Pages

Subscribe:

26 July 2009

JKKK , Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan


Salam bloggers,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Pengerusi dan AJK JKKK DUN Bukit Payong yang telah menerima tauliah perlantikan pada hari ini. Dengan perlantikan ini mereka menerima 1 amanah yang cukup besar. Rakyat di kampung masing masing menaruh kepercayaan yang cukup tinggi kepada pimpinan tertinggi di peringkat kampung iaitu JKKK bagi membela nasib mereka.

DUN Bukit Payong mempunyai 22 kampung, ini bermakna seramai 22 Pengerusidan 330 Orang AJK JKKK telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi memeimpin kampung masing masing. Kepimpinan di semua peringkat harus mengambil saranan YAB Perdana Menteri yang mengatakan zaman pemimpin tahu segala galanya sudah berakhir. Rakyat hari ini sudah cerdik hasil pendidikan yang diberi oleh kerajaan.

Oleh yang demikian saya nak mengajak diri saya sendiri dan seluruh pimpinan JKKK, marilah kita bekerja bersama sama, memberi sumbangan terbaik kepada rakyat, berusaha menyelesaikan masalah mereka dan mesra sokmo. Jika inilah motto kita semua, saya penuh yakin kita yakni BN akan menang besar dalam pilihanraya yang akan datang.

Kepada kampung yang menerima pengerusi baru iaitu Kg. Mak Kemas, Kg. Padang Pak Su Man, Kg. Tok Pong dan Kg. Paya Resak, Saya amat berharap akan dapat memberi sokongan kepada mereka. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas pengerusi JKKK berkenaan dan juga AJK JKKK yang tidak lagi menduduki jawatankuasa pada kali ini , diatas jasa bakti mereka. Insyallah amal soleh mereka akan mendapat ganjaran daripada Allag s.w.t.

" SELAMAT MENJALANKAN TUGAS'

Wassalam

1 comment:

zaki said...

MENGHARUNGI kehidupan di bawah kongkongan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang begitu lama, bukanlah sesuatu yang diimpikan sebelum ini. Namun, inilah yang dikatakan ISA.

Siapa pun boleh menjadi mangsanya dengan hanya disyaki mengancam keselamatan negara. Jantung anda akan terhenti seketika apabila secara tiba-tiba rumah anda diserbu dan digeledah oleh orang-orang yang bersenjata.

Lebih tragis lagi apabila anda dibawa keluar dengan tangan bergari secara kasar di hadapan anak isteri. Tentu anda dapat bayangkan betapa hancurnya hati ahli keluarga mangsa ISA itu. Ataupun pada suatu ketika, sewaktu anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau mahu pulang ke rumah, tiba-tiba kenderaan anda dipintas. Kunci kenderaan anda dirampas dan secara kasar anda diseret ke sebuah kereta lain.

Tangan digari dan anda dimaklumkan yang anda ditahan atas mengancam keselamatan negara. Bagaikan gasing fikiran anda berputar mencari apakah kesalahan yang telah anda lakukan sehingga mengancam keselamatan negara itu. Tekanan fikiran ini akan bermain sejak anda ditahan hingga ke lokasi rahsia di mana anda ditempatkan.

Contributors