Salam bloggers.
Nampaknya isu Teoh Beng Hock masih lagi hangat diperkatakan. Saya juga turut bersimpati dengan keluarga beliau. Namun demikian apa yang menjadi kehairanan ialah kenapa isu kematian Teoh Beng Hock ini menjadi isu yang sangat besar. Malaysia bagaikan nak kiamat dengan isu ini. semua orang terutamanya dari parti pembangkang, malah MCA, Gerakan begitu bersungguh sungguh memperjuangkan isu ini sehingga YB Nizar Jamaluddin pun sanggup menyalakan lilin sebagai tanda memperingati kematian Teoh. Kita cukup sedih dengan tindakan Nizar ini, seolah olah beliau sudah hilang pertimbangan dan kewarasan kerana nak sokongan orang cina dan kuasa.
Apa sudah jadi kepada umat melayu. Persolan yang harus ditanya adakah jika orang melayu yang mati seperti itu, Adakah pembangkang, MCA dan Gerakan akan turut sama mempertahankan orang melayu tersebut. Saya amat terkejut dengan kenyataan Ketua wanita MCA yang membuat kenyataan dan mendesak Menteri Dalam Negeri supaya mendaftarkan anak Teoh sebagai anak yang sah taraf dan bukan anak luar nikah, Sedangkan seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa anak ini adalah anak luar nikah kerana semasa kematian Teoh masih belum berkahwin.
Saya harap kepada Menteri Dalam Negeri supaya tidak tunduk kepada desakan ini. Hubungan haram tetap haram. Ia tidak boleh menjadi halal kerana insiden ini. Saya percaya semua agama mengharamkan hubungan sebelum kahwin termasuk agama Buddha dan Kristian. Kalau ia diluluskan maka berapa ramai lagi pasangan yang melakukan hubungan haram akan memohon anak mereka sebagai anak yang sah termasuk yang beragama islam.
Apa yang menghairankan ialah apabila kematian sebegini melibatkan orang cina, ia menjadi kecoh macam nak kiamat. Tapi apabila ia melibatkan orang melayu, pembangkang pun tidak bersuara sebab takut merugikan sokongan kaum lain terhadap mereka. Melayu harus ingat, tidak ada orang lain yang akan membela nasib bangsa kita melainkan kita sendiri. Begitu juga kita lihat diseluruh dunia. Tidak ada kuasa kuasa besar yang akan membela negara islam dan umat islam walau pun mereka ditindas, dibunuh, diserang, disembelih, diceroboh dan berbagai penganiayaan dilakukan. Pertolongan yang dihulurkan adalah sekadar melepas batuk ditangga.
Mengapa Pembangkang tidak mengutuk pembunuhan kaum Cina uighur di China. Mereka tidak menjadi jaguh dalam soal ini. Adakah mereka juga takut undi golongan cina akan menurun kerana mereka memperjuangkan kematian kaum cina uighur yang beragama islam di China. PAS pun tidak berkata apa apa dalam soal pembunuhan orang cina islam, sedangkan mereka bersungguh sungguh meperjuangkan kematian Teoh di Malaysia.
Saya merayu kepada semua pihak agar bersabar. Kita tunggu hasil siasatan Suruhanjaya di Raja menjalankan siasatan. Di kala itu baru lah kita tahu hal yang sebenarnya. Yang bersalah akan menerima hukuman. Kita jangan menjadi Tuhan. Kita jangan menghukum sebelum siasatan dijalankan. Kita semua harus bertenang, yang pergi tetap pergi. Kita jalankan aktiviti politik kita seperti biasa. Jadikan peristiwa ini sebagai pedoman sebagaimana Firman Allah yang bermaksud " Jadikan sesuatu kejadian / peristiwa itu sebagai sebagai pengajaran wahai orang orang yang mempunyai pandangan".
Orang melayu adalah orang yang sangat baik hati. Kita nak hidup aman damai dibumi bertuah ini. Kita nak hidup bertoleransi dan berbaik dengan semua kaum. Kita nampaknya telah banyak beralah dalam banyak hal demi untuk menjaga kesejahteraan dan keamanan. Kepada orang melayu . Mari lah kita bersatu padu, eratkan tali silaturrahim antara kita. Kita sudah tentu banyak belajar dari sejarah lampau yang banyak pengajaran. Banyak bangsa yang hancur didunia ini adalah kerana perbalahan sesama sendiri sehingga mereka sukar untuk bangkit dan terus menjadi bangsa yang mundur dan dihina.
Fikir fikirkanlah.
10 months ago
No comments:
Post a Comment