaian dan ramalan dibuat oleh masyarakat kita. Perbicaraan politik ini sangat menarik dan menarik perhatian orang ramai.

Ada antara kita meramalkan pilihanraya akan berlaku pada tahun hadapan. Ada juga yang meramalkan ianya akan diadakan serentak dengan pilihanraya Serawak. Bagi makluman, tempoh kerajaan Serawak akan berakhir Julai 2011. Mereka meramalkan pilihanraya senrentak kerana bagi tidak memberi ruang pembangkang berkempen di Serawak kerana masing masing akan bertumpu dikawasan masing masing.

Terdapat juga ramalan, pilihanraya akan diadakan pada tahun 2012 kerana adalah terlalu awal pilihanraya diadakan buat masa ini. Kerajaan yang ada masih ada ruang untuk memerintah sehingga tahun 2013.

Begitulah hebatnya ramalan yang di war warkan oleh masyarakat kita.


wassalam.

1 comment:

chegu yoe said...

Suka meramal bukan sahaja menjadi tabiat rakyat Malaysia sahaja tetapi masyarakat dunia pun suka membuat ramalan.Macam-macam kaedah dilakukan untuk membuat ramalan sehinggakan haiwan pun dijadikan medium untuk membuat ramalan. Sotong kurita digunakan untuk membuat ramalan pasukan mana bakal menjuarai piala dunia.Berbetulan ia menepati ramalan tersebut maka haiwan tersebut ditatah bagaikan pemimpin agung.

Sebagaimana yang diperkatakan oleh penulis blog ini, ramalan ini ada baiknya. Ia boleh dijadikan persediaan untuk menghadapi sesuatu peristiwa seperti banjir dan sebagainya. Namun dalam aspek tertentu, ramalan ini akan membawa keburukan kepada masyarakat itu sendiri. Contohnya bukan setakat kita meramalkan bilakah PRU13 akan diadakan tetapi siap dengan calonnya sekali. Siapa yang akan dicalonkan dan YB manakah yang akan digugurkan sudah bermain dibibir orang ramai.Yang dibimbangi yang diramalkan untuk tidak dicalonkan semula akan hilang pertimbangan dan mula cuba mencantas orang yang diramalkan menjadi calon. Begitulah sebaliknya.Yang lebih dikhuatiri lagi, akibat keghairahan ingin menjadi calon, mungkin ada segelintir akan terlibat dengan unsur-unsur khurafat.Bomoh,tangkal dan azimat dijadikan sandaran agar ramalan menjadi realiti.

Begitu juga dalam bidang pendidikan. Menjawab soalan ramalan menjadi pendekatan popular para guru bagi memastikan pelajar mendapat markah yang baik didalam peperiksaan. Memang tidak dapat dinafikan skop pembelajaran perlu difokuskan dalam menghadapi peperiksaan namun terdapat sebilangan guru yang melatihtubi para pelajar diperingkat awal pembelajaran lagi dengan soalan ramalan,Pendekatan ini akan menyebabkan pelajar menghafal dan bukannya mengaplikasi apa yang dipelajari.Akibatnya kita akan menghasilkan lulusan yang cetek pemikiranya dan mereka ini akan gagal bersaing apabila ingin membina kerjaya masing-masing.

Contributors